Love art so much.

Thursday, 9 February 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ni, suka art. Aku suka dengan seni halus lukisan, kecuali bunga-bunga. Gambar, kad, pasu bunga, sampah atau apa sahaja asal berkaitan dengan art. Eh? art tu seni kan? Ialah, seni apa sahaja. Termasuklah potret.

Setelah 27 tahun mengimpikan, akhirnya aku berjaya mendapatkannya. Hendak menempah di Pasar Seni, tiada masa untuk ke sana. Tambah-tambah, zaman bujang dulu manala cukup ongkosnya. Hendak menanti orang memberi, haish! bagaikan bermimpi sehingga kesiangan. 

Baca novel, admirer bagi gambar potret, wow! how is sweet right? bila dah berumah dan bertangga ni, memang tiadalah yang admirer. Jadi, gigih la sendiri mencari inisiatif.

Terima kasih kepada Unforgettable Art kerana merealisasikan impian mak budak ini. I'm really-really-really happy for that. Walaupun hanya bersaiz 8R atau A4, ianya cukup untuk memenuhi hiasan dinding rumah yang tidak berapa nak besar.

Apatah lagi setibanya di tangan aku, ianya telah pun lengkap ber'frame' dan sekeping CD memuatkan potret berresolusi tinggi jika aku mahu print bersaiz A1 satu tika nanti. Disebabkan penempahan hanya menggunakan hujung jari, lengkap mengikut citarasa maka jumlah yang perlu dibayar hanya RM80. 

Buntang biji mata aku RM80 je la. Aku dah bajet sampai ke RM120. Hahaaa. Okla tu. Next time aku nak tempah gambar keluarga aku ala karikatur. Aku still nak buat bersaiz besar dan frame as sweet memory.

Letak di meja.

Gantung di dinding. 
[maafla aku tak reti ambil gambar, teknik pencahayaan bagai semuanya ke laut]

Barang siapa yang sukakan potret dan sukakan hasil art ini, boleh la menghubungi Unforgettable Art atau encik Ijatt. Dia akan melayan anda dengan seikhlas hati dan seramah mungkin. Ceh! walhal email je. Hiiii.

Nota hijau: Oni asyik tengok gambar sendiri je, paling dia cam gambar adik dia. Encik Ijatt, adakah anda seorang yang kidal? [kiri dari lahir?] 

17 pasang kaki:

Masya said...

cantik.. siap ade frame oklah tu.. tak payah nak membeli frame.. kt kalau nak order macam ni kene tanya hubby dulu.. kalau dia tak berkenan nanti ddk dalam almari/kat atas meja jerlah gambar tu.. sbb di pantang sikit kalau nak gantung² gambar kat dinding ni huhuhuhuhu.....

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

sooo comel geram akak tgk nak tempah gak la..
eh akak masa bercinta2 dulu ade gambar camni kat PD akak buat ahahah if akak tempek kat blog sure gelak sakan komerrr

Kasawari said...

orang seni juga kawan kita ni... boleh tempah lukis burung kasawari ek.. hehe

anisalya said...

cantik. pernah berangan nak buat hantaran gambar potret. ntah apa halangan, last2 tak jadik. huhuhu...

eima said...

kidal tu maksudnye kiri dr lahir ek ...br aku tau ... hahahhaha


cantek la lukisan die tu ...aku ingat ko lukis td ... heheh

mamalieyna said...

cantik..... eheh...kak eina pun suka art~ tmbh2 potret camnii..love sooooo much~ time dl, suka la lorek2..lukis potret anak buah...tp skrg ntah nape tangan jd keras dah...

i_jatt said...

terima kasih kerana beri sedikit review tentang produk sy..sy amat menghargainya.. untuk pengetahuan, sy menggunakan tangan kanan untuk hasilkan lukisan bukan tangan kiri..hehe.

Nad @ MamaZakwan said...

cantek banget!

Noli@Ibu Wafa said...

comey2..sngguh berseni..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Cantiknya cha,
eija teringat gak nak buat gmbar potret Zaquan&Ziqry..
nnti nak terjah Unforgettable Art ni jgk ler

shay said...

cantik gambar tu... :D

::NureeN:: said...

salam kenal
singgah cini dari blog mamalieyna :)

cantik gambo tue teringin gak nk buat tp ntah la slalu ja lupa :P

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

cantik..nanti nak tempah jugak....memang cun habislah

Salina@IbuAqil said...

Wow!!!!
Cantek sgt..
Model2 dah tntu le superb duper comel.. ;D
Mana pi mak ngn pak budak?!
Awat x bt sekali?! ;)

ch@ said...

yana:
hehe. abi tidak kisah langsung. semuanya dia serah pd isterinya sahaja. dia mmg tidak pandai. erk.

kak rose:
tempahla kak, yg berwarna pun ada.
kita tidak pernah buat pun. tempek je, akak bkn tau kita sdg gelak. hehe.

kasawari:
jap, burung kawasari tu cemana eh rupanya??? hrmmm. blur kjp.

anisalya:
hehe.

eima:
kidal tu pun aku tau drpd maharajalawak mega hari tu.
ngeee, kalau la aku pandai, sah-sah aku tidak menempah.

kak ieyna:
boleh dilenturkan balik tu kak, bakat kena gilap, sayang tak guna.

encik ijatt:
sama2, kecil2 je ni. oh bkn tgn kiri eh? hehe.

kak nad, noli, mama shay, kak jue:
bolehla tempah.

eija:
cha mmg cantik [perasan ni]
eh, bkn ke eija ada buat hari tu?

nureen:
salam perkenalan, rasanya kita dah follow awak.
buatlah, syok je.

ibu aqil:
masih belum ada gambar berempat. kalau ada, pasti kita buat.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

@Cha: yg eija buat tu lukisan Karikator murah jerk hitam putih 1 kepala RM10, kalau warna RM20, lukisan potret x pernah ada lagi..
lukisan potret cantik lagi nmpk real..:))

ch@ said...

eija:
oh, nanti nak order karikatur mcm eija tu pulak dgn encik ijatt ni.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in