Sunday, 28 June 2020

Kisah kita: 12th Anniversary.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Setelah beberapa tahun skip date hari ini, maka hari ini marilah kita memori kan kerana tahun 2020, haha! Pagi yang indah, wah today is Saturday aku bebas daripada keserabutaan menyusun jadual school from home, ingat ada istilah work from sahajakah? haaa, ini school from home, aku as frontliners kat rumah. Serabut otak aku hendak menyusun satu persatu- ini bakal aku cerita pada lain entry. Hari ini aku mahu lepas bebas. Routine pagi, after habis membaca satu surah Al-Quran, sunat Dhuha dan bersiap mandi, aku turun bawah. Alamak bakul baju kotor sudah macam aiskrim menggunung, aku tolak sehingga depan mesin pencuci.

Gegas sumbat masuk baju kotor dalam mesin, mengemas meja, mengemas dapur dan menjerang air panas. Aku mengeluarkan baki jejari kentang dalam peti dan ayam yang berais, nyahbeku. Tapi jap, hari ni kan hari special, minta ayang tapau je la- aku is malas mahu selongkar dapur. Tidak lama kemudian, tuan asben sudah pun duduk ditempat kerja aku, mengguna pc. Ini muskel, hari cuti begini, awal pula bangunnya, haha. Aku sediakan air panas, dan bermalas-malasan sambil menunggu mesin pencuci pakaian habis berpusing. Bermalasan sambil membelek handphone aku bersandar pada baju kering yang tinggal separuh, adoih liat sungguh hendak habiskan, banyak saja pengaruh yang menggagalkan kerja melipat-  alasan.

Habis sahaja tuan asben menggunakan pc, aku mengambil alih untuk menghantar kerja-kerja sekolah Auni dan Arrizqi mengikut kelas masing-masing sambil meneliti lagi senarai matapelajaran yang masih belum diselesaikan, almost done! syabas buat aku berjaya men-psiko- daktiga untuk siapkan kerja sekolah, haha. Dan, aku terus hayal dengan Nu'est Lab siri 1 kali kedua aku menontonnya. Tergelak aku sesorang di pagi yang tenang. Teringatkan kentang goreng perlu digoreng, aku ke dapur tetapi terdengar pula bunyi kereta berhenti. Oh! my sister is coming... kakak hantar kek shedappp sempena anniversary aku dan tuan asben, aku yang order. Aku bertemu kakak, kakak ni tak pernah tak cantik, hari-hari cantik. Kek dia memang sedap, rata-rata yang sudah rasa alhamdulillah memberi komen selalu positif. Aku menyambung menggoreng jejari kentang, buat milo berselang seli dengan menyidai pakaian. Multi-tasking.

Anniversary kali ini, memang pakat di rumah sahaja, aku sudah beli kek, tuan asben order kepsi. Dah, layanlah sampai ke malam. Aku bukan kisah sangat makan-makan istimewa ka, going cuti-cuti mesia ka, for me yang penting aku nak duduk rumah tanpa buat apa-apa kecuali online, makan ikut dan- haha. Malas aku hendak request yang bukan-bukan apatah lagi melihat dan mendengar tuan asben sudah pun  busy pada awal pagi. Ciri-ciri hendak keluar sendirian pun dah nampak waktu lepas makan tengah hari, same goes saja bertahanlah hendaknya sampai bila-bila- insyaaALLAH, alah bisa tegal biasa tak gittu? Daktiga pun sudah melekat dengan games dorang, memang aman waktuku. Selepas Nu'est Lab siri 1 membawa kepada Nu'est Lab siri 2. Terasa aku pun sudah jadi dak youtube, keke.

Jam sudah pun ke angka 10pm, ohooo ai perlu berhenti untuk menonton Backstreet Rookie, kdrama yang baru sahaja memulakan tayangan di tv, hehe. Ai mengemas meja dan beralih ke aktiviti yang seterusnya, sambil menonton drama sambil makan, dengan Arrizqi yang sibuk mengatur susun tempat tidur. Selesai untuk hari ini, oh! tuan asben sudah pun keluar dari petang tadi, sekejap lagi balik la tu. Sekian untuk hari ini, happy anniversary!   

Baru belajar buat video, haha!

Blue x Green with Pearl, jelita kakak memang sedap teramat.

Yes-yes, we loving it. Too yummylicous!


Syukur Alhamdulillah!

