Berdasarkan kisah sebenar, dorang ni tak move-on, tetapi aku gembira, hehe! Alhamdulillah.
Khamis: 26 Mei 2022.
Selesai trip ke empat~ menghantar Adli dan Arrizqi ke sekolah agama, time for me time.
Ok, what to do? where is I'm going today? muahaha, fikir-fikir. Tiada maknanya berfikir aih, hari awal gaji dibayar sudah pastinyalah pasaraya, top-up barang dapur. Jadi mari menuju kedai naik. Daktiga sudah lama sangat tidak pergi kedai naik ni, kali terakhir aku bawa Arrizqi sahaja mencari pembalut buku. Kebiasaannya aku pergi dengan Khaida, dia sibuk dengan sekolahnya tambahan pula dia boleh pulang ke rumah selepas jam 3 petang. Jika jam 3 petang baru me time, aku kena lekas pulang sebab mama Syafiqah akan datang mengambil barang Syafiqah pada jam 4 petang.
Hari ini aku terpaksa singgah jumpa dengan Khaida juga berikutan hendak bayar duit kutu, bila sudah gaji selesaikan segala kutu dulu. Lepas tu, barulah fikir shopping. Aku berhentikan kereta di hadapan tabika Khaida, sepatutnya aku singgah sebelum menghantar Adli dan Arrizqi tadi, tapi dek kerena bebelkan pemandu kereta dihadapan langsung termasuk simpang terus ke sekolah sedangkan sekolah Khaida di simpang bertentangan. Aku memberi salam dua kali.
"wa'alaikumussalam, masukla mek. Lepak!" jerit Khaida daripada dalam kelas.
"taknak, aku nak cepat, nak pergi SC"
"he'eleh! eh takyah bayar la mek, nanti aku nak sabun 3 tong macam biasa." Khaida mendapatkan aku yang berdiri di pintu.
"alahai apahal tak cakap daripada semalam, nahlah aku sudah bawa ni!" aku memaksa Khaida untuk ambil wang RM100.
"ye lah-ye lah, bak sini!" kami memang bercakap style lantang-lantang belaka. Sebab tu semua ada tanda seruan di belakang ayat. Khaida ambil sahaja wangku, aku terus mendapatkan kereta semula.
"mek, hati-hati!!!" jerit Khaida lagi sebaik sahaja aku membuka pintu kereta.
"baik, InSyaaAllah! Terima kasih!" aku terus ke pasaraya. Pada tuan asben sudah ku beritahu tadi, aku akan pergi membeli barang dapur, dia menunggu di rumah sahaja kebetulan ada pekerja membuat wiring elektrik.
Tempat letak kereta di hadapan bangunan pasaraya telah penuh, aku meletak kereta berhampiran dengan pagar masuk pasaraya yang terdekat tanpa berfikir panjang. Semoga dipermudahkan. Me time start! cari buah, sayur, barang basah, barang kering, reroti, bebiskut, aku tidak berniat untuk naik ke tingkat atas, jika naik sudah pastinya akan lambat lagilah aku akan pulang ke rumah. Sedang memilih ikan, aku dilanggar sebuah troli segera aku meminta maaf kerana telah menghalang laluannya.
"eh? laaa, ingat cikgu PJ tadi, cari barang dapur ke Sya?" haaa siapa pulalah yang menegur aku ini, pakai mask, lambat sikit hendak cam mukanya. Berskirt, tshirt lengan panjang dan tudung labuh.
"owh, kak Aida." jiran satu taman berlainan lorong sambil tangan aku memasukkan dua ekor ikan jaket aka cencaru dalam plastik. Sedap buat sumbat sambal.
"daripada jauh nampak kasut, sekali tengok, Sya rupanya. Ingat cikgu PJ tengah beli barang dapur. Comel sangatlah Sya" ujar kakAida semula bila dia dapat port lega sikit untuk letak trolinya. Troli aku sudah separuh penuh, hahaaa.
"baru dapat payment kak, cari barang dapur dululah." Aku tidak pandai hendak respon penyataan kakAida tadi. Dah menghampiri 40an, macam tak relevan comel tu dengan aku.
