Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Annyeonghaseyo!
Ceh konon! hahahaaa, bukan aku - aku tidak reti hendak berhadapan dengan orang ramai tetapi Arrizqi. Anak bongsu aku tu kan ke sudah enam tahun. Ye, anak bertuah seorang tu memang rezekinya alhamdulillah walaupun dia suka sangat buat kerja yang buat kepala otak aku bingung. Perangai dia serupa dengan kakaknya lah, buat benda yang tidak dijangka.
One day, aku parking kereta macam biasa. Arrizqi ni, kalau ada anugerah datang sekolah paling awal, memang dapat pada dia sahajalah. Datangnya sebelum cikgu dan pembantu sampai, sekolah masih tutup lagi, hahahaaa. Aku malas hendak dua tiga kali ulang alik rumah menghantar dorang ke sekolah, aku angkut semua sekaligus. Jimat minyak bas. Teacher Ina datang jengah tingkap,
"Sya, nanti tolong training Arrizqi baca surat khabar, kita hendak masukkan dia ke pertandingan membaca suratkhabar Selasa depan."
"Arrizqi?, membaca dia pun merangkak lagi, hrmmm... mana yang boleh je la ya." aku pandang Arrizqi yang dah pun berlari masuk kelas.
"dalam ramai-ramai, dia je boleh baca tak mengeja. Yang susah-susah tu takpela, tapi dia boleh. Tolong eh..." Aku ni, bila part cikgu dengan anak-anak, haih! lemah. Lagi-lagi part nak ikut mood mamat seorang tu, bukan sentiasa ensem dan positif. Kena angin puting beliung dia, hrmmm... aptb.
So, kita training la mana yang boleh. Katanya membaca selama tiga minit, berhenti selepas loceng dibunyikan. Hahahahaaa! 1 minit setengah baru siap baca tajuk dan tajuk kecik. Isinya tidak sampai satu perenggan dia dah malas. Kita kata pertandingan hari Selasa, dia p delay lagi sehari - hari Rabu. Tak ke bergaduh dibuatnya. Kakak tiada, ganti dia pula kerja hendak bertekak dengan emak.
Tiba masanya dia pergi hanya dengan teacher Ina, aku just rutin driver bas sekolah macam biasa, dia balik sekolah pun seperti biasa, jadi semua macam biasa bagi aku. Bila aku tunggu dia balik sekolah, daripada luar dia sudah menceceh. Dalam kereta ada Auni, Adli, Danish, Thaqif, Qhaseh (geng bas sekolah.), haaa semua kena dengar Arrizqi paling bongsu hendak menceceh. Semua kena dengar, sambil Arrizqi tayang plag kayu yang dia dapat.
"saya dapat nombor tiga, bla... bla... bla..." Orangnya kecik, duduk seat paling belakang sekali sambil tukar baju. Memang dah macam retis, bila ada wardrobe dalam kereta. Bila aku tak bawa baju tukar siap-siap, hah! muncung macam cencurut, masam muka dengan aku sampai ke petang la jawabnya. Bercakap pun taknak. Sambil tukar baju sambil bertekak dengan Thaqif dan Danish. Yang lain-lain malas hendak join. Auni di sebelah aku memang pegang hp sahajalah sementara hendak ke sekolah. Dia special duduk depan.
Selesai hantar geng bas sekolah barulah aku sambung kerja rumah yang mana tidak sempat aku setelkan sebelah pagi tadi. Pagi masa pack, ngemas atas bawah, jogging, mandi, isi planner, masak. Jadi bila tidak sempat buat semua, akan bersambung sebaik sahaja habis semua ke sekolah. Time ni barulah time untuk Arrizqi. Tahun ni last aku ditemani Arrizqi, nextyear dia sudah sekolah besar. Sobs! Jangan suruh aku buat anak ye, yes I do. Rezeki tak ada. Now, masa untuk aku meladeni masa persekolahan anak-anak, dorang membesar.
Teacher Ina kata, Arrizqi berani. Baca pun bagus. Dia berterima kasih pada aku sekali. Arrizqi dapat nombor tiga daripada 5 buah kelas. Ok la tu. Tahniah Arrizqi. Dia tidak sabar hendak gandingkan plag kayu sama-sama dengan abang kakak dia, they make me smile. Dan malam itu, abi Erwandi juga bawa balik plag daripada jabatan lamanya, tanda kenang-kenangan. He'e, semua dapat ni, emak mahu juga. Sobs! It's okey, aku gembira bila tolong-tolong lap or susunkan plag, piala dorang. Puas! Alhamdulillah...
Album:
Arrizqi. Abi Erwandi. Aku.
Nak jugak! :)