Ditaip pada: Jun 27, 2020

Friday, 26 June 2020

Hari Kelahiran Eonni dan Tempoyak kakLyn.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Wah tajuk macam drama sketsa hahaaa, tapi memag dramatik sangat. Alhamdulillah aku seronok sungguh-sungguh. Semalam aku berbalas whastapp dengan seorang member yang kerap ku ajak ke kelas zumba bersama, kakak yang ku panggil eonni Conie itu sungguh sangat rindukan aku, aku hanya menyabarkan eonni bahawa jika ada rezeki kami akan berjumpa juga nanti. Aku on sahaja, cuma eonni berkerja lima hari seminggu, maka aku hanya menunggu lampu hijau dia sahajalah.

Sambil melayan dia, berbalas whatsapp dengan seorang lagi member zumba yang ku panggil kakak Zila, kakak Zila is tokey bakery (doakan), dia membuat kek kegemaran aku sekeluarga. Kami menetapkan untuk mengambil kek yang telah aku pesan. Kakak kata hendak hantar kek pada eonni yang berkerja di hospital sebelum berjumpa dengan aku, dengan tidak semena-mena dia terus mengajak aku pergi bersamanya. La sudah. Perbualan tergendala memberi laluan kakak ke kelas zumba. Aku sudah pun tidur sebaik sahaja kakak menyatakan akan menunggu aku jam 8pagi. What??? 8pagi? haduuuh, kena bangun pagi. But, dalam fikiran aku seronok juga pekena eonni nanti.

Jom la kita, aku bersiap bersaing dengan tuan Erwandi hendak pergi opis. Setel uruskan rumah, aku berpesan kepada Auni dan  kakak Zila sudah pun sampai sebaik sahaja aku meletak dan mengunci kereta. Dia memandu kearah aku dan kami ke hospital untuk bertemu dengan eonni. Sambil menunggu, kami bercerita. Dengan kakak Zila ni, memang tidak putus cerita dan ketawa. Dia sangat happening, aku memang suka berkawan dengan dia, bila dia tak suka dia cakap terang-terang dia tak suka, penat aku hendak gelakkan dia. Masuk air. Aku menyorok sebaik sahaja eonni berjumpa kakak Zila. Setel depa nangis-nangis hugs kakak Zila melambai pada aku, taraaaaaa.... 

Aku menyanyi sambil on video, halaaaaaaahai eonni ai miss you so much. Tidak sempat hulur tangan bersalam, kami berpelukan. Eh! penjarakkan sosial... insyaaALLAH kita jaga kita. Allah swt pelihara kita. Eonni sudah pun sebak, suara terharu dan terkejutnya sampai bercerita pun melalut-lalut. Aku pegang pipinya, mengucapkan ucapan sempena hari ulangtahun kelahiran pada hari ini. Ingin sahaja melepak di cafe berhampiran sambung cerita dan ketawa hingga ke petang. Mengingatkan eonni kena masuk berkerja dan kakak Zila perlu menyambung membakar kek, kami berpisah selepas mengambil beberapa keping gambar. Alhamdulillah! Aku dan kakak Zila kembali ke kereta, kakak mengajak aku bersarapan pula. Aku menerima sahaja pelawaan kakak dengan membawanya ke kedai berhampiran tempat aku meletak kereta. 

Kami sambung berbual lagi, isu viral, isu anak-anak, isu jadual belajar, alhamdulillah penuh perisian walaupun istilah pasarnya melepak, haha. So time berpisah, kakak dah halau aku pergi kereta. Dia lupa kek aku order masih dalam boot keretanya, mahu dan tidak aku ikut naik kereta dia sampai ke kereta aku, punya pemalas aku hendak berjalan. Selesai ber bye-bye kami berpisah betul-betul. InsyaaALLAH nanti ngedate lagi, cayalah. Kek kakak Zila memang sangatsyedapppp! Sampai di rumah, aku terus mandi, menyediakan menu untuk tengah hari. Sebelum betul berperang dengan dapur aku menerima whatsapp daripa kakLynda pula, oh hari ini aku perlu bertemu dengannya untuk memberi dia tempoyak. Aku memakai yang simple sahaja, yang penting hendak wefie. KakLynda, kawan aku paling setia masa awal-awal aku menunggu Auni balik sekolah, now dia sudah berpindah jauh, maka kami tidak kerap bertemu jika tiada apa-apa. Oho! aku rindu betul dengan perancangan luar jangka dia tu.

KakLynda sudah pun sampai waktu aku memberhentikan kereta, kami hanya berborak di tepi koridor sahaja, matahari sudah pun betul-betul atas kepala, panas. Selesai memberinya tempoyak dan wefie, kami balik rumah masing-masing. Sejak normal baru ni, aku malas hendak singgah mana-mana kedai, kena tulis nama, kena pakai mask, kena sanitize tapi fikir sudut positif, bagus juga. Tidaklah aku memboros membazir, haha. So sekian cerita untuk aku jadikan kenangan, alhamdulillah aku diberi peluang berkawan dengan mereka yang sentiasa ada bila aku perlukan. Syukur, InsyaaALLAH. Jom masak pula, hihiii! daaa... (simple je ending, tak sabar nak tengok mv Kim Sung Kyu!) keke.

