Wednesday, 28 December 2016

SOMETIMES.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

H.E.L.L.O!

Sometimes...

the strongest people in the morning are...
 the people who cried all night.

Sometimes...

you need to get lost to...
find your way.

Sometimes...

your heart needs more time to...
accept what your minds already knows.

Sometimes...

you just have to stay silence because...
no words can explain what's going on in...
your mind and heart.

Sometimes...

we expect more from others because...
we would be willing to...
do that much for them.


notahijau: pergi buat pendaftaran Adli dan Arrizqi di sekolah. OkBabai!
 

Wednesday, 23 November 2016

Rebas di Pantai Port Diskson.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rumah aku tinggalkan begitu sahaja, abi Erwandi memulakan perjalanan sebaik sahaja aku bersiap, berkemas, campak sana-campak sini apa yang patut dan tidak. Aku sudah capek melihat keadaan rumah, juga mahu lekas-lekas menempatkan diri di dalam kereta, aku mahu tidur. Yang pasti penat aku masih belum berganti minggu ini, sobs!

Perjalanan sunyi sahaja, hanya kedengaran lagu daripada stesen radio Era rentak muzik terkini. Awal-awal tadi, ada juga sesi soal jawab antara sya2kids dan abi Erwandi, berkesudahan dengan mesing-masing lena. Aku yang selaku co-pilot juga tidak dapat menahan kelopak mata daripada merapat, terlelap, berharap agar pilot disebelah memahami keadaan aku yang memang tidak berada dalam keadaan baik sejak seminggu yang lalu ditambah tidur yang benar-benar kurang. Badan dan fikiran aku sangat penat!

Kami tiba di destinasi, jam telah melewati 12.00 tengah hari, oh perut aku benar-benar lapar, berkeroncong tapi demi sya2kids yang tidak sabar-sabar untuk terjun kolam, kutahan sahaja la Jebat! Auni yang busy berlari di sekolah pagi tadi bukan main teruja untuk terjun kolam, makanya aku coba bertahan, aku hadiahkan senyuman dan bersalaman untuk biras aku dan isteri kepada sepupu tnErwandi yang namanya hampir sama dengan aku, melabuh duduk sambil memerhati sya2kids yang sudah bergembira ria dalam kolam kanak-kanak. Banyak betul tenaga dorang ni, cer bahagikan pada emak sedikit. 

Cuacanya agak kurang baik, angin pantai bertiup kencang sesekali membawa titis gerimis halus namun tidak menghalang anak-anak dan bapa kepada anak-anak juga pakcik makcik untuk terus berendam di kolam. Untuk mengurangkan kesejukkan, daripada kolam mereka beralih pula kepada air laut. Ayuh! kita ke pantai. Macam biasa, sya2kids mendahului, inilah harapan mereka, inilah yang mereka impi-impikan, aku pun ambil kesempatan yang sama. Ombak kuat membawa sekali pasir-pasir ke gigi pantai, warna air di tepi pantai jauh benar bezanya dengan tengah lautan, apa ada hal, janji dapat bermain dengan laut. 

Puas bermain air, perut aku kian ke dalam... lapar tahap maksima dah namanya ni, selesai membilas badan, mandi dengan air bersih di bilik penginapan dan bersiap, kami keluar untuk minum petang. Minum petang bagi yang sudah pun makan tengah hari, inilah yang aku nantikan makan berat untuk hari ini, sebelum ada acara bakar membakar malam nanti. Kami hanya berjalan daripada bilik penginapan ke kedai di tepi pantai. Lekas-lekas order, lekas-lekas makan dan lekas-lekas balik bilik untuk berehat. Bila sudah kenyang, mata pun hendak tertutuplah. Anak-anak masih juga aktif, main-main-main dan main. Bila entah bateri dorang hendak lemah ni. 

Malamnya, sebaik sahaja Maghrib berlalu kami turun ke bahagian bakar membakar pula, ber BBQ la kami dalam keadaan gerimis reda gerimis balik semula reda, angin pantai bukan lagi sepoi-sepoi bahasa bahkan kencang terus namun tidak mematahkan semangatnya para-para lelaki ini untuk berbual sambil bergurau sambil membakar ayam dan jagung. Simple, tapi meriah... itu yang aku dapat simpulkan. Aku? memang hanya duduk tepi sambil main handphone, mata tetap mengawasi sya2kids yang sangatlah tidak reti duduk diamnya. Selesai sahaja aku merasa ayam seketui aku membawa sya2kids naik ke bilik penginapan. Mereka sudah mengeluarkan seribu satu macam skill menandakan waktu untuk tidur kian menghampiri. Aku bentang sahaja tilam di bawa daripada rumah, mereka terus lelap tanpa apa-apa bunyi pun. Sekian cerita untuk sehari.

Hari kedua, awal pagi sya2kids yang membangkitkan aku mengajak mandi kolam, oh my sya2kids! sudah siap dengan pakaian mandinya, malas-malas aku bangun juga bersiap simple turun ke pantai. mandi laut lagi. Layankan-layan, aku sudah tidak sanggup untuk bermain ombak jadi hanya menjadi penunggu barang-barang peribadi mereka, malas hendak berbasah-basah sebab apabila mereka naik sekejap lagi, perkhidmatan aku diperlukan. So, baik aku get ready. Habis bergambar dengan perut masih lagi sebu-sebu tidak makan, beralih ke kolam pula. Tidak seperti semalam, kolam hari ini telah penuh dengan orang yang datang meraikan hari keluarga. Peduli apa, cebur! Ini yang terakhir so kasi  kecut semua jari jemari. Aku? duduk tepi makan jajan, kelaparan.
Selesai bersiap, kami berkemas semua sekali untuk checkout terus. Mencari gerai untuk makan tengahari, berjalan sambil cuci mata dan bershopping. Hari masih awal kami ke Extreme Go Kart, Teluk Kemang. Dapatlah sya2kids merasa naik go kart dengan abi Erwandi dan acik Nina (sepupu abi Erwandi). Hahaaa comel dan teruja je memasing, aku jadi camera woman, di tengah panas, pakai baju hitam, huh! terbakau rasa. Selesai sahaja mereka bermain, kami bersalaman untuk berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Singkat sahaja percutian kami ini, tapi seronok. Sebab hanya melibatkan sepupu-sepupu sahaja, walaupun tidak ramai namun kami puas hati. Terima kasih kepada abi Erwandi yang sudi membawa kami sekali ke percutian kali ini. Sekian terima kasih. 



 Sista and brother...


 Upah that sista membuat kutipan sebelasAstret plus enamAstret (sekolah agama).


 D'cousin aka #sepupuhavoc.


  Brotherhood and abi Erwandi, GoKart!


 Brotherhood.


 My happiness.


 Ada sama tak? hahahahaaa... sudah gemuk kenala ada skill kuruskan badan, muahaha!

Notahijau: Uish! panjangnya entry, 2 minggu baru habis taip entry ni, hahaha. Perenggan terakhir yang bagaikan tidak sabar-sabar untuk menamatkan taipan, muahaha... Jeosonghamnida!

Thursday, 10 November 2016

Burn Calories.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! Selamat kembali ke sekolah, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sesi persekolahan akan berakhir. Aktiviti biasa sebelum akhir tahun, acara sukan sekolah, majlis konvokesyen, majlis perpisahan, majlis sana-majlis sini, dan yang pasti emak-emak sudah siap list panjang untuk perancangan awal persekolahan tahun depan. Itu belum list, acara bercuti, acara berkumpul sanak saudara, acara kenduri dan kendara, twehehe. Aku? Aku biasa-biasa je, buat seperti tiada apa-apa walhal dalam kepala sudah berselirat dengan segala peta agenda.

