Monday, 29 December 2025

Kelas. Klinik dan Mengimbau Kenangan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Kenangan manis kau dan aku takkan terhapus
Duri ranjau dalam bercinta ......................~

Kita hadir kelas Ustaz Hamizan pada Sabtu yang lepas, bulan ini tuan asben pulang setiap kali Sabtu kecuali minggu ini, kerana aku akan pulang balik kampung, yih~

Kita perlu menghadiri kursus sebelum berangkat awal bulan Januari nanti. Laman tempat letak kereta lapang, masih awal pagi. Host pun belum sampai, pintu kelas masih rapat berkunci.
"gi breakfast dulu, nanti nak membuang" ajak tuan asben. Dan kita berjalan berpimpin tangan menuju kedai mamak, halaaa-halaaa-halaaa.

Roti telur, barli suam, roti kosong dan teh tarik. Pergh, rasa manis teh tarik melekat terus di tekak. Lima belas minit sebelum sembilan pagi, kita bergerak ke kelas semula. Terdapat satu keluarga berempat menuju kelas yang sama. Seorang menegur tuan asben selepas bersalaman. Aku hanya bermain di halaman kelas sambil membaca setiap penjuru papan tanda bangunan. Kelas terletak di sebelah pusat tusyen terkenal PTTI. Kalah semua papantanda dek terserlahnya papan tanda PTTI. Aku pernah masuk PTTI ni, tipu ke bohong? ahahaaa... tengok youtube, pakcik aku kata jika hendak jelajah dunia tanpa travel, layan youtube. Betul juga.

Kelas berlangsung selama tiga jam, kelas yang mulanya lapan orang entah bila menjadi penuh. Tuan asben melayan ngantuknya, dia mana suka mengikuti program begini, aku sahaja yang berkobar. Masa belajar dahulu, aku tukang salin nota, dia disebelah layan tidur. Jika kelas yang dia tidak gemar, memang tidaklah nampak mukanya. Terkadang satu hari aku tidak nampak mukanya, pensyarah pula yang bertanya kepadaku di manakah dia berada. Eh?

Namun aku percaya, lelaki ni bijak. Nampak muka blur dan kosong, bila minta idea bertubi-tubi keluarnya idea tersebut. Apabila kelas berakhir, kita orang pertama angkat kaki kerana kita ada program yang seterusnya. 
"hendak makan apa?" tanyanya.
"Pizza" Aku teringat Arrizqi sebenarnya, sudah berminggu dia minta Pizza. Namun kita ke klinik lebih dahulu, sepatutnya aku ada temujanji dengan doktor untuk consult pil delay hari datang bulan. Tuan asben mencari klinik yang boleh claim micare. Klinik Anda, belum jadi panel lagi. Bergerak ke Poliklinik Prima pula, ok cun. Hanya kami sahaja pelanggan di situ. Cuma pil untuk aku, tiada stok. Tuan asben tapau segala jenis ubatan untuk dibawa bersama nanti, mujurlah doktor tu super sporting. Selesai tanpa bayaran, kita ke klinik terakhir, Klinik Utama. Ketiga klinik ni, berdekatan sahaja. Sudahla warnanya hampir serupa.

Klinik Utama serupa dalam hotel, ruang pendaftarannya mewah gila. Aku lanjut sahaja selepas namaku terpampang di skrin tv besar. Okey setel, dapat sebeban pil untuk dimakan sampai pulang semula ke tanah air nanti. 

Selesai semuanya, tuan asben bawa naik SBMall, mencari beberapa barang keperluan dan tapau pizza, aku tidak lalu sudah hendak berlama di luar. Dapat jugalah berdatingan dengan tuan asben walaupun sebentar, ihiks~ 

Kita balik rumah dan menyambung mendobi pakaian yang masih belum selesai, alhamdulillah~ semoga diberkati ALLAH dan terus dipermudahkan urusan Erwandi-Syahida ke tanah suci, juga urusan kita semua. Lepas ini sesi mengemas bagasi pula, namun hold dahulu kerana mama sudah membunyikan semboyan untuk anak cucu kembali ke sarang. Tuan asben juga sudah mengisikan penuh tangki minyak, mengisi angin tayar dan menambahnilai touch and go sambil memberitahu, Syasya, u need to driveself back to Johor. YES TUAN~

Bestnya jika sambung study bersama-sama. Tiber.
Adtec 2005
The Vibes,
Nota telah dimodified.
Banyak uols, ni pun belum cukup lagi ni. Sabar jap.