Saeng-il chukhahamnida Conie eonnie, saranghaeyo jjinja!
Sempat aku buatkan kad beday 15minit sebelum keluar rumah jumpa kakak, hihiii!

Kakak, kau tahu kakak dulu ada orang pernah tanya mana hendak cari seluar macam kau pakai tu. Kalau hendak tahu, sila whatsapp, kahkahkahkah!

best partner.

KakLynda, jauh di mata, sentiasa dalam hati. 
Thanks untuk kek kakLyn. Tshirt aku buat hal. haha!lantak.


Wednesday, 24 June 2020

Rezeki: Patin Tempoyak dan Murtabak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Alhamdulillah, aku baru lepas makan. Hari ini pekena patin masak tempoyak bukan aku masak, kakSu yang masak. Sedap betul. Aku memang masalah susah berhenti makan bila part babitkan tempoyak ni, haha! Terima kasih kakSu yang comel. Mari kita update insta menarik kecemburuan kakLynda, niat Syasya ni memang selalu terpesong aih! keke.

Semalam, aku telah keluar untuk menambah barang dapur, yang lemahnya kena ke atm untuk cashkan duit belanja, maklumla aku takde online-online banking ni, tuan asben tak galakkan takut aku galak pula berbelanja, sokeyla dah bertahun pun life tanpa online banking, hehe. So, after belanja satu boot kereta penuh, kakSu whatsapp mahu jumpa. Kali pertama berjumpa sepanjang PKP. Sebelum ni kami kerap sangat berjumpa menunggu anak-anak balik sekolah, kadang berselisih di jalan sahaja. So berjumpa la kami, hendak hugs-hugs tak boleh. Kan normal baru, kena patuh SOP, tambahan pula tempat kami berjumpa ni memang tempat orang lalu lalang. Hendak wefie pun terasa segan.

Jadinya, kami berborak sahaja. Tujuan jumpa tu, aku hendak beri dia tempoyak. Terkenangkan posting patin kakSu diinstagram waktu semalamnya, adalah sedap jika digulaitempoyakkan. KakSu minta aku tempoyak kebetulan memang ada banyak lagi dalam peti. Aku pula bukan la rajin benar memasak, portion untuk masak tempoyak ni bukannya banyak punkan? so kakSu kata share-share. Uiiish! mestilah aku suka-suka-suka. Tu yang jumpa jap tadi hantar patin masak tempoyak. Usah tanya aku resipi, google sahaja oke, aku hanya tahu makan sahaja.

Pagi tadi Khaida minta aku tunggu dia datang hendak hantar murtabak, aku pun dah lupa bila aku order murtabak ni, frozen. Nanti kita garingkanlah sendiri. Since tak ada bazar ni, all thing is do it yourself. Bila sudah sampai tekan sahaja loceng pintu, selama dia datang rumah aku dia taktahu ada loceng pintu. Sabar je la aku. Dua minggu  lepas dia hantar tempoyak disangkutnya di pagar. Sudah hendak tengahari baru aku perasan whatsapp dan call dia. Aku lupa mana letak handphone, itupun sebab Arrizqi mengemas tilam baru handphone dijumpai, haha. Bila tengok waktu call-whatsapp tu memang aku sudah mula mengerjakan rumah, lekas aku tanya dia ada apa. Khaida bagitahu ada sangkut tempoyak di pagar. Adoiii kawan aku seorang ini kan...

Sudahnya, pagi tadi dia dok jakun main loceng pintu pagar, yang dia diluar memang la tak dengar apa-apa, yang di dalam ni naik pekak telinga. Selangi aku tidak buka pintu selagi tu la dia dok tekan. Khaidaaaaaa!!! jeballlll...
"mek,best la mek main benda ni." tangan dia  masih tak diam.
"umiii bisingla!" Adli yang sudah bangun mengomel. 
"tu cikgu hang la tu. woooi dah la, bingit dowh!" aku lekas-lekas mencapai kunci pintu.
"bestla mek, aku suka-aku suka"
"kau suka, yang kat dalam tu nak pekak dah!" aku mendapatkan dia di tepi tiang. She is Khaida, she is my bestfren ever.
"seb baik laki aku dah gi kerja"
"aku tau dia takde la aku tekan. kalo dia ada aku baik mek." hahahaa, that's it! Khaida-Khaida. Layan sewel dia memang kita sekali sewel. Korang ada kawan yang lantang begini tak? boleh main babacak kat pintu bank, boleh jatuhkan barang shopping depan kaunter bayaran. Humble, sporting, baik hati, ambil berat  dan sentiasa ingat kat korang. If ada, jaga dia baik-baik. Sayang dia baik-baik jangan sesekali ambil kesempatan. Hargai sahabat begini, sentiasa ada susah dengan senang. Alhamdulillah!