24jam/5hari sudah berlalu, Sabtu kembali. Like always, mom's wake up 1st today is Auni's School Sportday. Aku? siap berdandan kejut Auni, mendengarkan hanya aku sahaja yang akan temankan dia di padang, mood yang semalam sudah ke laut kembali semula. Kasi can aku bersosial di padang sekolah nanti without abi Erwandi dan juga brotherhood. Selesai bersiap, minta abi Erwandi hantarkan ke padang sekolah, agak malas untuk memandu kereta, sah-sah akan kena block dengan kereta lain bila sampai awal nanti.

Jam 8pagi kami tiba di padang sekolah, aku gegas sahaja melabuh duduk di kantin sekolah, mencari mangsa-mangsa untuk di ajak berborak. Ahah! Emak Syafika, kebiasaannya kami berjumpa masa ambil anak balik sekolah agama, ye sampai da akhir tahun aku tidak tahu namanya, aku hanya panggil dia kakak dan dia memanggil aku Syasya as always. Itu pun dia dapat nama aku daripada emak kawan Auni yang lain, adeih!

Auni sudah pun beratur mengikut guru kelasnya, hilang daripada pandangan aku. Aku mendaftar bersama emak Syafika dan dua tiga orang emak kawan Auni yang lain, yang aku kenali semasa Auni belajar di tabika. Bila anak-anak sama membesar, syukurnya aku masih menjalin persahabatan dengan mereka lagi. Sebaik sahaja aku selesai mendaftar, kawan-kawan yang berborak dengan aku tadi semuanya sudah menghilang, eh? mereka yang hilang diganti dengan kawan yang lain pula, hahaha. Aku? layan sahajalah. daripada berkepit dengan abi Erwandi, baiklah aku buat hal sendiri-sendiri begini. Acara padang dimulakan dengan acara perarakan perbarisan rumah sukan dan juga badan beruniform. Siaplah sekali dengan gimrama, gimnastik, aksi pentomen bagai. Macam-macam costum, warna-warni.

Aku mencari seorang lagi emak kepada kawan Auni, aku memanggilnya kak Enie untuk aku serahkan dua buah guestbook daripada hobbiesart. Lega rasanya dapat menyiapkan guestbook itu setiba pada waktunya, aku hendak holiday petang ini makanya tidak mahu stress memikir kerjaan yang belum selesai. Alhamdulillah, berjumpa juga dengan kek Enie nun di tepi longkang hujung padang. Dia belanja aku rm10 lagi sedangkan bayaran penuh untuk dua guestbook sudah diselesaikan. Rezeki Auni hari ini, terima kasih kak Enie.  Aku masih mencari mangsa untuk berborak, kembali semula kepada kak Nor, dia mengajak aku membeli sarpan untuk anak-anak. Jom kita... aku belikan Auni roti handmade 2 bungkus dan cupcake 3 ketui berserta air Milo kegemaran. Dengan bekalan, kami berdua ke khemah anak-anak, alahaiii comel-comel.

Disebabkan Auni dalam kelas pertama, aku terus sahaja ke khemah paling hujung, terpandangkan guru kelasnya ada bersama, maka di situlah aku bertemu dengannya. Minah yang sudah hilang satu gigi kapaknya, masih belum tumbuh lagi kelihatan ceria air mukanya apabila nampak muka aku, lepas tu mulala dia buat perangai, pantang emak ada depan mata, ambil kesempatan hendak bermanja. Dia makan roti yang aku bagi sebelum mengambil roti yang gurunya bekalkan. Jadilah buat alas perut sebelum mula berlari nanti.

 Auni, kadang geng kadang tak geng dengan emak.

 
 Me with the kids.

 Muka da manyak gumbira!.

 Happy face.

Dapat tempat kedua. Okla tu, upah penat.

 Bye guestbook by #hobbiesart @sya2ablatib_ha for kakEnie.

Habis sahaja acara dan penyampaian hadiah, aku dan Auni bergegas untuk balik. Kami akan bertolak ke Port Dickson balik sukan ini. Ikutkan hati aku, aku masih lagi mahu bermalas-malasan di padang ini, ketawa-ketawa, berlari, berjalan sambil mengeluarkan peluh. Kebelakangan ini aku terlampau tekanan sehingga kesihatan aku sedikit terganggu. Aku menelefon abi Erwandi untuk mengambil kami di sekolah, balik ini perlu terus bersiap. Yang pasti aku jugala yang bertungkus lumus menyediakan segala, pun tidak cukup juga, haih! Tahniah kepada pasukan Bendahara yang berada di kedudukan kedua, semoga terus success. Sekian dahulu entry untuk petang Rabu ini, hiii. Jumpa lagi. Daaa....
You don't get what you wish for, you get what you work for

Wednesday, 26 October 2016

Zero kesedaran.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong chumuseyo (selamat malam), jalja (tidur lena) aku ucapkan pada sya2kids pabila melihatkan mereka mula mencari port tidur. Mata aku masih melekat pada peti tv dengan variety show, Runningman yang memang aku akan tonton sampai lewat malam. Lagipun esok Sabtu, even kena jaga Aidil aku still need time for me time. Ini je la waktu yang ada, sunyi tanpa hingar bingar dan jerit pekik sya2kids.

Perut berkeroncong kosong, kreeeeeeeeuk! bunyinya minta diisi. Aku memikir apakah yang masih ada di dapur sewaktu jam 12.30am begini. Ahah! megi. Terbayang megi kari bersama telur mata. Slurp! sedapnya. Dalam kepala sudah terbayang, tapi badan masih lagi melekat di sofa. Siang tadi, sudah berlengas di dapur menjadikan aku sangat malas untuk ke dapur, argh! tiada bibik pula untuk aku minta megi barang semangkuk. So, fikir cara terpantas untuk masak megi.

1) Rendam dalam air panas.
2) Press dengan presscooker, Noxxa.

Ok, jom kita try guna cara kedua. Biasanya, reheat lauk pauk aku akan bubuh dalam bekas Tupperware lebih dahulu dan tekan butang reheat. Biarkan beberapa ketika, lauk akan panas hidang sahaja dengan Tupperware nya sekali.

Then, pabila si megi bagaikan tidak sabar-sabar sehingga melambai-lambai manja, aku gegas mengoyak plastiknya, menuang dalam Tupperware bersaiz segiempat sama, sekali dengan perencah, bersama dengan air dan pecah telur sebiji. Angkat Tupperware dan masuk dalam encik Noxxa, tutup, memastikan butang wap keluar di kedudukan yang sepatutnya dan langkah terakhir pilih high press 0.2minit. Berjalan dengan keyakinan dan kembali ke sofa menyambung menonton Runningman.

2 minit berlalu dan isyarat daripada Noxxa menyuruh aku bangkit untuk songket butang wap, ke dapur dengan rasa teruja dan aku songket butang wap dengan menggunakan jari sahaja. Tiada sebarang wap keluar, musykil sekejap tapi tidak menghalang untuk aku terus buka penutupnya. Alangkan ajaibnya megi di dalam air tidak kembang sepenuhnya. Ok, ini siapa tipu siapa ni? dengan rasa tidak bersalah, aku menutup kembali dan high press 0.2 minit lagi.Tidak sabar mahu makan. menunggu megi sampai Runningman sampai ke penghujungnya.

