Tuesday, 15 December 2015

Madness. Kegilaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku sedang apa? aku sedang meniarap menaip blog entry menggunakan android, hahaha pemalas maksima. Oh hello, aku baru meregang otot ok, sambil tv menayangkan six flying dragons kali ke tiga, ye drama Korea fashion lama tapi berjaya memikat hati aku untuk menontonnya sehingga ke episod 18. Bangun awal pagi aku segera menyumbat pakaian kotor dalam mesin cuci, sapu rumah berselang menonton six flying dragon.

Dalam kepala merangka menu tengah hari, dilema emak-emak hari belum esok sudah mikir menu untuk hari yang mendatang, ikutkan hati dan perasaan serta perasaan iri hati ini ingin sahaja aku mengabaikan segala benda yang terjadi disekeliling. Hanya aku, hanya dunia aku. Mikirkan ke best san tuan Erwandi yang boleh hangout dengan kawan-kawan secara sendiri, aku jadi cemburu yang berganda. Ah! sila abaikan.

So, menu tengah hari ini ialah ayam goreng dan kimchi, muahaha. Semalam, Sha WhiteyMommy datang rumah semata-mata hantar kimchi buatan tangannya sendiri. Ah! benda yang namanya free, memang sedap. Eh! kimchi Sha memang sedap, aku namakan dia kimchi buatan Malaysia, makan dengan nasi panas-panas. Syarat makan kimchi ialah, gaul sebati dengan nasi. 진짜 맛있다 (jinjja masissda: sangat sedap). Sanggup Sha buat sebab ada geng makan kimchi dengan dia, aku la tu.

Aku ingat dia sejenis orang yang skema, berikutan tanya design untuk template pun macam hendak bergaduh je gamaknya, but Sha is ok, setelah hampir lima tahun kenal dengannya kini baru aku tahu dia ialah 'kipas susah mati' korean drama juga. Hi five!. Sejak aku memegang jawatan pengurus rumah tangga, sudah tiga kali Sha datang rumah aku, hantar novel, hantar kimchi, datang bersembang. Dia ialah salah seorang yang senang diajak berbual, anaknya Khalis sebaya dengan Auni, senang sahaja bergaul dengan askartiga.

Kerana Sha juga aku belajar tulisan Korea, untuk apa? entahla aku pun tidak mengerti mengapa aku belajar. Just basic 한글: hangul. Gigih aku belajar sehinggala aku boleh mengenal pasti sedikit ejaan, huruf dan bahasa Korea. Saja-saja, tidaklah aku melopong bila menonton Korea.

Teringat masa tingkatan dahulu, aku merupakan pelajar aliran yang mengambil matapelajaran Bahasa Arab. Aduh! aku sering sahaja terasa seorang pelajar yang jauh ketinggalan di belakang. Stress. Aku bukannya seorang murid kegemaran ustazah Hubsah, makanya kewujudan aku dalam kelas bagaikan halimunan, hahaha... dan lagi tidak hairanlah PMR bahasa Arab aku ialah D, habis!



Keypad handphone pun nak korea. kekeke...!

Whatever you decide to do, make sure it makes you happy! 

Ok, berhenti sini dulu, baju minta di jemur. Jumpa lagi di entry lain kali... Daaa selamat cuti sekolah.

Wednesday, 25 November 2015

Permulaan dan pengakhiran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

안녕하세요...[annyeonghaseyo, hello...] jumpa lagi kita, hari ini aku hendak mengisahkan kisah aku yang very the busy on hari terakhir persekolahan sesi 2015. Alhamdulillah semuanya tersusun dan berakhir dengan perasaan yang bercampur baur, berjalan dengan lancar sebagaimana yang diprogramkan. Sebaik sahaja surat daripada sekolah kebangsaan sampai menetapkan tarikh hari orentasi darjah satu diadakan, juga tarikh hari konvokesyen tabika Auni ditetapkan tanpa ada apa-apa perubahan lagi, aku segera memberitahu tuan Erwandi agar meluangkan satu hari itu untuk anak perempuannya.

Untuk belah pagi, tuan Erwandi hanya menyuruh aku sahaja yang menemani kakak Auni ke orentasi darjah 1. Perasaan libang libu aku ketepikan dek kerana tidak hari ini, esok atau lusa aku tetap dan harus juga berulang alik menghantar dan mengambil Auni pergi pulangnya dia daripada sekolah. Aku gagah juga memandu missExora dengan lutut menggigil berikutan cuak hendak memandu mrKelisa tersangkut di lubang yang tidak pandai untuk aku elak-da dua kali kena, rasa macam skirt mrKelisa tu bagaikan retak menanti tercabut. Jadi dengan pelan-pelan kayuh, aku tiba jua di destinasi. Hanya dengan Auni mencari dua tiga penjaga atau emak yang boleh aku jadikan kawan untuk hari itu.
Masuk sahaja pagar sekolah kami disambut mesra oleh guru sekolah. Owh! nostalgianya.
"Darjah 1?" aku bertanya sambil memimpin tangan Auni.
"Darjah 1, puan cari nama anak di papan kenyataan dan beratur ikut kelas." jawab cikgu peramah tidak sempat ku lihat tanda namanya.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. 

Kami terus mencari, tidakla susah berikutan ramai lagi penjaga yang masih berkumpul di papan kenyataan. Dua kali aku tawaf, daripada senarai nama 1G ke 1A balik semula ke 1G sehingga aku bertemu nama di nombor 15 kelas 1A. Mungkin ini hanya kelas sementara, memudahkan pihak guru untuk berurusan pada hari itu. Aku bariskan Auni di barisan anak-anak 1A, alahaiii comel-comelnya dorang. Geram sangat. Ada seorang dua yang memanggil nama Auni, mereka rakan tabikanya. Aku berjalan ke dewan bersama emak salah seorang rakan tabika Auni, Linda. Linda kenal aku, aku cuma cam dia sahaja, sehingga kami memulakan sesi perkenalan. Duduk bersebelahan.


Dimulakan dengan ucapan guru besar, diikuti guru disiplin diikuti guru penyelaras, seterusnya guru-guru penyelaras aliran masing-masing. Emak dengar taklimat, pada masa yang sama anak-anak sudah pun berjalan naik ke kelas peperiksaan. Jam tangan aku kerling, hampir jam 11pg, di luar sudah ada ibu bapa yang membawa turun anak-anak. Ceramah belum habis, aku keluar juga, risau Auni mencari-cari aku.

