Wednesday, 20 January 2016

Satu jam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambil menanti Auni keluar kelas, sambil memerhati Adli dan Arrizqi berlari, bergaduh di ruang menungggu dalam sekolah, aku menjadi pendengar sahaja antara emak, emak, emak dan emak kepada murid darjah satu sekolah kebangsaan ini, mereka berborak bagaikan mereka sudah lama berkenal siapa, walhal mereka baru sahaja bertemu sekejap tadi termasuklah aku. Mereka sudah punya banyak pengalaman hanya aku sahaja yang mempunyai pengalaman pertama anak bersekolah kebangsaan ini.

Macam biasalah aku terpinggir di awal perkenalan, hahaha. Hendak mencelah pun tidak reti. Telinga pula asyik dengar orang bersiul-siul daripada luar pagar sekolah. Dengan cuaca panasnya lagi rasa hendak saja terbang pulang. Adli, Arrizqi bergalak mendapat tanah. Begitulah setiap hari pada hari bersekolah. Bermula seawal...

5.00am bangun dan bersiap, siapkan baju Auni dan Adli sambil mengemas, sejam kemudian aku menyiapkan Auni, mandikan, buku-bukunya, bekal airnya. Nasi lemak beli depan sekolah, hahaha. Sejam kemudian aku tiba di hadapan sekolah, turun membeli sarapan pagi untuk aku dan Auni untuk di bawa kesekolah. Hantarnya betul-betul di hadapan pintu pagar sekolah.

Memastikan dia berjalan terus tanpa melencong ke sana-sini dan aku pulang ke rumah untuk menyiapkan Adli pula. Sejam kemudian, Adli ke sekolah dengan tuan Erwandi, terkadang aku juga yang hantar dengan tobot w. Betul, aku tiada lesen motorsikal, hewhew! Sejam kemudian aku di rumah mengemas dapur pula sambil menonton drama Korea, hehe.

10.00am aku ke dapur untuk memasak sambil masuk baju kotor dalam mesin cuci pakaian, menu simple sahaja, Jika aku sudah tapau nasi lemak, makanya nasi lemak sahajalah tengah hari nanti. Sejam lepas tu, jemur kain baju dan mandikan Arrizqi, sambil layan dia main, layan mulutnya bercakap. Paling tidak pun aku buat art dan layan lagu Lee Hong Ki. Sejam selepas itu bersedia untuk ambil Adli, seterusnya ke sekolah Auni untuk mengambilnya pulang daripada sekolah. Sejam selepas itu tiba di rumah, membebelkan Auni supaya mandi, makan, mengemas buku sekolah agama dan bersiap kerana sejam selepas itu aku perlu menghantarnya ke sekolah agama pula berdekatan dengan sekolah kebangsaan tadi.

Sambung membuat kerja art jam 3.00pm, Adli dan Arrizqi tidur kerana keletihan, aku juga akan makan tengah hari sambil buat hal-hal aku. My privacy time. Sejam selepas itu Arrizqi sudahpun membebel sendangkan Adli terus tidur sehingga tiba waktu Asar. Sejam berikutnya aku sudah berada di hadapan sekolah agama Auni untuk menemankan Adli dan Arrizqi bermain di taman. Sejam kemudian aku berada di taman berhampiran rumah aku pula untuk menemankan mereka berTIGA bermain (hendak juga main sama-sama). Malam tiba untuk sejam berikutnya, masa untuk aku menguruskan tigaaskar semula, kali ni perang masa, mandi, makan malam dan buat kerja rumah. 