Noxxa beri isyarat kedua dan aku berjalan ke dapur semula, sempat meneguk lebihan air milo sya2kids yang masih bersisa di atas meja. Haus! Sama seperti tadi, wap tidak keluar tetapi bau hangit menusuk-nusuk ke lubang hidung. Ah sudah! daripada dalam periuk anti-lekat kedengaran bunyi cisss-cisss-cisss, dengan rasa keterujaan melampau tutup Noxxa aku buka, dalam periuk anti-lekat aku jengah. Omooo! ottokhe-ottokhe? (macam mana ni?), ottokaji? (apa aku hendak buat?) fizikal Tupperware sudah pun berubah bentuk, yang pasti ianya sudah pun bocor, lekas-lekas aku pindahkan megi telah kembang ke dalam mangkuk kaca, tidak kisahla kimia ke tidak aku hendak makan juga. Sayang nak buang megi sebungkus dengan sebiji telur, membazir amalan syaitonnn!.

Aku tinggalkan periuk anti-karat atas singki selepas Tupperwarenya aku campak dalam tong sampah. Malas hendak claim-claim baru, beli baru je senang. (berlagak tak ni) alahaiii, tak payah beli pun tidak ngape. Tak urgent! Dan aku makan megi dengan aman. Sekian cerita sengal, zero kesedaran tuan empunya bloghijau. Jangan tiru aksi ini, beringat ye.



You're never a loser until you quit trying.

Syukurnya, Noxxa masih boleh digunakan. Kottak.... matiler hendak beli piuk anti-karat tu, mahaiii weih! Jumpa lagi di entry akan datang. Daaa... =)

Thursday, 20 October 2016

Keluar drpd. keserabutan:(Beday Arrizqi-4thn).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku membaca wassapp, menarik nafas dalam-dalam, mental dan fizikal serta keikhlasan hati perlu di pertingkatkan sebaik sahaja membaca baris ayat bahawa aku perlu menjaga Aidil untuk setengah hari esok (Sabtu), ini bermakna overtime (gaji tak tambah pun-aku baik! hahaaa) and routine pagi aku just macam biasa. Bangun awal, mengendali rumah sediakan breakfast, mendobi, cuci uniform, cuci kasut, cuci tandas. Ok, kita hendak buat-buat sakit or cemana ni? tiada maknanya, hanya mampu berharap orang bawa kita keluar daripada tengok suasana rumah ni, bowring!

Pagi yang indah, cuacanya sangat baik, isi planner for today 1st, owh! today is Arrizqi's birthday. Aidil sampai, Auni dan Adli bangkit mencari Ipad-biasalah sarapan pagi dorang. Aku? buatkan air, roti bakar dan minta Aidil makan nasi goreng yang emak sediakan. Kalau tadi sudah ready air nescaffee o, now dorang request milo, amboi kemain...

Arrizqi bangun menuruni tangga terus mencari aku di dapur, dia ni malamnya bertemankan abang dan kakak, tapi sepertiga malam dia akan tidur berjalan naik tangga mencari emak di bilik, hahaaa. Aku sambut dia dengan senyuman serta menghulurkan dakapan...
"Assalamualaikum, selamat pagi!" dan aku sambung menyanyi lagu happy birthday untuk dia. Senyum dan berusaha melarikan mukanya.
"adik bucukla" hahahaaa dia malu sebab ada Aidil sedang memerhati.
"umi nak cucu milo, dalam cawan je" ewah, panjang pula permintaannya. Aku tuangkan milo yang sudah aku buat di atas meja makan.
"sedapnya bau roti bakar, umi buat roti bakar ea" demi korang, emak redah ja beli Seri Kaya petang semalam, ngam-ngam hulur duit belanja yang terakhir daripada abi Erwandi untuk minggu ini.
'umi kita sambut birthday adik tak?" tanya Auni, mulut kepoci tangan busy dengan skrin Ipad.
"abi beli kek tak?, adik mintaklah hadiah kat abi dik" itu Adli, si tukang support. Mentanglah ulangtahunnya baru sahaja berlalu.

Hari Sabtu, kebiasaannya memang dapur akan tutup maka kita tunggu sahajalah abi Erwandi punya rancangan, ikut hati aku ni boleh saja makan apa yang ada di dapur tu, but today is Arrizqi special day, mana hendak pergi ea. Balik sahaja Aidil di ambil emaknya, aku meneruskan kerja macam biasa, weih! house manager ni memang tak boleh duduk diam sahajalah. Ada je benda yang nak dikerjakan, entah ngape gittu! lagi cuti, lagi berderet kerja menunggu, patutnya rest sahaja.

Abi Erwandi mengajak Arrizqi sahaja yang keluar, mencari makan tengah hari. Baru feeling hendak ikut, hrmmm redho sahajalah, mengadap bau rumah lagi 24/7hari mendatang. Sedang mata aku sipi-sipi hendak lelap, abi Erwandi call bertanya hendak pergi taman layang-layang atau tidak, janganlah tanya-tanya tapi guna istilah ajak. "Jom kita pergi taman layang-layang petang nanti" sedap sikit bunyinya. Pasalnya, bila tanya ni jawapan itu sah-sah memang aku akan jawab dengan "ya" "jomlah kita" "mestilah nak" hahahaaa.Aku kan memang kaki berjalan.

Selesai makan tengah hari, sebaik sahaja aku menunaikan solat Asar, mereka sudah pun menunggu dalam kereta. Hrmmm! ini satu lagi yang aku kureng gemar, aku masih hegeh-hegeh lagi, dorang sudah tidak sabar-sabar, aku derk kan ajelah! Pasalnya, bila enjin kereta tu sudah hidup aku jadi kelam kabut dan harus akan ada benda yang aku hendak buat atau bawa, boleh jadi terlupa hendak buat. Mencik! Dalam kereta, Arrizqi tidak habis-habis menyanyi lagu hari lahir untuk diri sendiri, dia masih belum potong kek.

Kami ke taman layang-layang, sengaja aku pakaikan warna terang-terang untuk sya2kids ni, supaya mudah untuk dicari ketika hilang dari pandangan. Sakan mereka berlari, peluh usah dikata... lecun. sya2kids ni memang berlari sahaja la hobinya, mereka lebih laju daripada aku dan abi Erwandi. Tersemput-semput hendak mengejar dorang. Next time datang bawa basikal sendiri, ngehehe!




 Senyap-senyap Arrizqi dapat kek Spiderman.


Orang lain punya beday, dia ni yang habiskan keknya. Sebab? kek tu Spiderman.

Malam tiba, lekas-lekas aku kerah sya2kids untuk mandi sebelum masing-masing hanyut ketiduran keletihan, Arrizqi bagaikan tidak sabar-sabar untuk potong kek, dia asyik teringat akan keknya sepanjang siang tadi. Bila dia sudah mengerti, bila dia sendiri yang mengaturkan apa yang perlu dibuat bila sambutan kecil begini diadakan, lagi pula sambutan ulangtahun kelahiran abang Adli masih segar dalam ingatan Arrizqi. Dorangkan brotherhood. Makan sambil berborak, bergurau, dorang ini macam-macam hal tau, keletah dorang ni sangat buat hati aku berbunga-bunga. Semakin besar, semakin mudah uruskan mereka membuatkan aku rindu pula saat tapak kaki mereka sebesar dua jari. Alhamdulillah...

A baby makes love stronger, the days shorter the nights longer, savings smaller and a home happier.

Jumpa lagi di entry akan datang, daaa... rumah aku sedang huruhara ni, hiiii!

Wednesday, 12 October 2016

Hanya di Zalora!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa, sebaik sahaja Auni dan Adli ke sekolah, si Erwandi ke tempat kerja, rumah menjadi sunyi. Arrizqi busy dengan bantal dan tilamnya hanya kedengaran suara daripada tv sahaja. Pada waktu ini, rumah sudah pun di sapu dan bahan untuk menu tengah hari sudah dinyahbeku. Aku mengadap laptop, membelek mana-mana drama Korea yang sudah terlepas sambil buat art. Seperti hari ini, art akan ditutup disebabkan aku update blog. 

