# Kawan baik.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ehem...ehem...hiks!. Mengikut struktur lima adik beradik abi daripada emak yang sama ialah, kakAdilla, Aidil, abi, Shahidi dan Amira dimana keluarga kecil aku ini mengikut betul tiga susunan yang pertama, dari segi jantina dan jarak umur. Auni 2009, Adli 2011 dan Arrizqi 2012.
Jika rezki terus dimurahkan, jalan kehidupan semakin mudah, keluarga aku akan bertambah lagi ahlinya, akan tetapi bukan untuk masa yang terdekat, terpantas ini. Bagi aku, mengharungi kehidupan beranak kecil ini merupakan satu perkara yang sungguh memeningkan kepala. Cabarannya sangat luarbiasa dan tabik kepada mereka-mereka yang berjaya meredahnya dengan selamba.
Adli dan Arrizqi merupakan anak lelaki aku setakat ini (macam akan ada lagi je bunyinya), jarak mereka hanya 13 bulan. Seorang bulan September, seorang lagi bulan Oktober. Lepas ni kena aim bersalin bulan Ogos, baru deal. Hahaaa. Cara kelahiran sama, keduanya normal tanpa jahitan, Adli 2.9kg dan dengan jahitan kerana meneran ikut suka suki, Arrizqi 2.3kg.
Tempoh berpantang keduanya, macam biasa sahaja sama seperti orang lain dimana Arrizqi tidak memerlukan persediaan yang mewah berikutan kelahirannya yang tiba-tiba sahaja. Jadi, majoriti pakaiannya adalah milik Adli dan keperluan lain sama sahaja dengan Adli.
Sekarang, Arrizqi membesar bagaikan mengejar Adli. Teruja tengok Adli dan Auni berguling berdua, dia berusaha untuk ikut serta. Gelak besar bila ketawa, menangis bila ditinggal sendirian.
Adli, lincahnya semakin ketara, kecerdikkan luar kotak dewasa. Dia betul-betul sedang menguasai alam sekeliling. Banyak juga perkataan yang dia sudah kuasai, tadaaa, waaah, mama, mak, babai, tata, Allah. Banyak juga perbuatan yang mencuit hati. Takut, bila kena marah. Menangis, bila kena cepuk dengan kakak. Mulutnya, hanya berhenti mengunyah apabila masuk tidur.
Adli hisap jari, Arrizqi hisap puting. Start makan esok aku berusaha untuk tidak gunakan puting lagi. Keduanya perlu tidur atas badan aku sebelum lena di atas tilam. Harus mencari bau aku walaupun sudah ada bantal busuk. Anak lelaki memang manja emakkan? Keduanya tidur sepah sahaja tanpa buai. Sudah dilatih sebegitu sejak kecil lagi.
Syukur, keduanya baik dan sihat seperti juga anak-anak lain membesar. Adli sangat sayangkan Arrizqi, jarang dia mencepuk adiknya. Tidur hendak sama-sama, menyusu hendak sama-sama dan Adli hanya kiss Arrizqi sahaja. Aku pun payah nak dapat kiss daripada Adli. Hahaa. Jeles emak tau.
Sekian sahaja cerita tentang jejaka keluarga aku dimana seorang memang dirancang seorang lagi tidak dirancang. Ihiks.
Nota hijau: Macamnya, Arrizqi geng Adli saja. Ihiks.
11 comments:
Dah sama besar plak anak anak bujang 2 org ni :)
membesar dengan sihat dan kuat
hmmm rizqi ni hensemkan ...klu adli plak gaya macho tough2 gitu ... hihi comey
untung sebenarnya ni cha .. nanti diaorang akan nampak macam twin .
kan..anak lelaki mmg manja..suka.,.suka ,,suka ;)
dh beso anak teruna... xlama lg leh jd bodyguard ibu
bestnya bila jarak usia dekat...
membesar ada geng gitu....
syiok sangat bila tengok dorang main nanti...
bagusss adli sayangkan adik ye :)
bila adli dah botak ... dia lak isap jari.. nampak dia lak yg baby... ehhehe
Ha laaa.. cepat arrizqi mengejar si abg adli..dh nmpk semacam kembar.. :-) syoknye cha.. dah 2 hero dan seorang heroin.. nak jugak lg sorng niiii... :-) hehe..
Owhhhh hero2 ibu!!
Betul lah cha kalo tgk muka adli dgn.rmbt botaknya tu..
Hati.jd sayu..
Suci jerk..
kakNad, kakJue, Fazilzura
insyaALLAH. tu la, Arrizqi dah pakai baju Adli. hahaa.
Eima:
sbb Adli xde rambut.
kakYanti, Rasp:
ha a. twin xseiras.
MiszPW:
kan-kan-kan.
nak melekap ngn emak ja.
kak@Eda:
terbalik lak ye.
kakIeyna:
jom-jom, kita nak girl lagi.
IbuAqil:
kan...syg Adli.
Post a Comment