Wednesday, 6 January 2021

Sya2time: Kelas zumba.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Sejak jatuh sakit tahun lepas, aku memang berhasrat untuk berhenti kelas zumba ni, maklumlah heart rate aku sangat tidak stabil untuk buat aktiviti lasak, then semakin lama aku fikir semakin aku rasa jadi tidak sihat, aku perlu bersenam sebab masa muda aku dahulu sememangnya aku sangat aktif. Berlari di padang ialah hobi aku, jika tidak berolahraga, aku bermain bola jaring. Zaman muda aku memang sangat suka aktiviti yang agak lasak. Aku bukan yang terlalu budak buku. 

Jadi bila jadi pasif bertambah pula jarang sekali hendak mengukur shopping mall, rasa macam makin mereput pula. Entah macam mana cukup lama pelawaan coach Marsha ku tolak, akhirnya aku buat comeback. Wah gittu! Kebetulan Shuri whatsapp aku untuk beritahu dia telah booked kelas Sub30Core untuk aku pada Isnin akan datang dan aku tanya dia santai-santai sahaja untuk kelas malam ini. Kelas zumba, coach Marsha. Thanks Shuri tolong dealkan untuk aku dan onz dengan tema gold black and yellow.

Aku pakai yang simple sahaja, as me as always tidak bergalak sangat, kakak tidak tahu, coach pun tidak tahu, yang tahu hanya Shuri semata-mata, siap dia bayarkan untuk aku. Aku sampai dan parking dengan jantung hendak tercabut, nerves untuk kelas zumba pertama pada tahun 2021 ini. Aku menanti Shuri sebenarnya, akan tetapi aku telah nampak kereta kakak dahulu. Ini teruja... ingatkan kakak seorang rupanya dia dengan sister Nora, sister ni pun... setiap kali nampak muka aku mesti dia pujuk minta aku ke kelas zumba, "jomlah adik, jomlah adik!, bila ada ko datang kan Sya, aura tu jadi lain tau." ayat dia pancing kemain.

Aku berdiri di kaki lima, dengan mask sambil memeluk botol air. 
"kak Nora!" aku menyapa suara separuh kuat bila ternampak sister Nora keluar dari kereta kakak Ziela.
"kak Nora!!!" aku kuatkan suara sedikit lagi, bagi dia mendengar.
"hei... kau, adik! Sya...join kelas? serius ni? macam mana kau boleh dapat selit ni? betul kau join malam ni? bestnya!" suara dia lebih kuat daripada aku tadi. Aku pun dah tersipu-sipu di kaki lima kedai ustaz Ebit Liew tu. Orang yang sedang makan di restoran bertentangan juga ikut menoleh. Aduh! kakak lekas-lekas tutup kereta mendapatkan aku.
"eee, macam tak percaya, datang kelas malam ni. Mesti dia ganti kak Lela tak join, rezeki kau dik." kata kakak, sambil kami melangkah naik ke kelas. Jantung aku macam hendak gugur. Kelas zumba masih ikut SOP, bertanda dilantai untuk menjaga jarak.

Aku menelan liur berkali-kali, argh! sungguh aku tidak biasa dengan suasana ini. Nampak kelibat aku agaknya, Shuri menghampiri.
"hai student baru!" hahahaa jahaaattt! Serius, aku sangat  kekok waktu ini, melihat keadaan masih awal, sister Nora ajak bergambar. Habis sesi bergambar tanpa peluh, aku duduk ikut tanda main games. Hendak bayar duit kakak dan Shuri, mereka tidak mahu ambil. Duit kakak duit kelas Sub30Core. Duit Shuri kelas zumba, masalah betul bila tidak ada online transfer nih. Shuri kata dia belanja sebab aku datang hari ini, alhamdulillah. Semoga Allah swt lindungi sahabat-sahabat kesayanganku ini, berikan kesihatan yang baik, juga limpahkan rezeki yang melimpah untuk mereka semua.

Aku duduk lagi sehingga coach Marsha tiba. Shuri adalah manusia yang paling tak sabar hendak tengok reaksi coach Marsha, aku juga. 
"tu orang baru." kata Shuri.
"mana?" Shuri tunjuk aku yang sedang main games.
"haiiiiiiiiiiiiii, you datang kelas aiiiiiii!" hahahahaaa her respon lebih cepat daripada tindakannya. Nak hugs takboleh, jaga SOP. Kami hai-hai saja. Rindunya.

Habis kelas semua bergegas berterabur hilang, coach ni... baik-baik orang tidak kenal dengan aku, habis semua kantoi, dia doklah ter Syasya-Syasya-Syasya menyebut nama aku. Sampai aunty owner tu pun kata, "dia dah lama sangat tak jumpa!" ihiks... Alhamdulillah, selesai juga kelas zumba pertama dengan rasa separuh nyawa nak hilang. Semput!

Aku terus sahaja balik rumah setelah kelas selesai, waktu sudah lewat malam untuk aku berlama-lama di luar. Ihiks, sekian! Semoga ukhuwah ikatan persahabatan antara kami kekal hingga bila-bila. Mereka tetap ada, mereka tetap mereka bila bersama dengan aku. Jika tidak suka, kami lemparkan depan-depan muka sahaja, 
"I tak suka, tapi... " - coach Marsha.
"kakak, aku tak suka la macam ni." - aku. 
"ala apa ni, bencilah!!!." - kakak Ziela.
"lantak kau la, malas aku layan!" - sister Nora.
"alaaa, bencilaaa macam ni. Tak suka nya..." - Shuri.

Haaa, ayat tidak suka yang buat kami always together walaupun tidak berjumpa. Syukur aku dipertemukan dengan mereka yang sentiasa berfikiran positif dan bila part negatif tu, ia akan jadi mereng bersama-sama, masuk air terus. Semoga covid ini diangkat ke tempat asalnya semula, semoga kehidupan kita menjadi baik-baik sahaja. Semoga kita terus berukhuwah hingga bila-bila, insyaaALLAH!


Syasya-Shuri same without notice.





No comments: