Friday, 19 June 2020

Aidilfitri 2020- PKPB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Harus memorikan Aidilfitri tahun 2020 ni, memang luar biasa daripada tahun sebelumnya. Meskipun giliran kali ini giliran rumah mertua namun, Aidilfitrinya tetap berbeza. Eh! nantila sekejap, kasi ai habiskan Kdrama Beautiful Mind ni dulu, best pula drama ni, haha. Sat lagi, ai sambung.

So back to story, Aidilfitri2020 seharusnya berbeza daripada tahun sebelumya untuk kebanyakkan mereka yang sudah biasa pulang ke kampung halaman, beraya bersama keluarga. Termasuklah ai sekeluarga, walaupun Aidilfitri di sambut dengan normal baru, namun ai bersyukur pada tahun ini kami berAidilfitri bersama keluarga tuan asben yang berada di dalam negeri yang sama. Ai simpan dahulu rindu untuk keluarga yang berada di Johor, Aidilfitri kali ini ai dan mertua masing-masing tidak boleh merentas negeri pada hari kedua Aidilfitri. Tahun ini, Allah swt memberi kita peluang untuk beraya bersama lama sedikit.

Tuan asben mengajak pulang pada dua hari sebelum Aidilfitri, sehingga Aidilfitri keempat. Ye agak lama daripada kebiasaan, jadinya dua hari sebelum berangkat balik, ai sudah sibuk mengemas all out, tidak suka meninggalkan rumah dalam suasana yang bersepah. Rancangan ai untuk balik on 1Syawal macam adik beradik lain, tidak diperkenan. Sentiasa dengan back-up planning, ai ikutkan saja.

If di rumah mama, akhir Ramadhan sudah mula sibuk memasak dan mengemas rumah, Di rumah mertua ini, ai sahaja yang ada maka kerahlah tuan asben ke sana dan ke mari, siapa lagi? kita sahajalah yang buat, biarlah orang hendak mengata apa. Biarpun orang tak hargai, ai still ai. Buat je la. Atas permintaan anak-anak, tuan asben belikan seekor ayam untuk di masak merah. Hendak merendang, ai is belum ada keyakinan yang tinggi, apatah lagi it's not my dapur. Kesian dengan adik ipar, dok menjawab soklan cepuemas sepanjang masa memasak, ayam masak merah je pun.. ai just alone in the kitchen uols! mujur tak on mp3 kpop ja as ai always do at own home.

Alhamdulillah, menjadi juga ayam masak merah dan siap dijamu pada akhir Ramadhan, syukur. Malam itu, program menggosok baju raya berjemaah, problem ai bila ada di tempat yang bukan kebiasaan ialah mata lekas sangat minta lelap, ai taktau la ini faktor umur ke apa, belum pun 10pm mata ai ya ampun, mengantuk sungguh-sungguh. Faktor kurang minum air pun ya juga ni. After ai pulun iron, ai masuk tidur terus. Lantakla apa hendak jadi, esok sahaja fikir. 

Pagi Aidilfitri, bila daktiga sudah besar ni makanya ai kejut saja, mereka akan bersiap sendiri, malam tadi depa juga yang tidak sabar-sabar hendak berbaju raya. Biarpun baju melayu tahun lepas, muat lagi. Kita beraya suasana luarbiasa kali ini, jadi memang ai tidak prepare sebarang baju baru. Ai dengan tuan asben sendiri sudah tiga tahun tidak membeli baju raya, kami guna sahaja baju tahun-tahun sudah, janji berbaju, haha. Ai bukan kisah sangat, for me yang penting sedondon.

Pagi Aidilfitri juga, Auni dan Adli sudah bemasam muka, halaaahai habis semua gambar Aidilfitri dengan muka Auni yang masam mencuka. Selesai bermaafan dengan keluarga kecil ini, rumah abah didatangi paklong dan uda serta keluarga. Mereka masuk sahaja, ai sudah diserbu dengan cousin-cousin yang clingy sungguh dengan ai, jadi mangsa depa pula. Macam tidak pernah jumpa sebelum ni, pipi kena tarik, muka kena make-up, mulut memasing-masing minta tips apa rahsia makin muda, haha. Ai biasa-biasa saja. Takde rahsia pun. Mari kita kira ada berapa semuanya, baiklah masih mengekalkan SOP belum 20 orang lagi. Ya Allah, engkau lindungilah kami sekeluarga daripada sebarang wabak dan penyakit berbahaya, insyaaALLAH. Kami bersolat Aidilfitri berjemaah bersama paklong yang mengepalai solat. Alhamdulillah-alhamdullillah.