8.00pm tiba, usah kata aku duduk bersenang lenang, baru hendak menarik nafas lega balik pula yang seorang lagi, time for him and normally aku serahkan sedikit tugas untuk tuan Erwandi, malas hendak ganggu dia banyak sangat, he just home and habis sesi mengadu, bermanja, berbual sejam berikutnya masa untuk drama Korea aku, time for me-time for me- masih lagi dengan bermacam pertanyaan dan cerita yang aku kena hadap meskipun mata terarah ke televisyen, nasib tidak baik jeritan Arrizqi daripada bilik air, Adli dan Auni bergaduh di dapur, huaaaaaaaa... Sejam selepas itu, Auni mula mencari port tidur diikuti dengan Arrizqi. Adli akan ikut aku naik tidur apabila cerita Korea aku habis jam berikutnya, lepas sahaja memastikan air panas dan air masak mencukupi, uniform Auni bergosok rapi, aku membelek muka dan 12.00am tiba, aku sudah lena tanpa sedar apa-apa lagi selain dikejutkan deringan jam pada 5.00am esoknya. 

Them, 6th months old.

Times is free but it's priceless, You can't own it but you can use it, You can't keep it but you can spend it, Once you've lost it, you can never get it back.

Rutin bermula semula. Perjalanan hari seterusnya semoga terus dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik, inshaaAllah. Perubahan jadual akan berlaku apabila, aku perlu ke kedai atau aku tapau menu berat atau tidak perlu memasak, ngehehe. Betapa, sibuknya aku yang bergelar pengurus rumah tangga, habisla lemak aku tidak dapat dibela lagi, huahuahua.

Ok, done entry hari ini. Mohon diberi perhatian ye, jadual ini hanya aku seorang yang guna, aku tidak tahu tentang pengurus rumah tangga yang lain, sekiranya sama mungkin secara kebetulan, jika tidak sama, I am ok, I just to be me ;) Aku hanya berkongsi sahaja.

Wednesday, 13 January 2016

Keluh kesah kisah kita.

Assalamualaikum, selamat sejahtera. 안녕하세요!

Macam mana hati emak sensitif, macam itu jugalah hati kepada 'hati' emak yang seorang ini. Seminggu awal baru persekolahan sudah pun berlalu. Auni dan Adli masing-masing bercerita galak tentang sekolah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Auni sudah pun betah dengan kedua-dua sesi persekolahan cuma, Adli. Hari pertama, hari kedua dan ketiga Adli, tuan Erwandi yang hantar. 

"Adli menangis, tak mahu masuk sekolah" kata tuan Erwandi sebaik sahaja pulang menghantar Adli. Aduhai hati emak runsing, berharap janganlah dia menangis sepanjang masa berada dalam sekolah.

Apabila aku yang turun menjemputnya di pintu pagar, senyuman lebar. Sambil memakai kasut dia menjerit...
"Abang tak cuka cekolah" omo... ottoke?
Cikgu Ain memandang kami berdua, menanti apakah reaksi emak dalam menangani Adli.
"Alaaa, sekolah kan best" aku menjawab pendek sambil menanti dia memakai kasut. 
"Ecok, abang taknak cekolah" raut mukanya, mulut, mata kemain comel mempamer merajuk. Adli so cute tapi setakat itu sahaja.

Dalam kereta, dia tidak sudah-sudah bercerita tentang cikgu, tentang makan, tentang nyanyi, tentang tobot x.y.z, untuk mengambil Auni pulang sekolah pula. Hari ke empat, urusan aku dan Auni habis awal dan aku berada di rumah mengikut waktu sepatutnya, Adli baru bangun dibangkit tuan Erwandi. 

"Hari ini biar saya hantar Adli pula. Tengok macam mana" aku gegas ambil Adli daripada tuan Erwandi yang masih juga mamai awal pagi. Seorang sedang mengorek telinga seorang sedang menggaru kepala. Kelakar pula tengoknya.  Adli aku pujuk, badannya keras, melayan kerenahnya sehingga dia bersiap lengkap berbaju sekolah.

