Tuesday, 24 February 2015

Air.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Musim panas yang melanda negara beberapa hari ini turut memberi kesan kepada emak dan anak-anak sekali. Kulit sudah pun kering, mengelupas, gatal, terasa miang-miang barulah hendak insaf mencari bertong-tong air. Sebotol air terasa bagaikan tidak mencukupi walhal lazimnya, sebotol air itu amatlah susah untuk dihabiskan. Macam tidak percaya. Anak-anak juga berbaris memegang cawan menunggu giliran di water dispenser untuk minum air. Emak pula pening melihat beraneka warna cawan yang disusun atas table top kabinet. 

Kakak Auni juga minta air masak sahaja bila ke sekolah, emak bekalkan dalam botol Princess nya, entah diminum entah tidak, buat syarat sahaja. Kebiasaannya memang habis bukan diminum di sekolah, tetapi dikerjakan dek adik-adiknya yang bagaikan teruja lain macam dapat minum air dalam tumbler kakak Auni. Sabar je la.

Emak baru sahaja selesai mengemas rumah, menyapu mengambil masa sejam dek menyapu sambil menonton drama Korea, muahaha. Itu baru bahagian anjung rumah dan ruang bawah sahaja, ruang atas belum lagi, tekak sudah mula rasa kering. Hendak minum air. Terbayang-bayang Mineral Coffee hi-O yang di bancuh awal pagi tadi, namun...semakin kering tekak emak apabila melihat, kopi sudah pun bercampur minyak masak, haish!

Ini mesti kerjaan abang Adli, sebab dia yang sukarela pergi dapur ambil tutup Tupperware biskut Arrizqi tadi. Eeeee, pilu betul melihat table top kabinet sudah pun banjir dengan minyak masak, grrr...grrr....grrr....

Batalkan niat untuk minum air, dan bersihkan dapur bersepah dahulu setelah drama Punch habis. Sakit hati dengan watak jahat dalam drama belum reda sudah ditambah dengan keadaan pikuk di dapur, choih! Bersihkan, dan bancuh air kopi semula, tambah air masak dalam dispenser serta panaskan air dalam pemanas air. Sudah siap lap sana sini, barulah lega dapat minum air berteguk-teguk. Jengah abang Adli dan Arrizqi yang sedang menggentel tanah liat. Alamak, baru sahaja emak sapu di situ tadi, membebella kakak Auni apabila balik sekolah nanti, tanah liatnya dikerjakan adik-adik, aduhaiii!

Emak sudah bilang simpan di tempat yang tidak mudah dilihat dan diambil, rupanya, abang Adli ingat akan kotak berisi tanah liat terbabit, kotak kasut kakak warna kuning. Lengkap butir-butir peribadi kotak tanah liat milik kakak Auni yang telah dijumpai di almari buku tuan Erwandi, fuh!

Berhenti main, jom kita mandi dulu. Bergegas, berlari naik tangga. Cuaca kering, abang Adli sudah tidak bising mandi air sejuk malah tidak sabar-sabar hendak mandi air terjun (shower je pun). Dia pula yang teruja lain macam dapat main air tidak seperti selalunya, sangat payah hendak mandi. Macam-macam alasan diberi, kaki luka, tangan sakit, bantal busuk basah, pampes belum penuh, alasan-alasan yang tidak masuk akal pun ada, pening emak hendak layan. Emak punya statement kekal sama, tak mandi tak payah ikut ambil kakak, t.i.n.g.g.a.l. hahahaaa.

Habis mandi, request kartun kegemaran, robocar poli atau mickey mouse, emak tinggalkan dengan tv dan sambung kerja rumah, menggeledah dapur atau update blog atau tulis diari atau ambil order atau buat art sehingga jam 11:40pg, ready to ambil kakak Auni.

Waktu petang, take turn dengan kakak Auni menjaga Adli dan Arrizqi. Kawan dah balik rumah, emak sudah boleh buat hal emak sahaja, lega bila tidak bergaduh. Tidak lega bila bergaduh. Sabar je la mak. Dengan cuaca panas membahang ini, kemarahan emak pun boleh jadi luar biasa panasnya. mempengaruhi. Jadi, sila berjaga-jaga ye.

 Projek kakak Auni.


 Projek abang Adli.


Huru-hara dalam kereta. Mainan sesaja.

Love is like water,
We can fall in it,
We can drown in it, and
We can't live without it.

Minum banyak air di waktu panas begini ye kepada yang membaca bloghijau ini. Jaga kesihatan kalian baik-baik. Sampai jumpa lagi di lain entry, daaaa. Ha'a gambar tiada kena mengena. Saje.

