Jarang hendak cerita pasal tuan asben ni namun kita tahu pembaca sudah tahu pekerjaan rasminya sewaktu sebelum berkhidmat dengan SD Guthrie sekarang ini, PDRM. Selepas 17 tahun dalam unit beruniform, pakaian rasmi PDRM dilepaskan dan malam tadi berlangsungnya Majllis Malam Mes meraikan Pesara Pegawai Kanan PDRM tahun 2025 dengan tema Honouring the Gold and Bold di Ballroom Hotel Wyndham Bangsar.
Tuan asben meletakkan sut tuxedo di atas katil, aku juga berbuat demikian hanya baju kurung plain warna hitam dan selendang bahu warna senada bersulam silver. Bolehlah ni. Nanti aku pakai kerongsang bahu besar tapak tangan, biar daripada jauh sudah kelihatan. Jam lima petang kita bersiap bersama.
"don't touch me, saya jaga wudhuk" ahahahaa~ memang rasa keras je sepanjang perjalanan menuju vanue acara. Kita kena mendaftar masuk jam 7.15malam.
Letak sahaja Gino, tuan asben bersiap di tapak parking itu sahaja, pakai apa yang tidak sempat dipakai di rumah tadi. Sut dah sempit. Aku membetulkan outfit, alaaa tak boleh pegang tangan. Lekas-lekas aku mengikut langkahnya, hanya pegang handphone semata. Dia berharap aku bawa handbag, aku berharap tumpang poket sutnya untuk menyimpan barang, muahahaaa~
Kita terus ke meja pendaftaran, aku ikut tuan asben rapat-rapat, senyum je la.
"meja untuk pesara sebelah sana tuan" ujar pegawai jaga kaunter, ada dua bahagian. Satu untuk jemputan biasa satu untuk yang diraikan iaitu pesara dan bakal bersara.
"iya nama tuan, pesara? tuan... pesara?" pegawai pendaftaran tidak percaya. Kita perlu dapatkan nombor meja.
"iya...Norerwandi" lembut sahaja tuan asben menjawab. Pegawai melihat aku dan tuan asben silih berganti.
"tuan seperti tidak layak untuk bersara je tuan..." ujar pegawai itu lagi, aku hanya gelak.
"pencen awal" jawab tuan asben dan berlalu mengajak aku bergambar kenangan.
Tuan asben berbual dengan teman-teman lamanya, salah seorangnya tuan Azizi. Aku bestie kepada bekas isterinya, cuma berbahasa basi sahaja. Selepas tu aku berdiri tepi tiang. Sesekali, mataku melorot tegak ke depan. Seorang pegawai lelaki dengan sut serba hitam melambai tangannya dua tiga kali kepada aku. Mujur Arrizqi menyuruh aku memakai cermin mata, maka jelasnya wajah lelaki yang melambai aku tadi.
"ayang, Shah" aku tepuk bahu tuan asben.
"mana?" aku menunjuk kepada Shah dan dia melambai kita berdua. Kita pergi kepada Shah suami kepada Azura Majid teman rapat satu tempat belajar kita orang dulu. From ILP to ADTEC kekdahnya memang rapat. Pergi kerja bersama, pergi dating bersama, pergi beraya secara berjemaah. Azura dengan aku seperti kembar, nama pun hampir sama. Noorulsahida dan Norrulazura. Dedua anak Abdul. Degil kitorang pun serupa ye sebab kita anak sulong daripada dua orang adik beradik.
Aku tinggalkan tuan asben dengan tuan Shah untuk bersolat di tempat yang dibuka pihak majlis, lega. Tuan Azizi yang beritahu tempat solat ini tadi, aku kan masih ada wudhuk terus sahaja bersolat dengan baju kurung yang aku pakai. Islam tu mudah. Ada juga dua tiga orang serupa berbuat demikian.
Aku mendapatkan tuan asben semula dan masuk dalam dewan. Meja 36 ada seorang isteri sudah duduk dimeja yang sama, aku bersalam ramah dengannya. Suami puan Noraida sudah hilang entah ke mana. Puan Noraida memulakan perbualan, melihat muda remaja sangat aku dengan tuan asben, satu persatu soalannya dijawab tuan asben. Bila suaminya kembali, eh soalan sama juga yg ditanya. Selepas itu aku dengan tuan Hamzah, suami puan Noraida berlumba makan, ahahahaaa~
Puan Noraida tidak makan Chinese Food, aku makan sambil feelling makan dengan Ren Jia Lun. Tuan asben tolong ambil letak dalam mangkuk dan pinggan. Aku cari sudu dan garfu, sebelum chopstick atau makanan tu sendiri terpelanting sampai ke mana, baiklah aku dapatkan sudu dan garfu. Daripada mula sampai habis makan aku guna set yang sama.