Dalam kereta, dia ok... turun sampai pagar sekolah dia mengeras. Aduh! Ottokaji dan 'hujan' pun turun sebaik sahaja masuk dalam kelas. Ada tiga orang lagi sedang sama-sama berhujan memegang kaki bapa memasing. Pelukan Adli pada aku makin melekat kuat. Mujurlah aku dan tabika tu bagai isi dengan kuku, tidaklah aku terlalu segan. 

"Dia mula-mula je ni. Kejap lagi emak dia balik dia ok je. Mulut potpetpotpet abang tu, abang ni, kita lak rasa geram ngn dia. Tadi nangis beria" aku gelak mendengarnya. Aku tinggalkan sahaja Adli yang masih menangis dengan Cikgu Ain, balik rumah.
"Ayang je la hantar Adli lepas ni, tak gagah saya tengok dia nangis macam tu" aku berkata dengan hati aku hambar.

Aku tanya dia kenapa dia mesti menangis bila masuk sekolah. Ini jawapan Adli...

"Abang taknak cekolah kecik tu, abang nak cekolah kakak" terburai gelak aku. 
"Baiklah abang Adli, kalau da setahun tak ok kat tabika, tahun depan saya masukkan abang ke pra di sekolah kakak ye." Bila Auni ada dengan kami, aku buka cerita. Auni kata,
"Eh mana boleh, abang kena sekolah kecik tu dulu. Best sekolah kecik tu ada mainan. Sekolah kakak takde mainan" syabas Auni, you did a great job. 
"Kakak pun sekolah kecik tu dulu kan umi?"
"Ne, majayo..." aku tunjuk isyarat bagus pada Auni. She is my bestfriend now.

Itu kisah minggu pertama persekolahan, hari kedua minggu kedua sekolah, macam biasa rutin aku stat on 5.00am- snooze 15min- snooze lagi 15 minit and wake up call, bangkit daripada katil, muahaha. Pun macam rasa terpaksa namun satu yang best mandi awal pagi ialah air tangki rasa hangat. Setel urusan, uruskan Auni then hantar Auni, memastikan dia sampai sekolah awal daripada sepatutnya biar dia biasa. Balik rumah uruskan Adli. Hari ini tuan Erwandi berkerja waktu sama dengan Adli, jadi aku tidak tahu drama awal pagi di sekolah. Aku kerjakan rumah dan melayan Arrizqi.

Tengahari betul aku jemput Adli dahulu, soalan pertama ialah 'nangis tak?' Aku hanya guna isyarat sahaja.
"Nangis kejap je, eh jap... rasanya dia tak nangisla hari ni. Aha ye la, dia letak kasut terus masuk duduk." Jawab cikgu Ain, sambil menyatakan tarikh mesyuarat pertama akan diadakan. Dalam kereta Arrizqi melayan Adli bercakap, tobot tu- tobot ni- tobot- tobot- tobot tak sudah, janganla ko bergaduh budak, susah mak.

Sebelum turun, aku tukarkan baju Adli kepada yang lebih ringkas, cuaca panas membuatkan telinga aku panas dengan bebelannya, rimas-panas-melekit. Sambil tunggu Auni keluar kelas. Syabas Auni, hari ini dia sudah cam di mana tempat selalu aku menunggu. Semakin mudah. Dalam perjalanan balik rumah Adli cerita...
"Kakak, hari ni abang tak menangis pun" nadanya berbunyi lembut.
"Abang tak nangis? Siapa hantar abang tadi?" Tanya Auni.
"Abi yang hantar abang, naik motor" selepas tu aku hanya dengar Arrizqi membebel, tak sudah menyatakan diri dia ensem. Sabarjelah.

Sampai rumah, makan-uruskan Auni dan bersiap sedia untuk hantar dia ke sekolah agama pula. Selesai bersolat aku bersiap, tigaaskar sudah pun dalam kereta tidak sabar-sabar. Alahai dorang ni, pantang betul kalau berjalan naik tobot w. Ok kids lets go-lets go. Sudah pun setengah perjalanan melalui 10 bendul dan jalan berlubang serta jalan sempit tiba-tiba Auni seperti mencari sesuatu...

