Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cuaca sangat baik, suasana dalam rumah mama kecoh dengan suara tigaaskar berlaga dengan emak dorang. Mengendalikan perangai Arrizqi sahaja membuatkan aku rasa bagaikan mengendali 7 orang yang berperangai aneh-aneh. Mendengar rengekan budak umur tiga tahun yang sudah pandai bercakap adalah sangat menjengkelkan berbanding dengan rengekan bayi atau budak yang memang belum pandai bercakap, darah aku boleh mendidih dengan tiba-tiba.
Raya kedua, jam 2 petang... mata mula rasa hendak tidur balik semula, sipi-sipi hendak terlelap mama sudah pun get ready dengan outfit of the day nya hari ni. Hendak pakai yang ringkas-ringkas sahaja, katanya. Biasalah, bila dengan anak melebihi dua orang, jam 2 petang tu berlalu macam tidak berbuat apa-apa ja, menyiapkan dorang sahaja sudah makan masa satu jam, plus aku pula yang bersiap. Aku ialah manusia ringkas tapi leceh, biar ringkas tapi perlu baju senada dengan tudung, tudung senada dengan seluar, baju sesuai dengan seluar, beg tangan lagi, aksesori lagi, kasut lagi, semuanya akan aku ambil kira. Lebih-lebih lagi bila keluar ke tempat yang jarang-jarang dapat pergi.
Bila tuan Erwandi yang memandu, aku tidak risau sangat soal masa, daripada zaman bercinta dahulu dia yang menghantar atau mengambil aku di stesen bas, masanya sangat ngam-ngam waktu bas tiba atau bas bertolak walaupun terpaksa meredah jalan sesak. Jadi, kami tiba awal di Lapangan Terbang, Senai. Aku and kids, pertama kali sampai di Lapangan Terbang, Senai. Perkara yang mesti bila tiba di tempat baru ialah, menghabiskan masa dengan jalan-jalan mencuci mata dan bergambar.
Satu kedai yang berjaya menarik perhatian aku ialah MPH, bookstore, dibiar duduk seorang dalam kedai buku pun, aku rela. Habis satu pusingan meninjau keadaan dalam lapangan terbang, aku masuk semula ke MPH. Killing time konon-kononnya tapi 2 buah novel, 1 buku wordsearch dan 1 buku quotes- sejak 30an ni suka betul baca buku quote. Terbang melayang hampir rm100 (icon nangis-icon nangis)! Keluar daripada MPH, tuan Erwandi mengajak melepak minum kopi. Amboi! kemain...
Satu-satunya kedai kopi yang buka dalam tu ialah Old Town, jomlah-jomlah. Sambil mengopi, kita wordsearch, tuan Erwandi tukang layan tigaaskar yang sangatla tidak reti duduk di tempat masing-masing the end dia bangun temankan Arrizqi yang hendak ke tandas. Antara tiga orang yang paling suka macam-macam sememangnya ialah Arrizqi. Budak petah yang pandai menjawab dan suka cari gaduh bila permintaan tidak ditunaikan but, he is still handsome and cute and clever boy, not to forget he is very active like his sister, Auni.
Penantian berakhir apabila aku keluar daripada tandas, adik aku aka pakSu dan isteri dan babyAkma sudah pun bertukar salam dengan mama dan tigaaskar. Eh? aku kehilangan tuan Erwandi, once again dia temankan Arrizqi ke tandas, tak sudah-sudah si kepoci tu hendak membuang ja, tangki bocor barangkali, manalah tidak bocor banyak sangat minum air sejuk lepas tu melompat-berlari-melompat-berlari, jalan memang kurang. Jika tidak tergelincir sekali memang bukan Arrizqi la namanya, Adik aku and family hendak bersolat dahulu, makanya kami still stay menunggu, thanks to wordsearch sebab masa aku berlalu tanpa rasa bosan. Mama sibuk dengan selfie dan tigaaskar, dia suka betul hendak interframe, dia ialah nenek bercucu empat.
Mereka mencari kapal terbang, sayup-sayup aku dengar suara Arrizqi panggil tuan Erwandi, minta tuan Erwandi datang kepadanya, mengajak supaya tuan Erwandi pun melihat kapal terbang, semua yang ada di lobi menuju lift bertoleh berpaling dengan suaranya. Aku sengih disebalik buku, segan. Tidak berapa lama berkeluh kesah, ternampak babyAkma berlari terkedek-kedek dengan senyuman manisnya, comel betul. Kami terus sahaja berangkat pulang ke rumah kerana tidak sanggup melayan drama tigaaskar di shopping mall. Lagipun baru hari raya kedua, kedai pun masih belum banyak yang buka.
Malam itu sangat meriah, apabila semua berkumpul, keluarga kecil je kot. Aku masih menggosok outfit yang tidak sudah-sudah, untuk esok hari. Papa memujuk menantunya untuk lewatkan perjalanan balik Sg. Buloh pada tengah hari esok kepada lewat petang sebaik sahaja papa beraya habis ke rumah adik-beradiknya saban tahun. Aku juga buat perangai malas-malas, sebaik sahaja rumah terakhir kami kunjungi, moga-moga tuan Erwandi cancelkan rancangan untuk balik malam itu juga. Namun... tuan Erwandi berkeras dan gegas mengajak balik Sg. Buloh juga. Tidak sempat untuk membelek babyAkma dengan lebih lama. Hrmmm, tertewas pada tiga suku perjalanan, dia melencong ke Hulu Langat, aku da hagak da. Redho sahajala, yang penting esok mesti sambung beraya lagi ye, muahaha.
Jam 2pagi, kami sampai di Hulu Langat. Flet dan terus tidur sahaja lah di rumah yang tidak berorang, esoknya lekas-lekas aku bersiap untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Sekian sahaja entry ringkas, ringkas ke...? untuk kali ini. Kita sambung lagi entry seterusnya, tentang....... apa ea? tunggu je la :) Jumpa lagi dan Salam Aidilfitri. Daaa...
Album:

Drama King of the day.
Brotherhood.
Tentang emak dan tiga askarnya.
Mom and me.
Tengok je la pangai brotherhood tu. Pening!.
Times is the most valuable gift a father can give to his children. - MochaDad.