Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Banyak drama Korea yang hendak marathon ni, tapi masa sangat tidak mengizinkan. Ai atas sofa update blog sambil mata melayan tv- Moorim School: Saga of the Brave sedang ditayangkan di channel KBS. Walhal sudah tengok 3 kali, namun keterujaan hendak tengok lagi tu memang tidak dapat dinafikan.
Hari ini, Auni balik lambat, tuan asben pula ada kelas makanya ai boleh bermalasan skip satu duty iaitu masak, kekeke. Bila sudah petang begini sangat la malas untuk ai masuk dapur tu, memang mata hendak tutup sahaja. Sebenarnyakan, ai hendak cerita kesengalan ai pada hari ini. Ai sudah senaraikan list penuh siap dengan duit belanjanya sekali. Mencari beg jinjing untuk letak barang-barang yang dibeli nanti, dan mengajak Auni berlekas untuk ke SRA. Selesai hantar Auni ke sekolah, ai terus menuju ke SC. Hati libang libau.
Sambil berjalan dari rak ke rak, ai ambil bakul di tepi pintu masuk SC tangan mengorek beg tangan.
'Eh mana list tadi?' dalam hati ai, sambil gigih berjalan buat-buat membelek barang.
'Alaaa, tinggal atas meja, huaaaaaaa!' ai hanya menangis dalam hati sahaja, berikutan kecuaian sendiri. Makanya ai perlukan perancangan ke dua, beli barang yang patut sahaja. Kena buang separuh daripada list, perlu membeli mengikut bajet rm50.
Selesai membuat pembayaran di kaunter, ai terus balik ke rumah. Ya, benar sekali list dan wang belanja terletak elok sahaja di atas meja, namun ai biarkan, berikutan sofa sudah kata mari, mata pula sudah mahu lelap sungguh-sungguh, ai need rest too much. Ai belum pulih sepenuhnya walaupun sudah dua minggu ai terkena simptom panic attack.
So, dengan harapan selepas ini, ai tidak lupa dan sengal lagi. InshaaAllah. Nanti kita cerita pasal panic attack tu oke? Hendak sambung tengok Lee Hyun Woo jap.