Tuesday, 28 April 2015

Koleksi wardrobe.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haaai...cak! termenung eh, tunggu hari Jumaat. Sabar ye, tidak lama lagi sampai lah si Jumaat yang penuh barokah tu, ke ada yang akan cuti awal? hihii, bagus-bagus. Emak tiada cuti pun, cabut gigi pun tidak dapat mc, cuti emak hanya dipandang penuh kesepian.

Hari ini emak serba turquoise, menyesal pula beli kasut warnanya turquoise kerana payah benar hendak menyuaipadankan seragam harian. Sejak menjadi emak trio, jarang ke kedai dengan slipar Jepun, rasa macam seksi sangat je kaki ni, haha. Poyo. Sebenarnya, senang hendak memandu kereta bila pakai kasut tapak rata. Ye, si Diva Turquoise tu sudah menggantikan si lasak kelabu Aku sepasang kasut.

Itulah satu-satunya kasut yang emak ada, selain kasut sukan. Macamlah pergi bersukan, ini semua poyo, hahahaaa. Emak sudah malas hendak bersukan, harap bersemangat je beli tali skipping sudahnya tersorok dalam kotak. Hari-hari emak exercise turun naik tangga, solat di tingkat atas, melepak dan sebahagian kerja rumah di tingkat bawah. Belum pukul sepuluh pagi emak sudah selesai mengemas, termasuk hantar kakak Oni pergi sekolah dan beli sarapan pagi, muahaha. Jika cuaca panas, maka peluhnya mengalahkan orang yang berada di tengah padang menjadi berganda panasnya bila memakai PB, terasa betul lemak terbakar. Auta.

Tujuan sebenar menaip entry hari ini ialah hendak cerita, tadi sidai baju batch anak-anak, sidai punya sidai, rupanya banyak sungguh baju warna merah. Sejak anak-anak emak sudah besar ini, semua uniform kena bertukar saiz kepada yang lebih besar. Abang Aie pakai baju kakak Oni, adik Qiqi sudah pakai baju abang Aie, kakak Oni? untunglah beliau dapat baju baru. Akan tetapi tidak banyak yang boleh diturunkan berikutan, kebanyakkan baju kakak atau abang, ada yang berlubang kena gunting, ada yang lebar leher menjadi dua kali ganda besarnya dan kebanyakan seluarnya juga telah kembang. Dengan itu emak akan isytiharkan, beli sahaja uniform baru, kekeke.


 Being sister and brother means being there for each other. Siblings make the best of friends.



Uniform kali ini emak dapatkan dengan Puan Bee melalui instagramnya @iluvonlineshop. Bukan takat baju bajan trio, baju yang emak pakai pun beli dengannya malahan emak tambah lagi satu item barang untuk rumah iaitu karpet bulu. Ahaaa, sudah terlajak shopping online, so duduk diam-diam je jangan minta apa-apa lagi, kekeke.

Jadi, siapa-siapa yang macam hendak terpengaruh dengan emak ini bolehla mendapatkannya ye, silala ke instagram berkenaan, nak melawat instagram emak pun boleh juga, tapi emak ni bukanlah artis atau peniaga, ngehehe. Oklah, mesin cuci baju emak sudah berhenti, sambung sidai baju batch baju dewasa pula, lepas tu sambung buat art then kejap lagi hero ensem emak adik Qiqi akan muncul minta susu. Sini dulu, take care ok, daaa. See ya.

Monday, 27 April 2015

Hujung minggu emak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ehem-ehem-ehem, amboi cantiknya hari ini? Emak kelihatan biasa-biasa sahaja pagi ini, tekak mula perit, hidung mula sakit, kepala mula hendak berdenyut sakit, owh tiiiidak! sakit cabut gigi belum lagi pulih sepenuhnya, huaaaa...make emak wanna to cry and sleep for the whole day. Fighting Syasya, today is Monday, cheers!