"Saya rasa beg saya tertinggalla". Omggggg!
"AUNI!!!!!!" Haih lah anak, keranamu kutahankan sajalah Jebat. Aku menjeling jam di dashboard, jam ni pun kenapalah lekas sangat bergeraknya, kelajuan tobot w dipertingkatkan, kalau tadi kemain perlahan bila lubang kecil dan bendul rendah tetapi kali ini tidak lagi, redah sahaja. Ambil beg dan berdesup... ngam-ngam 2.29pm tobot w sampai depan pintu pagar sekolah. Hang tawakal je la nak, masuk kelas lambat. Aku terus bergerak balik rumah. Sampai rumah sambung memunggah rumah, rest sekejap dan kena mempastikan aku tidak tertidur. Bila tertidur mulalah nak melajak, aku harus keluar awal menunggu Auni balik sekolah agama pula...

"Adik ensem kan umi?"
Layankan je la.


"Esok, abang taknak menangis, abang ada kawan-kawan."


"Esok saya sekolah lagi"


  Sekarang ni, sesekali je dapat bergambar bersama.

They're beautiful kids, just beautiful children. It's just a blessing to see, and I thank God about it. - Mark Shook.

Now malam tiba, rumah riuh sekejap sebelum masing-masing masuk tidur. Yang hendak mandi, yang hendak makan, yang berebut mainan, nak tengok tobot, nak tengok robocarpoli, nak melukis... isk isk isk. Tepat jam 10mlm, Auni cari tempat landing. Arrizqi cari tempat mengempeng, Adli menanti aku sehingga masuk bilik. Sebelum tidur aku harus pastikan air panas, air masak, beg sekolah, baju sekolah disiapkan lebih dahulu. Jam 12am aku sudah lena sebelum menyambung tugas semula esok hari.

Jadual baru aku sempena 2016, hujung minggu ini menyuarat PIBG, hujung minggu depan mesyuarat JPTP. Masing-masing sudah membooking aku supaya hadir. Owh, ho... I need my privacy time please! Huhuuu. Sekian dulu entry hari ini, jumpa lagi. Daaa...

Monday, 11 January 2016

Bestfriend 360 days 2.

Assalamualaikum, selamat sejahtera. 안녕하세요!

Are you ready? Ok, hari ini bukan cerita sekolah tapi aku hendak cerita tentang kawan baru 2016, all in one giccew!. Ingat lagi my Bestfriend 360 days 감사함니다 친구 (terima kasih kawan) kerana telah menjalankan tugas dengan jayanya. Buat sendiri, binding sendiri, conteng dan perasaan pun sendiri-sendiri. Sudah tersimpan kemas menanti 5 tahun lagi untuk pelupusan.

Tahun ini aku melakar sejarah lagi apabila berjaya menjahit planner/diari sendiri. Asalnya, aku jeles dengan planner orang yang maha de canteks hasil ke kreativitian mereka. Teringin hendak menempah satu tapi bagaikan terasa membazir kerana, aku tidak mampu menghabiskan masa menghias satu minggu punya agenda dalam satu muka surat. Menggunakan font yang canggih juga material berharga. Jadinya, pakat dengan hati, buat sendiri.

Hanya menggunakan kertas A4 kosong untuk isi dalamnya dan kulit daripada kotak cococrunch. Potong dua dan susun sepuluh helai, jadikan seperti satu naskhah. Asalnya hendak buat planner, tapiii aku tidak betah tanpa diari makanya aku tambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi sehingga cukup untuk 360 hari punya cerita. Diari.