Monday, 16 February 2015

Robocar poli.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mereka dan robocar poli. Kartun terbaru di Astro Ceria yang berjaya menarik perhatian anak nan tiga ini. Celik mata - robocar poli, lepas mandi, lepas makan - robocar poli,  pantang tv di on kan, minta robocar poli sesaja. 

Satu hari yang meletihkan aku sungguh-sungguh, yang menjadikan bertambah letih apabila datang bulan begini, senggugut, sakit kepala bertambah dengan kerenah anak-anak, aduhaiii memang sudah dua tiga kali juga aku me'naga'.

Lepas makan tengah hari, Adli sahaja yang lena, daripada tadi minta main di luar tidak mendapat perhatian aku sebabnya, cuaca sangat panas terik, bila sudah main di luar memang confirm akan mengerjakan harta kepunyaan tuan Erwandi - kereta, akuarium, pasu bunga. Aku sudah naik malas hendak jadi naga banyak kali dalam satu hari.

Aku memujuk Arrizqi untuk tidur, Arrizqi bukannya sihat sangat untuk melasak bermain. Arrizqi ajak aku bergolek-golek, bergurau, main muka, main tangan, sebagaimana aktivitinya sebelum tidur. Lepas sahaja kakak Auni memunggah satu bungkus biskut di dalam tupperware, sekali lagi kakak Auni meminta main di luar, hari sudah mula redup sedikit. Lagipun aku sudah pun mengambil alih rancangan tv beralih ke drama Korea. Sepantas kilat Arrizqi bangkit daripada pembaringan, 

"atas tu kakak, atas" sambil berlari ke arah tempat letaknya kunci rumah.

"ye hendak ambilla ni" kakak Auni sudah pun memanjat kerusi, mengambil kunci.

"yeay!" Arrizqi kesukaan dan mengekori kakak Auni bermain di luar. Sempat aku minta kakak Auni menyapu halaman luar sudah alang-alang kakak Auni pegang penyapu. Sangat rajin menyapu memang, akan tetapi tidak lama kemudian...

Suasana senyap dan biasa-biasa sahaja, Arrizqi masuk mengunjur dua tangan depan muka aku, 

"yaks!, korang main apa ni wei?" aku jerkah, bangun membontoti Arrizqi yang menuju dapur, Arrizqi sudah pun mengelap tangan dengan kain buruk untuk lap pinggan, sobs-sobs-sobs! sebelum aku sempat mencuci tangannya. Arrizqi dan kakak Auni main tanah campur air, huaaaaa...

"buat apa tu? tunggu la saya, saya datang" kemain lagi, abang Adli tiba-tiba bangun. Bukankah abang Adli sedang nyenyak tidur tadi? Ha'ah memang pun tidur, nyenyak nya sekejap sahaja, selebihnya tidur-tidur ayam buat syarat sah tidur siang sahaja. Sabar je la.

Bila tiga sudah bergabung, memang tidak terkata apalah, malas sungguh aku hendak jengah. Pagi tadi sudah ku upah mainan buih sabun, tidak sampai setengah jam sudah habis sebotol, tumpah ler apalagi. Hendak bawa ke kedai, aku kena mikir dua tiga kali. Hendak beli barangnya satu dua sahaja, tetapi yang upah tu mesti hendak tiga. Minta tu yang harga tidak mampu milik, macam aku bawa wang berkepuk-kepuk. Bukan kedekut, tetapi aku berjimat untuk hari esok-esok. Masakan hendak habiskan dalam satu hari. Aku memang sangat bercinta untuk minta duit daripada tuan Erwandi. 

Arrizqi masuk rumah sekali lagi tangan bersalut tanah, apatah lagi baju putih sudah bertukar warna, argh! ini boleh mendatangkan marah. Aku arahkan kesemuanya masuk dan mandi. Kakak Auni, abang Adli dan Arrizqi sudah bersalut tanah. Kakak Auni mengetuai pasukan A untuk pergi mandi. Bagi can berkubang dalam bilik air pula, habis di angkut semua mainan.

Ingatkan sudah lupa, rupanya masih ingat lagi dengan robocar poli, keluar sahaja Arrizqi daripada bilik air, tanya robocar poli.

"roboya poyi, umiii" sambil mata menjeling tv masih lagi drama Korea. Aku siapkan Arrizqi dan menanti abang Adli keluar daripada bilik air. Aku panggil tiga kali baru dia muncul dengan segala mak nenek mainan yang di angkut masuk tadi, banjir lantai.

"robocar polis la umiii" haish! basah lencun, minta robocar poli. Sabar je la. Aku tukar juga channel tetapi tiada pun rancangan tu. Belum masanya lagi. Aku siapkan abang Adli pula, manja terlebih, layankan je la. Kakak Auni sudah pun siap bersolek, pakai baju sendiri.

