penangan cuti

Monday, 22 February 2010

hah tu le lama sangat cutinya, banyak sangat makannya sampaikan naik kerja pun dah tak ingat macam mana nak buat kerja. adoi! sebelum ni dia yg mengajar kita, tengok² akibat cuti panjang kite pulak yg mengajar dia.

bila ingat balik, klaka plak rasa. aku ni bukan la senior kat opis tu, suspen jap bila senior bertanya kerja yg dia sendiri pernah mengajar aku. adoiii!

pecah rekod gak bila aku hantar report terbanyak hari ni, gila ar...jenuh aku mengumpul segala data daripada org² yg dipertanggungjawabkan. seharian aku mengadap report tu, tepat waktu balik, report pun siap. hahaha!

tu la, org lain yg cuti bila naik cuti kerja menimbun, aku pun kena tempiasnya. dorang tak siapkan, melopongla aku, berganda lah lagi esoknya. wuhuuu!

yeyeye esok dinner, dinner terpaksa namanya, aku da kena sound tepek ngn bos kesayangan, adoi! mmg this year aku KENA menjointkan diri dlm segala xtvt kelab sukan coz last year, i'm new and pregnant. tambah² bos kesayangan jadik president, waaa...mmg aku kena kejarla jawabnya.

*** larat ke bos aku nak kejar aku? hehehe! ampun boss ***


menangis lagi

Friday, 19 February 2010

ergh! semenjak dua menjak lepas melahirkan cikAuni ni, emosi ciwek aku berleluasa. pantang ada kejadian yg sedih² berlaku, air mata ni laju je nak kuar. banyak sungguh air mataku ini.

kekadang tak de la sedih mana. ala drama korea - my girl tu, aku dah tengok dua kali, he'e sedih gak. nangis gak, walhal jalan ceritanya, dialognya, semua dalam kepala.

baca novel pun macam tu, ala penulis novel Norhayati Berahim tu, novel dia jalan ceritanya dah boleh agak sebab aku ada hampir semua koleksi novelnya, eh! nangis jugak. berdedai-dedai (ada ke word ni dlm DBP?) air mata aku ni.

apatah kalo kejadian sedih depan mata, sah² free je air mata aku ni turun.

bukan apa, aku baru je selesai baca blog ni sangat menyayat hati. berhelai-helai tisyu aku tarik kuar dari kotak. adoiii!

*** aku kena jadik kuat ni, kang akan datang dapat yg asyik nak nangis aje, susah pula ***


malang menimpa

Thursday, 18 February 2010

malang datang bertimpa, ades! sila jangan datang lagi ok.

aku hantar cikAuni ke rumah pengasuh macam biasa, gi office as usual too, jalan lengang speed sampai tak sedar diri, nguahaha!

balik hari hujan, sangat lebat wooo, dah la tu, sepatutnya aku blah pukui 5.30pm akan tetapi cikMa ketakutan keseorangan maka dgn rela hati aku menunggu jam 6.00pm.

mrAbi tak kije, should be dia yg pergi amek cikAuni, akan tetapi aku mahu memberi mamaPengasuh cikAuni limau sempena tahun baru cina, so aku la yg akan pergi amek si cute tu. adoiiii!!! lift tua itu rosak lagi, waaa...memanjat la aku ke tingkat 14 tanpa prejudis di samping memandang benci kepada itu lift.

dah borak² panjang, aku blah blk, m'gigil kaki turun tangga tu, mujur lift blok aku tak buat hal, kot tak aku tipon soh mrAbi dukung bini dia ni manjat tingkat 11 plak. ades!

aku tido cepat, tak sempat nak jengah blog dan ikan juga kebun. muahahaha! cikAuni meragam nak kat aku je, pun aku dah tak larat nak layan, wawawa!

*** senget punya lift. briter ni smlm punya ***


lagu buat cikAuni

Saturday, 13 February 2010


cikAuni suda tido, puas aku menyanyikan bermacam jenis lagu sebelum dia tido. tidokan cikAuni adalah saat yg paling aku suka, dulu dia suka tido dlm pelukan aku, skrg tidak lagi, kekadang je. dia suka tido atas bantal dia sendiri, bantal paling besar dan aku akan baring di sebelahnya sambil menepuk-nepuk peha drumsticknya. nnt dia pun ikut tepuk tangan kite pulak.

cikAuni lebih senang tido bila aku berzikir utknya, kekadang aku berselawat, takpun bernasyid, erm...suara aku bukan sedap sangat pun tapi bila tengok dia lena dgn senang so sedapla tu kan? :)

bila dia tgh belajar atau main, aku lebih suka nyanyikan dia lagu ABC, mcm² tempo. tak pun Alif Ba Ta ataupun 123. nyanyi je ikut kehendak hati sendiri, nescaya dia mmg suka, lagi² bila aku nyanyi sambil aku tgh buat kerja.

bila tengok TV cikAuni sangat alert kepada lagu susu FernLeaf dan aku akan nyanyi utknya dgn sedikit perubahan lirik, dia sangat suka, tergelak-gelak dia menyanyi ikut tune sendiri.