"kan, budak-budak makan sahaja. Oklah Sya, akak cari barang dulu." kakAida menghilang. Aku juga terus dengan misi on the list. Sedang membelek rempah dan rencah jumpa kakAida lagi, lengang betul troli dia hanya nampak bungkusan dua buku roti putih.
"penuh troli Sya."
"ha a, memang selalu macam ni, stok dua minggu terus. KakAida tak pergi Ganda?" sebuah lagi pasaraya seperti SC.
"akak dah pergi NSK semalam, hari ini SC pula. Ganda nanti-nantilah" jawab kakAida. Lepas tu kakAida hilang lagi dan aku terus ke kaunter bayaran.
"sekejap ea, banyak sangat penghuni di rumah tu yang rasa macam tak habis-habis barang ni!" aku menggumam mengeluarkan satu persatu barang dalam troli sambil diperhatikan budak kanter.
"tak apa akak, tengok pun tau, ramai." aku kekok sebenarnya, biasanya Khaida yang tolong aku. Tapi hari ini, pergi sendiri. Kena buat sendirilah.
"senang ke buat pankek ni akak?" sambil belek sekotak tepung pankek.
"akak ikut arahan belakang kotak tu, so far pernahla buat sekali hari tu, senang dan jadi." aku menjawab.
"tak pandai saya nak buat, wafer pun tak pandai, nanti saya hendak cubalah, makan dengan apa ye akak?" tanyanya lagi.
"akak pun tak pandai, anak yang sulung tu la suka makan, dia kurang sikit dengan nasi. Makan dengan jem pun boleh, kan macam roti."
"ye ke, akak dah ada anak? saya ingat akak belum kawin, mudanya akak!" ah sudah. Kenyataan ini lagi.
"ye ke, akak dah ada anak? saya ingat akak belum kawin, mudanya akak!" ah sudah. Kenyataan ini lagi.
"ye adik, anak akak tiga orang yang bongsu darjah 4 pun." apsal barang dalam troli ni tak habis-habis. Peluh jantan aku sudah mula hendak keluar, panas.
"bongsu darjah 4? yang sulung?" adik kaunter tu masih belum percaya lagi, sedangkan aku sudah mula berkicap, apatah lagi melihat orang belakang sudah menunggu.
"yang sulung tingkatan 1, nombor 2 darjah 5, yang bongsu darjah 4". Terangkan semua semoga jangan tanya lagi.
"akak mudanya, emak dorang muda. Saya ingat akak baru lepas U, datang dengan member-member beli barang dapur." sambil dia terjengah-jengah seperti mencari kawan aku yang lain. Aku menunggu dia habis scan sambil membantu memasukkan barang dalam plastik.
"semua anak-anak punya pesanan, nak cuti Sabtu Ahad, peti kena penuh." adik kaunter scan harga, aku masuk barang dalam plastik. Selesai membuat bayaran, mendapatkan resit yang panjang, aku mengucapkan terima kasih dan menolak troli ke pintu pagar.
Alamak, aku kena jinjing beg plastik besar dan berat ini, sebab jalan ke kereta tidak boleh dilalui dengan troli, huaaaa! di tengah panas aku mengikat 3 beg plastik besar berisi barang-barang. Inilah akibat terlupa bawa beg shopping, halaaaa...... salah sendiri Syasya, sikit je lagi tu.
Sampai di kereta, selesai memasukkan barang aku menarik nafas, fuh! berpeluh. Melihat gerai bertentangan tempat aku letak kereta, aku turun membeli pisang goreng. Aku puasa, tapiii beli je la. Terus sahaja memandu pulang ke rumah. Pekerja wiring masih belum selesai, tuan asben meminta aku pergi mengambil kucingnya di klinik haiwan, huuu... tetapi aku berat hati hendak pergi. Akhirnya, tuan asben yang pergi sendiri, hehe! Bukan apa, aku masih punya dua trip lagi untuk uruskan daktiga. Jam 7 pagi tayar bergolek keluar, jam 7 petang baru berhenti dan bersambung trip untuk keesokkan harinya. Itulah rutin 5 hari penuh. Sabtu mendobi, Ahad menggosok. Alhamdulillah!
2022 |