apa umi bagi tuk cik auni, sudah tentulah dua helai pyjama warna pink <- kena suka juga walau hakikatnya aku tidak gemar. erk! tuk membuktikan bahawa cik auni adalah budak perempuan comel dan sepasang baju tali spageti bersama skirt pendek Baby Kiko menyerlahkan keseksian peha cik auni yg sgt tembam itu - besar nanti, jangan pakai cenggini ye sayang umi :)
Monday, 30 November 2009
Untukmu Cik Auni
apa umi bagi tuk cik auni, sudah tentulah dua helai pyjama warna pink <- kena suka juga walau hakikatnya aku tidak gemar. erk! tuk membuktikan bahawa cik auni adalah budak perempuan comel dan sepasang baju tali spageti bersama skirt pendek Baby Kiko menyerlahkan keseksian peha cik auni yg sgt tembam itu - besar nanti, jangan pakai cenggini ye sayang umi :)
Thursday, 26 November 2009
Balik Kampung
semoga kalian semua menyambutnya dgn penuh kesyukuran.
~~dari: ch@, mr abi & cik auni~~
Tuesday, 24 November 2009
wajah auni
Sunday, 22 November 2009
suka dan duka
Inilah jadinya bila kaum bapa bermain futsal meninggalkan kaum ibu-ibu, apa lagi buat mesyuarat la, rasa macam tak cukup je masa yg diberi, mana taknya macam-macam cerita nak didiskusi, sedar-sedar kaum bapa sudah pun keluar padang ngajak balik, mesyuarat yg rancak berhenti serta merta, cik auni pulak peramahnya lain macam, bukan main baik lagi, tersengih-sengih, ye la semua orang menumpu perhatian padanya seorang.
wajah boring cik auni
duka bila kena tinggal dgn mr.abi....
Mari kita bersuka ria, tak de maknanya =p. wajah seorang anak yg telah ditinggal oleh bapanya, simpati je tengok wajah sedih ni, mr. abi pergi kerja meninggalkan dia kebosanan dgn uminya, hahahaha! Mmg xde la gurauan manja bila tinggal dgn umi, muahahhaa!!! Tu yg lebih rela tido sepanjang hari, keh! keh! keh!
Thursday, 19 November 2009
......berehat!!!
Sunday, 15 November 2009
Cik Auni dan laporan
Yippi, sabtu hari tu cik auni ikut umi ngn abi balik kampung, alaa…kampung abi, dekat je kat hulu langat, sebelum tu cik auni posing-posing dulu, terasa tembam pulak pipi cik auni ni la, berat je nak bawak. Tapi kata umi, biar je tak payah diet nanti ramai orang nak kiss-kiss.
Masa ni cik auni lapaa sangat, tak sampai hati nak mintak umi sediakan makan tengah hari, sebab cik auni tengok umi buat semua kerja sorang-sorang. Abi cik auni pergi kerja, nanti dia baliklah sebab nak amek cik auni dgn umi balik kampung.
Sebelum abi balik, umi dah mandikan, touch-up bedak, pakaikan perfume pastu minum susu, tengah-tengah cik auni minum, abi pun balik. Pandai umi, abi balik je semua dah siap, tinggal angkat barang dan jalan.
Cik auni: Umi…takpe ke, rasanya muka cik uni ni lebih besar dari umi la……
Umi : tak pe la sayang umi, nanti senang orang nak kiss…..
Sampai rumah wan umi ngn tok ki, eh!
Malam tu, cik su telah buatkan cik auni susu, cik auni rasa sanagt terharu, cik su baru dua tahun, tapi dia subuk nak jaga cik auni. Malam tu, lepas mak ngah masuk tido, umi, wan umi ngan mok su tengok tv, drama filifina, ada kawan cik auni telah dilahirkan sebagai ikan duyung, lepas tu mak dia lepaskan la dia dalam laut tuk tinggal dgn ikan duyung yg lain, kebetulan, cik su pulak tgh melalak sbb kena marah dgn wan umi dia tengok je ikan duyung tu berenang dlm laut, dia menangis lagi kuat sambil sebut nama cik auni, siap jari tunjuk kat tv tu……terharu betul, sebab cik su ingat cik auni yg kat tv tu, (kira macam umi buang cik auni la!) ~ sedih pulak! Umi sayang cik auni la cik su….