Beberapa minggu yang sudah berlalu. Balik kepada tajuk...

Setiap kali aku klik link Korean Drama kegemaran, makanya akan keluar jugalah penggoda-penggoda yang memaksa mata untuk tergoda. I hate it! the end, tangan pun klik jugalah. Memang sudah lama berangan hendak berbelanja di laman sesawang yang satu ini, entah daripada mana datangnya kekuatan maka beli sahajalah. Buat hadiah diri sendiri, ye dak? hendak minta orang sudah segan, bajet sudah over. Sebelum ini, Zalora sendiri offer baucer, dapatlah rm200 buat beli handbag (yang talinya sudah putus) dan jubah masih boleh dipakai.

Jadi, bila mata terpandangkan COD, ok la meh kita try test tengok dan beli. Makin klik, makin lawa. Argh! ini memerlukan pengecilan skop pencarian. Bajet bawah rm100 dan lebih rm75 untuk free delivery. Eh! masih lagi banyak yang menggoda, sila kecilkan skop pencarian sekali lagi, kali ini buat pilihan dengan warna, black or grey or cream. Aduhaiii pening-pening-pening. The end, teringatkan beg sandang ala-ala Korean girl, more too young katanya. Jom pilih, muahaha. Pengaruh kuat sangat!

Mula panik bila dapat email penghantaran sedang dalam perjalanan sedangkan sudah bersiap untuk keluar mengambil anak-anak pulang daripada sekolah. Jika sudah tersurat itu rezeki kita, dengan rasa rendah dirinya meminta siErwandi tunggukan sebentar siap disertakan dengan wang belian.

Dengan rasa tidak sabarnya, sampai sahaja di rumah, surprise!!! ehehehe, mestilah suka. Sebuah kotak berbalut exclusive Zalora, diletakkan di almari buku. Mata ini terjeling-jeling dengan perasaan tidak sabar. Kena hantar sekalian bala tentera ke sekolah dahulu baru boleh buka, jika tidak... keadaan bertambah huruhara apabila masing-masing sudah pandai request beg sekolah baru, masaklah emak canni. Baru pertama kali mencuba COD, baru pertama kali mengguna wang simpanan, aaaahaih!

Masuk sahaja ke rumah, the line is clear, kotak Zalora di buka dengan penuh kasih dan sayang, amboiii Korean sangat ni, comelnya-comelnya beg titew... tangkap gambar kasi interframe send ke geng-geng Korea, hahaaa menunjuk tidak hagak-hagak. Puas hati. Tersangat. Dan pertama kalinya VinceBag di bawa pulang ke Selangor. Sukaaa sangat. Selesaaa sangat. Bila impian jadi kenyataan, happy! Terima kasih Zalora. 

 The present to myself...

 Tadaaa...

Being happy is fun.
Dengan tidak adilnya, Zalora bagaikan sengaja menghantar email, web, iklan akan item-item yang hots bikin poket rabak dan bikin mata penasaran, mencik-mencik. Bila sudah terjebak, tunggu dan lihat sahajalah apa akan jadi selepas ini. Wiii! alaaaa, saje menghargai diri sendiri - klise, nyampah!

Ok, back to reality. Aku mahu pergi hantar bala tentera ke sekolah, ok babai. See you next time, annyeong gheseyo!

Wednesday, 5 October 2016

Happy time!: (Ulangtahun Adli - 5thn).

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeonghaseyo, aku demam Scarlet Heart Ryeo, hahaha! - tiba-tiba je kan.

Isnin jam 5.30 pagi. Aku bangkit seperti biasa, bersiap seadanya, blouse dan skirt labuh sambil memikirkan beg tangan mana harus aku pilih. Outfit sya2kids dipilih oleh Arrizqi lewat malam tadi bersepah di sofa, pada kakWan emak Danish Aidil juga telah ku beritau agar menghantar keperluan pada awal pagi kerana kami semua akan keluar pada jam 7pagi. Ruang bawah rumah telah pun riuh papa dan mama sudah bangkit, bersiap.

Auni dan Adli memilih untuk menghantar tok mama dan tok papa ke TBS daripada sekolah, aku juga mengambil kesempatan yang sama apatah lagi Arrizqi yang sedia tahu dia memang akan diangkut bersama. Kami keluar rumah jam 7 pagi sebagaimana yang dijanjikan. Penduduk tempatan mula berkenderaan masing-masing menuju tempat kerja. Jalan raya sudah sesak. AbiErwandi memandu tenang ditemani waze dan berita-berita tentang laluan sesak.

Keluar sahaja jalan kampung menuju lebuh raya, sudah ada kemalangan daripada arah bertentangan, lori membawa pokok bunga terbalik melintang tengah jalan menjadikan laluan tinggal satu lane sahaja, kenderaan menuju arah dalam kampung bertambah panjang dan yang membuat kesesakan bertambah, lampu isyarat dan kawasan sekolah, hah! berderet. Sepanjang perjalanan ke TBS, memang aku terpegun dengan pemandangan betapa banyaknya kenderaan beratur atas jalan raya, huhuuu. Serius, dalam kereta sya2kids tidak henti-henti bercerita tentang kenderaan yang banyak, kereta jadi robotlah, jumpa bas terbang la, jumpa kereta berlumba la, entah macam-macam yang dorang imaginasikan, merepek akibat terlalu banyak tengok kartun sampai tidak kering gusi kitorang dibuatnya.

Kami tiba di TBS jam 8.30pagi sempat bersarapan dan melayan drama sya2kids dengan menu-menu tersendiri, seorang mihoon goreng, seorang mi goreng dan seorang lagi nasi goreng. Airnya milo ais sahaja, dua gelas untuk tiga orang. aku huruhara sebab abiErwandi ke tandas. Aku? macam biasa, tiada menu sebab aku tahu aku yang akan menghabiskan semua akhirnya nanti. Selesai makan di tingkat atas, kami turun ke terminal bas papa dan mom, papa nun jauh dihadapan, belakangnya abiErwandi dan brotherhood, Auni, aku dan mom the girls in family bersaing berselisih dengan pasukan polis bersenjata, fan girling-fan girling... hahaha, mujurla suami aku pun si saka biru. Saja. Tapi aku perasan abiErwandi siap berhenti berpaling menoleh aku, mom dan Auni. Jeles lettew!

After mom and papa turun ke bas, kami terus keluar daripada bangunan TBS, aduh pening kepala akibat laluan keluarnya berpusing satu arah mujur abiErwandi yang drive, kalau aku harus berhenti sekejap mencari kekuatan, kalau dah sya2kids pun bising, mengadu pening aku suruh saja mereka duduk tertib-tertib. Mengelak kesesakan yang masih bersisa abiErwandi memandu ke Taman Tasik Permaisuri. Aku? dia ni kaaannn... time aku pakai skirt ni la dia hendak beriadah, sudah berkali aku salah outfit grrr-grrr-grrr...  takpe sempena birthday boy esok hari, Adli jadi kita layankan. Berpeluh mereka di sana, sempat membuang bagai, sempat memburu pokemon, sempat membuat segala aktiviti, kami kembali ke Sg. Buloh. AbiErwandi menurunkan aku di pasaraya untuk membeli barang dapur, huh! kali pertama aku menggunakan kad swap-swap aja... muahaha teruja weih. Selesai berbelanja, tapau makan tengah hari dan kembali ke rumah.


  sya2kids.

 "kitorang gayatlah umi" - Auni.
"gayat? bukan korang ke yang berlari laju atas tu tadi masa mula-mula sampai, ceh!" - umi.