Aku meniarap satu bantal dengan Arrizqi, sambil baca komik Anak Satria kepunyaan tuan Erwandi. Abang Adli datang dengan bantal busuk landing bersandar pada aku, datang pula kakak Auni dengan tupperware biskut yang dipunggahnya tadi, landing sebelah abang Adli. Hrmmmm...emak sudah jadi bantal. Masing-masing menanti robocar poli. Layannn. Arrizqi tidak sempat menonton robocar poli nampaknya apabila suda lena sebaik sahaja makan biskut dua keping, muahaha.

Biasalah....

Letih sudah... 


Sekian sahaja drama untuk sepanjang siang hari ini, badan aku terasa hendak kena kerusi Ogawa, tambah-tambah hujan lebat di luar sana. Owh! indah. Gambar tiada kena mengena dengan hari ini. Sekian...jumpa lagi, daaaa

Friday, 13 February 2015

Pandora.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku punya satu yang penuh, aku memang suka part bracelet-bracelet ni. Paaaling aku suka yang silver-silver. Tidak pure silver pun tidak mengapa, janji ianya silver atau warna perak. Brooch atau butang tudung pun sama, lebih suka yang silver. 

Baiklah, sempena Tahun Baru Cina yang tidak lama je lagi ini, marilah shopping gelang, ops! bukan dengan aku tetapi dengan cik puan ShiQa Nawar ini. Boleh berhubung terus dengannya, wassapp lebih mudah di talian, 019 3268o51 atau FB nya bernama shiqa nawar atau Instagram nya Aniq Nawar. Serius lawa, aku mahu minta tnErwandi belikan lagi satu, mwehehe.

Hehehe, da agak korang mesti tahu ini aku punya :)























Ahah! amacam? tutup mulut tu sikit, melopong dapat cuci mata ye. Lawa kan-kan-kan? Cantikkan kan-kan-kan! Harga? mampu milik. In shaa Allah. Aku suka cuci mata, tengok banyak-banyak kali. Aku memang kagum dengan orang-orang yang buat benda macam ni dengan kerja tangan sendiri. 

Information aku sudah beri, marilah kita beli untuk dimiliki, saje sebagai penghargaan untuk diri, boleh juga jadi koleksi. Ok, sekian sahaja entry untuk kali ini, jumpa lain kali. Daaaa...

Thursday, 12 February 2015

Gembira.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku rasa hendak senyum sahaja sepanjang hari walaupun hakikat di sebaliknya aku rasa hendak tumbang dan tidak sedarkan diri untuk seketika. Lepas tu celik balik semula, buat kerja macam biasa dan macam tiada apa-apa yang jadi, hehe. Drama betul.

FAMILY- a link to the past, a bridge to our future. SIBLING- different children, different experiences but one love that they share.

Perasaan lebih sikit update bloghijau sambil layan lagu, oh da semestinya lagu Kpop, muehehe. So, aku hendak cerita apa ya (nada ala-ala Fara Queen). Owh tahun ini aku sudah naik pangkat lagi, aku sudah jadi aunty Long Sg. Buloh. Maksudnya, anak saudara aku sudah lahir, huye-huye-huye. Tahu tidak? perasaannya macam dapat anak sendiri. Over tahap maksima akan tetapi aku belum lagi dapat tengok baby Acu ni, jauh sangat nun di utara sana. Dengar khabar tokMama baby Acu daripada Selatan hendak naik ke utara, boleh tumpang.

Adik aku sudah jadi ayah, ahahaha macam tidak percaya sahaja pakcik trio yang manja tu, yang dahulunya asyik duduk bawah ketiak mama memanjang sudah punya anak. Alhamdulillah, kehidupan perlu diteruskan, aku sebaya dia dahulu pun sudah punya anak 3, lagila gelojoh. mwahaha. 

Apapun, chuka khamnida pakcu/makcu. Annyeong baby Acu. Nanti kita berjumpa ye. Boleh geng dengan kakak Auni. Reaksi trio bila aku sua gambar baby Acu ni, 

Abang Adli: Acu dapat kat mana adik baby tu? (Still dia cop adik baby).

Kakak Auni: baby acu gemuk macam acu.

Arrizqi: bibi acu tido.

Baby Acu, 2.8kg. 9/2/2015.


TokPapa dan tokMama yang mengalahkan anak-anak. Kemain.

 Abang Adli yang mewarisi iras pakCu.


#throwback.


