Tuesday, 27 October 2009

sama wajah

hi, pepagi buta aku dah menerjah blog kekawan, ha! ha! tu la keje awal pagi sebelum memulakan kerja rasmi yg sepatutnya. malam tadi, akibat kebosanan yg teramat sangat, aku telah membuka album lama, sekeping foto telah dijumpai dlm sebuah album lama....sekali imbas, sangat serupa! dua kali imbas?? lu pikir la sendiri :p

(aku) 4 bulan pada 1984 & (cik oni) 3 bulan pada 2009

(mr.abi) 24 tahun & (cik oni) 3 bulan pada 2009

habis dah kisah sama wajah, kepada yg sudi menelek, telek la sehingga puas mencari persamaan antara 3 mereka di atas. hik!hik!hik!

keletah miza (adik ipar) sangat sayangkan cik oni, tengok ajelah ye gelagat dua orang ni.... cute je kan??

Friday, 23 October 2009

= cik oni oi! =

hari ni, dgn tak semena-mena RM aku terbang, pengaruh dari Izma barang yg sikit aku nak beli jadik melarat-larat - cis!, tunggu dia ada anak esok, mau satu gedung diborongnya. aku sempat mencurik masa membeli baju cik oni, kaler purple taw, tuk kenduri nnt, haha! tak de gaun2 ye cik oni, tggu besar sket lagi baru pakai gaun :)

cik oni dgn muka nakal, dan "saya dah pegang botol susu sendiri" <- berangan. hahaha! layankan aje ye...


Tuesday, 20 October 2009

dari Tok Papa

cik oni tenang beradu

sabtu lepas, cik oni telah pun berjumpa dgn tok mama dan tok papanya di kota tinggi, girang mereka2 smua menyambut cucu pertama merangkap orang baru. apatah lagi dgn keletah manja2 cik oni yg semakin nakal dan cerdik menjadikan mereka (tok mama, tok papa dan pak su-adeQ is) tidak boleh berenggang langsung. senang hati aku melihat cik oni yg tidak meragam, baiklah perangainya masa kat kampung tu :)

cik oni, we love u too much!

bila dia di pegang oleh orang lain, matanya tetap ke arah aku, matanya tetap mencari uminya, sweet je kan? tapi dia tak nangis pun, cuma susah nak ketawa je. paling best sekali ialah, tok papa telah membelikan cik oni baju baru, aik! cik oni asyik dpt baju baru je jeles tau umi! hehehe! penangan cucu pertama, papa yg kukenali mmg jauh bezanya dgn dulu :p sayang sungguh dgn cucu nan seorang ini.

dua pasang baju dari tok papa

hujung bulan ni kenduri potong jambul cik oni (ada jambulke cik oni??) so kekawan yg berhampiran atau yg mempunyai masa jemputlah la datang ye pada 31hb oktober bertempat di felda bukit easter.

*hari ni aku telah memberanikan diri mengikut kata cik biha (opismate) tuk gi membeli nasi lemak LRT Asia Jaya katanya sedap. ha! ha! tak penah pun aku ke sana sebelum ni, pecah rekod gak lah!


Friday, 16 October 2009

salam ulangtahun

hi! aku mengambil kesempatan dgn mencurik sedikit masa utk aku menge'pos' SALAM ULANGATAHUN 27&1 ini kepada dua insan yg sangat bererti dalam hidup aku.

sumber dari blog kak Faizzah :p

kepada sis FAIZZAH aku doakan senantiasa dalam keadaan baik dan sihat supaya dapat meneruskan menongkah arus kehidupan ini. kepada anak saudaraku yg comel si PUTRI, semoga cepat membesar, dan menjadi insan yg baik utk bonda nya.

kedua insan ini sangat la aku sayang kerana aku dan keluarga telah m'anggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri. kerana itulah aku memanggil sis Faizzah dgn panggilan kak Long. Inilah, seorang kakak yg kelakar, memahami dan suka membantu. Ini jugak lah yg sentiasa menjadi rujukan aku hingga ke akhir nanti.

tabah dan kekuatan kakakku ini menongkah kehidupan sedikit sebanyak telah menjadi sumber inspirasi aku. aku masih ingat lagi kata-katanya "walaupun si dia telah tiada, tetapi sya masih ada akak" (air mata aku dah mengalir time aku type ni) ~ amek masa jap!

ok sambung balik. jadik, macam mana lah aku boleh lupakan kakak ku ini begitu sahaja? so anything happened aku sentiasa ada orang yg menyayangi, melindungi, berkongsi dan segala perkataan yg sewajarnya la.

salam ulangtahun utk kalian berdua.


Wednesday, 14 October 2009

::i'm crazy::

susu satu!!!

menikmati susu sambil menonton TV


"No matter what I do
All I think about is you
Even when I'm with my Boo
Oni, you know I'm crazy over you"

ergh! rindu sungguh kat cik oni, hari ni aku hantar dia dgn matanya yg sudah celik - dia tak tido lena pun, diam je bila aku dukung turun naik lift, hari lak agak gerimis. memandangkan dia dah semakin bijak dan cergas, jadi aku terasa malas nak pk apa-apa selain cik oni.

miss her smile too much, pn izma...boleh aku blk rumah sekarang tak?? hehe :)


Monday, 12 October 2009

:) oni dah besar --)@

seorang budak yg sgt bijak+nakal

dak oni dera umi, dia ajak borak ngn lawan ketawa time awal pagi menjelma - ada yg tido dlm kreta ni kang! aku pun apa lagi, aku kejut mr.abi soh dia layan anak kesayangan dia ni, byk krg asam aku dah seharian jaga dak oni ni, dia lak nk tido lena-lena ya, no way! BGN! BGN! layan anak ni, dah 3 jam dok merengek je, tah nak apa.

dgn rela hatinya mr.abi pun bgn, lyn dak oni ni, dukung kuar masuk bilik, jln g dpr, bg susu malangnya, dak oni ni tak gak tido, akhirnya aku gak yg bgn tukar kan pampers dia, timang sket², pujuk² manja, pastu aku biarkan je dia baring dgn mulut yg masih gak bising. disebabkan aku kena bgn pg-nk kje! jadi aku terpaksa gak tido, kot tak asyik kena bahan ngn izma dan mizi (nnt korang rasa la sendiri!) dan biarkan oni ngn mulut bisingnya.

akhirnya, aku bgn pagi td tgk dak oni dah pun lena dgn tak b'kutik, bantal tah kemana, selimut tah kemana, amboi... bila siang tidonya sgt lena. sampaikan aku hntr dia gi rumah pengasuh pun dia tak sedar. haha! nakal dak oni nih!


Tuesday, 6 October 2009

@ Serupa??

ini ler dua insan yg aku syg. mr.abi NORERWANDI bin SUMARDI dan cinta hati kami cik oni, NORERDINA AUNI binti NORERWANDI. serupakah? hehehe! ramai yg kata mcm fotostat? ya kah??

muuuaaahhhs!