Wednesday, 20 May 2015

Time is masa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Emak termenung, melepas lelah. Memandang sekeliling yang senyap dan sepi, suara tv pun perlahan sahaja, sengaja dibuat demikian supaya tidak mengganggu trio dengan lena masing-masing. Dalam kepala menghitung hari menanti tuan Erwandi pulang daripada outstation. Kali ini meninggalkan kami selama 5 hari dan berada jauh nun di Singapura.

Hari pertama tuan Erwandi pergi, ketiganya masih baik dan sihat walafiat, menjelang malam tiba-tiba sahaja suhu badan Arrizqi meningkat naik. Bila suhu badan Arrizqi panas, emak sibuk uruskan Arrizqi. Yang kakak Auni, yang abang Adli sibuk bergaduh, bertekak, berebut, bergasak, bergusti, emak hanya pandang dengan hati kosong. Emo emak yang masih libang-libu bertambah lagi.

Mahunya tidak libang-libu, hari ulangtahun emak sudah hampir tiba, baru sahaja meluahkan hasrat untuk ke luar bersiar-siar lone ranger dengan teman baik, shopping, tengok wayang, makan-makan, emak hendak cuti satu hari sahaja, rasanya bukan apa-apa. Sebaliknya, sebagai membalas hasrat yang emak luahkan, tuan Erwandi memberi emak passport yang baru dibuatnya. Mahunya emak tidak merajuk? Mahunya emak tidak stres? Mahunya emak tidak sedih? Emak bakal ditinggalkan lagi bersama anak-anak. Emak mengeluh berat bersama air mata.

Emak merajuk sehingga menjelang hari lahir emak, tuan Erwandi text wish ayat biasa ulang tahun. Kenapa ye? Tiba-tiba je tangan emak laju membalas text message tuan Erwandi tadi. Tiba-tiba merajuk emak hilang macam tu sahaja. Tiba-tiba emak boleh mengadu tentang anak-anak emak. Dan, tiba-tiba emak boleh request hadiah mahal dan besar daripada tuan Erwandi, hahaha

Pada hari istimewa emak, tuan Erwandi masih di Singapura, emak hanya menjalankan tugas harian macam biasa. Kawan-kawan tidak kasi emak marah-marah, dan emak tidak marah apabila mesin kira umur emak menyatakan emak berumur 11 tahun. Nampak benar nipu sungguh, hahaha. Tapiii layankan je la. Hakikatnya emak sudah 31 tahun. Sekian terima kasih.

Jadi struggle la for five days dengan 3001 perangai anak-anak. Arrizqi yang awalnya demam pun menggagah juga menempuh hari tanpa abinya. Pulang sahaja tuan Erwandi emak meminta dia belanja isi dapur. Anak-anak ni sangat rajin menunggu abi balik dengan harapan mendapat sebiji gula-gula. Bila tuan Erwandi balik dengan tangan kosong, terimalah kata-kata hampa yang syahdu di dengar.

Abang Adli: alaaa abi tidak beli apa-apa?

Kakak Auni: abi tidak beli roti saya?

Adik Arrizqi: kenapa abi lambat datang?. Ini ayat tiga generasi. Masih belum betul-betul faham perkataan datang, balik dan pergi, betul-betul sama ayatnya baik kakak Auni atau abang Adli.

Anak-anak, sabar sahajalah. Disebabkan itu setiap kali tuan Erwandi balik, emak minta dia bawa sebiji gula-gula untuk seorang ataupun coklat sepapan ataupun pisang goreng, keropok lekor, anak-anak menunggu di rumah dengan beribu satu kerenah.

Itu belum ayat masuk hari ke empat bila tuan Erwandi tidak juga balik-balik.

Kakak Auni: bila abi nak balik? Abi naik kapal terbang lagi kan umi?

Abang Adli: abi ni lambat sangatlaaa. [Walhal bukan geng sangat dengan abi, abi suka marah-marah].

Adik Arrizqi: ....... [speechless].

To be in your children's memory tomorrow, you need in their lives today. The best thing to spend on children is time. Fighting!

Dia kata, dia hendak sekolah besar tahun depan.




Dia kata, dia sudah besar sebab tidak pakai pampes lagi.



Dia kata, dia masih adik, kecik lagi dan tetap adik sampai bila-bila.


Akhirnya, kereta merah tuan Erwandi muncul jua masuk hari ke enam. Emak menarik nafas lega. Anak-anak menginja riang gembira. Hilang demam serta merta. Masing-masing menayang skill perkembangan terkini. Emak pula dapat migrain. Haih!

Harap-harap emak dapatlah peluang satu hari untuk diri sendiri. Seronoknya. Sehari sahaja, bila? Entahlah....oklah jumpa pada entry seterusnya. Daaaa...

Thursday, 14 May 2015

Perasaan dan pengalaman.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Emak menunggu kakak Oni hanya dalam kereta sahaja, lagi abang Aie dan adik Qiqi sibuk berlawan batuk dan cuaca panas di luar menyebabkan emak malas untuk menunggu di luar. Kebiasaannya memang kakak Onila yang paling awal masuk dalam kereta. Berlari bagaikan tidak letih-letih, sentiasa bertenaga meskipun bawah terik matahari. Anak-anak memang sentiasa segar dan ceria.