Haaa, kan panjang ceritanya. Ahaks~ jadi semoga semuanya baik-baik sahaja okey, see ya!

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Belajar jadi seseorang yang gembira dengan rezeki orang lain, jika ALLAH kata bukan rezeki kamu, maka bukan untuk kamu namun ada yang lebih baik menanti kamu.


Sunday, 28 December 2025

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Menyertai tanda sokongan, terima kasih pada Cie yang rajin sangat datang bloghijau.

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026)

Tempoh penyertaan:
22hb Disember - 28hb Disember 2025

Wei, lastday aih~ 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Friday, 26 December 2025

Rekod Baru: Balik Rumah Mentua.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. .

Rekod baru kena catat dalam diari, ihiks. 

Hati memang bolak balik, kononnya hendak ikut Mieja balik dari Unisel, rupanya Mieja sudah pun dalam perjalanan balik rumah abah, hrmmmm~ 

"umie, esok kita balik Langat, Afiq pun balik rumah tokki esok" Arrizqi datang menguatkan lagi rasa hendak pulang rumah mentua tanpa anak pak mentua. Dengan tidak berfikir panjang, okey jomlah.

Selesai mengemas rumah, kita isi minyak dahulu dan top-up touch & go. Masuk lebuhraya buka maps. Syasya memang gagal ingat jalan biarpun kerap melalui jalan yang sama. Arrizqi baca maps, aku baca signboard. Biasanya jadi co-pilot, memang tidak haraplah hendak menghafal keadaan sekeliling, bila kena memandu sendiri barulah kesedaran itu timbul, hahaa~ alaaa redah je la.

Adalah sedikit sesat namun okey je sampai pun rumah abah dengan berlenggang kangkung, memang straight sampai tidak lalu hendak singgah di mana-mana. Disambut dengan kakDilla, kakak tuan asben.
"eh berempat je, mana Wandi?" tanyanya sewaktu kita berpelukan.
"kak nampak kita je kan? adik kak kita tinggal, hihiii~ dia tak cuti, Arrizqi nak jumpa Afiq. Lagipun dah janji dengan kakDilla kan, nak balik".
"Banyaknyaaa~" Aku berjalan ke arah bapa mentua ku yang sedang membersih sekelompok bunga kantan untuk kakDilla di tepi kolam mandi. Afiq sedang mandi, Arrizqi juga sudah siap untuk terjun sama.
"Sya ambilla dulu, akak hendak bawa untuk jiran akak, dia hendak buat laksa satu periuk" ujar kakDilla lembut sahaja seraya duduk di bangku sebelah abah. Ikut sama membersih. 
"nantilah, baru je sampai ni ha. Esok nak balik baru ambil, kakDilla tidur sini kan?"
"ha a, Afiq tu nak kawan-nak kawan" Afiq dengan Arrizqi beza dua tahun.

Balik sahaja Mieja dan Icha dari berbelanja, kita semua berjemaah di dapur. Dapur menjadi bertambah meriah apabila sampai lagi 3 buah keluarga sepupu kakDilla sebelah Terengganu. Menu hari itu, ikan goreng, ayam goreng kunyit, sambal sotong petai, air oren, buah tembikai dan ulam-ulaman. Selesai di dapur aku rest, lena sampai ke sebelum Asar. Bila sepupu kakDilla, kakJihan balik pun aku tidak sedar, tahu-tahu rumah abah senyap sahaja. 

Aku berbuka puasa dengan lauk sambal sotong petai Mieja dan ikan siakap salai masak lemak cili api kakDilla, aku suka sangat kak ipar aku masak. Teringat-ingat. Satu-satunya kakak berdarah keluarga meskipun kak ipar. Abah dan Mieja temankan aku makan tidak lama kemudian.

Malamnya kita layan movie Mr Bean: Man vs Baby. Bila layan movie bersama, memang riuh la gamaknya, aku, Mieja, Adli dan Icha. Habis movie semua masuk tidur, cerita bersambung esok hari (hari ini) pabila Mieja minta escort hantar keretanya untuk proses polish.

KakDilla bangun paling awal, selesai Subuh aku membantunya masak nasi goreng, nasi lemak dan teh o panas, dia akan pulang sebelum solat Jumaat, aku akan pulang sebaik solat Jumaat. Kerana tuan asben akan pulang kepadaku petang nanti. 

