Monday, 11 January 2016

Bestfriend 360 days 2.

Assalamualaikum, selamat sejahtera. 안녕하세요!

Are you ready? Ok, hari ini bukan cerita sekolah tapi aku hendak cerita tentang kawan baru 2016, all in one giccew!. Ingat lagi my Bestfriend 360 days 감사함니다 친구 (terima kasih kawan) kerana telah menjalankan tugas dengan jayanya. Buat sendiri, binding sendiri, conteng dan perasaan pun sendiri-sendiri. Sudah tersimpan kemas menanti 5 tahun lagi untuk pelupusan.

Tahun ini aku melakar sejarah lagi apabila berjaya menjahit planner/diari sendiri. Asalnya, aku jeles dengan planner orang yang maha de canteks hasil ke kreativitian mereka. Teringin hendak menempah satu tapi bagaikan terasa membazir kerana, aku tidak mampu menghabiskan masa menghias satu minggu punya agenda dalam satu muka surat. Menggunakan font yang canggih juga material berharga. Jadinya, pakat dengan hati, buat sendiri.

Hanya menggunakan kertas A4 kosong untuk isi dalamnya dan kulit daripada kotak cococrunch. Potong dua dan susun sepuluh helai, jadikan seperti satu naskhah. Asalnya hendak buat planner, tapiii aku tidak betah tanpa diari makanya aku tambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi sehingga cukup untuk 360 hari punya cerita. Diari.

Daripada satu naskah aku berfikir untuk gabungkan menjadi satu buku. Ala macam diari yang ada benang kat kedai tu, gittu la keadaan yang aku hendak buat tu. Malangnya, benang pun tiada apatah lagi jarum. Tiba-tiba ternampak reben, hahaha so aku gunakan reben sahajala untuk ikat semua naskah yang telah siap manakala lubangnya aku tebuk dengan penebuk lubang, muahaha. Berdebar juga hendak memulakan penjilitan, aku berfikir jika tidak mula kita tidak tahu hasilnya. Gigih masuk reben dalam lubang sepuluh demi sepuluh helai sehingga menjadi seperti buku.

Sudah siap, hasilnya agak tidak memuaskan hati kerana jahitannya yang kurang kemas menjadikan susunan kertas agak tidak seragam. Setelah kulitnya dihias, aku buka dan jahit semula kertas isi diari supaya nampak lebih tersusun. Siap sebuah buku dengan kulitnya, tiba masa untuk merekakan isi awal untuk sebuah diari. Sendiri punya makanya abaikan peraturan-peraturan biasa sebuah diari, reka mengikut citarasa sendiri. Sebulan juga aku kerjakan untuk hasil yang benar-benar terakhir.











Organize your life around your dreams and watch them come true. Do what you love and love what you do. H.A.P.P.Y! 

Now, my green diari... lets to be my best partner in 2016, inshaaAllah. Inilah, hasil 100% buatan tangan sendiri. Weldone untuk diri aku sendiri, next year tidak tahu bagamananya lagi, hihiii. Ok let's stop here, jumpa lagi pada entry seterusnya. Jaga diri baik-baik ye, daaa...

6 comments:

puanstoberi said...

memang well done!
Haha.
Akk thn ni tak dpt planner/diary kt ofis.
Tpaksa beli sendiri.
Mak oiii.. mahai oih.. berbelas ringgit.Eii.. eii...
Akk beli cam note book tu ja.. tak suka yg siap ada date bagai tu.

Salina@IbuAqil said...

Rajin sggh cha menulis diari..
Akak ni hajat menulis diari tu ada..
Tp masalahnya tu lah masalahnya..
Hangat2 tahi ayam ibu ni..
Hihihihi
Ni menulis blog ni pn tgk keadaan..
Takat ni rajin lg.. ;D

eima said...

aku tulis diari bos je tu diari kerja mesyuarat die ..kerja .... kalau tidak mmg aku tak sentuh langsung kot diari ni ... so not me ... selalunya org ckp org tulis diari ni jiwanya berbunga ...jiwang2 ..romantis

ch@ said...

kekDa: kalau kita beli pun, kita suka beli yg kosong je kekDa, paling2 pun ada garis je la. Da reti ni, buat sendiri je la, boleh deco ikut citarasa sendiri.

ibuAqil: hehe, taktaula kenapa suka sgt tulis diari, salah satunya boleh jadi tempat reminder jugak.

Manja: ahaha, jiwang ea. ye kot. adalah sikit. kuikuikui.

mummy_ayu said...

wah..nice.. congrats. Ayu dulu masa sekolah...sampai la belum kawin tu.memang wajib ngan diary. tapi bila dah kawin...dah makin slow and lama2..takde dah. nie la share kat blog. kira mcm diary la..diary bergambar..

Bee said...

haa bee beli .. tapi tak hias sangat ... alkisah malas .. dan rasa membazir juga