So, lastweek tuan Erwandi bawa emak pergian ke klinik gigi setelah tampalan gigi berlubang berskala besar tercabut sedikit demi sedikit. Ngilu terasa hingga ke kepala. Sakit gigi ialah sakit hendak melempang orang, pergh! Dan macam biasa procedur mencabut gigi sementara menanti mulut kebas, doktor gigi ajak emak berborak. Dapatlah emak perasan Angelina Jolie sekejap sepanjang tempoh di klinik gigi. 

"Sahida umur 31?" tanya doktor perempuan yang merawat gigi emak dengan nada lembut. He'eh doktor ni, saje ajak kita berborak masa mulut kita ni kebas tau. Emak angguk je, sah-sah la dia dah tengok kad laporan pesakit yang emak isi masa daftar tadi.

"anak berapa? dua?" doktor tanya lagi, macam mana hendak menjawab soalan yang biasa sangat ditanya ni, emak hanya buat isyarat tangan, angkat tiga jari dengan mulut ternganga. Doktor sedang beroperasi merawat gigi dan gusi emak.

"anak tiga?, kawin muda ye tapi muka macam budak sekolah je lagi" telahan doktor cantik itu lagi, cantikla sebab emak nampak mata je berikutan beliau pakai topeng mulut, emak hanya senyum sambil mencover gigi yang sudah tiada. Hurey! gigi lubang berskala besar sudah dicabut, darahnya punyala banyak. Nampak je muda, gigi sudah banyak yang tiada, ngehehe. 

Kena ambil kalsium lebih bila anak berderet ini, masalah gigi berlarutan. Lepas bersalin kakak Oni, gusi berdarah. Bersalinkan abang Aie, gigi berlubang. Bersalinkan Arrizqi, dua kali mendapatkan rawatan gigi berserpih, isklaaaa...esok lusa entah apa pula. Sabar je la.

Sebaik sahaja operasi mencabut gigi selesai, tuan Erwandi bawa beli makan tengah hari, KFC. Alaaa sajela ni, tadi kata nak makan dulu sebelum cabut gigi, tengok-tengok beliau berhenti depan klinik gigi dahulu, cait! Kenalah emak berpantang makan kekeras. Beli dan bawa balik ke rumah, tapiii singgah di Kedai 1 Malaysia dahulu. Owh! ini kedai sudah lama emak impikan untuk masuk belanja. Jadi tanpa ragu-ragu lagi hampir kesemua keperluan dapur emak beli brand 1 Malaysia punya termasuklah pampers adik Qiqi, hehe.

Total belanja penuh dua bakul, ok not too bad la harganya, setengah harga daripada belanja di pasaraya biasa. Kualiti barang in shaa Allah sama sahaja. Jadi, selepas ini mesti tuan Erwandi hendak belanja di Kedai 1 Malaysia lagi. Serius, emak memang sudah lama mengimpi-impikannya, hehe. Stay at home mom macam emak ini sangatlah menghargai harga murah dan berkualiti tinggi. Bila sebut tentang keperluan untuk keluarga emak tidak boleh berkira sangat tentang harga tinggi atau rendah, mesti kena sediakan atau adakan juga. Jadi, bila ada yang harga rendah kualiti tinggi, pilih sajalah kan...?

Album interframe :p

 Cinta. Hati. Jiwa dan Kasih emak.




Selesai berberlanja, kami semua pulang ke rumah. Bermula episod berguling-guling dengan trio pasal tuan Erwandi kembali ke pejabatnya, Sekian sahaja laporan hujung minggu emak yang baru sahaja lepas. Ha'ah entry ini ada sedikit hendak interframe, mungkin emak tidak boleh jalan sesorang, orang sering salah teka, padahal emak sudah ber'anak' tiga. Terima kasih sebab masih setia dengan bloghijau, ngehehe. Ok, hari ini emak blogwalking, kembali ke arena. See ya...
Just once, I want to wake up Monday morning, turn on the news and hear: " Monday's be cancelled, go back to bed"

Friday, 10 April 2015

Aku bukan penulis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selesai mencetak sebahagian projek hobbiesart yang masih belum selesai, aku termenung, belek home bloghijau. Kesian, day by day hendak update sudahnya youtube juga yang dilayan, running man, Song Jihyo, belek Instagram balik semula, tiba-tiba log out terus, ignore kembali membuat fulltime job, aku seorang surirumah, kesian.