Aku meneruskan tugas seperti biasa, mengambil Danish dan Thaqif pulang daripada sekolah walaupun Auni bercuti. Tanggungjawab perlu di galas. Syukurnya, sekolah agama bercuti selama satu minggu maka tugas aku selesai pada waktu tengah hari. Bersambung hari esoknya, rutin kembali tapi agak lega sedikit bila ada abiErwandi, dia mengambil Adli dengan membawa Arrizqi bersama, mencari kek dan hadiah untuk birthday boy. Puasla brotherhood tu berjalan. Aku mengambil Auni, Danish dan Thaqif balik sekolah dengan mini. Mudah bawa mini ni, main selit-selit ja.

Sampai di rumah, menanti abiErwandi pulang bersama brotherhood. Kemas meja serba sedikit membiarkan Auni dan Danish bersembang entah apa-apa dan mereka pulang dengan Adli interframe his tobot tak sudah-sudah.
"adik tak dapat hadiah pun umi, hari nikan harijadi abang Aie" that's Arrizqi say apabila dia berhegeh bawa kek yang lebih besar daripada diri dia sendiri. Dan kami menyambut hariulangtahun Adli dengan sederhana sahaja, meriah sedikitlah sebab ada Danish. Dia pula yang seronok potong kek mengalahkan birthday boy. Whatever la anak-anak janji korang gembira dan emak dapat makan kek, hahaha. 








 Adli turns 5 yeras old. 
Everyone wants happiness, no one wants pain. But you cant have a rainbow without a little rain.- QuoteGram.

Ok sekian sahaja entry panjang berjela madah berhelah hari ini, aku mahu sambung membelek beg baru from Zalora with love, acceh! Duit poket sendiri tu, muehehe... hashtag syukurselalu. Jumpa lagi, daaa...

Wednesday, 28 September 2016

Rindu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Family is the best thing you could ever wish for. They are there for you during the ups and downs and love you no matter what. - unknown.

Aku menamatkan perbualan dengan mama, dia sudah boleh menerima keadaan dan Aidiladha sudah pun berlalu. Sepanjang perbualan tadi, aku hanya menjadi pendengar seperti biasa, dia sudah lama kehilangan teman berceritanya, dedulu pun bila aku ada di rumah, telinga ini juga yang dicarinya. Berita yang aku terima daripadanya sebentar tadi betul-betul buat hati aku rasa gembira, mendengar sahaja papa sudah get ready pergi cari tiket untuk ke Sg. Buloh, membuatkan mulut aku hendak senyum sahaja. Mendengarkan rancangan mama papa kali ini sudah cukup untuk aku melepaskan rasa terkilan yang berbuku di hati.

Pulang sahaja Danish di ambil emaknya di rumah aku, aku mengerah sya2kids untuk mandi ala P.Ramlee sahaja, mom dan papa sudah hampir tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sg. Buloh ke TBS bukan seperti KL-TBS. Perjalanan yang aku tahu akan menempuh kesesakan yang tidak calang-calang. Tapi aku tahu, Erwandi lebih cekap untuk membuat pilihan jalan manakah yang lebih baik untuk diredah. Aku tengok jalan raya yang penuh sesak, culture shock sekejap, banyaknya kenderaaan. Aku ke tempat kerja sebelum ini pun, tidak pernah mengalami kesesakan berikutan aku menentang arus. Memang aku tabik betulla dengan kesabaran mereka-mereka yang menempuh kesesakan setiap hari.

So, naik sahaja ke lobi utama TBS aku sudah nampak mom and papa melangkah ke luar pintu, gegas sahajalah mereka naik tobot w, kami singgah makan malam di sebuah gerai entah di mana tempatnya si Erwandi yang bawa, dia sangat pakar dengan tempat kelahirannya sendiri. Malam pertama dengan datuk dan nenek, sya2kids nyata gembira tiada taranya. Aku meneruskan rutin sebagai mana hari biasa, ambil kids balik sekolah dan ke pasar untuk masak makan tengah hari.

Petang Jumaat, sebaik sahaja aku balik menghantar Danish ke sekolah agama, semuanya telah bersiap untuk balik Selangor, pecah rekod bulan ini 3 kali berturut-turut balik Selangor, apa hendak aku buat. Balik kali ini, mom and papa punya rancangan, teruja sangat papa hendak berjumpa dengan besan. Hendak memperjelaskan mana-mana yang samar kenapa dan mengapa mengambil masa lama sangat untuk berjumpa. Balik kali ini, aku sedikit berlagak, hahaaa... sampai sahaja perkarangan rumah abah, kain di ampaian aku angkat, sudah kering dan garing. Lagak menantu mithali, aku sendiri yang menghidang air, balik kali ini betul-betul aku pandai-pandai sendiri, hahahaaa. Kena jaga nama baik mom and papa at the same time.

 Feeling fat and chubby so... do exercise la!


 Tokki dan TokPapa yang macam adik beradik, beday pun sebelah menyebelah :)


Sempat juga aku berlengas main basikal ciksuMija, rupanya masih ada skill dengan outfit yang sangat tidak bersesuaian, lantakkan ajelah. Lepas maghrib, kami beransur pulang. Cayalah Erwandi bawa kitorang melepak di Jln. Bukit Ampang konon-konon melihat panorama, wah gittu. Sempat juga dia pekena char kuey tiow, sya2kids tidak sudah2 dengan perkataan "gayat". Bila tengok bintang di langit, teringat pula watak WangSo dalam Scarlet Heart. Dia ada bintang menjadi raja di Goryeo. After pekena milo taboq secawan, aku lalok sampai tertinggal handbag, mujurlah teringat untuk ambil semula sebelum ke kereta, ya itu maksudnya aku perlukan handbag baru. Noktah.

Sampai di rumah, aku dan rancangan kegemaran berpisah tiada, Runningman. Mom and papa memang sudah biasa dengan perangai aku yang sangat sukakan televisyen, maka dorang tidak ambil port pun cerita apa yang aku hendak tengok. Pagi esok, kami akan bertolak ke Kulim. Bagasi sederhana besar berisi keperluan Erwandi dan sya2kids menghalang laluan di tangga, sahaja aku berbuat demikian tanda protes berikutan rancangan antara aku dan Erwandi yang tidak sama. Aku harap dia tidak kecil hati bila mama papa aku tidak bermalam di rumahnya, bukan tidak sudi tetapi lebih kepada tidak mahu menyusahkan.

Pagi yang dinanti tiba, bagaikan tahu-tahu sahaja hendak berjalan jauh, sya2kids bangun awal, bersiap sebelum Erwandi bangun. Selesai sentuhan terakhir, kami keluar rumah jam 9am hari Sabtu, aku perlu menghantar keperluan Danish semalam ke rumahnya terlebih dahulu sebelum bersarapan di kedai kegemaran sya2kids dan Erwandi. 

Dalam perjalanan, sya2kids tidak banyak kerenah sangat berikutan Auni dan Adli menghidapi sakit perut, keracunan makanan makanya telah dibius dengan ubat, mereka hanya perlukan tidur. Sesampai di Kulim, isteri adik aku sudah pun bersiap sedia dengan agendanya. Kami dihidangkan dengan menu tengah hari, kari kepala ikan. Aku makan dua kali tambah sehingga menjilat pinggan, sedap sungguh makan masakan bukan sendiri yang masak, kuikuikui. Tidak banyak aktiviti sangat yang boleh dibuat di rumah Ina, sya2kids usah di kata, hilang dalam alam mainan. Lenyap terus sorang dapat main sedangkan baby Akma masih malu-malu untuk mendekat. Setelah melepasi aktiviti tidur dan rehat, hari bertukar malam. 


Puas tokPapa, tokMama dapat berkepit dengan cucu.


D'cousin, suka tengok babyAkma da pandai bermain.