Sebaik Mieja menghantar keretanya, kita terus pulang tidak berniat untuk ke mana-mana, berselisih dengan abah yang menunggang motor. Hampir tiba di rumah abah, berselisih dengan kakDilla yang baru bergerak, berpamitan kita dijalanan sebentar. Jadi gelihati pula.

Pulang sahaja abah dari solat Jumaat, semua sudah bersedia.
"nanti kirim salam Wandi, kirim salam orang Johor sekali" ujar abah sewaktu aku bersalam dengannya.
"InSyaaALLAH, terima kasih abah. Terima kasih Mieja" aku berpelukan dengan Mieja.
"apa-apahal rojer" sambungku.
"okey akak" jawab Mieja pendek sahaja.

Kali pertama, jika tidak sesat memang bukan Syasyalah, muahaha~

Aku baca signboard, Arrizqi baca Waze manakala Adli baca Google Maps.
"Umie, kenapa umie belok kiri?" haaaah~
Lebuhraya, hendak patah balik memang masaklah ko. Jadi, ku redah sajalah. Sampai aku jumpa signboard balik rumah semula. 
"Umie taukan sebenarnya? Umie saja je kan?" kata Adli.
"Umie tau tu, kan jalan kita balik dari Johor" sambung Arrizqi, aku hanya gelak sahaja. Aku memang redah je nyah!!! dalam hati dok mikir janganlah ada tol lagi, pasal aku tidak top-up touch and go. Lupa.

Sampai sahaja depan sekolah, bermacam jenis kudapan petang aku tapau, sampai Arrizqi yang temankan pun naik risau. Dia yang asalnya hendak beli air jadi tidak sampai hati melihat aku berbelanja itu dan ini. Ahahaaa~ melepaskan rasa rindu hendak shopping depan sekolah. 

Sudah seperti hendak berniaga kekdahnya.

Mandi kolam.

Gitula kekdahnya.

Pastu? sibuk hendak kurus. Yih!

Sampai sahaja di rumah, semuanya tenang-tenang sahaja. Alhamdulillah. Berjaya pergi dan pulang tanpa tuan asben. Hendak balik lagi? mestilah. Next, trip balik Johor pula, eheh~ semoga semuanya baik-baik sahaja. Semoga dipermudahkan urusan kita semua okey. Thank you sudi layan bloghijau.

- الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Sunday, 21 December 2025

Malam Mes: Bersaranya Tuan Asben.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Jarang hendak cerita pasal tuan asben ni namun kita tahu pembaca sudah tahu pekerjaan rasminya sewaktu sebelum berkhidmat dengan SD Guthrie sekarang ini, PDRM. Selepas 17 tahun dalam unit beruniform, pakaian rasmi PDRM dilepaskan dan malam tadi berlangsungnya Majllis Malam Mes meraikan Pesara Pegawai Kanan PDRM tahun 2025 dengan tema Honouring the Gold and Bold di Ballroom Hotel Wyndham Bangsar.

Tuan asben meletakkan sut tuxedo di atas katil, aku juga berbuat demikian hanya baju kurung plain warna hitam dan selendang bahu warna senada bersulam silver. Bolehlah ni. Nanti aku pakai kerongsang bahu besar tapak tangan, biar daripada jauh sudah kelihatan. Jam lima petang kita bersiap bersama.
"don't touch me, saya jaga wudhuk" ahahahaa~ memang rasa keras je sepanjang perjalanan menuju vanue acara. Kita kena mendaftar masuk jam 7.15malam. 

Letak sahaja Gino, tuan asben bersiap di tapak parking itu sahaja, pakai apa yang tidak sempat dipakai di rumah tadi. Sut dah sempit. Aku membetulkan outfit, alaaa tak boleh pegang tangan. Lekas-lekas aku mengikut langkahnya, hanya pegang handphone semata. Dia berharap aku bawa handbag, aku berharap tumpang poket sutnya untuk menyimpan barang, muahahaaa~

Kita terus ke meja pendaftaran, aku ikut tuan asben rapat-rapat, senyum je la.
"meja untuk pesara sebelah sana tuan" ujar pegawai jaga kaunter, ada dua bahagian. Satu untuk jemputan biasa satu untuk yang diraikan iaitu pesara dan bakal bersara.
"iya nama tuan, pesara? tuan... pesara?" pegawai pendaftaran tidak percaya. Kita perlu dapatkan nombor meja. 
"iya...Norerwandi" lembut sahaja tuan asben menjawab. Pegawai melihat aku dan tuan asben silih berganti.
"tuan seperti tidak layak untuk bersara je tuan..." ujar pegawai itu lagi, aku hanya gelak.
"pencen awal" jawab tuan asben dan berlalu mengajak aku bergambar kenangan. 