Biasanya sebaik sahaja bermaafan, kami sudah pun merayap keliling kampung berhari raya, kali ini kami di rumah sahaja, ai sibuk dengan dapur ulangalik-ulangalik. Usah beri ai bantal, memang hanyut  terus tanpa sedar. Tetamu rumah abah silih berganti, hadirnya adik beradik ummi membuatkan rumah abah sentiasa sibuk. Adik beradik tuan asben balik semua kecuali Mira yang tidak dapat merentas negeri. Syukur kami masih dapat kumpul bersama. Kami ke rumah makcik tuan asben yang berdekatan, duduk rumah pun mulut ai tak reti diam, asyik dengan makanan tidak sudah. Terima kasih Wani, sudi balik dan sama-sama di rumah abah, tidaklah ai keseorangan meng'handle' rumah. 

Aidilfitri kedua, kami ke rumah paklong pun berdekatan sahaja, boring pula mereput di rumah sahaja, yang seronok sakan daktiga, depa gembira terjun pool dengan macam-macam skill, depa memang tidak susahkan ai, terjun pool tukar sut pool-bawa towel masing-masing-naik pool tukar baju sendiri, jemur towel dan hanging baju pool- depa memang tidak susahkan ai. So ai yang kurang kerja ni manjang hendak lelap nampak bantal dan tilam, mana tidaknya, kebiasaan Aidilfitri kedua abah sudah ke Terengganu, ai pula akan ke Johor. This year is different. End up, tuan asben ajak balik Sg. Buloh esok, ai bertanya 3 kali untuk kepastian. Pasti-PASTI! mengikut jadual, kami balik lusa (aidilfitri ke 4)

Aidilfitri ketiga, siap ai berkemas, ummi mengajak tuan asben ke Kuala Selangor, rumah makNdak. Boleh riki-riki tempat bertugas tuan asben sekali, gitu. Jomlah. Badan ai sudah libang-libu sungguh, letih penat dan mostly is rindu. Ai rindu mom and uriappa. Sebelum sampai rumah, kami singgah rumah cousin tuan asben tidak jauh dari rumah kami, rumah kak Nita memang every year kami akan jengah, sama ada dengan abah atau tidak. Abah hendak singgah rumah ai, ai tak ready, haha. Boleh singgah tapi rumah dah tinggal seminggu, faham sahajalah so abah hendak terus balik Hulu Langat sebelum malam. Sekian, cerita Aidilfitri pkpb 2020. 




ai sorang je anak saudara situ, mak ndak, uda and makteh.

tuan asben and parent.

sorang suka tarik pipi ai, sorang suka nau main make up-make up!


clingy cousin, depa gila... haha!

Depa green la, saja tau... #teamjohor

Ai masih sabar menanti, moga ada rezeki hendak balik ber Aidilfitri di Johor. Rindu tu tak payah katalah, adil ke tak adil tu tak payah ceritalah. Ai know, ai mesti sabar dan beralah. Allah swt kan ada, Allah swt plans everything! insyaaALLAH, ada rezeki.

3 comments:

Kakmim said...

Hai cha 😍😍😍 besar dh anak² kita kn 👍👍 nnt raya haji balik jdt pulak

ch@ said...

hai kakMim, before ni kita panggil kakMira kan? panggil kakMim la thn 2020 normal baru. ahaaa, insyaALLAH balik JDT. eh? kakMim or kita yg balik JDTni? haha...

Salina@IbuAqil said...

Yer cha..
Aidilfitri dan Aidiladha akak tahun ni pun berubah sepenuhnya..
Tak seperti kebiasaan yang lama..
Seronok akak baca celoteh cha..
Akak ni ntah bila kerajinan nak menulis panjang macam ni..
Ikutkan nak jer berkongsi pengalaman kenangan waktu kes Covid hari tu..
Tapi risau jgk dengan stigma pembaca yang lain..
Yg kenal kita betul2 mcm cha ok lah..
Yg sekadar kenal gitu2 je tu yg risau..
Sayang pula kalau kenangan tu tak diabadi kan..
Ehhhhhh!!! Aku tertulis entry dkt komen bdk ini pulak..
Hahahahahhhhahhahhahhahha (gelak tergolek)