Hari ni abi ajak balik KL, yg luar biasanya cik su menangis bila tgk kitorang smua dlm kereta nak balik, cik su sedih sbb baru je dapat jumpa cik auni, dah kena tingal balik semula,. Hari raya haji ni, cik auni dapat cousin baru, mak ngah dgn pak ngah sibuk trening jaga cik auni. Best asyik kena layan je hehehe!
*sekian laporan cik auni dari desa aman 2, umi sakit kepala la, esok dia nak kerja…hihik! Ok cik auni nak tido…babai =p…umi!!!!!! oni nak susu……ZzzzZZzz….(curi uminya signature....hihih!)
Wednesday, 11 November 2009
transform
aku beraya bersama mr.abi sebagai student yg berdedikasi ~ muahahhaa..dedikasi tu aku, mr.abi tak? haha! aku beraya sesorang je tau.
kini aku berstatus 'hak milik' atau 'dipunyai oleh' mr.abi. rasmi! ! isteri tuuu.....raya berdua lebih baik. syiok tau.
Monday, 9 November 2009
Cik Auni dalam dilema??
apabila cik auni menonton aksi mr.bean
Hu! Hu! Baru terhegeh-hegeh nak update blog, padahal mengerah orang suruh orang update blog boleh pulak, no idea…mcm ni la agaknya keadaan orang yg selalu aku kerah utk update blog, bukan apa korang punya cerita dan ceriti mmg menarik minat aku yg suka membaca ni…sorry ek kepada korang yg kena kerah ngn aku tu, hehehe!
Cik auni sudah terbongkang ketiduran, penat gaknya. Sekarang dah tak berapa mau tidur lena waktu siang, asyik nak main-main-main-main, bukan pandai nak main sendiri. Kena tinaggal bersendirian, mulalah menjerit mintak simpati – adeh!! tak tahan aku mendengarnya. malam plak, awal malam tidur, jap lagi kol 10mlm ke 12mlm tu sambung main lagi, pastu tido tak sedar diri sampai la pukul 6.00 pagi, aku pun terus bgn siapkan dia dan aku bersiap tuk gi kerja, jadual baru aku, so far lepas sunat ni dia agak baik dan pandai sudah buat muka tak de mood – aih! tetap comel.
Mata aku pun dah agak kuyu-kuyu mintak tido, tunggu la jap lagi, nak tengok awan dania~kuingin terbang tinggi di awan, bersama bintang bersama bulan~ hentam je lirik ni, aku mmg berangan je la nak jadi pramugari tu, ketinggian tak mencukupi. Berat pun sipi-sipi je.
Hujung bulan ni, ada kenduri kawen kawan sekolah aku, buat pengetahuan korang aku tak pernah pun attend kenduri kawen kawan sekolah aku semenjak aku bujang sampailah aku dah ada anak.
Bukan apa memikirkan jarak yg berkilometer ni bertambah lagi dgn jadual kerja mr.abi yg tah mmg dr azali aku tak paham-paham membuatkan aku hanya berangan-angan nak pergi ke acara tu – alasan ni boleh terima tak?
Pastu aku takut la nak suarakan ngn mr.abi, huhuhu tah la aku pun tatau cuak, tapi kawan skolah dia aku lenjan je pergi~sebab dia yg bawak aku gi, kalo kawan skolah aku???~ dia gak yg kena bawak huhuhu….caner ni? lagipun, dalam ramai-ramai kawan skolah yg attend kenduri aku hari tu baru 2 orang je pun yg berumah tangga, sorang aku tak gi sebab, aku baru je lps cuti melangsungkan perkahwinan, tapi kawan ni aku gi melawwat masa dia dalam pantang, lagi sorang aku tak gi sebab aku dalam pantang, takkan aku nak milih-milih cam tu kot..alaaaaa, pe nak buat ek?
Nak kena mintak bebaik ni sebab tahun ni aku berhari raya haji dgn family dia…alaaaa….melepasla lagi! Huhhu! Ta…pi yok mama cik auni dah usha2 tanya balik ke raya haji ni? eheheheh macam ada harapan je…tunggu je la caner.