Tuan asben berbual dengan teman-teman lamanya, salah seorangnya tuan Azizi. Aku bestie kepada bekas isterinya, cuma berbahasa basi sahaja. Selepas tu aku berdiri tepi tiang. Sesekali, mataku melorot tegak ke depan. Seorang pegawai lelaki dengan sut serba hitam melambai tangannya dua tiga kali kepada aku. Mujur Arrizqi menyuruh aku memakai cermin mata, maka jelasnya wajah lelaki yang melambai aku tadi.
"ayang, Shah" aku tepuk bahu tuan asben.
"mana?" aku menunjuk kepada Shah dan dia melambai kita berdua. Kita pergi kepada Shah suami kepada Azura Majid teman rapat satu tempat belajar kita orang dulu. From ILP to ADTEC kekdahnya memang rapat. Pergi kerja bersama, pergi dating bersama, pergi beraya secara berjemaah. Azura dengan aku seperti kembar, nama pun hampir sama. Noorulsahida dan Norrulazura. Dedua anak Abdul. Degil kitorang pun serupa ye sebab kita anak sulong daripada dua orang adik beradik.

Aku tinggalkan tuan asben dengan tuan Shah untuk bersolat di tempat yang dibuka pihak majlis, lega. Tuan Azizi yang beritahu tempat solat ini tadi, aku kan masih ada wudhuk terus sahaja bersolat dengan baju kurung yang aku pakai. Islam tu mudah. Ada juga dua tiga orang serupa berbuat demikian.

Aku mendapatkan tuan asben semula dan masuk dalam dewan. Meja 36 ada seorang isteri sudah duduk dimeja yang sama, aku bersalam ramah dengannya. Suami puan Noraida sudah hilang entah ke mana. Puan Noraida memulakan perbualan, melihat muda remaja sangat aku dengan tuan asben, satu persatu soalannya dijawab tuan asben. Bila suaminya kembali, eh soalan sama juga yg ditanya. Selepas itu aku dengan tuan Hamzah, suami puan Noraida berlumba makan, ahahahaaa~

Puan Noraida tidak makan Chinese Food, aku makan sambil feelling makan dengan Ren Jia Lun. Tuan asben tolong ambil letak dalam mangkuk dan pinggan. Aku cari sudu dan garfu, sebelum chopstick atau makanan tu sendiri terpelanting sampai ke mana, baiklah aku dapatkan sudu dan garfu. Daripada mula sampai habis makan aku guna set yang sama.

Sambil makan, kita dihiburkan dengan nyanyian pelbagai lagu, ibarat sambil makan sambil dengar radio la gitu, cuma ini secara live disediakan oleh band PDRM sendiri. Paling syok lagu Jamilah sampai ke bahasa Thailand, Tamil, Cina semua ada. Menu datang satu persatu ikut turutan, nampaknya tekak aku boleh masuk dengan Chinese Food, muehehe~ 

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati, tuan asben merupakan yang kedua terakhir menerima cenderati dan yang terakhir sekali tuan Hamzah. Gelihati jadinya bila tiga isteri elok berbaris mengangkat kamera menyorot skrin layar besar ruang hadapan gara-gara malas hendak bergerak. Kita bertiga berada di meja paling akhir dalam dewan tersebut. 

Tidak menunggu majlis tamat, tuan asben mengajak pulang. Selesai satu malam penuh kenangan. Daktiga mendapatkan aku bercerita kejadian telur rentung digoreng Adli, ahahaaa~ penat mak ajar. Sekian cerita kali pertama join malam mes, join tatkala tuan asben bersara, ahahaaa rasa la juga. boleh aku tidur dengan senyuman. 


Skuad table 36
Photo kiri: Paling kiri tuan Azizi.
Photo kanan: Dengan tuan Shah.
Rabbit teeth as always, with puan Noraida. She suruh panggil Along Noraida.
My Lovely.
D'menu.
Terpaling suka, Sweet Dim Sum tu, argh kenapa ianya diakhir menu, perut ku dah sempit.
Kita terbang balik. The power of Gino.