Bila mengenang iklan nuffnang yang sentiasa running, terasa semangat hendak taip entry tapi apa yang hendak diceritakan pun entah, asyik cerita pasal kerja surirumah tangga, macamlah orang lain tidak buat kerja yang sama, hendak cerita pasal trio sahaja, pun pening kepala juga. Banyak sangat peel trio ini, jadi bersimpang siur hendak cerita yang mana satu. Hendak cerita pasal suami? argh! suamiku bukan encik perfect 10. Tapi gelihati gak, tuan Erwandi boleh layan movie suamiku encik perfect 10, setia daripada mula sampai habis, bahaha. Aku tengok jejeling je sebabnya tuan Erwandi tahu bahawa, isteriku si ratu kpop. Aku lebih banyak menonton drama Korea berbanding drama melayu. Ini serius.

Sebenarnya aku terharu bila nampak komen di entry bloghijau atau pun blogoren, aku menghargai semua komen lebih-lebih lagi komen yang menyatakan suka dengan gaya penulisan entry bloghijau. Aku bukannya seorang penulis, cuma aku suka menggunakan bahasa atau menggunakan perkataan lengkap ala-ala menulis novel. Sesuailah dengan satu hobi lagi selain hobbiesart, membaca novel. Aku hanya menggunakan skill mengarang dan menyusun ayat yang telah diakui oleh seorang guru Bahasa Melayu pada tahun 1996 dahulu, karangan bahasa Melayu aku pernah mencecah 93% dengan hanya mempunyai sedikit sahaja kesalahan tatabahasa. Mungkin bakat aku berjaya dicungkil oleh cikgu Wan Basri menjadikan aku seorang yang suka menulis. 

Salah satu cita-cita aku juga ialah menjadi penulis, sesuai dengan perangai suka berangan aku menulis cerita pendek, cerita yang aku suka ubah bila menonton drama, dalam buku latihan sekolah yang tidak habis digunakan. Entah, aku suka menulis cerita merepek ikut suka kepala hendak fikir apa. Betul, aku seorang penulis diari paling tegar satu tika dahulu sehingga sekarang. Aku tulis cerita, aku baca sendiri dan aku simpan. Tiada langsung berniat untuk di komersialkan sebabnya aku masih banyak kekurangan.

Aku suka menulis pantun juga, aku suka menulis sajak juga, cuma sajak yang tidak berapa hendak berbunga bahasanya, sajak frust paling selalu. Tulis dalam diari dengan tulisan dihitam besarkan, kadang sampai koyak kertas, terus buang dalam tong sampah then pergi bilik air, menangis bawah cucuran air. Aih! perangai. Lepas tu, aku sudah tidak frust lagi.

Bila sambung belajar, aku mula diperkenalkan dengan blogspot. Seorang kawan memperkenalkan. Aku tidak mahula share blog yang sebelum bloghijau, skema tahap maksima, hahaha. Aku menulis dalam bloghijau dengan cerita hanya berkaitan aku. Aku dan kejadian-kejadian sekeliling. Kisah emak-emak sahaja, kan sudah kata aku bukan penulis.


No caption!

Terima kasih kerana sudi membaca bloghijau yang tidak seberapa ini, terima kasih sebab sudi kawan dengan aku, terima kasih kerana masih setia, terima kasih kerana menerima aku seadanya, terima kasih-terima kasih dan terima kasih. Muahciket!

Jeling jam, eh! sudah 10:25am, sekejap sahaja masa berlalu, mana Ersyad Arrizqi ni tidak bangun lagi. Aku hendak sambung projek hobbiesart sekejap sebelum hero super comel tu bangun. Sekian sahaja entry untuk hari ini. Jumpa lagi, daaaa...