Masuk sahaja kereta,

"Esok pakai baju kuningkan umi?" kakak Oni tanya emak dan emak hanya mengangkat bahu sebagai balasan. Emak tidak berapa ada mood, badan emak tidak berapa hendak sihat.

"Esok ada lawatan, cikgu suruh datang awal. Ada surat dalam beg saya. Ada dua surat untuk umi" terang kakak Oni dengan penuh bersemangat.

Emak hanya dengar tanpa reaksi, dalam hati berat untuk lepaskan. Lepas atau tidak. Rasa yakin untuk lepaskan kakak Oni datang bila kakak Oni tidak henti-henti bercerita, tidak henti-henti berkata,

"Saya kena tidur awal malam ini, esok saya hendak  pergi lawatan" kakak Oni bagaikan sudah mendapat pelepasan emak. Jadi, emak kuatkan hati untuk lepaskan kakak Oni merasa keluar berjalan, berjalan, belajar dengan kawan-kawan di luar kawasan biasa. Emak kena yakin dengan kebolehan dua orang cikgu kakak Oni yang sudah sedia saling mengenali emak.

Waktu malam tiba sebagaimana yang dijanji, kakak Oni tidur awal. Lega juga bila dia tidur awal, emak tenteram untuk menonton televisyen pabila sepanjang siang hanya kakak Oni yang mengawal remote tv.

Pagi pergi lawatan, tengok-tengok abang Aie yang bangun dahulu. Kakak Oni sedang terkulat-kulat menggosok mata ambil mood. Dengar sahaja emak kata pergi lawatan, dia bingkas bangun menuju bilik air. Mandi pun luarbiasa cepatnya, tidak sampai 15 minit. Kali ini mandinya tidak berangan seperti selalu setengah jam.

"Umi kata cepat siap. Saya cepat-cepatlah" jawabnya selamba. Emak iakan sahajalah.

Emak hantar kakak Oni di tempat menunggu bas, bukan di sekolah biasa. Tempat yang dijanjikan untuk berkumpul. Pagi yang agak sibuk kerana bersaing dengan mereka-mereka keluar pergi berkerja. Janjinya jam 7:00pagi. Menunggu. Emak duduk sebelah kakak Oni dengan pesanan-pesanan yang tidak putus sehinggakan kawan kakak Oni bertanya,

"ini kakak ko ke Auni?" Argh! Anak-anak ini buat emak menyamar jadi kakak kepada Oni pula.

"Ahah, ye kakak" emak menjawab sambil diketawakan dua lagi ibu-ibu yang sama menunggu.

"Emak dia mana ibu? Emak Auni tidak datang ke?" Tanya seorang anak lain kepada ibunya yang betul-betul berdiri dihadapan emak. Ketawa.

"Inilah emak dia, bukan kakak" ibu anak yang bertanya tadi menunjuk emak yang sedang menyimpul ketawa, hahahaa.

"Macam kakak dia je" masih tidak puas hati.

"Ini emak sayalah, ini adik saya" good job kakak Oni.

Bas datang mengambil anak-anak yang sudah teruja pada jam 8:00pagi. Gembira sungguh anak-anak bila bersama di dalam bas. Melambai-lambai emak dan bapa yang memerhati daripada bawah dengan iringan doa selamat pergi dan selamat pulang anak-anak, jumpa jam 12tengah hari nanti.

Emak dan abang Aie singgah beli sarapan dan pulang ke rumah. Buat kerja seperti biasa. Bersiap seperti biasa. Belum pun jam 12tengah hari, emak dapat wassapp daripada cikgu kakak Oni. Mereka sudah berada di perhentian bas yang sama masa pergian pagi tadi, emak bergegas bersiap setelah didapati ketiduran. Mengantuk sungguh. Mujurlah sekarang ini, abang Aie dan adik Qiqi rela hati hendak mandi pada awal pagi. Jadi angkut semuanya.

Masuk sahaja dalam kereta, kakak Oni bercerita lagi tanpa henti tentang pengalamannya ke Toys Library, Selayang. Seronok kakak Oni dapat pergian. Ditanya sama ada abang Aie mahu naik bas juga? Abang Aie hanya angguk. Bermakna, dia sudah setuju untuk bersekolah pada tahun hadapan. Emak senyum lega. Alhamdulillah semuanya selamat.




Baiklah, adik Qiqi sudahpun mahu melekap dengan emak minta ngempeng, jadi emak berhenti di sini dahulu. Jumpa lagi di lain entry. Daaaa....

Wednesday, 6 May 2015

31 tahun.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Today is Wednesday, wordless.











Terima kasih kerana masih ingat pada aku di sini, tahun ini sambutannya sangat hambar, rutin berjalan macam biasa. Semuanya biasa-biasa saaja. Terima kasih kawan Instagram, terima kasih kawan Blogger, terima kasih kawan sekolah, terima kasih kawan tempat belajar, terima kasih kawan sekolah rendah, terima kasih keluarga mertua, terima kasih mama, papa, terima kasih pada adik beradik, terima kasih kawan Perkep, terima kasih team Tupperware, terima kasih kepada tuan Erwandi yang berada jauh di mata. Terima kasih kalian, saya terharu sungguh. Semoga kalian sentiasa di bawah redha Allah in sha Allah. 



Wish from my kekasih. Betul dia memang tidak romantik, hahaha. Ok la jumpa lagi di entry akan datang. Semoga kalian baik-baik sahaja ya. Daaa.