 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Friday, 19 December 2025

Teman Blogger: Tulip Putih Flower Pot.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Usai Subuh aku tersadai atas sofa, pegang handphone. Antara Ren Jia Lun dan housekeeping, aku pilih handphone, tiada selfie from my asben okey lemau, tidak jadi hendak workout. Lagi-lagi di luar suasananya lembab sahaja. Goodbye workout. 

Namun, ada satu pesanan yang menarik perhatian aku. Berkali-kali aku gosok mata baca nama yang telah aku simpan, maklumlah teman aku yang bernama Linda ni ada tiga orang. Linda yang anaknya sebaya sahaja ada dua orang. Jadi ini yang mana satu? Okey B Linda merujuk kepada Blogger.

APA?????? Linda hendak singgah, okey let's go bersiap. Macamlah dia hendak datang berguling padahal singgah sahaja. Selesai housekeeping, selesai update planner, selesai itu dan ini. Linda update minta lokasi. Tidak lama ku termenung sendirian, sebuah kereta berhenti depan pagar, wow~ very the besar. Pagar automatik ku buka satu sahaja pintunya, kerana hujan hanya Linda dan kak M sahaja yang turun. 

Mulutnya riuh seperti teman yang sudah lama tidak berjumpa, seiras seller Auni Tapakkuda By Dapur Azraa. Seiras, bukan sama. Dedua kepoci, ahahaha percayalah ini kali pertama kita jumpa, itupun tidak masuk dalam rumah kerana Linda hendak celebrate Anniversary nya gitu. Mereka sekeluarga baru selesai follow up abang Mu'eez di Hospital Sg. Buloh. 

Entah apa yang diborakkan, ketawa lebih pada isi perbualan. Linda bagi Tulip Putih dan Flower Port, Linda beri sahaja. Argh, terharu. Sudahlah beri dihantar pula sampai ke rumah. Linda shooooosuwit~  

Terima kasih Linda, nanti ada rezeki kita lepak okey. Comel sangat dak nih~ Aku suka dengar dia leterkan kak M, terpinga-pinga si kak M tu. Ibu dengan anak sama comel.

Sukanyaaa kita, love-love-love.

Flower Port atas meja makan. Thank you so much Linda, eee kreatifnya. 

Tulip Putih atas meja.

Love sangat, terima kasih tukarkan latarbelakang haunted house kita tu. 

Check-it out: https://rizzlinn.blogspot.com/

Makna Bunga Tulip Putih.
  • Kesucian & Kepolosan: Sering digunakan dalam majlis perkahwinan untuk melambangkan permulaan yang suci. 
  • Simpati & Maaf: Sesuai untuk menyatakan simpati di majlis pemakaman atau untuk memohon maaf. 
  • Penghormatan & Kehormatan: Melambangkan penghormatan yang tulus. 
  • Harapan Baru: Menandakan permulaan yang baru, meninggalkan kisah lama, dan membuka diri kepada kisah cinta baru. 
  • Cinta Baru: Menandakan kehidupan cinta yang baru dan bersih. 
Sumber: Al overview.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

EVERY NEW FRIEND IS A NEW ADVENTURE. THE START OF NEW MEMORIES - Patrick Lindsay.

Saturday, 13 December 2025

HOBI: Pembahagi Bulanan Planner-Journal.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Tujuan asal hendak menyusun jadual persekolahan 2026. Alih-alih tersangkut buat pembahagi bulanan untuk sya2ggnotebook2026. Let's go.


Kali ini tiada handwriting, sebab kerajinan tu ada 7% sahaja, selebihnya main stamping, gunting dan tampal sahaja. Ikut rasa hati, kekunun cantikla gitu kan. Tangan masa ni comot gila, hahaa~


Bahan-bahan stamping, kita beli online je. Itupun tunggu mereka-mereka yang rajin letgo. Hendak beli yang original, mahal sangat untuk kita yang biasa-biasa ni. Rasa ketinggalan? tidaklah, sebab buat untuk terapi diri sendiri sahaja. 

Semuanya kitar semula. Habiskan mana-mana yang tersisa.