Sebaik sahaja berborak panjang dengan Khaida, dia pergi untuk selesaikan urusannya, alhamdulillah. Aku pun  mula mengelola rumah. Actually, aku handle dapur sahaja, daktiga akan uruskan bahagian-bahagian mereka sendiri yang telah diagihkan oleh tuan asben. Jadi ini sahaja aku mahu share, kikiii... janji update bloghijau. Alhamdulillah, kongsi rezeki, baik hati, sentiasa disenangi, usah iri hati. Kita sahabat kekal abadi. Allah swt sebaik-baik pertolongan, insyaaALLAH.

Patinpoyak sedap sangat.

kek pisang.

Murtabak uols, hehe!

  Sikgoreng Syasya. Daktiga punya kegemaran.

Hari ini hendak marathon kdrama apa ye! hihiii... Baru habis tengok Ex-Girlfriend Club malam tadi,  Song Ji Hyo and Byun Yo Han so shipppp! wiii. Seb baik ending best.

Friday, 19 June 2020

Aidilfitri 2020- PKPB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Harus memorikan Aidilfitri tahun 2020 ni, memang luar biasa daripada tahun sebelumnya. Meskipun giliran kali ini giliran rumah mertua namun, Aidilfitrinya tetap berbeza. Eh! nantila sekejap, kasi ai habiskan Kdrama Beautiful Mind ni dulu, best pula drama ni, haha. Sat lagi, ai sambung.

So back to story, Aidilfitri2020 seharusnya berbeza daripada tahun sebelumya untuk kebanyakkan mereka yang sudah biasa pulang ke kampung halaman, beraya bersama keluarga. Termasuklah ai sekeluarga, walaupun Aidilfitri di sambut dengan normal baru, namun ai bersyukur pada tahun ini kami berAidilfitri bersama keluarga tuan asben yang berada di dalam negeri yang sama. Ai simpan dahulu rindu untuk keluarga yang berada di Johor, Aidilfitri kali ini ai dan mertua masing-masing tidak boleh merentas negeri pada hari kedua Aidilfitri. Tahun ini, Allah swt memberi kita peluang untuk beraya bersama lama sedikit.

Tuan asben mengajak pulang pada dua hari sebelum Aidilfitri, sehingga Aidilfitri keempat. Ye agak lama daripada kebiasaan, jadinya dua hari sebelum berangkat balik, ai sudah sibuk mengemas all out, tidak suka meninggalkan rumah dalam suasana yang bersepah. Rancangan ai untuk balik on 1Syawal macam adik beradik lain, tidak diperkenan. Sentiasa dengan back-up planning, ai ikutkan saja.

If di rumah mama, akhir Ramadhan sudah mula sibuk memasak dan mengemas rumah, Di rumah mertua ini, ai sahaja yang ada maka kerahlah tuan asben ke sana dan ke mari, siapa lagi? kita sahajalah yang buat, biarlah orang hendak mengata apa. Biarpun orang tak hargai, ai still ai. Buat je la. Atas permintaan anak-anak, tuan asben belikan seekor ayam untuk di masak merah. Hendak merendang, ai is belum ada keyakinan yang tinggi, apatah lagi it's not my dapur. Kesian dengan adik ipar, dok menjawab soklan cepuemas sepanjang masa memasak, ayam masak merah je pun.. ai just alone in the kitchen uols! mujur tak on mp3 kpop ja as ai always do at own home.

Alhamdulillah, menjadi juga ayam masak merah dan siap dijamu pada akhir Ramadhan, syukur. Malam itu, program menggosok baju raya berjemaah, problem ai bila ada di tempat yang bukan kebiasaan ialah mata lekas sangat minta lelap, ai taktau la ini faktor umur ke apa, belum pun 10pm mata ai ya ampun, mengantuk sungguh-sungguh. Faktor kurang minum air pun ya juga ni. After ai pulun iron, ai masuk tidur terus. Lantakla apa hendak jadi, esok sahaja fikir. 

