Ke Tiga Kali

Tuesday, 28 April 2009

Hi, semalam aku MC, ala bukan sengaja nak MC tapi kena pergi 'check up'. Disebabkan abi ada 'meeting' jadi terpaksalah aku pergi sendiri, dgn muka tak bermaya dan malasnya aku turun dr rumah pukul 9.00pg dan tunggu teksi. Isk, dorang ni main ngelat la, aku tggu lama dorang dtg lambat dorang naik dulu, tak boleh jadi ni....

Aku bangun dr tempat duduk, berdiri di tepi jalan menunggu teksi yg lalu. Pasrah je la. Setelah 20mnt berlalu, akhirnya berjaya juga aku mendapatkan teksi, 1st time naik teksi dari rumah. Ku sangka 'driver' teksi tu cina selamba je la aku m'bahasakan 'uncle', tgk lagi skali....laaaa melayu ke, tak pe la!

Sampai jugak kat PPUM, wah! ngam-ngam pukul 10pg, terus aku berjalan kaki ke Klinik Ibu Mengandung, agak jauh dari tempat pakcik teksi tu turunkan aku. Ramainya orang kat klinik nih, aku amek nombor dan tunggu giliran, sesi pendaftaran pun di buat.

Macam biasa, buat pemeriksaan rutin, 'check' air kencing - normal, berat badan - naik sekilo je 45.8kg dan tekanan darah - normal. Aku menunggu lagi, macam-macam mak buyung aku temui, macam-macam saiz perut ada. hehe!

Akhirnya dapat jugak aku masuk jumpa doktor, dia tengok rekod aku, biasalah gatal seluruh perut dan pinggang, buat aku tak selesa. Baby tak ada masalah, cumanya aku nak tahu 'due date' aku yg sebenar sama ada bulan 7 atau bulan 8. Doktor tu tekan-tekan, ukur-ukur size perut aku, 'cute' sangat agaknya. Sebelum aku keluar, doktor tu bagi surat 'appointment' tuk scan baby lagi skali sebagai meng'confirm'kan 'due date'. Aku kena suntikkan lagi skali....aduhai! mesti sengal satu badan ni.... isk! isk!

Aku ambil ubat dan buat temujanji yg baru. Nasib baik aku dah pernah lalui tu smua, jadi tak la bermasalah sgt. Sekali lagi kena berdikari, balik naik cab. Tapi, perut aku sangat lapar. Aku singgah seven elevan tmpt aku turun teksi pagi tadi, lagi pun aku ke situ tuk tggu teksi nak balik, skali lagi aku kena jalan jauh, pusing bangunan PPUM, panas dan letih dibuatnya. Aku rasa nak cepat sampai rumah je, sbb kepala aku pening, badan aku rasa kebas.

Sampai rumah, kerja aku masih belum habis, tgk bakul baju kotor dah penuh, aku pun basuh baju, sambil masak. Seringkasnya aku masak sebab aku tak larat dah nak berdiri lama-lama. Selesai makan dan mandi, aku tidur sampai tak ingat dunia, sampai 'handphone' pun aku lupa nak unsilent kan. Aku letih!
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in