Semua sudah turun pangkat bila dengan pakCu nanti, habisla. PakCu sudah gelebek baby Akma Wafiyyah je, tidak dapatla korang bertiga hendak minta manja lebih ngan pakCu. Even, nama pun A maka pergila cari tn Erwandi ye, mwahaha. Syukur sangat-sangat dengan pertambahan ahli keluarga ini. Semoga semuanya dipermudahkan dan di bawah redha Allah sentiasa. In shaa Allah.

Sekian sahaja entry hari ini, Arrizqi turns superhero sudah pun bangun. Jumpa lagi di lain entry. Daaa...

Friday, 6 February 2015

Terkena.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kisah satu malam, aku sedang menonton rancangan kegemaran, biasalah drama Korea. Tn Erwandi sedang main ps3 nya, di bilik yang berlainan dengan ruang tamu, bunyinya kemain lagi, bergema-gema tahap aku rasa hendak pasang pintu kebal kalis bunyi. Adli dan Auni sedang bermain berdua, sekejap ketawa, sekejap berkejaran, sekejap menangis berebut mainan. Arrizqi sibuk dengan basikal roda tiganya, siap bunyi prem-prem-preeemmm lagi. Mulutnya macam bertih goreng, potpetpotpet tidak berhenti. 

Tengah-tengah aku layan blues Arrizqi datang, mulanya minta ngempeng, ok aku layankan je dia main tangan, main rambut, main kaki, tidak lama lepas tu dia tunjuk sesuatu di sliding door.
 
"tu umi, tu umi...haaa tu" entah apa yang ditunjuknya aku pun tidak tahu. Bersungguh-sungguh. Aku bangun jugalah, tengok apa yang menarik sangat itu. Tiada apa-apa, semuanya biasa sahaja.

 A for Auni, A for Adli, A for Arrizqi.


Arrizqi kayuh basikal abang Adli menuju ke tnErwandi di bilik sebelah, panggil-panggil tnErwandi yang bagaikan sudah melekat di sofa, tenggelam dalam permainanannya.

"tu abi, tu...tu...sini ar..." aku tersengih sahaja mendengar dua beranak tu beradu suara.

"ada apa, cakaplah. cicak ke?" tnErwandi menjawab, masih lagi bermain.

"sini abi, sini. cepat ar" dia turun dari basikal menuju tempat aku, tunjuk di tempat yang sama. Auni dan Adli juga berhenti bermain melihatkan Arrizqi bagaikan tidak tentu arah.

"tu abi, tu" Arrizqi berjaya membuatkan tnErwandi bangun daripada tempatnya. Pause.

"mana....? ada apa?" tnErwandi menuju ke arah aku duduk. Matanya penuh tanda tanya. Minta aku jawabkan. Aku hanya jungkit bahu, tidak tahu.

"eh? dah hilang...! haaaa, dah hilang" jawab Arrizqi dengan nada selamba, muka selamba, Arrizqi pusing balik kepada basikal yang di tinggalkan.

"ceh, adik main-mainkan abi!" tnEwandi terus mengejar Arrizqi, melambung-lambung Arrizqi yang ketawa gelihati. Aku apalagi, gelak berdekah-dekah, satu situasi orang dewasa dimainkan anak-anak. Adoih! sampai bila-bila aku akan ingat situasi itu.

Tiga ini bila bergabung, memang pening kepala aku.

Di hari lain, Adli dan Arrizqi sedang berlegar di dapur, ke hulu ke hilir dua beradik itu sampai aku pula pening menengoknya. Aku tuang cococrunch dalam mangkuk beri pada Arrizqi. Dia tinggalkan atas table top kabinet dapur. Datang pula abang Adli.

"abang, ambil tu-ambil tu, atas-atas" Arrizqi tunjuk cococrunch dan minta abang panjat naik untuk ambil.

"takyah naik atas tu, ambik je macam ni ha, kan dapat" abang Adli gagah berani, lonjat badan capai mangkuk cococrunch. Tergamam sekejap aku yang sedang sibuk di dapur. Aku bagaikan tersedar, anak-anak sudah mula pandai berdikari, sudah mula pandai berkomunikasi, sudah mula saling mengenali dan memahami antara satu dengan lain.

Auni, seperti biasa. Semakin membesar, semakin emosi, semakin perempuan, haha. Auni yang dikenali sebagai si lasak, si aktif, si kreatif, si luar biasa bakatnya. Baru-baru ini, cikgunya berjumpa dengan aku, minta aku perhatikan bacaannya di rumah. Cikgu hendak mencalonkan namanya ke pertandingan membaca hujung tahun nanti. Komik tnErwandi pun sudah dibacanya, apalagi aku mahu kata, adeih!
People wait all week for Friday, all year for summer, all life for HAPPINESS! so, be happy :)
Sampai sini dahulu, jumpa lagi, daaa.