Thursday, 27 December 2012

Berdikari.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila aku tengok Arrizqi, rasa kasih dan kagum membuak-buak. Walaupun dia kecil, masih belum tahu apa-apa, masih baru dengan dunia ini namun aku sangat tabik dengan perjuangan dia. He is survive. Mengimbau detik adanya dia, atau lebih tepat lagi ter'ada' dalam rahim, dia kuat sama seperti kakak Auni melawan jaundis dengan berat 1.8kg.

Sebaik habis pantangkan Adli, Arrizqi merasa kacip fatimah dalam Cocoa Collagen Power Plus. Merasa betapa sempit rumahnya gara aku berbengkung Premium Beautiful. Namun, keazaman dia untuk bersama keluarganya amat tinggi, syukur keadaannya sihat sehingga aku sedar mengandung pada usia 27minggu. 

Abi tidak sama-sama menemani aku pergi check-up, dia hanya menghantar dan mengambil sahaja. Daripada Adli lagi sudah biasa begitu. Minggu 34 baru buat buku pink di Klinik Kesihatan Sg. Buloh. Baru sekali pergi sendiri, membuat pemeriksaan rutin bagai, Arrizqi lahir pada minggu 36 di Johor.

Pun sama, abi sibuk berkursus Arrizqi survive untuk keluar melihat dunia. Terima kasih Arrizqi sebab tidak susahkan emak sewaktu lahir walaupun bertukar hospital, naik ambulan yang pada emak ianya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Arrizqi terus membesar dengan kuat melawan jaundis yang turun naik-turun naik, daripada directfeeding bertukar susu perah dalam botol. Kagum, Arrizqi sangat berdikari dan ambil langkah tidak ada hal. Entah berapa kali di tindih abang Adli, namun you are strong cute litle boy. Daripada muka dan badan beruam susu, terus pasrah dengan apa yang emak bubuh di muka, kini menjadi seorang yang bermuka sangat comel dan berseri-seri. 

Arrizqi si manja.

 Arrizqi menggebu sehingga 4.7kg.

Arrizqi independant.

Dua bulan sudah berlalu, yang remeh dan rumit sudah kita tinggalkan meskipun umi masih lagi berdikari memandu sendiri ke klinik untuk pemeriksaan Arrizqi yang ke dua bulan. Syukur, semuanya selamat meskipun umi sedikit sedih sebab abi tidak terlibat dengan pemeriksaan Arrizqi melainkan semasa dilahirkan. Situasi itu sama sahaja dengan abang Adli. Proud untuk hero-hero umi.

Terima kasih lagi sekali sebab sangat behave dan hanya tidur sahaja semasa menanti giliran untuk cucuk dan pemeriksaan. Agaknya apa yang ada dalam fikiran orang lain bila tengok aku gamble seorang diri handle seorang bayi. Lagi-lagi bila penunggang motor memperlahankan motor sebaik sahaja berselisih dengan aku yang memandu kereta mini abi bersama seorang bayi. Muahahaaa. Agaknya lagi, apa reaksi dorang bila tahu ini bukan anak pertama aku. Eheks! 

Nota hijau: Syukur pada Allah.

10 comments:

mamaarifakeemaisy said...

Syukur..Allah permudahkan urusan.. Allah maha adil, bijaksana untuk aturkan semua.. kagum dgn awak, ch@..handle sorang2 anak ..dah ke3 pun ^_^

syabas dan cayalah arrizqi ^_^!

kiutlah dia.. sepet ^_^

♥cikmOt♥ said...

jadi mak memang banyak perngorbanan...

you are supermak...tabik tau...

Masya said...

muka arrizqi mirip kak auni ...
reaksi sy yg baca ni.. kuatnya semangat cha umi beranak 3, cha bwk mereka bertigalah naik kereta pg klinik yer...

bylindakitchen said...

alolo..memang menggebu sgt..geramm

nad said...

Akak jadi sayang kat arrizqi...
Sbb kesah die sangat unik
Moga membesar dgn sihat cergas dan cerdas, sayang....
Same goes to kakak auni n abg adli too

ch@ said...

kakIeyna:
syukur. betul kata akak tu. ha... tu la kejap je sudah tiga, ngehehe! ha'a mata dia sepet.

ciMot:
isk, akak ni suka kata kita supermak. akak tu, anak tiga, kerja lagi, rmh lagi, anak-anak lagi. lagiiila tabik.

Yana:
hiks, dia Auni versi lelaki. hahaa, masa abi kata kena pergi sendiri tu nak nangis gak. kita bawa Arrizqi ja, blm pandai lagi hendak handle semua. Adli blm pandai duduk diam2.

MiszPinkieWinkie:
:)

kakNad:
betulla kakNad, bila pegang Arrizqi kesian tengok Adli yg dtg juga nak manja-manja. bila dua2 dah atas pangku Auni pula dtg nak manja juga, aduhaiii.

eija_sweetmama said...

Alhamdullillah, Arrizqi good boy dan memahami keadaan umi dia..:)

ch@ said...

Eija:
smg dia iut jejak abg. mudah sng dan ringkas.

sal ya said...

akak sekarang drive dgn dua orang yang agak behave dan seorang lg yg kejap nak ddk dpn, kjp kat belakang dan tak smp seminit nak ddk atas riba. adehhh... geram tp redakan la.

ni semua bahagian cha. ada sebab kenapa DIA bg kita mcm mana. kena reda dan ikhlas menerima. baru hati rasa tenang.

ch@ said...

kakSal:
tgh nak kentalkan hati. fikir juga, kena blajar sbb esok lusa abi outstation lama, kena pergi sendiri juga.