Daripada satu naskah aku berfikir untuk gabungkan menjadi satu buku. Ala macam diari yang ada benang kat kedai tu, gittu la keadaan yang aku hendak buat tu. Malangnya, benang pun tiada apatah lagi jarum. Tiba-tiba ternampak reben, hahaha so aku gunakan reben sahajala untuk ikat semua naskah yang telah siap manakala lubangnya aku tebuk dengan penebuk lubang, muahaha. Berdebar juga hendak memulakan penjilitan, aku berfikir jika tidak mula kita tidak tahu hasilnya. Gigih masuk reben dalam lubang sepuluh demi sepuluh helai sehingga menjadi seperti buku.

Sudah siap, hasilnya agak tidak memuaskan hati kerana jahitannya yang kurang kemas menjadikan susunan kertas agak tidak seragam. Setelah kulitnya dihias, aku buka dan jahit semula kertas isi diari supaya nampak lebih tersusun. Siap sebuah buku dengan kulitnya, tiba masa untuk merekakan isi awal untuk sebuah diari. Sendiri punya makanya abaikan peraturan-peraturan biasa sebuah diari, reka mengikut citarasa sendiri. Sebulan juga aku kerjakan untuk hasil yang benar-benar terakhir.











Organize your life around your dreams and watch them come true. Do what you love and love what you do. H.A.P.P.Y! 

Now, my green diari... lets to be my best partner in 2016, inshaaAllah. Inilah, hasil 100% buatan tangan sendiri. Weldone untuk diri aku sendiri, next year tidak tahu bagamananya lagi, hihiii. Ok let's stop here, jumpa lagi pada entry seterusnya. Jaga diri baik-baik ye, daaa...

Tuesday, 5 January 2016

School 2016.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tajuk da ala-ala drama Korea, since emak peminat drama School 2013, so layankan je la.

2nd day sekolah, all prepared, keluar awal and waiting for hari terang sikit and send Auni sampai dataran perhimpunan, jangan dia lupa kelasnya sudah. Hati emak sudah sedikit kebal melihatkan dia sudah punya kawan meskipun masih blur. Terima kasih kepada para guru-guru yang sudi membantu anak-anak bersekolah pada hari kedua ini. Esok, emak mesti yakin dan tawakal untuk tinggalkan Auni betul-betul di pagar sekolah. Emak perlu balik untuk menghantar abang Adli pula.

Kembali ke rumah, disambut Adli yang sudah handsome dimandikan tuan Erwandi, terima kasih tuan Erwandi yang mengambil cuti sempena sesaja, haha. Ada hikmah juga apabila dapat meringankan sedikit beban emak supaya tidak bertukar menjadi wonderwoman. Emak pujuk abang Adli untuk dihantar oleh tuan Erwandi sementara boleh membantu, esok lusa bila tuan Erwandi kembali berkerja, bersiaplah emak bersingsing lengan membuka langkah.

Seronok mendengar suara nyaring Adli "babai umi-babai umi!" dan hilang dari pandangan. Sayu rasa hati dengan Adli ni, mengenangkan ayat-ayat manisnya bertambah sebu di hati emak.
"umi, abang tak cuka cekolah" dia pandang aku, marah. Mukanya sudah memerah kepanasan berlari dengan Arrizqi sambil menanti kakak Auni keluar kelas. Aku menunggunya pulang semalam, Cikgu Ain bagi isyarat, dia menangis.
"abang nak abi, abang nak adik, abang nak kakak, abang nak umi" sambungnya lagi, satu keluarga disebut sewaktu dalam perjalanan balik rumah.
"abang hendak pergi cekolah kakak, cekolah kakak jauh" suaranya tegas memaksa aku memujuk sehabis daya, kata-kata mesti manis. Pujuk-pujuk sehingga tiba di rumah.