Pagi Aidilfitri, bila daktiga sudah besar ni makanya ai kejut saja, mereka akan bersiap sendiri, malam tadi depa juga yang tidak sabar-sabar hendak berbaju raya. Biarpun baju melayu tahun lepas, muat lagi. Kita beraya suasana luarbiasa kali ini, jadi memang ai tidak prepare sebarang baju baru. Ai dengan tuan asben sendiri sudah tiga tahun tidak membeli baju raya, kami guna sahaja baju tahun-tahun sudah, janji berbaju, haha. Ai bukan kisah sangat, for me yang penting sedondon.

Pagi Aidilfitri juga, Auni dan Adli sudah bemasam muka, halaaahai habis semua gambar Aidilfitri dengan muka Auni yang masam mencuka. Selesai bermaafan dengan keluarga kecil ini, rumah abah didatangi paklong dan uda serta keluarga. Mereka masuk sahaja, ai sudah diserbu dengan cousin-cousin yang clingy sungguh dengan ai, jadi mangsa depa pula. Macam tidak pernah jumpa sebelum ni, pipi kena tarik, muka kena make-up, mulut memasing-masing minta tips apa rahsia makin muda, haha. Ai biasa-biasa saja. Takde rahsia pun. Mari kita kira ada berapa semuanya, baiklah masih mengekalkan SOP belum 20 orang lagi. Ya Allah, engkau lindungilah kami sekeluarga daripada sebarang wabak dan penyakit berbahaya, insyaaALLAH. Kami bersolat Aidilfitri berjemaah bersama paklong yang mengepalai solat. Alhamdulillah-alhamdullillah.

Biasanya sebaik sahaja bermaafan, kami sudah pun merayap keliling kampung berhari raya, kali ini kami di rumah sahaja, ai sibuk dengan dapur ulangalik-ulangalik. Usah beri ai bantal, memang hanyut  terus tanpa sedar. Tetamu rumah abah silih berganti, hadirnya adik beradik ummi membuatkan rumah abah sentiasa sibuk. Adik beradik tuan asben balik semua kecuali Mira yang tidak dapat merentas negeri. Syukur kami masih dapat kumpul bersama. Kami ke rumah makcik tuan asben yang berdekatan, duduk rumah pun mulut ai tak reti diam, asyik dengan makanan tidak sudah. Terima kasih Wani, sudi balik dan sama-sama di rumah abah, tidaklah ai keseorangan meng'handle' rumah. 

Aidilfitri kedua, kami ke rumah paklong pun berdekatan sahaja, boring pula mereput di rumah sahaja, yang seronok sakan daktiga, depa gembira terjun pool dengan macam-macam skill, depa memang tidak susahkan ai, terjun pool tukar sut pool-bawa towel masing-masing-naik pool tukar baju sendiri, jemur towel dan hanging baju pool- depa memang tidak susahkan ai. So ai yang kurang kerja ni manjang hendak lelap nampak bantal dan tilam, mana tidaknya, kebiasaan Aidilfitri kedua abah sudah ke Terengganu, ai pula akan ke Johor. This year is different. End up, tuan asben ajak balik Sg. Buloh esok, ai bertanya 3 kali untuk kepastian. Pasti-PASTI! mengikut jadual, kami balik lusa (aidilfitri ke 4)

Aidilfitri ketiga, siap ai berkemas, ummi mengajak tuan asben ke Kuala Selangor, rumah makNdak. Boleh riki-riki tempat bertugas tuan asben sekali, gitu. Jomlah. Badan ai sudah libang-libu sungguh, letih penat dan mostly is rindu. Ai rindu mom and uriappa. Sebelum sampai rumah, kami singgah rumah cousin tuan asben tidak jauh dari rumah kami, rumah kak Nita memang every year kami akan jengah, sama ada dengan abah atau tidak. Abah hendak singgah rumah ai, ai tak ready, haha. Boleh singgah tapi rumah dah tinggal seminggu, faham sahajalah so abah hendak terus balik Hulu Langat sebelum malam. Sekian, cerita Aidilfitri pkpb 2020. 




ai sorang je anak saudara situ, mak ndak, uda and makteh.

tuan asben and parent.

sorang suka tarik pipi ai, sorang suka nau main make up-make up!


clingy cousin, depa gila... haha!

Depa green la, saja tau... #teamjohor

Ai masih sabar menanti, moga ada rezeki hendak balik ber Aidilfitri di Johor. Rindu tu tak payah katalah, adil ke tak adil tu tak payah ceritalah. Ai know, ai mesti sabar dan beralah. Allah swt kan ada, Allah swt plans everything! insyaaALLAH, ada rezeki.

