Friday, 12 February 2016

Fesyen Blouse Muslimah Terkini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ke kenduri sepupu aku, throwback outfit of that day, aku pinjam jubah mama. Pasalnya aku sudah kenakan skirt dengan blouse elok, my mom sound setepek itu bukan pakaian rasmi pergi kenduri. Pergh! makanya...

Shoot for today entry, Fesyen blouse Muslimah terkini. Klik-klik you all tengok orang pakai, macam cantik je, macam lawa je, kenapa bila tang kita yang pakai walawei macam sebaliknya ja. Cukup mukadimah, kita tengok apa yang boleh kita suai padan pakaian kita untuk keluar secara ringkas tetapi still nampak up to date. 




Bila terkenangkan zaman bujang dahulu, memang tidak banyak baju yang boleh digayakan dengan jeans, paling ringkas dan sempoi t-shirt. Kepala mula pening, bila dijemput ke majlis, habis satu almari diselongkar sehingga akhirnya baju kurung juga jadi pilihan. Sekarang, sudah tidak perlu risau lagi tentang stok baju yang terhad, jika diamati dengan betul koleksi pakaian tradisional dengan sentuhan yang lebih moden, lebih stylish, mengikut trend fesyen wanita terkini, mudah disuaipadan dan sesuai untuk di gayakan dalam apa jua majlis acara boleh didapati dengan cukup senang. 

Antara pakaian muslimah yang paling disukai adalah seperti fesyen blouse muslimah terkini, kurung moden, kaftan, jubah moden, kurung peplum mudah dipadankan pula bersama skirt labuh atau maxi skirt. Jika anda kretif, tidak mustahil ia boleh digayakan dengan pelbagai jenis seluar juga. 



Bagi mereka yang berhijab dan bertudung, anda juga tidak ketinggalan untuk sama-sama berfesyen seiring dengan trend dan perkembangan terkini kerana saban tahun para pereka fesyen tempatan cukup faham dan bersungguh-sungguh memberikan hasil terbaik mereka kepada dress muslimah agar lebih popular bukan sahaja untuk pasaran tempatan malah ke pentas fesyen global. Makanya anda boleh membuat pilihan anda sendiri mengikut citarasa anda sendiri bersesuaian dengan majlis apa yang anda hendak hadiri. 

Sebenarnya, menggayakan blouse muslimah moden adalah sangat mudah, apa yang anda perlukan adalah pengetahuan bagaimana cara menggayakan fesyen anda dengan sebaik-baiknya, anda harus tahu apakah yang sesuai dipadankan dengan blouse anda. Kebiasaannya padanan muslimah bottom yang paling popular semestinya skirt labuh namun, jika anda mahu penampilan yang lebih chic, boleh di match kan bersama jeans. Untuk menambah gaya lebih highclass, anda boleh suaikan dengan hijab atau shawl yang terus berkembang seiring trend semasa. Anda juga boleh melengkapkan fesyen anda dengan sepasang kasut tumit tinggi atau pun wedges wanita mengikut keselesaan anda. Anda perlu mempunyai pengetahuan untuk memilih aksesori yang padan dengan fesyen anda. Siap, jangan lupa menambah sedikit solekan agar penampilan anda menjadi sedikit menonjol. 




Terbayang sahaja, aku sudah rasa cantik. Pokoknya anda perlu berani dalam berfesyen. Fighting! Kan sudah daku kata, semuanya di hujung jari, anda boleh membuat pilihan di Zalora, mudah dan harga patut anda miliki. Sekian sahaja entry pada hari ini.

The number one rule of fashion: always wear what you want to wear. "self confidence is the best outfit. Rock it!, Own it!