"Auni, Auni engkaulah ratu hati umi,
bila kau berduka, umi hiburkan selalu,

Auni, Auni engkaulah buah hati umi..."


cikAuni dah pandai merangkak, dia dah pandai sebut 'abb ba, aa yea (air), emm maa (makan)' :D

kalo dia sangat letih dan mahu tido sendiri, dia akan nyanyi utk diri dia sendiri sampai tertido.

sayang oniumi :p


kombat

Sunday, 7 February 2010


cik auni bawah meja makan

aku tak sure ejaan tajuk aku tu betul atau salah. aku rasa ejaan nya macam combat, tah!

ni la aktiviti dak kecik ni semenjak dia sudah menjangkaui 7 bulan, hohoho! belum mau merangkak lagi. angkat montot tapi hanya membuat gerakan setempat, sangat lucu :D

ala...tido pun cumey!

hahaha...tertidur sebaik aje aku ajar angka 1 hingga 10, (tak sabar² umioni ni!).

mulanya dia main dlm playgym, asyik la dia dok menggigit sesungut siput. tak pun sesungut butterfly kat dlm tu, bila nampak je aku pegang buku, dia pun datang ala-ala combat. susu dah sebotol, hah! konyang la tu sampai tertidur.

*** hujung minggu ni cik aun kat rumah je, mr.abi keje ***



aku menangis

Wednesday, 3 February 2010

sumber : image dari encik google

adudududuudduiii!!!

aku mmg tunggu kemuncak drama Rahsia Hati ni, walaupun aku bukan peminat tegar drama bersiri ini, ahaha... malas weih nak menunggu citer ni, aku tengok 1st episod and last. sebab ada si jajaka ensem ini la yg aku dok menunggu endingnya, tak kisah la happy or bad ending.

sumber : image dari encik google

dan baru je wajah wati (kump. elite tu) dah pun mengundang ayor mata aku. pergh! berkesan sampai ke hati, aku mmg suka dia berlakon. then, bilamana sahaja wajah aaron bersemuka, adoiii!!! makin banyak lak ayor mataku mengalir, tahap tersedu-sedu. aaaiisshh! macam sedih sangat je :p

citer ni, aku tatau happy or bad ending, ahahah! ye la. aku mana tengok bahagian tengahnya so aku simpulkan bad ending la sbb jejaka ini jatuh sakit. adei!!! part dia jatuh sakit tu, aku tak tahan weih, part tu la berjurai-jurai air mataku ini, ces! membazir pd bkn tmptnya. ahaha!

tapi sekali sekala aku menangis mcm tadi, best gak...terasa lapang minda dan emosi aku. bila last aku nangis eh??? seingat aku, masa 1st time tgk cik auni kot? ehehe!

*** sorry la, aku tak pandai nak ulas drama, so korang layan je la astro. nanti akan ada ulang tayang eh? daaa... ***


aku sendiri

Tuesday, 2 February 2010

jemu gak rasa bila citer pasal cik auni je, aku rasa dah mcm blog dia lak, hahaha! dlm pala otak aku ni ada gak terberangan nak buat blog tuk anak mcm kakNida tapi bila rasa nak buat teringat plak, anak sorang leh la buat lagi nnt dah masuk 2, 3, 4, waiyoo tak cukup masa tido la jwbnya :) takpe la share je.

aku? hahaha still macam dulu gak, cumanya pp agak naik sikit, berat pun naik turun naik turun 46kg ngn 47kg, hari tu sesipi nak cecah 50kg, tapi...bila timbang balik terus turun, adoiii! bagi kat cik auni, dia lak dah 9kg, hari ni hari jadi dia ke 7 bulan :)

hari ni aku try test baju kebaya aku, mana tahu kot² tak masuk lak kan? baju lama...rupanya he'eh ok lagi la, selesa seselesa yg dulu gak. aku makin mengecut kah? or baju itu sudah membesar? ahaks! - ayu gila aku hari ni!