Panjang-panjang langkah aku ingin cepat sampai kepada Auni, bolehkan dia menjawab, menangiskah dia, sedang termenungkah dia, sampai sahaja tingkat atas, aku mencari kelasnya, ibu bapa masih penuh di pintu dan tingkap kelas. Jangkaan meleset, aku memanjangkan leher ke ruang dalam kelas, mencari Auni, bila sudah ramai anak-anak begitu aku pun jadi keliru dengan Auni, hahaha... dia sedang bertebeng di meja orang lain, berborak. Ada tiga orang guru yang menjaga, dua orang masih mengawal dan mengajar, seorang sedang menanda kertas.
"cikgu, itu emak saya" tanpa ragu-ragu Auni bersuara.
"emak awak, okla da boleh ikut emak" Auni berkemas dan keluar. Steady betul dia. Aku pula yang menggelabah tak tentu fasal. Aku masuk semula ke dalam dewan, menghabiskan dengar taklimat dan menerima arahan baru. 

Habis sahaja, keluar dewan sahaja kami berjalan ke koperasi sekolah membeli beberapa keperluan untuk pelajar baru sekolah kebangsaan. Just for you Auni, dan bergegas ke astaka untuk mengambil buku teks. Tidak sempat untuk mengambil gambar buat kenangan, hari pertama nanti sahajalah.


Terjumpa pula emak kawan tabika Auni yang memang aku sudah kenal, kakCT. Mudah urusan, senang hati jumpa kawan. Selesai mengambil buku teks berjumpa lagi geng menyuarat tabika yang biasa-biasa jumpa. Aku kerling jam, aku kena gegas balik program Auni masih belum habis lagi.

Sebaik sahaja tiba di rumah, dua hero sedang dimandikan tuan Erwandi. Terima kasih untuk dia kerana sama-sama membantu, tidakla aku lelah terkejar sana sini. Auni berpakaian rasmi sekolah tabika, aku bekalkan juga baju lain, manalah tahu majlis habis awal. Ikut jadual giliran penyampaian hadiah, sekolahnya yang awal.

Auni manis berjubah marroon, kami tinggalkan dengan cikgu tabikanya. Aku di dalam dewan mendengar lagi ucapan demi ucapan. Jujurnya, aku sebak. Aku ialah pendengar yang setia, bila aku dengar ceramah atau apa-apapun perasaan aku lekas sangat sensitif. Di sekolah kebangsaan pagi tadi, perasaan terharu aku dapat aku tahan namun di dewan konvokesyen tabika air mata aku menitik juga. Apatah lagi apabila mendengar, menonton anak-anak yang buat persembahan, kelabu mata aku dek air mata. Oh my, perasaan emak-emak, mujurnya tuan Erwandi sudah pun membawa hero nan dua yang tidak duduk diam itu keluar dewan.

Tiba giliran sekolah Auni, aku sudah pun di hadapan pentas. Basah hujung lengan baju kurung buat kesat air mata supaya pemandangan aku terang semula. Giliran Auni berjalan naik, namanya yang pertama dinobatkan antara tiga yang cemerlang sekolahnya. Alhamdulillah, terima kasih Auni kerana buat aku berasa kembang dan bangga dua tahun berturut-turut. Cikgu Ida dan cikguAin tidak sudah-sudah dengan ucapan tahniahnya. Terima kasih kalian berdua kerana mendidik Auni hingga jayanya. 
"terus cemerlang Auni naik darjah satu nanti" pesan cikguIda. Kenapa air mata aku pula yang mengalir? ah perasaan...

축하해...! [chukhahae, tahniah!] Auni!

Jauh perjalanan.



Piala kecemerlangannya aku genggam erat-erat. Tuan Erwandi tidak terus membawa kami pulang, dia singgah di taman layang-layang untuk anak beriadah. Mujur aku bawa baju Auni tadi, puas mereka bermain. Leka aku melihat mereka merayau-rayau dengan motor besar yang disewa tuan Erwandi. Mereka sudah besar, Adli juga akan masuk sekolah tahun depan. Semoga Adli boleh meneruskan kecemerlangan Auni nanti. Syukur pada Allah atas anugerah-anugerah terindah ini. Mereka membuat rahimku sejuk.

See? besar-besarkan dorang? I'm proud to be their mom.


Kekasih sampai hujung nyawa, inshaaAllah.


Sekarang aku berperang dengan mereka di rumah, aku hendak habiskan masa sepuas-puasnya kerana tahun depan aku bakal kesunyian. Auni bersekolah selama satu siang, Adli pula setengah siang, masa aku bersama mereka semakin pendek. Aku kena hargai masa-masa yang berbaki ini. So, sekian dulu, ceritera seorang emak yang hanya pengurus rumah tangga tetapi busy mengalahkan orang berkerjaya, hahaha. Jumpa lagi entry lain. Daaa...

Monday, 16 November 2015

Bersama kita ke zoo.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku termenung lagi, depan laptop sambil mencari ayat terbaik untuk entry pada hari ini, bersemangat sambil menyusun ayat, berlatarbelakangkan muzik Oh Won Bin ft. Miryo aku gigih menaip dengan harapan dapat menghabiskan entry dengan jayanya.

Apa aku buat sepanjang aku menghilang? kekeke, aku tidaklah hilang cumanya mencari sedikit ilmu, mencari sedikit idea, mencari sedikit kegembiraan, mencari sedikit masa untuk diri sendiri. Kegembiraan askartiga adalah paling membuatkan hati kembang sehingga tidak terucap dengan kata-kata. Meskipun kena kerah bangun pada awal pagi, asalkan berjalan ke luar daripada rumah mereka ok sahaja. Malah mereka pula yang bising apabila aku atau tuan Erwandi yang gagal mengikut masa.

Tuan Erwandi sudah berjanji untuk bawa mereka ke Zoo Negara, kakak Auni sudah siap Google apa yang ada di Zoo Negara, dia memang begitu. Orang sibuk dengan sukan negara 10 Oktober 2015, kami juga sudah bersemangat waja untuk bersukan di Zoo Negara dengan rasa tidak sabarnya, masing-masing sudah hampir hilang selera untuk bersarapan pagi di gerai berhampiran zoo. Mulut usah dikata, berbual berbalas cakap dengan kakak Auni macam bersembang orang lama di kedai kopi.

