Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Cerita lagi tentang mereka bertiga, yang aktif, yang kreatif, yang manja, yang sentimental, yang lincah, yang peramah, trio empunya hijaucantik. Aku tengah tarik nafas panjang apabila melihat Arrizqi berjaya melolos diri di grill pintu. Adli memang sedia boleh lolos ikut lubang atas dan Auni memang tidak lolos tetapi sudah pandai buka pintu dengan kunci.
Sangat-sangat-sangat tidak boleh leka dan mesti diperhatikan apabila mereka sepakat main di halaman luar. Paling aku menyampah dorang main atas kereta, ye bukan dalam kereta tapi atas kereta, cermin depan dan belakang jadi papan gelongsor. Calar? memang tidak boleh hendak kata, bergaris-garis hasil seni tiga pasang tangan. Satu hal lain, main buai. Bukan duduk berbuai macam biasa, tetapi buat badan jadi buai. Kebiasaanya memang Auni akan leads mengajar adik-adik. Dia suka bergayut atau panjat atau terbalikkan buai ikut sesuka hati dia, sampai aku dengan abi pun naik pelik macam mana dia main buai. Beza memang berbeza.
Jika tidak berbuai, mereka sepakat mengerjakan polisterin alas aquarium milik abi, salji katanya. Habis dikokah oleh enam tangan. Mereka akan memuatkan diri masing-masing, berbahagi ruang seorang sedikit di bawah aquarium dan memulakan kerja. Aku memang naik tanduk bila masa hendak menyapu polisterin yang bersepah, memang macam salji, lagi-lagi bila ditiupkan angin, aku pula jadi berhangin sebadan.
Kerja lain yang paling aku hilang sabar, menyepah kasut dalam almari. Biasalah, almari kasut macam retis, letaklah kasut di ruang paling tinggi, hrmmm...kan ke sel otak berhubung, tangan tidak sampai ambil pula kusyen sofa, susun tinggi-tinggi maka dapatla menyepah semua kasut sampai habis satu ruang jadi kosong. Gila pening, pitam aku hendak buat banyak kerja, susun kasut plus susun sofa, grrr...grrr...grrr...
Paling aku tidak jangka, Auni boleh pula panjat pagar pembahagi rumah. Adik-adik tunggu di bawah memerhati, menyimpan dan bakal melaksanakan misi pada masa akan datang. Kadang, aku sampai keliru, Auni ni lelaki atau perempuan. Disebabkan perkara-perkara di atas makanya aku lebih rela mereka duduk dalam rumah sahaja. Bila aku sudah bersedia mental dan fizikal barula mereka diberi peluang main di halaman luar.
Puas hatila kan, dapat 'pow' umi, beli gula-gula.
Masa baik, mood baik. Kiri: Ngam, tidur pun hendak sebelah menyebelah. Kanan: Ngam bila rasa hendak kawan bermain, tak ngam bila tengok sorang terlebih atau melebih-lebih.
Ngam yang sangat-sangat. Auni memang sayang Arrizqi. Ini masa Arrizqi training hendak keluar lubang tu, sakarang dah berjaya, takleh lepa tau-tau dengar dia punya gelak jahat daripada luar.
Baru tiga, belum empat, lima, phew!