nak story pasal perubahan sekeliling aku sgt byk, then perubahan paling penting ialah aku sudah pandai memandu kereta, ahaks! apa la kan? tu pun nak criter, mmg aku ni penakut dan jns org tak berapa konfiden, tapi satu perangai aku ialah redah je, hahaha! mmg aku tak pnh berangan langsung nak drive kat KL ni, apatah lagi memandu meredah lebuhraya, tapi disebabkan mesti jugak redah, makanya aku menjadi pandai...hahaha! hari ni gak la aku berani ikut lorong kanan (lorong laju) huhuhu! kereta bergerak sendiri kata kawan aku, kurang asam. tak padan dgn org.

kalo dulu blk keje leh berfoya-foya, skrg tak boleh. aku kena amek cik auni, berpeluh gak la mendukung minah tu, dia lak sudah mahu mengexplore sana sini, smua menda nak dipegangnya, jenuh. sampai rumah, aku kena bahagikan masa lagi, kemas rumah, masak, mandi, solat, lipat baju, angkat baju, jaga cik auni...kalo ada mr.abi aku leh je lenjan smua sbb dia tolong jaga cik auni, bila dia tidak ada....huiiii! menguji kesabaran dan kesemangatan betul :p tapi mmg tu la keje aku hari², kang malam minah tu, nak susu, tkr pampers, aku lagi, saat ni mmg aku sangat kagum dgn ibu yg lahirkan ramai org anak...mcm mana nak bahagikan masa tu kan??? superb. perempuan mmg superb.

mata aku sudah layu kekuyuan...aku undur diri dulu :p

*** aku masih berdikari ***


cik auni mengembang

Monday, 1 February 2010

Selamat hari wilayah, KL cuti jln lengang pukul 8 aku dah sampai opis, taklah semangat mana tapi tak sabar nak dgr cerita biha, rupanya aku baru kuar rumah dia dah pun sampai opis, gila awal :p dia memandu sendirian utk yg pertama kalinya (pssst dia bawak kereta baru :p)

Aku sangat teruja, aku sangat gembira, aku sangat-sangat gembira…menang loteri? Aish! Dok eh, tak bek main loteri, menang kereta baru? Owh! Tidakkk…

nak gi rumah zara...

Apa lagi kalo bukan perkembangan puteriku cik auni. Aku pergi majlis cukur jambul Arissa Az-Zahra (cik Zara) anak saudara aQies a.ka. makcik. Dan buat pertama kalinya, anak dara aku ni menunjukkan keterroran dia mengangkat montotnya utk langkah permulaan merangkak. Ergh! Aku sgt gembira :p ~ come on cik auni, come on! ~ walaupun tak bergerak, tetapi dia masih lagi mahu mencuba. sweet je!

*cik zara pun lahir lebih kurang sama ngn cik auni, cumanya cik auni masih lagi mendahului : cik auni (1.8kg = 35 minggu) dan cik zara (2.1kg = 36 minggu) kan? Sipi² je :p

Punch card kali ni cik auni dah tunjuk belang, membebel. Pening org nak melayannya, dan tindakan cekap mak su myra (aku mmg kagum adik ipar aku sorang ni jaga baby) dia telah memasukkan cik auni dalam walker (cik su mija nyer). Huhuhu! Wow! Buntang bijik mata aku, bukan main laju lagi cik auni membawa kereta barunya itu. Dia sangat cekap. Dgn keluasan rumah mertua aku itu memudahkan cik auni menjelajah sepelosok rumah :)

cik comot yg cute

Dan abah telah memberi kebenaran utk membawa kereta baru itu balik KL. Hahaha!

Cik auni : yeah! Aku dapat kereta baru…(dlm hati)

Abah : bawak la balik walker tu, tak guna dah kat rumah ni, disimpan je sayang…

Mr. Abi : harta pusaka turun temurun

Aku : wah! Auni dapat kereta baru

Abah : kereta 2nd hand :p

Mr. Abi : janji elok (sambil menjijing ke kereta)

Balik KL macam biasa singgah giant taman conought, belanja barang dapur. Wow! Ramainya orang…ponuh, cik auni dah bantai tido dalam stroller, tapi…selesa mana la stroller kan??? Sekejap je, dia bangun sendiri berusaha utk duduk.

Jeng! Jeng! Jeng! Skali lagi aku kagum…cik auni pandai duduk sendiri, waaa…terasa nak menangis keharuan. Kukuh dia memegang kiri kanan stroller tu. Tak bersandar, mata cantik, hidung cantik, mulut cantik, lalu sebelah orang ramai, smua mencuit. Adoiii…cik auni, you are the best. Tersengih lebar.

cik jakun

Dan selepas ini bermula la episod aku berperang dgn cik auni, hahaha! Dia dah pandai mengesot guna tangan, dah nak merangkak. Dah pandai membebel, mengemas…waaa!!!!

*** aku semakin pening, rumah ku semakin kecil ***


 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in