Hari itu tuan Erwandi dimurahkan rezeki, selain daripada kami anak beranak, telah menanti satu keluarga kawan kami masa belajar dahulu. Sebagaimana yang dijanji tuan Erwandi, keluarga pertama sampai di zoo dia akan belanja, maka rezeki mereka sekeluarga nampaknya. 

Bila sudah sampai zoo, apa lagi yang boleh di buat? acara sukan pun bermula. Berlari, berjogging, berjalan, menari, meniru suara-suara binatang, mengejar, berkejar, melompat, bergambar, selfie, makan, minum semuanya boleh dibuat dalam zoo. Seronok mereka berempat beriadah bersama. Aku pula yang tersemput-semput mendaki menurun jalan-jalan berbukit, berpeluh gakla ketiak akibat kurang sangat bersenam, badan pun terasa dipam-pam. 









 Kekasih kesayangan aku.



 Drama di pintu masuk zoo. Take action!

 Family potret of that day!

Family, we don't remember days...we remember moments.

Hurey, habis juga satu entry hari ini, miahaha. Oh! on that day, aku pakai baju tuan Erwandi. Bukan aje on that day, malah setiap hari pun aku feeling hendak pakai baju dia, baju aku sudah lama terperuk dalam almari, sudah jemu untuk dipakai. Ala, sharing is caring ma...apasalahnya kan. Tu yang nampak gebu lain macam tu, sila percaya berat aku masih tak cecah 55kg lagi weih! camno? 

Ok, sampai sini sahaja, jumpa entry akan datang. Ada-ada, tunggu rajin hendak transfer gambar dulu. Kalau sudah asyik layan drama ja, cemanalah kerja lain hendak selesaikan? kekeke. Jumpa lagi, Saranghae... 

Thursday, 15 October 2015

Cahaya Petunjuk Rezeki.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! saeing-il chukahamnida Ersyad Arrizqi! Korea lagi, haha menyambil sebelum bermulanya Six Flying Dragons, owh! drama ni best. Qiqi sudah pun tiga tahun, petah, lincah dan tidak mudah mengalah. Oh my Qiqi sudah pandai bergasak, bergusti, membuli sampai tahap emak pun naik pelik, siapa yang abang sebenarnya ni?

Emak beritahu yang mudah sahaja, hari ini birthday Qiqi, so Qiqi sudah besar tak boleh manja-manja sangat. Qiqi menjawab selamba,
"eh, mana ada? adik kecik lagi kan?"
"haaa, kan da cakap adik kecik lagi" Hah! langsung dapat free kiss. Geram betul dengan mulut tidak padan kecik tu. 

Semalam seharian di rumah sahaja, hujan-berhenti-hujan balik semula masih juga berguling di rumah. Hari bermalas-malasan. Hendak petang baru Qiqi bising semula.
"abi, hari ni hari jadi adik kan, kan?" 
"mana ada, ye ke? esoklah" tuan Erwandi menjawab entah dan tidak sahaja. Cuti kali ini barulah puas menatap tuan Erwandi puas-puas. Jika tidak dia sibuk dengan kerja.

Siap emak masak tengah hari dan menggoreng jejemput untuk mengisi perut sebelah petang, tuan Erwandi keluar memulakan misi. Gembiranya si Qiqi melihat kek untuk hari jadinya, perasaan tidak sabar semakin menjadi-jadi. Riuh rumah sewaktu hendak makan malam.


Meeting di meja makan. Love this pic. so much.


Adorable Qiqi.


Ini kek.

Qiqi tahu dan steady sahaja memotong kek. Bukan hendak makan sangat pun, lebih kepada hendak main kereta yang ada di atas kek sebenarnya. Pandai tuan Erwandi pilih kek. Selamat hari lahir Norersyad Arrizqi.

It is so nice to have you Ersyad Arrizqi, who brings happiness to the family. Thanks Qiqi and happy 3th birthday!

Oh tidak lupa juga emak hendak mengucapkan selamat hari lahir kepada kawan blogger, kawan instagram, kawan tupperware, kawan korea, kawan emak selama-lamanya Suraya yang merupakan emak kepada Syawal, Izz dan Mirza. Juga kepada anak kawan Instagram emak, kakZura, happy birthday abang Irfan semoga kalian diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu, insyaALLAH.

Sekian dahulu entry hari ini,six flying dragons da start, jumpa lagi. Daaa...

Tuesday, 13 October 2015

Assignment Zalora.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nota tiga aku belek, depan belakang. Aku sentuh-sentuh skrin secara rawak, klik sana-klik sini sehingga terklik nsahida@gmail.com. Ya, akaun email aku sendiri, banyaknya spam. Delete mana-mana yang tidak patut sehingga terbaca tajuk yang buat aku teruja serta tertanya. Menarik. Isi email aku buka, tadaaa.


Ala, bukan keluar peluh sangat pun, cuma gerakkan jari jemari sahaja, klik-klik-klik tapi makan dua hari juga aku memikir, patut  atau tidak patut aku terima. Ya, aku terima. Terima kasih pada Zalora yang sudah sediakan isi penting apa yang patut aku buat untuk kolaborasi ini. Tambahan pula tuan Erwandi baru sahaja bershopping dengan Zalora Malaysia. Katanya, Zalora banyak less. 

Then, inilah assignment yang Zalora sediakan untuk aku siapkan. Lipstick. Aku pasti harus ada yang pelik apabila melihatkan entry bloghijau bertukar jadi di luar kebiasaan, Now, aku sedang menanti parcel hasil daripada kolaborasi ini. Best-best! I is sukaaa.



Mudah sahajakan? Oh ya, pada masa yang sama bagaikan jatuh ditimpa tuah sebaik sahaja aku publish entry yang berharga rm100 (lipstick) aku menerima cek daripada Nuffnang. Terima kasih Nuffnang, sudi-sudilah penuhkan tabung aku lagi, miahaha. Tuah datang lagi apabila tuan Erwandi pelawa membawa kami ke Zoo Negara, huyeee! Syukur rezeki datang tanpa sengaja. Alhamdulillah.

Terima kasih Zalora, terima kasih kawan-kawan, terima kasih semua, jumpa lagi entry seterusnya, Fighting! 

You don't always needs a plan. Sometimes you just need to breathe. trust, let go and see what happens. - Mandy Hale.

