Wednesday, 4 March 2026

Cuti CNY dan Awal Ramadan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hendak balik Johor namun malas hendak drive, tambahan lagi badan bukan dalam kondisi terbaik untuk memandu, dada aku sakit betul. Pagi Ahad sebaik tuan asben muncul dari Melaka, dia ajak ke Klinik Utama, dapat sebeban ubatan, bukan sakit jantung. Doktor kata mungkin sebab batuk hari tu, otot dada tu bengkak. Sakit oit.

Petang itu terus shoot ke Melaka dulu sebab tuan asben kerja keesokkan harinya, hujan sahaja sepanjang perjalanan, aku membebel daripada tayar bergolek sampai tayar berhenti. Walau hati dah hilang, sayang tetap sayang. Tah apa-apa Syasya ni.
Masalah tinggal belakang, sakit lupakan dulu, yang penting makan.

Sebaik sampai Melaka, aku tanya je 
"Melaka ni, bukan ke ada ikan bakar yang ada sambal pastu curah limau kasturi atasnya" aku terbayang dalam kepala. Macam mengiurkan. Tahu-tahu tuan asben berhenti di Restoran Ikan Bakar Parameswara, haaa gitu. Eh jap, aku tanya je tadi. Habis ayam goreng crispy 5 ketui tu siapa hendak makan? Best restoran tu, rasanya jeti sebab sudah malam, gelap je persekitarannya. Kita pesan, siakap bakar, sotong goreng tepung, kerang rebus, sayur? dorang mana makan sayur, makanya goodbye. Air laici satu jug, alhamdulillah~ habis licin dikerjakan weols 5 beranak.
No foodies, sebab lambert gila servis tapi menunya sedap.

Isnin, tuan asben kerja, dia tapau siklemak makan dengan ayam goreng crispy aku. Sepanjang hari mengular kat rumah, main sticker, makan, tidur. Malamnya tuan asben ajak makan di luar, mula hendak cari restoran lain, namun restoran tu tutup jadi weols makan di Western Abang Gemuk ternampak restoran ni menghala jalan pulang. Makanan semua sedap cuma, kena sidai lama, hahaaa~

Selasa pagi, hendak gerak balik Johor, hujan turun dengan sangat lebat makanya, hold sekejap. Tuan asben tapau roti canai. Bila hujan reda sedikit, kita pun gerak balik rumah mamapapa. Mama pergi holiday dengan kekawan, aku bersilat kat dapur dek dibising papa asyik suruh aku masak. Aku goreng ayam berlada dengan ikan bilis cilibawang ja, habis licin. Esoknya mama take over dapur balik semula. 

Chinese New Year,
Kita di rumah mama, nothing can do hujan sepanjang hari, aku dengan ubat hospital yang tidak habis-habis, rasa menua betul. Dengan overthinkingnya, mencilaaa~ tuan asben rileks je, ialah sekarang ni perasaan aku je yang damage, dia begitu je la.
From our neigbour as always.

Puasa, hari pertama rumah mamapapa, selamat berpuasa. Puasa kali ini, si Arrizqi cari nasi. Yang dua lagi, menu kebangsaan dorang bijirin + susu. Menu berbuka bihun sup + nasi goreng dan menu bazar tok papa. Dalam hujan dia pergi bazar. 

Jumaat, gerak balik Sg. Buloh. Mija dah masakkan menu berbuka sambal tumis udang, dia pergi berbuka dengan anak kakDilla di luar. Aku sambung masak tambah lauk ayam goreng crispy. Esoknya sahur menu sama. Telur dadar.

Sabtu, kita berbuka dengan keluarga arwah mak. Berkumpul mana-mana yang ada. Meriahlah makanan dan malam tu juga bawah dada kiri aku sakit gila. Tidur pun duduk, ubat rasa tidak membantu. Aku tanya tuan asben, look what are you doing to me? He just diam and give hugs, hrmmm~ Ya ALLAH, bekalkanlah kekuatan dan keihklasan yang banyak kepada hatiku.

Ahad, letak sahaja barang di rumah sendiri, tuan asben terus bawa ke hospital semula. Malasnya menunggu. Kali ni selain ECG doktor buat XRay. Aku kena pneumonia, sekali dengan Gerd. Arrr~ pening. Padanlah rasa hendak tembus sakitnya. Sambung makan ubat hospital pula sampai hari ni, pun masih ada sipi-sipi rasa sakit. Gerd memang ambil masa hendak baik, kena jaga pemakanan yang kita ambil menjadikan berat aku turun 3kg tanpa bersusah payah workout.



Masuk bulan baru, kita buka buku baru. Aku malas hendak memulakan sebarang argument, aku hendak jaga diri sendiri baik-baik sahaja. Aku serahkan semua kepada dia, dia dan ALLAH swt. ALLAH is the best planner. Wish me all the best okey. Hugs~

"Sujud itu layaknya menginginkan keredhaan ALLAH swt" - Wali Sufi, Bagaikan Sutera.

Sekian jadual padat cuti seminggu. Selagi punya kesempatan, kita nikmati aja. Peace~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.