Simple je, semua stamping dan drawing. Guna pembaris bercetak tu.

sya2ggnotebook2026

PLANNING IS A SKILL AND AN ART WHICH TAKES A LIFETIME TO MASTER.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 

Monday, 8 December 2025

Mengukur Semenanjung Malaysia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dari Johor ke Selangor ke Perak.

Petang Jumaat, tuan asben balik dahulu dari Melaka ke Selangor dengan menunggang motosikal. Rumah sudah kubereskan semuanya, malam ini orang Johor naik Selangor, owh I can't wait to meet my family. Pabila jam melepasi angka 12pagi mata tidak dapat menahan lagi, ajomlah kita tidur. Orang Johor tersekat dikesesakkan jalan raya menyebabkan delay 2 jam. Mamai-mamai aku bangkit jam 3pagi menjengah tingkat bawah. Arrizqi yang membukakan pintu untuk mereka, selesai membersih diri mereka terus berehat atas tilam yang sudah ku bentang sejak awal lagi.

Sabtu, kita bersiap awal pagi. Hari ini kita akan menuju Gerik, Perak. Tuan asben ajak bersarapan lebih dahulu, pekena tosei. 11 kepala punya menu, penuh dua meja kedai mamak tu. Janji asal bergerak 7.30pagi delay 9.30pagi. Jam 10.30pagi juga baru naik lebuhraya. Alhamdulillah.

Menempuhi perjalanan yang sangat panjang, sungguh meletihkan bagi aku yang tidak berada di kondisi memuaskan. Aku sangat tidak selesa kerana period pain. Tuan asben pun tidak boleh berbuat apa melainkan menyarankan aku tidur sahaja. Aku lekat koyok sahaja dikeliling pinggang, hilang bau perfume tukar bau koyok. Kita millenia, ahahahahaaa~

Sebelum ke homestay yang telah disewa mak usu (adik mama), kita semua makan di Ikan Bakar Jalan Kebun, memang best makan di situ. Lauknya banyak pilihan dan sedap. Tempat makan tersorok namun best dengan kemudahan tandas dan surau yang selesa. Aku makan je, tidak sempat untuk merakam apa-apa, mood ke laut betul. Selesai makan, shopping di Speedmart sekejap dan balik homestay untuk rehat. Pulun memasing qadha' tidur sampai ke petang.

Mama ngajak ke rumah mak usu lepas maghrib untuk makan-makan, hendak sahaja aku skip namun memikirkan mama hendak perkenal anak menantunya, ajomslah. Sampai rumah mak usu, aku makan lagi dengan apa yang dihidang mak usu. Nasi separuh genggam dan laksam. Aduh, hilang diet aku. Tidak sampai larut malam, aku mengajak isteri adikku balik, sudah tidak larat benar aku hendak melangkah. 

Ahad, kita bergerak lewat sedikit, sarapan pagi dahulu dan mencari hadiah untuk pengantin. Turun mencari hadiah, kaum gegirl je la macam biasa, aku, Ina, mama, Auni dan Akma. Dan menjadi pelanggan pertama mrDIY pada hari itu. Awal lagi tuan asben sudah beritahu jam 12tgh hari kita terus gerak balik kerana dia perlu balik Melaka hari ini juga. Aku onz.

Majlis perkahwinan cousinku Iyliani Laily dan Muhammad Rusyaidi berlangsung di Dewan Serbaguna Gerik, Perak. Tenang sikit apabila diadakan di dewan berbanding buat di rumah. Aku bersalaman, berjumpa, bersua dengan pakcik makcik sebelah mama. Majlis dimulai dengan tahlil dan terus makan tengah hari. Tidak menunggu lama, aku sekeluarga mengundur diri dahulu tanpa menunggu pengantin. Mama dan papa rela dan tidak sahaja melepaskan kitorang balik, maafkan kita ye, nanti kita balik Johor dan habiskan masa bersama. Doakan sihat.

Laju sahaja tuan asben memandu, sebelum Asar kita sudah sampai di rumah, aku mendobi manakala tuan asben terus bersiap balik Melaka. Tidak lama dia meninggalkan rumah, hujan turun dengan sangat lebat. Aku hanya mendoakan agar dia sampai dengan selamat. Khamis nanti kita jumpa lagi, kerana dia ada jemputan Majlis Persaraan pula. Bulan Disember is superduper sibuk. Semoga dipermudahkan semua urusan kita semua. 