Friday, 9 October 2015

Lipstick.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kelihatan cantik dan sempurna adalah idaman setiap wanita, baik kecantikan dalaman mahupun luaran. Selain daripada pemilihan pakaian yang bersesuaian, rupa paras juga merupakan aspek yang terpenting bagi hampir semua kategori wanita, yang bertubuh ramping, bersaiz gempal, berkulit cerah mahupun berkulit gelap. Pembayang mata, pemerah pipi, bedak compak, celak dan paling tidak ketinggalan pentingnya ialah lipstick atau gincu merupakan pelengkap untuk wajah yang diidamkan. Makanya untuk entri kali ini, kita akan berkongsi sedikit info mengenai warna lipstick yang bersesuaian untuk wanita yang berkulit gelap. Mari-mari, mereka yang berkulit gelap, usah gentar untuk menjadikan bibir anda setanding cantik dengan mereka-mereka yang seangkatan.






Bagi wanita yang berkulit gelap, adalah penting untuk anda mengenakan solekan atau make up yang bersesuaian agar penampilanan anda tampak lebih menyerlah. Antara warna lipstick yang dicadang paling bersesuaian adalah seperti berikut:


1) Coklat gelap.



Pilihan warna lipstick terbaik untuk semua wanita berkulit gelap ialah coklat gelap. Warna coklat gelap akan memberikan anda tampil dengan solekan yang ringkas tetapi masih mampu menarik perhatian orang ramai.


2) Merah.



Ahaaa, mesti anda berasa takut untuk mengenakan lipstick warna merah yang terang seperti ini, terasa bagaikan kecantikkan bibir anda yang lebih mendahului namun merah itu lambang keberanian, usah gentar. usah takut. Oleskan sahaja dengan rasa berani. Warna merah ini akan menjadikan anda kelihatan si seksi dan menggoda! auuummm.


3) Fuchsia.

Warna fuchsia ini tergolong juga dalam warna terang. Ya, wanita bertona gelap sekalian, sila jangan takut untuk oles bibir anda dengan warna fuchsia, kerana ia memberikan anda elemen misteri. Anda si misteri akan menarik perhatian untuk orang mengenali anda. Bersedia ya! 


4) Margenta.


Warna terang lagi khas untuk wanita berkulit gelap dan menyukai merah jambu. Anda sudah lama berkenan tetapi terasa-rasa bagaikan tidak sepadan. Jangan bimbang, anda berani oles makanya  anda lebih menyerlah. Margenta ialah alternatif terbaik selain warna merah. Mereka setanding.


5) Natural.




Yang terakhir ialah, warna ringkas, warna kegemaran semua pastinya, warna natural. Bila-bila masa untuk anda tampil ringkas tetapi elegan, inilah padanan warna paling sesuai, natural. Cantik bukan? berkenan bukan? apalagi, sila jangan gentar untuk cuba. Sayang bila sudah beli tetapi hanya tersimpan. Kejelitaan anda kebanggaan anda juga.

Semua wanita mempunyai kecantikan dan daya tarikan yang tersendiri, tidak mengira apa pun warna tona kulit anda dan bagaimana cara untuk anda menghargainya. Namun untuk wanita berkulit gelap, adalah penting untuk anda mengenakan solekan atau make up yang bersesuaian agar penampilan anda lebih menyerlah. Diharapkan contoh-contoh liptick di atas dapat membantu anda membuat pilihan yang berani. Sekian sahaja sedikit perkongsian daripada penulis. 

A woman, is most beautiful when she smiles. - Beyonce 

Wednesday, 7 October 2015

Cahaya Kesyukuran Keadilan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Awal pagi yang luar biasa, terjaga dek kebisingan tuan Erwandi bersiap untuk ke opis. Cuti sekolah, mata pun bijak untuk memilih tidak terjaga namun aku gagah untuk bangkit, tuan Erwandi perlukan semangat pagi ini, beliau ada interview. Hari itu aku bersiap mengemas rumah untuk pulang ke kampung, well esoknya merupakan sambutan hari raya korban.

Askartiga biasalah, sentiasa ceria dan riuh bila nampak tuan Erwandi depan mata, apatah lagi kak Oni sudah mula bising-bising, "bila hendak pergi rumah tok mama". Ataupun, "cuti sekolah ni saya hendak pergi rumah cik Su la". Abang Aie pun sudah reti merungut, "abang bocan la umi". Kemain lagi kan...? yang aku pelik bila tuan Erwandi ada di rumah, tidak pula dorang bertanya terus. Why me? Balik sahaja beliau ke rumah terus berbisik pada aku.

"ada belikan Aie set robocar poli, hendak bagi sekarang kah?" 
"no, simpan dulu bagi masa birthday dia nanti" aku menjawab dengan tegas. Ini part yang aku sayang sangat dengan tuan Erwandi, beliau sentiasa mengetahui apa yang selalu ada dalam kepala aku. Betul, aku memang hendak hadiahkan Aie set robocarpoli menjelang ulangtahunnya yang ke empat nanti. Senyap-senyap tuan Erwandi sudah belikan. 

Perjalanan yang biasanya empat hingga lima jam ke Johor mengambil masa lebih panjang berikutan yang memandunya ialah aku, kekeke, 110km/jam ikut peraturan lebuh raya dengan penuh skema. Tambahan pula aku puasa, termasuk sekali masa berhenti berehat. Jadilah daripada dua-duanya tidur di RnR lebih baik aku yang memandu, sekurang-kurangnya memendekkan jarak perjalanan. Lepas berbuka, tuan Erwandi kembali memandu terus sampai rumah tok mama. Hampir ke tengah malam, haha.

Mama sudah siap menu hari raya korban, that's my mom, sentiasa bersedia. Pagi raya yang biasa-biasa sahaja, melepak, makan, pakai baju raya, melepak lagi, makan, pakai baju raya. Esoknya barulah berjalan ke rumah onyang askartiga, entah macam mana onyang pun pergi beraya- tiada di rumah. Singgah pula di rumah nenek saudara askartiga- adik mama. Alhamdulillah, sampai juga hajat makan bekalan bersama-sama, hehe.