Abang Adli ditanya tuan Erwandi.
"kenapa Aie nangis?"
"kenapa abi tak tunggu abang?. kenapa abi balik rumah?" emak simpan senyum sambil bagi isyarat mata kepada tuan Erwandi. Kisah lama berulang kembali, emak teringat memori dimarah kakak Auni di hari pertama persekolahannya diambil balik oleh tuan Erwandi. Mereka berdua sama sahaja. Rajuknya sampai ke malam, habis sahaja dia mengemas peralatan sekolahnya dia minta aku peluk untuk tidur. Auni dan Arrizqi sudah pun lena dahulu. Sekian kisah hari pertama, kami budak baru belajar. Baik Auni, baik Adli, baik emak mahupun adik Arrizqi, masing-masing sedang mencuba mengawal suasana untuk keadaan menjadi lebih biasa, 화이팅: hwaiting! (fighting!).

Jadi hari ini, sehingga entry ini di taip, all going smooth, alhamdulillah. Pada emak, yang paling terasa sukar ialah pabila bertempur dengan masa dan skill memandu. Maklumlah, tuan Erwandi telah memberi emak sebiji 'bas' bagi menggantikan mr Waja sebelum ini, makanya emak perlu gigih dan gagah membiasakan pemanduan, struktur jalan serta kesibukkan lalulintas yang... humangaih! (lap peluh-lap peluh). 

Hari kedua ini, Adli sudah mula berminat untuk sekolah, sebabnya cikgu bagi warna. Untunglah Adli, buat muka mogoks dapat warna 24 batang, huhuhuuu emak jeles ar camni. But it's ok, just for Adli yang mood pun sudah mula positif, semoga terus bertabah berpisah sebentar dengan bantal busuk.

Pabila kakak Auni dan abang Adli ke sekolah makanya Arrizqi tinggallah di rumah, tidurnya sampai ke tengahhari, menanti abang Adli keluar kelas, Arrizqi menyambut dengan mulut riuh. Abang Adli cerita kisah sekolah, tidak mahu mengalah dan sebolehnya mahu mengelak disapa persoalan 'kenapa abang nangis' segera dia mebidas dengan tapiii,
"tapiii abang hendak cekolah lagi dik, ecok abang pergi cekolah sederhana, cekolah kakak cekolah besar" 
"adik tak boleh warna, adik kecik lagi, adik da cederhana baru adik boleh warna" aku dengan tuan Erwandi hanya mampu berkekeh sahaja. Ceritanya banyak sebagaimana kakak Auni.

Kakak Auni? bertukar, adik beradik ni memang macam cerminkan? kisah Adli sekarang, sama je dengan kisah Auni dahulu. Apabila Auni sudah darjah satu, dia jadi lebih senyap mungkin Auni masih belum betul-betul fahami situasi apakah sebenarnya yang berlaku. Pelan-pelan kayuh, aku terangkan padanya satu-persatu. Aku tidak boleh samakan kisah sekolah aku dengan kisah Auni sekarang, kita daripada dua era berbeza. Yang agak-agak boleh dan agak sama situasinya, ok boleh share untuk menaikkan minat dan semangat dia. Dahulu, emak ni kira kental juga. Awal-awal masuk sekolah rata-rata muridnya 100% tak kenal, emak sapa sahaja.


 Sesi mencuba baju.


 Adli and emak sama dengan anak emak :)


 
Spot for Auni.


Perhimpunan, cikgu membebel kat depan bukan masuk sangat dalam kepala otak. Tu yang orang sudah mula peperiksaan emak masih enak-enak makan di kantin bersama dengan arwah rakan baik emak, hehe. No worry, daripada situ kita belajar semuanya dan dah tentu semuanya perlukan masa. Emak percaya kakak Auni akan baik-baik aja walaupun balik sekolah, anak tudung mesti sudah dalam beg. Rambut da terkeluar ala-ala datins divas, owh anakku. Whats ever Auni, kalau da comel tetap akan comel, emak suka tengok Auni dengan uniform rasmi sekolah, you looks matured.