Sambil makan, kita dihiburkan dengan nyanyian pelbagai lagu, ibarat sambil makan sambil dengar radio la gitu, cuma ini secara live disediakan oleh band PDRM sendiri. Paling syok lagu Jamilah sampai ke bahasa Thailand, Tamil, Cina semua ada. Menu datang satu persatu ikut turutan, nampaknya tekak aku boleh masuk dengan Chinese Food, muehehe~
Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati, tuan asben merupakan yang kedua terakhir menerima cenderati dan yang terakhir sekali tuan Hamzah. Gelihati jadinya bila tiga isteri elok berbaris mengangkat kamera menyorot skrin layar besar ruang hadapan gara-gara malas hendak bergerak. Kita bertiga berada di meja paling akhir dalam dewan tersebut.
Tidak menunggu majlis tamat, tuan asben mengajak pulang. Selesai satu malam penuh kenangan. Daktiga mendapatkan aku bercerita kejadian telur rentung digoreng Adli, ahahaaa~ penat mak ajar. Sekian cerita kali pertama join malam mes, join tatkala tuan asben bersara, ahahaaa rasa la juga. boleh aku tidur dengan senyuman.
![]() |
| Skuad table 36 |

![]() |
| Photo kiri: Paling kiri tuan Azizi. Photo kanan: Dengan tuan Shah. |
![]() |
| Rabbit teeth as always, with puan Noraida. She suruh panggil Along Noraida. |
![]() | ||
My Lovely.
|
![]() |
| Terpaling suka, Sweet Dim Sum tu, argh kenapa ianya diakhir menu, perut ku dah sempit. |
![]() |
| Kita terbang balik. The power of Gino. |
- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
All praises are for Allah in every condition.









14 comments:
Best la dah bersara. Selamat bersara Tuan!
precious moment sgt ni!!! best dpt attend event gini :)
tahniahnyer buat tuan asben
kita sama2 rabbit teeth kak hahahahaha... iyalaaaaah, macam tak kliatan orang yg akan bersara suami kakak :D... tapi ternyata pensiun awal yaaa,.
masalah batal wudhu suami istri ini, memang beda2 mazhab... mungkin krn di indonesia mazhab hanafi dan muhammadiyah lebih kuat, krn itu di sini kami tak anggab batal jika suami istri bersentuhan..
tapi bagi yg menganut mazhab syafii, memang dianggab batal. kalau mazhab maliki beda lagi, batal kalau bersentuhan krn niat napsu. jadi kalau sepintas saja, tidak membatalkan..
balik lagi lah kepada keyakinan masing2 ;)
Yang bersara tu, muka nya masih muda sama dengan si isteri yang sweet itu.
Selamat bersara buat yang bersara ya. Siap lambat selalunya perempuan la.
seronok husband cha dh bersara..ada plak majlis sebegini di rai...mmg best la
Cie: Perlu perancangan teliti ye, sebelum keputusan dibuat. Terima kasih Cie.
Mama Zharfan: Benar sekali, kenangan paling manis.
Warisan Petani: Terima kasih wak, lepas ni kena minta tunjuk ajar wak selok belok bertani, jadi petani moden.
Fanny Nila: Betul, semua betul kata Fanny tu. Iya, kak pun ada study juga, since tuan asben okey dengannya, jadi kak pun on je la. Sekejap je pun. Kita sampai sebelum azan, terus daftar, tak lama tu azan Maghrib. Kak lari je la kejap. Memang tajuknya pun pencen awal. oooo pensiun = bersara ye. Thanks for the vocab.
kakMulan: Ihiks...~ kakMulan ni suka buat kita senyum sesorang tau. Ada bawa mimpi ni.
kakEzna: Kadang dah siap awal, kita juga yg paling akhir keluar rumah. Gitulakan? terima kasih kakEzna.
mama tisya: Actually, dia tak rajin pun nak attend kak, dek kerana isterinya ini mmg tak pernah join, jadi dia bawalah sekali merasa. Dapatla the vibes. Bersara polis, tapi sambung kerja lain kak.
Post a Comment