Aku rasa sudah naik berkilo-kilo. Balik rumah nenek saudara, tok papa and tok mama sudah bersiap sedia dengan kek untuk Aie. malam tu juga celebrate birthday boy meskipun date sebenar jatuh pada hari Ahad. Seronok bukan main, dapat robocarpoli. Tok papa belikan baju sepasang seorang, belikan bola sebiji seorang, meriah-meriah! Then, hari Isnin baru bergerak balik rumah sendiri, Aie juga sudah bising-bising, "bila hendak balik rumah kita ni umi". Budak ini, cakapnya makin petah, makin pening aku dibuatnya. Mentanglah sudah dapat banyak hadiah. Sabar je la.









Gambar raya tiada, sudah cantik-cantik dorang main gusti-gusti pula. For abang Aie, 
Happy 4th birthday, you changed the world as soon as you entered in. Time flies so fast you become a lot stronger and bigger but you will always be by baby. Happy birthday 27092015

Sekian entry untuk hari ini, jumpa lagi entry akan datang. Daaa... Pendek tak entry ni? ke panjang jugak? hahaha.

Tuesday, 22 September 2015

Singkat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! Ottokhe jinaseyo? Aha mesti ada yang menyampah karma tetiba aku Korea, tah betul ke idak tu, aku tibai je. Maaf. So hari ini aku saja mengisi masa lapang, hendak buat art da kehilangan pembaris kesayangan. Baik yang pendek, yang panjang, yang plastik, yang besi kesemuanya lesap. Nampak macam enteng, tapi itu la benda paling penting. Biasalah bila sudah kantoi peti simpanan, satu persatu barang aku hilang dikerjakan dek askartiga.

Setelah 4 minggu terperap dan memerap setiap Sabtu dan Ahad, hanya rumah, dan rumah, dan rumah the end tuan Erwandi bawa kami keluar berjalan juga. Lurus. Sudah nama pun keluar berjalan, memang betul-betul berjalan sahajalah. Apapun tidak beli melainkan singgah makan tengah hari di kedai nasi ayam, bukan sekadar nasi ayam. 

Paling sempoi keluar tanpa bawa handphone, bagus juga rasanya. Terasa betul-betul berjalan dan menghabiskan masa. Dalam pada tu, terasa ganjil juga pasal tidak wefie dan selfie. Hrmmm, sudah jadi emak-emak, apa ada pada handphone. Even sudah balik rumah, handphone langsung tiada orang hubungi, haha. 

Destinasi pada hari kejadian, yang dekat-dekat sahaja, One Utama. Misinya ialah just for release an empty heart. Seronok dengan keletah askartiga sendiri. Hendak berjalan 5 sederet ala-ala Power Puff Girl. Aie dan Qiqi di pimpin tuan Erwandi, Aku dan Oni berpimpin bersama, harunya bila Aie hendak berpimpin dengan aku juga, ahaaa, terpaksalah berjalan dengan rapat-rapat dicelahan orang ramai.

Paling kecoh melanda bila di meja makan, sesi pembahagian nasi oleh tuan Erwandi, kesian anak-anak sudah lapar, masuk kedai nasi ayam masing-masing bertukar jadi ayam betina, tahap aku rasa seperti dalam reban ayam dikelilingi ayam yang sedang mengeram. Aduhaiii, orang meja sebelah, sebelah sini, sebelah sana, masing-masing mempamer senyuman yang sukar dingertikan maknanya. Aduh, riuh sungguh meja aku ini.

Nasi dan sup sampai, puas aku dan tuan Erwandi menyuruh sabar, tunggu lagi hidangan sampingan lain. 
Aie: abang da lapar sangat ni, nasi ni sedap sangat. abang taknak ayam, abang nak sup ja.
Oni: kakak buat sendiri, kakak boleh buat.
Qiqi: sudu umi adik nak sudu. nak acik, nak acik ayam.

Masa makan senyaplah sekejap, bila nasi habis tenaga bertambah semula. Mulut pun tambah riuh. Qiqi menyanyi lagu ABC habis segenap ruang kedai hingar dan bingit. Ambil kesempatan tuan Erwandi berasap di luar kedai dengan askartiga, aku habiskan hidangan. Memang tidak rugi kalau bawa aku makan, memang akan licin habis aku kerjakan.

Selepas itu sambung berjalan lagi, memang tiada apapun hendak dibeli. Cuci mata sahaja. Perasaan aku macam ada sesuatu je yang terjadi dalam OU ni, balik sahaja terus aku periksa instagram, ahaaa, Diana Rikasari ada di MPH, rugi betul tidak ke MPH walhal itu tempat biasa aku menghabiskan masa. Mungkin tiada rezeki aku berjumpa dengan beliau. Siapa beliau? Beliau ialah penulis buku #88lovelife, di mana aku suka sangat hasil tulisannya.

Bila Aie asyik bertanya bila hendak balik rumah, kami pun baliklah. Belek mainan pun tidak ada hati hendak beli, belek kedai-kedai mampu tengok je la, dalam purse ada RM10 je, hahaaa. Sejak aku surirumah, kad bank tiada dalam purse pun aku tidak sedar malah tak mengisah langsung. So jam 12.45pm kami keluar rumah, jam 3.45pm kami sudah sampai rumah balik semula. Sekian terima kasih. Now, waiting result tuan Erwandi hendak balik cuti raya Aidiladha ke idak, I hope, dapatlah balik kampung beraya dengan parent aku, askartiga pun asyikla tanya bila hendak jumpa tokMama. Rindu sangat da gamaknya.





Sekian dahulu entry hari ini, selamat bercuti kawan-kawan, salam aidiladha buat kalian semua. Ah! sudah jadi kipas susah mati FTIsland pula aku ni, hahaha. Daaa...

Tuesday, 15 September 2015

Kokonie atau kakOni atau Auni.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Malam sudah lewat, biasalah Sabtu malam kebiasaanya memang semua pun akan masuk tidur lewat. Kasi can esok cuti. Tetapi disebabkan tuan Erwandi masih lagi dalam jadual bertugas, makanya aku meminta bantuan daripada salah seorang emak kawan kepada Oni, kakWati. Anaknya sama-sama bermain bola jaring dengan Oni makanya kami akan menumpang kereta dia yang dipandu suaminya. Aku ni hanya pandai memandu di jalan raya yang lengang, yang mudah, yang dekat dan dalam kampung sahaja. Masuk jalan yang aku tidak pernah pergi, memang akan sesat. Aku ni hanya mempunyai hati kecil yang tidak berani untuk memandu di jalan yang luar kebiasaan aku tanpa ada orang temankan.