Kakak Ina balik daripada kerjaannya, kami semua memang rapat. Maka diajak kami untuk makan di luar sahaja. Ikan bakaq, baqhang! Aku makan bukan takat ikan bakar, tapi... mee udang, lamb chop, sate, semua aku sebat. Adeih! memang perut penuh memadat, tak di makan sangatlah ruginya. Meja penuh, pinggan kosong di angkat ganti dengan hidangan lain, gila betul dorang ni. Saja tau!

Malam itu, kami tidur dalam kekenyangan. Lena siap mimpi member-member bekas sekolah dedulu lagi, hahaha. Selesai makan tengah hari pada hari Ahad, kami terus shoot balik Sg. Buloh. Singgah sebentar di TBS untuk papa membeli tiket pulang ke Johor pada hari esok, nah! jam 9pagi katanya. Jadi... entry ini akan bersambung. Rest kejaplah, aku hendak melepas rindu dengan Lee Joon Ki, Scarlet Heart. Daaa...


 Cam biasa, interframe adik-beradik... Eh! Anak-beranak.

 

Tuesday, 20 September 2016

Perasaan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

안녕...

Salam Selasa, aih kejap benar sudah ari Selasa, inilah akibatnya suka benar menunggu hari Isnin dan Selasa sejak terkena demam Scarlet Heart, ye ye drama Korea again, usahlah awak semua menyampah ye kerana dengan menonton drama Korea merupakan salah satu medium untuk aku menghiburkan diri sendiri apabila terperap dalam rumah 24jam/7hari. Rileks, aku ambil sejam hingga dua jam sahaja melepak depan tv, selebihnya tv on just for Arrizqi. Dia pun tidak kisah kalau tv off. 

Hold on and stay strong... better things are coming. - My Dear Valentine.

Lately, perasaan aku ni rapuh sangat. Lagi-lagi bila part throwback kisah Aidiladha yang lepas, bila yang dirancang tidak jadi kenyataan, apalagi terus patah hati dibuatnya. #sya2kids usah ditanya, mereka seronok sahaja bila loceng akhir waktu persekolahan berakhir pada hari terakhir bersekolah, mulut potpetpotpet merancang percutian sendiri. Aku menanti jadual cuti daripada Erwandi, harapan menggunung pabila rancangan untuk bercuti di Johor kelihatan agak cerah. Pada emak Aidil sudah aku khabarkan mahu bercuti satu minggu, clear. Tetapi...

Dua hari sebelum Aidiladha, aku khabarkan berita duka pada mom bahawa tidak jadi pulang ke Johor dan Aidiladha kali ini hanya di Selangor. Terasa bagaikan ada batu menghempap kepala semasa hendak menaip berita tersebut, apatah lagi selang beberapa minit isteri adik aku pula menghantar khabar duka kedua, juga tidak dapat bersama, haaa mahu tidak meraung orang tua tu? Sudahla tidak terbendung menanggung rindu anak cucu, sudahla anak hanya dua orang, sudahla kali terakhir berjumpa Aidilfitri tempohari itu pun belum puas bersama sudah di ajak pulang oleh Erwandi, apa boleh buat... bak kata kawan aku, sudah itu syurga kau, kena taat pada dia sahajalah walaupun dia lupa kau pun ada hati dan perasaan. Iyalah, jika aku tidak sabar, sudah pastilah aku tidak susah-susah menahan rasa sedih yang bukan calang-calang.

Sejak mesej itu aku hantar, mom terus sepi. Aku menghubungi kedua-dua nombor telefonnya, juga menghubungi papa, tidak berangkat. Pagi-petang-malam selama dua hari sebelum Aidiladha, mom tidak respon, aku yang sebal-jengkel lagi rasa menyirap dan sakit hati, mengemas baju juga rasa habis semua hendak aku hamun. Perasaan mana satu yang harus aku jaga ni? Erwandi usah katalah, dia memang tidak ambil port pun, dia tahu aku sedih tapi dia bukan buat apa-apapun, dia tahu aku akan turut saja katanya, that's why he don't care pun. Mom? Ye, dia juga patut faham, aku anak perempuan, argh! susahnya hendak menguruskan part hati dan perasaan begini. Ini kali pertama aku laluinya. Bila semua sudah keras hati, aku juga patut keraskan hati.

Aku keraskan hati? hendak sangatkah? hrmmm... let's follow the flow, tidak payah penat-penat fikir perasaan orang. Hendak merajuk sangatkan? hah, merajuklah. Bukan mom tidak pernah lalui pun apa yang aku lalui sekarang? dedulu arwah nenek sebelah papa aku masih ada, begini jugalah keadaannya. Mom hanya ikut papa balik rumah papa sahaja setiap kali Aidilfitri. Jangankan mom, aku dengan adik yang follow ni pun boring, pasal semedang kitorang kena buli. Bila cakap dengan mom masatu, muka dia usah katalah memang pakai topeng, aku selalu dengan mom bila balik rumah nenek, yang biasa menguruskan dapur rumah nenek ialah aku and mom. Yang biasa uruskan rumah nenek, yang biasa melayan tetamu-tetamu nenek ialah aku and mom, sampai satu tahap aku buat-buat tidur daripada tetamu datang sampai tetamu sudah balik, aku penat. Bila balik rumah mom, papa buat hal, sekejap je. Kalau ikut adil dan tidak adil, memang tidak adil langsung. 

Ini karma mom, tiba masa sampai pada aku pula, maka aku lalui sahajalah pasal sendiri pilih duduk jauh-jauh daripada mom, sendiri pilih insan terpilih untuk sehidup semati- inshaaAllah. Aku lupakan mom, lupakan papa sekejap. Ye, berhadapan dengan ibu bapa Erwandi, anggap je la ibu bapa kita juga, aku membantu mana yang boleh sahaja, Mira pun ada, sista Dila pun ada.

Tepat takbir pagi Aidiladha sebelum bersolat Aidiladha, my papa call. Alhamdulillah, dapat aku bercakap dengan dia. Betul my mom merajuk dan tidak mahu bercakap dengan anak-anak, my papa said "biarlah dulu, nanti da ok dia call awak". "ok pa, i'll be waiting". Dan sepanjang hari itu, aku di rumah mengerjakan cadar, pasal Arrizqi tidur kencing atas tilam. Semua orang sudah keluar daripada rumah, tinggal aku dan ummi sahaja, karang aku tinggal cadar belum habis cuci ni, dia berbunyi. Alangkan cadar ini bergulung pun tengah tunggu turn hendak masuk mesin, dia berbunyi. Aih! sabar-sabar. Setel sahaja mengerjakan cadar, aku start tobot w keluar daripada rumah. Hoye!

Petang Aidiladha, bersiap untuk balik Sg. Buloh dan melalui seminggu tanpa Auni. Seminggu lepas itu my mom call, yeay! kebetulan aku sedang berkemas untuk balik Selangor lagi. Hah! panas telinga aku kena sindir. "memang tiap-tiap minggu kena balik sana ke?" Adoih! itu belum part dia membebel pasal mil aku kat hospital hari tu. Rasa hendak tercabut telinga mendengar rintihan dia, dia sakit tiada anak yang balik tengok apatah lagi jaga. "ooomak aih!" acani, I hendak lari poie Sabah ke, Sarawak ke, biar adil terus. Doraemon, tolong pinjamkan pintu sesuka hati.


 Cousins.

 Brotherhood.


 Feeling selfie.

 Feeling fresh.

Feeling siblings... muahaha!