Thursday, 18 June 2020

Dusun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Tidak ada perancangan langsung dalam kepala ni hendak balik rumah mertua hujung minggu lepas, tup-tup tuan asben notakan di group wassapp hendak balik makan buah, sekarangkan sudah fasa musim buah. Rumah abah yang dikelilingi alam semulajadi dan hasil kerajinan abah menanam kebiasaannya akan mengeluarkan hasil. Papa di Johor pun sudah mengagih hasil petai di kebunnya. Ini bikin cemburu, makanya moh la kita pulang.

Mengemas macam the flash, esok sudah balik sini semula, haha. Jadinya tidak perlula bawa satu almari macam balik Aidilfitri tempoh hari, (alahaiii entry Aidilfitri tidak habis lagi). So, ai bersiap daktiga juga telah standby dalam kereta, sampah sudah dibuang, keperluan semua sudah dalam kereta. Tuan asben hanya tunggu ai sahaja untuk mengunci pintu, hehe. Bagus, macam ni la yang ai suka. Ai hanya ambil keperluan sendiri sahaja berikutan kesemuanya sudah diuruskan tuan asben and the kids. Thank you love!

Kerana masih lagi dalam mood PKPP, jadi tuan asben just singgah di stesen minyak sahaja untuk membeli keperluan makan tengah hari, kitorang memang sempoi sahaja. Ai turun dengan normal baru, topeng muka dan sanitizer, membeli keperluan dan jom balik kampung! ewah.

Sampai rumah abah, sepupu tuan erwandi sedang galak memancing ikan. Biras ai, Wani juga sibuk di dapur bersama dengan ummi juga isteri sepupu tuan asben tadi. Ai berbual dengan Ya, dia loghat Ganu pekat, ai longhat Selangor-Johor, kadang tukaq loghat utara, ai pun tidak tahu mana satu hendak guna. Kawan ramai sangat dari utara, sampai orang konpius, ai berasal daripada mana.

After makan tengah hari, ai hendak ikut tuan asben ke dusun, elok ai bersiap kak Dilla (kakak ipar) and keluarga sampai. Tak jadi la nampaknya berikutan anak saudara ai tu sudah bertenggek atas motor asben, haha. Ai di rumah saja, melayankan handphone yang tidak punya line. Malam itu rumah abah meriuh, anak kak Dilla vs daktiga plus adik ipar seorang lagi, mereka bermain games. Ramai hero banding princess. Princess ada tiga je yang besar-besar 11, 12 dan 13 tahun. Berkepit sahajalah macam ai and my cousin dulu-dulu. Part main games tu kelakar, dua version-version junior vs version senior. Yang junior, Afiq, Adli dan Arrizqi. Comel bertiga besarnya lebih kurang. Naufal dan Noah sudah balik petang tadi.

Awal pagi esoknya, sebaik sahaja bersarapan masing-masing sudah keseronokkan untuk ke dusun. Dek kerana buahan rumah abah tidak menjadi, maka kita ke dusun paklong. Dari semalam lagi memang ke dusun paklong, abang kepada ummi. Ai membonceng motor bersama dengan tuan asben, abah bersama dengan anak saudara ai yang sulong dan kedua. Selebihnya berkereta. Sampai di kebun, keghairahan mengutip buah manggis yang sudah jatuh bersepah. Wah! banyak sungguh. Geram ai dibuatnya.

Kaum adam, mengutip buah durian. Kaum bapa, busy menumbangkan pondok kecil yang sudah usang benar. Wah! terasa dusun sangat aih. Bila matahari sudah naik, ai duduk dengan kak Dilla mengasing durian untuk dijadikan tempoyak, asing-asing juga. Masuk mulut masuk juga, haha. Alhamdulillah, banyak hasilnya. Terima kasih kak Dilla sebab temankan balik rumah abah kali ini. Sebaik sahaja lepas makan tengah hari, semua berangkat pulang ke rumah masing-masing. Syukur dipertemukan lagi kali ini. Ada rezeki kita berjumpa lagi di lain hari, insyaaALLAH. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah swt. Sentiasa selamat, sentiasa sihat, sentiasa di rumah jika tiada keperluan. Patuh SOP k.





Alhamdulillah.
So back to normal duty, Adli ada kelas pagi ini. Normal baru beb! Jumpa lagi next entry. Hahaha! Entry Aidilfitri, kkuk=mesti!


Monday, 8 June 2020

Bekam.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!
 