Tambahan pula tayar kereta tuan Erwandi macam kelihatan luar biasa lembiknya. Hanya mampu bertahan sampai dia pulang nanti. Alhamdulillah, dengar sahaja kena bangun pagi-pagi tumpang kereta kawan kakak Oni makanya semua masuk tidur awal. Awal pagi aku bangun dahulu, 7:30pg harus sudah berada di padang sekolah rendah tempat perlawanan bola jaring diadakan. Disebabkan menumpang orang makanya aku perlu bersiap sedia dengan lebih awal. 

Melihatkan emak yang sudah bertudung, semua pun bangun dengan mata segar bugar. Bersiap dahulu meninggalkan aku yang masih terhegeh-hegeh mengemas rumah.
"cepatlah umi, nanti emak kawan kakak tinggal kita" kata Aie yang sudah menanti di pintu siap berkasut. Qiqi tersandar di sofa dengan muka blur sebelum mendapat abang Aie untuk pakai kasut. Oni yang rajin menyiapkan Qiqi bergegas membantu.

Kami menanti kereta kakWati di hadapan sekolah Oni. Sementara menanti aku bagi peluang askartiga berlari di dapan sekolah, kasi warm up pagi-bagi biar tidak ada yang buat hal. Kereta kakWati tiba aku sambut dengan senyuman meleret. 
"da macam taska pula" kata kakWati melihatkan aku membawa askartiga menaiki keretanya satu persatu. 3 plus 2. Havoc kereta kakWati. Bising dengan suara Aie dan Qiqi sahaja. Aku minta maaf pada kakWati risau mengganggu ketenteraman dia. kakWati ok je. Meriah katanya.

Sampai di padang sekolah, aku kena cargas. Borak, borak juga tapi dengan mata melingas. Mata aku dua tetapi kena bahagi tiga sama rata, sorang ke hulu sorang ke hilir. Argh! ini yang aku rasa isk-isk-isk. Pada Oni aku pesankan ikut cikgu, ye la dia sudah tentu ada jadualnya sendiri. Aku melayan Aie dan Qiqi. Satu part Aie hendak buang air pula, sudah ku hangkut Qiqi sekali pergi tandas. Boleh sahaja tinggalkan dengan kakWati, tetapi tidak mahu menyusahkan dia. Sudah cukup baik dia mahu menumpangkan aku.

Sudah duduk cun-cun bawah khemah, Aie minta nasi lemak pula. Tidak ye, mereka belum makan lagi, kakWati pun ada pelawa kuih muih pagi tadi, tetapi mood aku tengah libanglibu aku macam perasan dan tidak je, segan pun ada. Aku bangun heret juga Aie dan Qiqi beli nasi lemak. Duduk menghabiskan makanan. Qiqi makan donat, Aie makan nasi lemak dan karipap.

Sedang Oni warm-up di tengah padang, Aie minta karipap lagi. Budak ni memang suka karipap. Aku belikan 5 biji dia mahukan yang dalam plastik tu ada dua biji sahaja. Sebelum dia buat hal, baik aku ikut je kata dia, sudah cukup baik dia tidak berlari sana-sini, hahaha. Ye, 5-2, aku makan dua biji sebab Qiqi sudah kenyang, dia makan sebiji so dalam plastik tinggalla dua biji. Problemo betul mamat ni.

Sambil menonton di tepi padang, Aie dan Qiqi main dengan anak kakWati, mujurla ada suami kakWati yang turut sama membantu memerhatikan Aie dan Qiqi. Bersyukur sangat perjalanan hari itu dipermudahkan sehingga tamat perlawanan bola jaring. Tidak mengapalah Oni, kalah pun. Ambil pengalaman, nanti boleh main lagi. Habis perlawanan terus sahaja pulang, Aie sudah mula merengek bila hendak balik rumah kita- katanya. Dia sudah mula rindu dengan bantal busuknya yang tidak di bawa. Qiqi sudah pun melepek di bahu aku.

 Muka awal pagi, ceria bukan main.


 Sebelum ini, yang baju hitam tu satu sekolah dengan Oni.


 Sisters.


Mr Karipap. 


Dahulu, Aku penah pegang posisi Oni. 


Proud to you Oni, emak main netball pun pada umur 12 tahun.


'WA' emak yang tulis tu. Tengah jadi pak pacak kena menulis pula.

You are beautiful, You are magical, You are capable, You are wonderful. Oni...hwaiting!!!

Sampai sahaja di rumah, ketiganya tidak sempat mandi terus terlelap keletihan. Aku? tidur jugalah, hahaha. Letih tu, 2kg turun sebab mengejar askartiga. Mujurnya keeseokkan hari, cikgu sekolah bagi cuti, hurey! Ok jumpa lagi. Sekian. Jerebu, tapi kena poie kedai juga, susu Qiqi habis. Kena lagi angkut askartiga ini, huhuuu...

Wednesday, 2 September 2015

September datang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rindu aku? rindu kamu juga. Sayang aku? sayang kamu juga. Annyeong (melambai tangan dengan senyuman paling mesra). Aku sihat, kamu sihat? Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang masih setia mengikut bloghijau ini, terharu pula rasa. Terkilan pun ada juga kerana liat benar hendak update tentang kehidupan yang semakin mencabar kini. Cemburu sangat dengan korang. korang, korang yang rajin menaip cerita tu.

Awal September, kini aku jobless. Hanya menjadi penonton setia peti televisyen, itu pun hanya sejam dua menonton drama Korea yang terkini selebihnya, aku tertidur. Kembali ke arena membaca novel, sampai bab 10 tutup novel sebab jalan ceritanya masih kekal dalam ingatan. Argh! buntu karma. Hasrat untuk buat kad ucapan ready made, baru buka tutup peralatan sudah kena serbu dengan askartiga pula, seorang hendakkan laptop, seorang hendakkan pelukan emak seorang lagi berebut tempat, alahai kids please give me some of the time (muka kesian).

Jangan harap, aku simpan semula semua peralatan dan kembali menjadi menonton kaku tv, mata sahaja ke tv tapi langsung tiada hati dan perasaan hendak menyelami apa yang ditayangkan. Ada tidak aku buka kertas yang telah aku print, menghafal makna bacaan dalam solat. Bagus juga kan? sudah berumur, kena struggle part menghafal ini, kena keluarkan balik skill-skill Allughatul Arabiah Al Ittisoliah subjek tingkatan 3. Phew! pun, sekejap sahaja sebelum terlelap. Lepas tu buatlah kerja rumah macam biasa. Terbengkalai lagi niat untuk hobbies art tadi.