Balik Selangor pun sebab hendak ambil Auni, minggu persekolahan hendak mula. Balik kali ini, banyak pula aktiviti bebudak ini, mandi sungai, hantar mak usu dan ikut tokki poie kenduri, makan-makan, terima kasih tokki. Selesai semua urusan, kami balik Sg. Buloh lepas makan tengah hari, jalan-jalan pergi beli barang dapur dan dapat pengisar baru, sudah jom balik rumah, mahu layan Runningman, twehehe. Isnin dan Selasa merupakan hari yang aku tunggu-tunggu, mahu dating sama Lee Joon Ki sambil menanti-nanti drama/filem baru kawan baik dia Joo Ji Hoon. Kawan aku kata, taste actor aku ialah yang matanya sepet-sepet, hahahaha whatever, udah Erwandi aku pun sepet, hendak watguaner? Ok, dah let's masak tengah hari, menu hari ni ayam goreng saje. Request by Auni. Sekian. Daaa...

Tuesday, 6 September 2016

Out of House.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad. Aku berguling ke kanan, ada Arrizqi. Keningnya aku raut, pipinya mendapat morning kiss, dia memang beruntung sebab tidur dengan emak. Eh? nanti kejap! Bukankah dia tidur bersama Adli dan Auni semalam? tajam betul deria bau Arrizqi, berjaya mencari emak di bilik. Arrizqi berkalih sedikit, marah tidurnya diganggu. Aku cium lagi, kiri-kanan-atas-bawah kawasan muka dia sehingga Arrizqi merengus marah.
"umey..." hahaha, terus aku bangun menuju bilik mandi. Memikirkan agenda untuk hari ini. Apalah sangat, rutin harian- mengemas rumah, mendobi, memikir menu, itu sahajalah seperti biasa.

#sya2kids yang pantang sahaja cuti sekolah, semuanya pakat bangun awal. Belum selesai aku membereskan kerja rumah, rumah sudah mula hingar dengan terjerit, terpekik, terlolong, aduh... kepala aku yang berserabut bertambah berselirat. Oh! hujung minggu ku. Jam sudah 11pagi, laju pula jam ini bergerak bila semua anak berkumpul di rumah, aku berehat sambil menekan geram keypad remote astro, channel 392/393- Sudah tiada channel free, jika tidak 394/395 panjang sikit. Alamak... tepu-tepu.

Laptop sudah kena conquer, Ipad memang aku tidak reti main, handphone bateri kong malas nak cas, rela dan tidak aku layan juga 392. Drama baru. Sedang aku hayal dengan mata hendak terkatup balik semula, turun Erwandi dengan haruman mewangi, hrmmm... hendak pergi kerja la tu. B.o.r.i.n.g!
"hendak gi kenduri Jln. 6 tu tak?" dia bertanya, alamak malasnya lahai hendak aku bersiap.
"malaslah" aku menjawab antara dengar dan tidak. #sya2kids terutamanya Arrizqi sudah menyerbu Erwandi dengan seribu satu persoaalan.
"abi hendak pergi mana?" dua tiga kali.
"adik hendak ikut bi, bolehla-bolehla" dia memujuk dengan memek-memek muka sekali.
"jomlah, pergi siap. lepas tu kita gi jalan" ahaaa, tegak telinga aku, suka-suka. Eh! kejap kena jual mahal dulu, jangan nampak teruja sangat.
"nak keluar tak?" Erwandi tanya lagi.
"kejaplah!" aku menjawab pendek, sebenarnya menunggu mesen cuci baju berhenti. Aku hendak sidai baju dahulu. Aku buat kerja lambat-lambat, sengaja buat dia menunggu. Bukan selalu.

Kami keluar rumah, jalan kaki sahaja menuju ke khemah pengantin. Kereta para tetamu sudah pun penuh di kini kanan jalan, selesai makan dan berjumpa dengan keluarga pengantin, kami terus berkereta dan keluar daripada suasana rumah, suasana kampung. Huyeah! terasa segar udara yang aku sedut. Terasa segar biji mata melihat kesibukkan jalan raya.

Erwandi memberhentikan kereta di parking VIP di sebuah menara. Entah, tiada bernama pula menara tersebut, macam tidak berorang sahaja, menunggu dia selesaikan urusannya, dalam kereta sudah mula haru biru berikutan #sya2kids yang tidak reti duduk diam, aku mulala hendak hangat. Agak lama juga kita semua menunggu dia, sempatlah menyuruh Adli mengeja beberapa perkataan mudah. Arrizqi yang nampak abinya menuju kereta dahulu, dia sudah selesaikan urusannya.

"hendak pergi mana?" Erwandi bertanya, sebaik sahaja dia masuk ke tempat duduk pemandu, agak temper bila mendengar aku menjawab entah.
"Adli hendak pergi mana?" tanyanya kepada Adli.
"kita taktahu hendak jawabla abi, kita taktau" jawapan Adli buat aku ketawa perlahan.
"adik? Arrizqi hendak pergi mana?" soalan bertukar orang.
"adik... adik pun taktaula abi. Adik tak takut naik kapal terbang" eh! tiba-tiba pula jawapan Arrizqi tidak ada sangkut paut langsung. Menyimpang jauh benor da ni. Kali ini, ketawa aku betul-betul besar. Arrizqi memang menghiburkan.
"kakak?"
"kakak nak pergi jalan-jalan bi" jawab kakak Auni. Relevan dengan soalan, Erwandi membelokkan kereta menuju ke menara berkembar Petronas.
"kita pergi situ" kata Erwandi sambil menunjuk bangunan yang tersergam depan mata.
"mana bi? mana?" Adli.
"tu yang macam nombor 11 tu, kakak pandai lukis bangunan tu" Auni.
"becaaaaaaanyaaa, adik takutla bi" Arrizqi. La pulak... tadi naik kapal terbang tidak takut. Adeih! macam-macam hal tau.

"ini kedai beli-beli" kata Auni bila kereta menuju lot parking bawah tanah. Lepas tu mereka sudah mula meriuh berlawan kredibiliti bercakap masing-masing. Kami berjalan mengelak tempat sesak, #sya2kids mahu berlarian terutamanya Adli. Bukan hendak membeli belah pun, saja killing time dengan #sya2kids, yang Erwandi pun sudah seperti Jung Joon Young yang katanya mahu jadi master Pokemongo. Argh! hari ini aku mesti mencari peluang... twehehe.

Kita jelajah kawasan luar, masih kelihatan air pancut menari, #sya2kids sudah berlari menuju kolam. Aku memerhati dan mengawal mereka dengan lebih dekat, melabuh duduk bersebelahan Erwandi yang masih busy Pokemongo. Selesai bergambar, kita berjalan lagi mencari taman permainan. Ha'a, matahari tengah mencanak atas kepala, hendak pergi main. Layankan-layan. Mata menerawang pandang... #sya2kids di depan, berkejaran. Arrizqi yang berpimpin dengan Erwandi, aku suruh berlumba dengan abang kakak.
"go!" emak pula hendak berdating dengan abi korang. Yeay! dapat pun merasa macam dedulu. We're already married (icon senyum-icon senyum).
"abi....! tu orang boleh mandi" Adli mula merengek. Pantang betul, nampak kolam. Haih!
"mana ada baju, takyah la, tu pergi sana tu" kita menuju ke park permainan. Hah! sekejap sahaja hilang daripada pandangan mata. Mujurlah aku pakaikan biru muda yang agak terang, sama kesemuanya... jadi mudah untuk cam. Lecun dengan peluh, kita balik cari tempat ada penghawa dingin, masing-masing tidak cukup air. Hahaha! dorang so sweet. Jalan dengan emak, macam keretapi. Macam manalah tidak jadi perhatian orang. Itu belum lagi part tergelak ketawa, memang aku segan juga bila orang pandang-pandang, hehe!

 
 Que sera-sera, whatever will be... will be


 Letih soh pose, 
"montot kita panasla umi!" ahahaha, tak ya tengah panas terik emak sibuk nak bergambar.