A week after menyambut Aidilfitri, badan ai mula jadi tidak selesa dan tidak berada dalam kondisi yang memuaskan, apatah lagi perut meragam dek kerana masuk yang macam-macam makanan yang tidak terkawal sehingga akhirnya ai mendapatkan khidmat urutan tuan asben, hahaaa. Badan lega sedikit akan tetapi suhu badan mula mendadak naik, hrmmm yes ai is demam. Bila sudah masuk fasa 35 and above, ai lekas letih dan tidak mudah unttuk berkejar ke sana ke sini seperti umur 20an-kena akui. Hari ni demam, esoknya sihat sudah, ihiks. Emakkan? mana boleh jatuh sakit banyak hari, patah sumber mengunyah yang lain-lain di rumah ni nanti.

Semalam, tuan asben ajak ai berbekam. Sebelum ni pun, dia sudah buat dua tiga kali, ai sahaja yang masih dalam dilema. Nah, ajaknya ditengah hari, daripada tengah hari hingga ke detik hendak pergi ai membuat research tentang berbekam. Hati ai tak gagah aih, petah lagi melibatkan darah, pisau dan jarum, huaaa! Namun, berbekalkan ilmu yang sedikit tu, ai gagahkan diri. Berbekalkan semangat dua tiga orang sahabat, ai gagah hendak cuba juga. Mari kita cuba teknik berbekam, gitu! Fighting-fighting-fighting!

Sepanjang dalam perjalanan ai just diam, hendak research lagi kepala ai pening, sambil memikirkan apa yang bakal terjadi sekejap lagi, membayangkan bangunan bagai SPA dan akhirnya tiba di satu lorong. Tuan asben menurunkan tingkap tempat duduk ai untuk mengecam jalan, keadaan luar sangat gelap. 
'Aiii, mana celah dia mahu bawa aku ni, usah macam-macam'. Dalam hati ja, haha! Sepanjang  perjalanan tadi memang tak banyak kenderaan, mungkin masih dalam situasi PKP.  

Tiba di sebaris rumah teres, ini macam mana situasi ni? mana bahagian depan, mana bahagian jalan  rumah pemilik, tidak dapat ai kesan. Gelap. Ai hanya berdoa, sebab yang ai research siang tadi tempatnya bukan sebegini, ai mula hendak membanding beza but at the same time ai percaya suami ai, haha! Persepsi berubah apabila salam dijawab, keramahan pemilik premis membuatkan ai, 
'oke, let's do this'. Pemilik sedang membersih rumahnya, walaupun tergamam dengan suasana bersih dalam rumah terbabit, ai juga masih dalam situasi menenangkan perasaan.
"abang hendak buat asing atau sekali?" pemilik bertanya pada tuan asben. Tuan asben hanya diam. Mungkin sedang menghadam sesuatu dalam kepala. 
"buat serentak je la, boleh habis sekali jalan." ai menjawab sambil melangkah kaki ke bilik yang di  arahkan. Melihat keseluruhan premis dan keramahan isteri pemilik menyambut ai, membuatkan ai sangat lega, bagaikan sedang bersembang dengan kawan-kawan, seronok.

Tidak mahu membazir masa, proses berbekam diteruskan, Izzati bertanyakan soalan-soalan basic sebelum memula proses, pernah berbekam atau tidak, selalu sakit di bahagian mana, sambil dia mengurut belakang badan ai mencari tempat-tempat tumpuan untuk dikerjakan kerana ai kerap sakit belikat kiri dan membawa ke kepala. 

Izzati membuat sedutan angin sahaja, sambil berborak sambil tangannya berkerja, sekali sekala anaknya yang berumur 2 tahun masuk menyertai. Sedutan angin ni untuk kebaskan bahagian yang akan dicucuk dengan jarum halus sebelum disedut darah bertoksin keluar. Aku percaya, if ai can, mampu melaluinya kawan-kawan lain pun boleh melaluinya juga, apatah lagi yang berpengalaman bersalin secara normal,  haha. Ada kaitan tak? Sakit bersalin lagi dasyat, korang boleh harung jahitan miss v, setakat cucuk berbekam, insyaaALLAH boleh!

So process cucuk jarum tu simple ja, macam stapler... tap-tap-tap setel satu tempat sedutan angin tadi, dan buat sedutan, sedutan ni perit sikit but it's oke, tahan sikit je. Ayat paling win yang ai berlegar dalam pala otak masa buat research siang tadi, "belum ada yang meninggal kerana berbekam." insyaaALLAH-insyaaALLAH. Masa proses sedutan tu, terasa-rasa darah mengalir dibelakang badan, tidak sempat pun ai mengira berapa cup. Tuan asben kata, 12cup. Izzati sangat peramah, cekap tangannya berkerja sambil mulutnya melayan mulut ai, barulah tak krik-krik kan?