Ok, aku hendak share banyak cerita terjadi hari ini, 1stly, aku habis buat penyelidikan tentang Aie dan Qiqi, kajian untuk adik tuan Erwandi yang mengambil kursus pendidikan awal kanak-kanak. Apa salahnya, wassapp sahaja apa yang dia pinta. Sambil itu dapat juga aku tumpang  mengenal dan mengkaji Aie dan Qiqi dengan lebih mendalam even membesar depan mata pun, bukan mereka sentiasa mahu dengan kita, ada masa dorang lebih selesa buat hal sendiri-sendiri. Masih banyak yang perlu aku buat untuk mendidik dua orang ini supaya boleh berdikari seperti kakak Oni.

2ndly, my power girl, Oni. Si aktif kembali ke arena, mengharum nama sendiri dan kekal independant. Mewarisi kebolehan aku apabila terpilih mewakili sekolah tabika daerah Gombak dalam permainan bola jaring. Daebak! Kokonie (aku suka panggil dia camni). Pertandingan on Sunday, and at the same time tuan Erwandi is not arround, wait and see sahajalah macam mana emak askartiga ni hendak handle secara lone ranger. Di tengah padang yang luas, bersama berlarian dengan kids. Update later.

3rdly, my power girl again, terpilih ke pertandingan membaca mewakili sekolah lagi. Aku pernah cerita sebelum ini. Owh! Kokonie, ini kes mendera emak sama namanya apabila kena training Oni membaca dalam bahasa Inggeris, omooo... Kokonie's teacher said,
"puan tolong tengokkan Auni membaca dalam bahasa Inggeris, dalam semua budak ada kat sini dia je yang boleh membaca dalam bahasa Inggeris, saya belum ajar pun lagi. Dia belajar sendiri" perasaan aku? of coz I'm proud for her. That's my lovely daughter. Terus sahaja bersinar berusaha memperoleh perhatian aku dengan cara sendiri. Oni....hwaiting!

A daughter a mother's treasure and a father's pride and joy. A daughter is a miracle that never ceases to be miraculous.

Jengah handphone sekejap, nombor yang tidak dikenali juga seroang kawan hendak repeat order hobbiesart. Syukur, rezekiku masih ada. Terima kasih yang sentiasa menyokong aku. Argh, lama benar tidak mesra dengan bloghijau ini. Instagram pun bagaikan suam-suam je macamnya hendak tutup akaun pun ada. Apa perasaan ni? adeih! But, I love Instagram more than bloghijau, kekeke. So, aku habiskan di sini sahajalah. Aku sudah sifarkan akaun nuffnang, jadi aku kena kerah diri juga untuk kembali ke arena berblogging, klise. Banyak kali cakap menda yang sama, dok takuk tu gakkan? ahahaha, nasiblah labu.








Aku berhenti sini dulu ye, hendak memulakan apa-apa yang patut. Minta maaf sangat kalau-kalau entry ini bagaikan interframe lebih. Dengan bahasa yang rojak habis, ahahaha. nampak sangat banyak benar menonton tv. Jumpa lagi entry akan datang, jaga diri ok. Daaa, muahciket!

Tuesday, 18 August 2015

Msjbox Aidilfitri 2015.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku membaca lagi jemputan daripada kakRetna yang dihantar melalui tag isntagram berikutan akaun FB telah lama aku buang. Media sosial yang satu itu, semakin aku lupa aku pernah aktif satu masa dahulu. Terima kasih kakRetna, tidak pernah jemu menghantar jemputan setiap kali ada perjumpaan gengmsjbox, tidak kira majlis apapun sekiranya mereka berkumpul. Meskipun msjbox pada bloghijau ini entah kemana perginya, passwordnya pun entah aku ingat lagi entah kan tidak, kalau bloghijau pun aku sudah jarang benar hendak update apatah lagi isi-isi dalamnya, apa hendak jadi weih!

Ambil tindakan drastik terus beritau tuan Erwandi, kena atur schedule dia awal supaya hasrat aku tercapai tahun ini, punyalah teruja sampai kena gelak dengan kakRetna pasal tersalah hari dan tarikh, gilala. Hendak sangat berjumpa sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Malam sebelum hari kejadian aku sudah mula gabra, tuan Erwandi pergi bertugas dan tidak balik-balik rumah. Ini boleh mendatangkan stress maksima, hendak menangis pun ada, sehingga ke tengah hari kejadian baru aku berani text wassapp dia. Alhamdulillah dia kata dia akan bawa aku pergi majlis itu nanti.

Betul ini kali pertama aku berjumpa dengan mereka, selama ini kami hanya berhubung dengan instagram, wassapp, dan sosial media pertama membuatkan aku kenal dengan dorang semua ialah blogspot. Mereka ialah teman-teman terawal aku menaip di bloghijau. Terima kasih atas persahabatan selama 7-8 tahun ini. 

Tuan Erwandi sampai sahaja di rumah, semuanya telah aku siapkan. Asalnya aku hendak bawa biskut raya, rasa seperti tidak puas hati aku bawa juga koktel jellymelly yang paling mudah. Itu jugala menu yang aku bawa ke tadika Auni minggu lepas, hahaha. Ok la tu menu mudah untuk emak anak berderet cenonet-cenonet sediakan.

Setelah menggigih menggagah sampai juga kami ke rumah Encik Sodep dan Izu, To be honest aku fikir mereka ialah suami isteri, hahaha, rupanya aku tersilap, maafkan daku tuan rumah. Aku sampai mereka ajak aku dan keluarga bergambar, hahaha, layankan je la. Macam pernah berjumpa je sebelum-sebelum ni walhal semuanya pertama kali bagi aku. Mereka mesra sebagaimana yang aku jangka. Dengan ini kolum sidebar bertemu mata aku bertambah lagi, huye-huye-huye. Meskipun boss besar msjbox tidak hadir, semoga satu hari nanti kita berjumpa abang Jun dan kak Karni majlis tetap berjalan dengan lancar.