 
 Good times + crazy siblings = Amazing memories. -Unknown-
 Dorang yang suka naw sabotaj gambar kita tau, takmo kawan!

Habis pusing, kali ini Arrizqi yang berbunyi,
"bila hendak balik rumah kita ni" itu ialah warning bahawa dia sudah letih. Dan naik sahaja kereta, Arrizqi dahulu yang lena. Sekian untuk hujung minggu ini. Terima kasih Erwandi, bawa kita jalan-jalan. Lepas ini, bawa je kitorang gi taman, beli air dan bawa beberapa jenis biskut. Itu sahaja. Tiada vacation pun tidak mengapa, kita tak kisah. Yang penting, bawa keluar daripada berlengas rumah, menghirup udara fresh! Dapat makan kat luar sebulan sekali pun, kita sudah ok.

Berhenti sini dahulu, jumpa lagi di lain entry. Cantik tidak rumah baru kita [bloghijau]? Thanks whitey mommy.

Sunday, 28 August 2016

Emak hampa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong...! Sambil-sambil dengar carta era 40, dengan perut kenyang serta kerja rumah yang masih berbaki aku dengan selamba menaip entry, muahaha. By the way sudah habis taip di blogdroid, entah apa gila tidak mampu publish pula makanya kita repeat sambil exercise jari jemari yang bagaikan disuntik botox, menaip wassapp pun manjang typo.

Sometimes you will never know the true value of a moment until it becomes a memory.

Yesterday, cewah kita semua ke karnival jualan amal di sekolah agama Auni. Mengikut pengalaman yang lepas- karnival jualan bersama BSN di sekolah kebangsaan, apabila kita sampai pada awal pagi semuanya masih belum bersedia. Makanya, jam 10pagi barulah aku kerah sya2kids untuk pergi mandi, hrmmm emak juga yang kena mandikan berikutan malas mengadap dengan macam-macam drama, menyampah pula aku hendak berlawan cakap dengan mereka bertiga ini, bila semua pandai bercakap emak kena mengalah. Aku sudahla bermandi peluh kepanasan, menyapu daripada tingkat atas, tangga, tingkat bawah, daripada depan hingga belakang, kemas dapur, cuci sidai baju sekolah, buat sarapan ditambah lagi dengan drama berbabak-babak, sebelum api keluar aku me'naga' baiklah aku turuti sahaja segala permintaan.

Semoga, tnErwandi bawa kita berjalan-jalan hari ini tengok dia pakai baju cantik tadi, kikiii. Sampai sahaja di sekolah Auni, lain pula drama yang ditayangkan. Auni yang tadinya riuh mempromosi segala mainan dan aktiviti telah disediakan jadi patung yang membisu. Adli yang tadinya tanya dengan bermacam persoalan juga diam, hanya berdiri dan bergerak dengan kuasa suruhan. Arrizqi, awal-awal sudah menarik diri, dia berada dalam kondisi yang kurang sihat. Hendak bermain, tapi hendak emak ikut main sekali, apahal? Ini jugalah salah satu lagi perangai yang menambah ke'tekanan' emak. Ok fine, kupon tnErwandi beli RM10, kita beli makan sahajalah. keropok lekor, ayam goreng, sosej dan nugget. Shopping done, dah jom balik.

TnErwandi memandu keluar daripada perkarangan sekolah bukan menghala ke rumah, sebaliknya keluar daripada keserabutan kampung. Aku mengurus dan membebelkan Adli, Arrizqi yang mengisi perut.
"Lepas ni, hantar je Auni pepagi, biar dia main dengan kawan-kawan dia" tnErwandi bersuara dengan muka ketat.
"Yes tuan!" aku menjawab sambil merengus geram dengan kerenah Adli, ada kena mamat sorang ni kang, mendidih temperature aku dibuatnya, hendak makan ayam-ayamnya panas. Arrizqi senyap sahaja di penjuru pintu, makan ayam dengan selamba. Aku berpindah ke tempat duduk belakang bertukar dengan Adli, merapikan rambut Auni yang sudah serabai di tiup angin.
"Hendak pergi mana ni Yang?" aku bertanya. Macam tiada hala tuju saja melihat tnErwandi memandu.
"Entah!"
"Gi OU je la, ke IKEA boleh cuci-cuci mata" Eh? tiba-tiba je mulut aku bersuara, hehehe. Dan destinasi kita One Utama sambil jalan, sambil dating, sambil Pokemongo.

Adli di kiri, Auni di kanan aku, Arrizqi dengan tnErwandi, sebelah lagi Pokemongo. Macam mana hendak dating dengan tnErwandi kalau sudah begini gayanya. Kalau dia simpan Pokemongo pun, Adli dengan Auni pula pegang tangan aku, hrmmm. Aku menggumam mengetap-ngetap bibir sendirian, menjeling jeles dengan Arrizqi. It's ok, tunggu peluang lain sekejap lagi. Masing-masing leka dengan sekeliling shopping mall. Adli berbual-bual dengan Auni dihadapan, ok... aku mendekat dengan tnErwandi, baru sahaja tangan dia aku capai, Auni dan Adli berpatah balik semula, get ready untuk pegang tangan aku. Argh! tergelak sahaja tnErwandi, dia tau aku rindukan dia sangat-sangat, ingin dating macam masa bercinta dahulu. Auni dan Adli disuruh berjalan sendiri, Arrizqi juga namun arahannya juga di abaikan, when #sya2kids ship with their mom, aptb!

Sedang aku leka mundar-mandir, brotherhood (Adli-Arrizqi) naik keretapi dan Auni bermain sendiri, tnErwandi memanggil aku, aku datang kepadanya.
"Tu tengok bawah, makanan Korea" Oh! terharu, dia tahu apa yang aku suka. Selesai sya2kids bermain, kami menyambung berjalan cuci mata lagi. One Utama ni, kalau aku datang seorang memang aku sesat even datang hari-hari pun. Daripada dulu lagi, memang aku tidak pernah faham struktur OU, hahaha. Berjalan turun eskulator menuju tingkat bawah tempat berlangsungnya KFood Fair. Makanan-makanan famous Korea. Aku memang makan Kimchi, cuma yang aku teringin ialah yang namanya dumpling. Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa. Dumpling aku lupakan, jom kita pose dengan Song Song Couple, Song Joong Ki and Song Hye Kyo from Decendant Of The Sun POSTER, hahaha! Jadilaaah...

Kami makan ayam goreng, KFC kerana aku kalah undian. Aku hendak Pizza Hut's, sya2kids sepakat ayam KFC, argh!. TnErwandi gelak lagi sekali, terhibur barangkali melihat isteri tewas dengan anak-anak. Aku ok, hati bunga-bunga dengan kasih sayang penuh lepas dibelikan Macaroon, rm25 6pcs. Daya tarikan Macaroon sangat kuat pabila sya2kids asyik request hendak makan, 'no way, it's mine'. TnErwandi tanya aku lagi, hendak ke mana. Kalau keluar tidak ke kedai buku, namanya bukan Syasya la. Aku akan cari helah, bila aku hendak ke kedai buku, ada je benda yang aku rengekkan agar tnErwandi setuju ke kedai buku, miahaha. Aku masuk Popular yang kesudahannya buku sya2kids lebih banyak daripada aku yang hanya mahukan gam dan benang untuk hobbies art. Cis!







Selesai membakar lemak, kami pulang ke rumah. Adli sudah berzikir hendak balik rumah. Ok, terima kasih tnErwandi bawa kami jalan-jalan. Esok kita pi beli barang dapur ea. Sekian cerita semalam. Ok daaa...jumpa lagi di lain entry (icon senyum-icon senyum!) hendak poie goreng keropok kejap.