1cup buat dikepala, darah bertoksin paling banyak ialah di bahagian bahu dan juga pinggang, nampak tak? betapa berat bebanan yang ai pikul selama ni? Dua tiga kali Izzati habiskan proses di dua tempat terbabit, memang part tu sakit daripada bersalin Auni lagi. Pegal-pegal gitu. Darah bahagian tu pun pekat likat macam jelly, ewwwwwww! ai is geli nak ambil gambar aih! tengok darah sendiri pun da rasa pening-pening lalat. Itu sahaja prosesnya. Habis keseluruhan, ai sudah duduk bersembang menanti tuan asben yang masih lagi dalam operasi.
 
Dalam perjalanan balik rumah, bersembang dengan tuan asben diiringi radio Era. Tengah layan-layan terdengar pula lagu I'm in Trouble, lagu Nu'est yang paling terbaru, wow! rasa hendak senyum sampai telinga. Balik rumah, makan selepas sejam berbekam dan tunggu lagi 2 jam sebelum masuk tidur, nak skip makan memang tak boleh sebab ai is lapar tahap naga. Sebelum berbekam pun ai tak sempat makan, memang dan tahap kelaparannya.

Oke sini ai kongsikan premis yang diusahakan oleh suami-isteri tempat ai dan tuan asben berbekam malam tadi. If korang masih takut, ada baiknya buat research lebih dahulu. For me alhamdulillah! kita doakan bersama, agar serasi dengan ai. http://mastachaah.blogspot.com/

Pagi ni, masih terasa miang-miang tempat berbekam, tuan asben kata ambil masa hendak baik, kan luka kena cucuk tu masih baru lagi, sabarlah, haha! Owh, tempat belikat yang sakit tu, da lega la, syukurnya. Pegal-pegal bahagian dada kiri pun hilang. Hilang ataupun belum rasa lagi, ai pun tidak tahu. Ai berdoa moga hilang terus sakitnya. Syukur- Alhamdulillah.

Okelah, ai takde picture malam tadi, di SPA kan so lupa nak ambil picture pintu masuk tu. Tambah-tambah sudah gelap malam. Jadi ai stop sini dulula, jumpa next entry, daaa.

Love: Syasya

Saturday, 6 June 2020

Semangat Datang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Setiap kali nak update blog, setiap kali tu la tukar design, haha. Masakla camni! Actually, ai nak back tu basic ja, simple me. Malas hendak fikir susah-susah, buat susah kepala dan susah perasaan ja, betul? Ai tukar, dan memang tak berniat pun hendak order template since member tu pun sudah tidak sudi untuk berkawan dengan ai. Ai pun, oke je la. Just moveon! Cuma, if awak terbuka hati (manalah tahu) tiba-tiba rasa rindu kat ai, please don't look back. Jangan langsung buka kisah lama yang ai rasakan, betul-betul bukan salah ai. Salah ai cuma, ai tidak sempurna hendak jadi kawan u, hingga u say, u sendiri say- ai tidak layak kawan dengan u, ohooo! Howcome! and aim' sorry about that. Ai really didn't know how to be a good friend to you, sorry. Mianhae!

Sempena Aidilfitri yang masih ada ni, ai memohon ribuan ampun dan maaf atas setiap kekurangan ai, ketidaksopanan dan kekhilafan antara kita, marilah kita bersama membuka lembaran baru disamping menempuhi norma baru juga. InsyaaAllah. Korang, if nak wassapp ai, wassapp ja. Buka cerita baru, usah dikenang memory semalam, nak kenang biar kenang dalam planner ja or kenang sesorang. Hope ai tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. If jumpa ai diluar, tegur ja. Ai bukan manusia ego tahap langit, bukan manusia yang hendak layanan VIP, ai manusia biasa ja, pendosa, buat silap, tak sempurna.

Last update blog bulan Mac, haha... now is Jun. Semoga ai rajin nak menaip di sini, follower? hahaaa tak sure. Sejak tuan asben tukarkan lappy kepada desktop ni, hari-hari dok melekat dengan Kdrama, loading dengan kepantasan berganda, takde buffered dan tak heng, haha! maybe boleh mula berdrama dalam bloghijau ni lagi, keke. Doakan.

Dalam tempoh masa  PKP/ PKPB ni, banyak sangat perkara yang best-best berlaku, lagi-lagi kejadian yang seronok tu berlaku pada bulan kesayangan ai everyyear, Mei. Nanti ai share kan satu-satu oke.  Ai stop sini jap, hendak tengok pe jadi dengan puding roti kukus atas dapur tu. Then menu for today is, nasi hujan panas dan ayam masak merah. Semoga daktiga seronok makan hari ni, see ya!