Makan-makan-borak-ketawa-makan, sempat juga aku berborak dengan abang Shaizhar dan kak Nazuha, mereka berdua mesra dan ok sama macam kakRetna dan sisLin, kakCT pun best. Owh! red velvet kakCT memang mengancam dan terancam. Tak lama kemudian tika hujan lebat kilat berdentum, tuan Erwandi ajak balik dia hendak tidur sekejap katanya. Ok jom kita balik, setelah aku pun puas hati dapat berjumpa dengan mereka semua. Terima kasih kalian sudi terima aku. Yeay! Dan baru hari ini baru aku tahu rupanya majlis tu ada tema, hahaha. Kena pakai baju traditional warna Jalur Gemilang, kekeke. Maafkan daku.

A day spent with friends is always a day well spent....

Okeh, jom layan album pula macam biasalah :)


All, tuan rumah Encik Sodep yang berbaju elmo tu la.


Cantik.


 Koktel jellymellyhijaucantik.

Dan yang teringin sangat hendak berjumpa, berkawan sudah lama, mesra tapi ini pertama kali kami bertemu.


Lovely kakRetna


 Kindly sisLin.

Terima kasih sebab masih tidak jemu menjemput aku sehingga dapat bertemu, ada rezeki kita pasti bertemu lagi. Sudah tentu yang seronoknya ialah aku, mendapat kawan baru, yang sangat havoc meskipun berkeadaan haru biru. Apa yang penting hati ada banyak puas maaa. Terima kasih kalian semua nanti datang rumah kita pula ea. 

Ok, sampai sini dulu, Qiqi bergayut kat tangan masa proses menaip entry ni, isk anak emak sorang ni memang tau. Jumpa lagi, daaaa.

Thursday, 6 August 2015

Susah hendak jawab.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mood raya lagi ke? tidak mengapa, raya kan sebulan. Tahun ini Aidilfitri aku sangatlah padat, rezeki mencurah-curah barangkali, kawan pun terasa semakin ramai menjemput ke rumah terbuka, syukur Alhamdulillah ukhuwah masih terpelihara. Betul aku seronok sangat, sampai peningla kepala hendak pusing baju raya, maklum sahajalah baju raya hanya ada sepasang sahaja, hehe.

Aku punya raya, biasa-biasa sahaja - klise lagi. So far oklah, siapa yang hendak datang ke rumah boleh rojer awal-awal dapatlah merasa air tangan aku yang tidak seberapa ini - aku bukan terror memasak, jika hendak redah sahaja pun boleh tapi apa yang ada sahajalah. Asalkan kita dapat bergembira berbual dan memeriahkan rumah.

Siapa yang tidak suka pergi beraya bukan? aku pun suka pergi beraya, apatah lagi duduk jauh dengan emak bapa, maka aku hanya ikut tuan Erwandi beraya sahajalah. Bila katanya duduk rumah makanya kita duduk rumah. But, aku suka juga duduk di rumah, boleh siapkan permintaan-permintaan peminat hasil kerja aku, hihii. Hendak kata masyuk sangat tu tidaklah, asalkan aku boleh isi masa lapang, jadilah. Bila pergi beraya, persoalan yang aku rasa susah hendak jawab bila ditanya duduk rumah buat apa? Erk!

Dan jawapan yang sangat klise aku bagi ialah, duduk goyang kaki, layan drama Korea. Ayat seterusnya, bestlah dapat duduk rumah, tak payah susah-susah terkejar-kejar pergi kerja. Wha...what!!?!! senang sangatkah bila duduk di rumah sepanjang masa? Hrmmm, salah aku juga sebenarnya, pergi bagi jawapan klise awal-awal tadi buat apa, kan dah kena balik semula. Biasanya, aku putuskan untuk terus menikmati hidangan ataupun buat hal lain, pasal tidak perlulah aku hendak terangkan satu-satu kisah kerja aku di rumah. Kadang yang bertanya tu bukan orang lain, seorang emak juga, punya anak-anak juga, buat kerja-kerja rumah juga, makanya faham-faham sahajalah kerja seorang pengurus rumah tangga. Tak gittu?

Jujurnya, selain melayan kerenah askartiga (nyata berbeza ketiganya), kerenah suami, urusan seisi rumah, aku buat juga hal aku sendiri, melayan Hobbies Art. Cumanya, aku tidak tahu hendak terangkan pada orang apa yang aku buat, hahaha. Bukan tidak mahu promote, apa yang aku buat tu pun just for mengisi masa lapang. Suka-suka. Aku tidak boleh beri tumpuan sepenuhnya kepada Hobbies Art kerana aku mempunyai komitmen yang lebih penting daripada kesukaan aku sendiri, meladeni seisi rumah. Itukan tugas utama seorang pengurus rumah tangga.

Apapun aku tidak kisah, aku lebih gembira sekarang ini dan dengan meriahnya lagi-lagi bila bertemu dengan orang yang jarang ditemui, mereka nyatakan aku sudah berisi dengan baik. Tidak lagi kurus melidi seperti sebelum-sebelum ini, huye-huye. Now, time untuk maintain kan diri. Chewah! sudah anak tiga ada hati mahu vouge lagi kan? apasalahnya, pengurus rumah tangga bukanlah seorang tukang gaji di rumah. Mengurus rumah tangga dengan jiwaraga tanpa bayaran, hrmmmm sebelum ini aku fikir aku tidak mampu. This year, masuk tahun ke tiga aku bergelar pengurus rumah tangga, I am happy. Biarlah apa orang lain hendak kata, inshaaAllah aku belajar dan terus berusaha menjaga keluarga aku sendiri. Hwaiting!!!

So sebelum habis, mari kita layan gambar pengurus rumah tangga dan kawan-kawannya. Ha'ah, kawan yang sama pasal tidak punya ramai kawan sangat - statement tidak boleh belah, haha.

Empunya diri, makan sekali 4 mangkuk. Bitchoso! 


Team gosip kepop in the house.


Team PERKEP yang tidak cukup ahli.


Team PERKEP lagi. 


Makcik and cousin. Nampak gigi or tak nampak gigi? hahaha...pipi melimpah.

Why compare yourself with others? no one in the entire world can do a better job of being you than you - lifequotesrulnet

Sekian dulu entry hari ini, terima kasih kerana sudi membaca jumpa lagi, daaa.

Nota hijau: Baru lepas timbang, berat turun. Argh! frust.