Ok, emak hendak get ready untuk ambil Auni balik daripada sekolah agama, hujan dan harap-harap tuan Erwandi offer diri untuk pergi sama-sama, miahaha. Jumpa lagi entry akan datang, jaga diri ya semua, daaa... eh, actually kan emak hendak sambung kisah 5hb Jan tahun lepas, tapi tercerita lain pula, sabojelah. Tahun depanlah emak sambung kalau tak sibuk.

Mothers, hold their child's hand for a moment and their heart for a lifetime.

Notahijau: Suka tak ada entry awal-awal tahun ni. hahaha.

Monday, 4 January 2016

Lembaran baru.

Dahulu, aku tahu sekolah je. Tak fikir apa-apapun lebih-lebih lagi kewangan. Mula sekolah tabika 6 tahun, mama yang uruskan pendaftaran, ambil dan hantar aku berulang alik ke sekolah. Terus berlanjutan sehingga aku berumur 12 tahun sebelum aku ke asrama pada tahun berikutnya.

Sekarang, aku melalui apa yang mama lalui dahulu. Tuan Erwandi betulla... part anak-anak dan sekolah semuanya diserahkan pada aku. Aku pula yang bagaikan penduduk tetap negeri Selangor, yang semua maklumat dalam kepala. Dia lupa... aku ialah anak Johor yang permulaan sekolah adalah di negeri kelahiran sendiri. Sabar sahajalah... Tapi tidak mengapa, ada hikmah juga sebenarnya, hehe. Aku dapat mengimbau kembali nostalgia ke sekolah dulu-dulu... seronoknya sekolah.

Jadual baru aku bermula, jadi driver pastinya. Cuti sekolah panjang kali ini membuat aku betul-betul kesibukkan, menguruskan persediaan anak-anak untuk ke alam persekolahan. Syukur, Auni nampaknya tidak sabar-sabar untuk ke sekolah besar. Seronok mencuba uniform sekolah baru yang 100% berbeza warnanya dengan sebelum ini. Uniform kedua-dua sekolah selesai, pembelian buku juga selesai, bayaran yuran juga selesai, tinggal lagi Auni dan Adli untuk menyelesaikan rasa keterujaan ke sekolah.

Adli, anak manja emak juga sudah mula ke sekolah. Walaupun tidak seaktif Auni, Adli nampaknya semakin berminat dengan sekolah. Sebelum ini, jika ditanya abang mahu ke sekolah atau tidak? Jawapannya, abang kecil lagi. Sekarang, setelah dibelikan beg dan kasut baru, juga peralatan sekolah jawapan yang diberi sudah berbeza abang masih cederhana, tapi takpe abang pergi je cekolah, he is cute rite...? Dia mahu dikenali sebagai "abangAie". Siap dengan pesanan, abang tinggal bantal bucuk dalam kereta je, balik cekolah umi ambik abang dengan bantal bucuk. Sabar je la.



Emak bermandi peluh menggosok. 

Melihatkan persiapan sekolah kakak dan abang yang tidak henti-henti, Arrizqi ikut rasa tidak sabar. Si tiga tahun yang petah ini, sudah pandai menunjuk muka tidak puas hati. Mujurlah dia mudah dipujuk. Aku pula yang rasa kasihan melihatnya asyik mengeluh dan sudah dapat kubayangkan kesunyiannya nanti. "Mana kasut baru adik?, mana beg adik?. Adik nak gi sekolah nanti". Saja buat hati aku sebu sebak. Takpe, setahun saja Arrizqi kena tunggu, nanti Arrizqi boleh pergi sekolah dengan abang. Aku pula bakal dilanda kesunyian, adeih!

The most precious jewels you'll ever have around your neck are the arms of your children. 

Selamat menempuh alam persekolahan anak-anak. Semoga aku dan semua emak-emak diberikan kesihatan yang berpanjangan untuk meladeni dan menguruskan anak-anak. InshaaAllah. Sekian dulu entry pembukaan tahun baru 2016.