Thursday, 2 April 2015

SONshine.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hujan rintik-rintik, air bergelora...
Ahaaa, bukan air bergelora hati emak yang bergelora. Gelora di hati emak, anak kedua sahaja yang mengerti. Mengerti dan peduli, that's my abang Adli atau dipanggil Arrizqi dengan panggilan abang Aie. Abang Adli, si manja, si aktif, si perajuk, si pengalah, si sopan. Akan tetapi bila sahaja disebut anak lelaki, secara automatiknya akan membuat emak pusing kepala 360 darjah.

Bila kemarahan emak tahap maksima dengan kenakalan lelaki-lelaki ini makanya, emak akan diam seribu bahasa. Kebiasaannya abang Adli ialah yang paling cuak bila emak diam. Dia risau bila emak tidak penuhi segala permintaannya, buatkan susunya, mencari bantal busuknya, memberi makannya, hahaha. Jadi, dia sentiasa menjaga hati emak pabila emak naik marah, abang Adli bawa diri jauh-jauh atau berlawan dengan Arrizqi tanpa diketahui emak serta mengaku secara jujur bila sudah tahu kesalahannya.

Seorang lagi yang meningkat naik ialah Arrizqi, ini ialah pemujuk nombor satu milik emak. Arrizqi, ikut perangai tuan Erwandi barangkali. Dia suka pegang pipi emak dengan dua tangannya dan kiss. I got a kiss-I got a kiss, hiihiii. Sweet Arrizqi bila sudah pandai berlawan cakap dengan abang Adli. Arrizqi peniru nombor satu abang Adli, sampailah abang Adli sendiri naik stres.

Arrizqi si pengusik, dia tidak mudah takut sama ada dengan abang Adli atau pun dengan kakak Auni kerana Arrizqi tahu, dia perlu baik dengan abang sebab hanya itu sahaja kawan yang dia ada bila kakak Auni ke sekolah dan Arrizqi juga tahu, kakak Auni sentiasa akan back-up baik punya, jika dia terbabit dengan kesalahan-kesalahan di luar jangkaan emak. Lagipun, emak tidak akan marah dengan Arrizqi.

Sebut tentang lasak, ye sama sahaja dengan anak-anak lelaki yang sebaya. Emak juga sudah sedikit lega pabila Arrizqi dan abang Adli sudah tahu mendengar arahan-arahan emak. Arrizqi sangat pandai mengambil hati emak, dia tahu macam mana hendak elak emak naik marah. 

Baik abang Adli mahu pun Arrizqi, keduanya emak bagi sama rata. Sudah kalo menghuru-harakan emak pun korang join venture, pe salahnya emak bagi sama rata. Satu yang emak fed-up, apabila korang berdua kalah dengan kakak Auni dalam sesi merebut channel tv. Kakak Auni sudah tahap kanak-kanak pintar dengan rancangan pendidikan sahaja. Hero emak sukakan ultraman, power rangers, superhero lain, hrmmmm... Hendak sangat emak join kan? satu- tutup tv, dua- tengok korea, tiga- gaduh sahaja, emak jadi pengadil (tengok sahaja). 


Jiwa dan hati.


Petunjuk Kesyukuran.


Rezeki Keadilan.


Mereka bukan kembar, jangan konpius.

You are precious in every way, the sunshine in my day, the joy in my soul, and the love in my life - mom. Saranghae.  

Apapun emak tidak kisah pun korang hendak buat apa, jangan ada yang cedera sudah. Emak tahu bila masuk tidur korang akan cari emak punya, masing-masing berebut pangku, masing-masing hendak pelukan emak, masing-masing hendak menyelit dengan emak, that's my sons. Kakak Auni tidak geng sangat dengan emak, dia sayang tuan Erwandi lebih sikit, hehe.

Ok, sini dulu entri hari ini, sedang berusaha untuk rajin update bloghijau ini, kesian menyepi sahaja. Wahai rakan-rakan blogger ku sekalian, aku rindu kamu semua. Jumpa lagi, daaa...