Pagi ini mama menyatakan mereka sampai ke rumah masing-masing jam 4.30pagi, Allahuakhbar~ life is tough. REAL! semoga semuanya baik-baik sahaja, Allahumma Amiiin.

Tema hari itu, mint green. Meanwhile us? ahahaaa~ semua green pun ada. 
Mama-Papa and mama's sibling.
Belakang: Mak Usu, CikDa (adik mama), mama-papa, Pak Usu.
Duduk: PakDon (adik mama), CikBibi (kakak mama) & PakRazak (abang mama)
Yang adik kirim. Pengantin Baru.
Isteri adik, Dr. Ina. Kita dua agak lemau kali ni, rasa tidak diam seminit.
D'Goodies.
What's eva~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition. 
 
Yang Adli snap photokan si pengantin lama.
Sejak kita jauh, rasa sweet je bila berjumpa, ahaks~

THE BEST THING THAT EVER HAPPENED TO ME
is......~
YOU!

Daaa~

Tuesday, 2 December 2025

Visa. Passport dan Vaksin.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hai selamat datang Disember, hrmmm sekejapan sudah hujung tahun. Ada yang terkesan banjir ke? yang terkesan dengan ribut Senyar tempoh hari? yang terkesan berhibernasi selama beberapa hari? ahaaa, kita terkena yang terakhir tu. Sejuk betul, tidak cukup dengan berstokin dan berselimut, bergulung pula dengan toto. Sampai digelak dek tuan asben. Sudahlah dia pun jauh cemana nak hugs? ihiks~

Empat hari sejuk, empat belas hari menunggu dia balik. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Aktiviti 1 Disember dia sambut dengan MC, melayankan isteri menghantar dokumen ke travel agensi. Kali ini berkereta, bawa Alza keluar jenjalan. Semuanya kita pulun buat dalam satu hari.

Kita ke klinik dulu, untuk buat kad suntikan. 41tahun kena vaksin. Hadoih, sengal juga bahu aku, tahap sampai hendak ketiduran dok menunggu giliran, orangnya tidaklah ramai pun namun prosesnya punyalah lama. Klinik Shamsuddin, Bdr Baru. Selepas itu kita ke kedai gambar, bergambar untuk hantar ke pejabat travel agensi untuk proses hantar dokumentasi visa nanti.

Aku tidak boleh belah tengok muka sendiri, sebesar alam. Lelagi pakai tudung warna hitam. Biarpun aku suka dengan warna hitam, namun....~ hrmmm... selesai bab 2.2, pakej Alza kena saman sebab parking luar petak. Gasak situ, bukan aku yang drive. 

Sebelum ke travel agensi, tuan asben berpusing dua kali cari petak parking untuk mengisi perut, berputaranlah kita sambil mulut aku tidak diam baca doa makan, memang hendak makan pun kan? jadi sekali jalan je la. Patutnya sarapan pagi namun melihatkan meja hidangan kedai makan Warung Kami sudah terjamunya menu tengah hari. Ayuh!
"makan tengah hari teruslah" kata tuan asben. Letsego! Sesungguhnya aku sudah lapar benar, tidak sempat minum air pun masa keluar rumah tadi. Sudahlah sepanjang berputaran, macam-macam cafe aku nampak area Bandar Baru Sg. Buloh ni. Antaranya, Bask Bear Coffee AmBank, ZUS Coffee, Wallace Burger Chicken, 4 Fingers, Sans Francisco dan bla-bla-bla... which is sabar tau, one day aku datang serbu dengan daktiga, muahahaaa~ lepak cafe camtu sesuai dengan gen Z. Tuan asben more tekak melayu, NASI.

Tuan asben dengan ayam goreng dan kentang sambal bilisnya, aku dengan ikan kerisi pedas dan kerabu mangga, air sirap dan teh o ais memasing, semuanya berharga RM21. 
"sedaplah ayang" aku.
"biasa je" tuan asben.
"tahu tak kenapa sedap?" aku.
"kenapa?"
"sebab bukan saya yang masak, bukan sendiri masak, memang sedap" ahahahaaa~ jadi sudah tahukan kenapa aku kurang makan di rumah? hahahaaa~ tuan asben terus berdepan dengan handphonenya, daripada tadi-tadi lagi. Naik menyampah pula aku melihatnya, jadi apasalahnya curi sedikit perhatian.

Selesai makan, kita terus ke Shah Alam. Eh? 
Mungkin sebab aku kata hendak ikut tadi, jadi dia terus sahaja gerak usai mengisi minyak Alza. Jika tidak, dia hendak menaiki motorbike sahaja. Ewah, semalam sudah terpaksa aku berkongsi masa dengan kawan dia, gantilah semua masa kita tidak bersama semalam. Kan?

Sampai sahaja di travel agensi di Shah Alam sekali lagi berputaran mencari parking. Ini lagiiilah haru parkingnya, sepetak pun tidak nampak bayang. Tuan asben menyuruh aku pergi sendiri untuk hantar segala dokumen. Alhamdulillah orang tidak ramai, namun dak pempuan jaga kaunter tu alahaaai slowmo betul buat kerja. Aku masuk sahaja semua mata tertumpu pada aku. Melihat dokumen yang aku pegang, dak lelaki di kaunter minta aku duduk dahulu, dia sudah tahu urusan aku kerana dak pempuan slowmo tu sedang sibuk dengan pelanggan sebelum aku.

Suasananya agensi sama seperti yang aku search dalam website cuma yang ini versi sepi sangat. Kentut jenis slowmo pun boleh dengar. Tiba giliran aku, macam biasa suara aku melebihi dua orang dak kaunter yang ada, pelanggannya aku sahaja, beranilah~ lagipun ini penerbangan aku yang pertama, haruslah teruja dan macam-macam benda aku hendak tanya.
"pejabat korang ni memang sepi camni ke?" aku. Pening pula rasanya hanya dengar bunyi ketikan tetikus dak lelaki yang tidak diam dari tadi. Muka macam Zahid AF. 
"ha'a memang macam ni, takde customer baru kitorang buka lagu" dak lelaki tu menjawab memandang aku, yang pempuan tengah isi dokumen menguruskan aku, sekejap-sekejap dia tersenyum.
"sunyi betul bunyi kipas pun takde" rungutan random tidak dijangka dari aku sambil menurunkan tandatangan atas dokumen. 
"bunyi kipas, hahahaaa~" dak lelaki tu ketawakan aku, mesti dia tidak jangka akan randomnya penyataan seorang pelanggan pada hari ini. Alaaa aku tengok dorang tu adik-adik ja, dorang yang tengok aku berkali-kali.
"serius umur 40? kenapa macam 24 je?" dak pempuan tidak dapat simpan pertanyaan, saja buat aku blushing. Sebelum aku terbang, baik setelkan cepat-cepat urusan ni, aku hendak terkucil.

Aku diiringi tiga staff travel agensi, seorang lagi datang entah daripada mana hendak membantu mengangkat barang.
"ini kereta akak ke?" tanya dak lelaki baju sedondon dengan aku. Datang dengan barang-barang menunjuk kereta betul-betul depan pintu agensi. Kita tidak sebertuah itu dek untuk dapat petak parking - dalam hati aku sambil mata meilau mencari Alza yang sudah beralih kedudukan.
"bukan, kereta kak yang tu pakai songkok tu, asben kak ada kat dalam" aku tengah handle hendak pakai kasut dating, payah pula hendak pakai masa dok kalut begini.
"songkok? ooo... hahaa~" dak lelaki dan dak perempuan tu ketawa sambil menunggu aku ke Alza.

Aku mengucapkan terima kasih tiga kali, seorang dapat satu termasuk dak lelaki di kaunter. Mereka bertiga menghantar kita pulang dengan senyuman. Ada rezeki jumpa lagi nanti. Thank you so much. Lalu di hadapan sekolah, ngam-ngam pulangnya anak-anak sekolah rendah, rezeki dapat jumpa kereta Linda dan melambai kakMidah yang menunggu anak balik sekolah, tergamam melihat aku dengan senyuman melebar. Sudah lama kita tidak berjumpa kerana aku tiada trip anak sekolah rendah. Aku tapau nasi ayam, churros, karipap dan air teh ais untuk daktiga. Alhamdulillah. 

Hi December.

Hah, anoyying tengok ghupe sendiri, maleh haku~

Thank you so much tuan asben sudi spend time with me. 

Ke mana kita? sabar tau, nanti kita spill the tea. Buat masa ni, weols nak persiapkan mental dan fizikal dulu. Honeymoon, kena banyak study ouch~ ke ada yang boleh hint? Jadi selamat datang bulan sibuk. Semoga semuanya baik-baik sahaja. 

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.