Saturday, 21 March 2015

H.O.M.E

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ke mana cuti sekolah? Eh, mestilah berjalan jauh-jauh, bercuti di ruang tamu yang ala-ala hotel taraf lima bintang, siap tilam selimut, bekalan makanan, televisyen dengan rancangan-rancangan menarik, jangan lupa barang-barang mainan sebagai hiburan tambahan. Pagi, tengah hari dan petang kita main, makan, menonton dan kita tidur. Bekalan habis, kita order sahaja.

"umiii, hendak makan aiskrim" atau,
"umiii, saya hendak makan nasi" atau,
"umiii, nak air" dan order apa sahajalah, in shaa Allah layanan 1st class tanpa prejudis. 

Bosan sudah di ruang tamu, jom kita berjalan ke aktiviti yang mengeluarkan peluh, lompat trampoline, jangan lupa alas lantai dengan bantal untuk keselamatan, dan menyanyi lagu "monkey jumping on the bed". Bila sudah letih, turun semula order air. Jangan risau bilik bersepah dan alas katil yang sudah hilang ke mana.

"umiii, kakak buat" atau,
"adik Arrizqi yang lompat" atau,
"abang yang buat tadi" dan kumbah je la macam mana pun, in shaa Allah akan dikemaskan dengan baik-baik kembali seperti asal.

Berehat barang seketika jom kita pergi main lagi, sayang cuti sekolah ini dihabiskan dengan berbaring-baring tanpa faedah. Kita ke halaman luar main basikal masing-masing ala-ala pergi taman, ada buai, boleh main gelongsor dengan cermin kereta tuan Erwandi, berangan merempit bawa girlfriend dengan motosikal tuan Erwandi, boleh main pondok-pondok guna pasu kecil dan tanah pokok bunga tuan Erwandi, boleh mancing ikan di akuarium juga milik tuan Erwandi, muahaha. Main sahaja sampai berpeluh, nanti akan ada orang panggil pulang ke hotel untuk mandi, tandanya masa bermain sudah habis. 

Sudah berpeluh, sudah berehat? jom-jom kita ke waterpark pula, buka baju siap-siap, buka je pampes tu, tidak mengapa kerana kita-kita aje. Mainan tambahan jangan lupa, nanti kita hendak main buih, hendak berenang, hendak berendam dalam baldi, kita nak meluncur air di lantai, wiiii! main air sambil menyanyi, main pondok-pondok, habiskan satu tiub ubat gigi, berus gigi patah dua buat kacau buih, sabun lembik direndam lama untuk buih yang banyak, seronoknyaaa. Cukup masa, rambut wangi, badan sudah sabun, kaki sudah gosok ok jom keluar bilik air, tangan dah kecut badan sudah sejuk, don't worry, ada orang akan kemaskan bilik air ni nanti. Kita ada tiga bilik air, lepas ini boleh mandi di bilik air lain yang bersih. 

"umiii la kemas, tangan saya tak sampai" atau,
"cepatla umiii, saya sejuk ni" atau,
"umiii buat la saya dulu" puas mandi? puas main air? lapar tak?

Lapar, sudah have fun satu hari haruslah lapar. Jom ke restoran 1st class, order apa yang perut rasa mahu makan. Sambil tunggu hidangan kita main lagi, selongkar kabinet pinggan mangkuk. Owh! pemilik dapur restoran ini memang terbaik (muehehe). Buat je apa sahaja, beliau memang tidak akan berkata apa-apa, keluarkan satu kabinet cuma jangan ambil yang kaca, bahaya. Hidangan siap, kita makan, lepas makan kita balik hotel dan tidur. Jangan risau bekalan lain-lain, in shaa Allah, ada punya. Balik hotel semula, kita main lagi sampai tertidur. Kan seronok cuti sekolah kita dengan aktiviti. Percutian lima hari-lima malam sudah tamat, perubahan aktiviti tertakhluk kepada keadaan cuaca, jika hujan lebat makanya aktiviti indoor sahaja akan di sempurnakan. 


There is nothing like staying at home for real comfort by Jane Austen.

Hurey! cuti sekolah sudah habis. Emak suka-emak suka apabila kurang sedikit rasa hendak menjadi naga. Hip-hip hurey! sambil tangan di bahu dan buat muka menyampah, hahaha. I'm a stay at home mom, stop comparing your fulltime job and one kid to my life, peace! Sekian sahaja untuk entry percutian kami pada kali ini, sekian terima kasih dan jumpa lagi, daaa.

Sunday, 15 March 2015

Tahniah mamaMikhail 3.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kejutan!!! Ahaaa tengok tajuk tu sampai 3 siri cerita kakak kesayangan aku ni. Laaa korang tidak percaya ke? betulla, ini benar-benar terjadi. Terkejut tak - terkejut tak? hihiii.

Cerita tentang mamaMikhail atau kakEda sudah banyak sangat dalam bloghijau, dia bersalin, dia beri hadiah, dia datang melawat, dia berkerja, dia keluar untuk outstation, dia sentiasa ada bila aku perlukan telinganya untuk luah perasaan, dia jarang tidak reply apabila aku menghubunginya sehingga aku menyenarai pendekkan namanya, dirinya dalam kakak dan adik beradik terbaik yang aku ada. Betul, she is so caring and loving person. 

Ini, drama tentang pertemuan kami yang pertama. Raya dan aku sedang menunggu hari untuk bersalinkan Adli, menggigih menggagah datang untuk berjumpa dengannya. Sila baca dengan penuh perasaan untuk mengembalikan nostalgia, muahaha. MamaMikhail yang sangat happening dan bercakap tanpa henti.[link sila klik tanpa segan].

Berhenti di situ sahaja? Andweih (tidak!!!). Mestilah ada rentetan persahabatan sehingga entry hari ini boleh muncul. Alamak cepat taip hampir ke jam 12mlm, nanti sudah tidak valid, hehe. Masa dia dok kalut, heboh dengan stress dia pregnantkan yang nombor dua, tiba-tiba aku pangkah dia dengan aku pregnant nombor tiga, bahahaha. Alaaa ini cerita kelakar aku 3 tahun lepas, mesti tersemat dalam ingatan yang setia membaca bloghijau ini, makanya dengan rasa suka gembira kami sama-sama berkongsi rasa sehinggalah aku yang bersalin dahulu diikuti dengan dirinya. tahniah mamaMikhail [link sila klik tanpa segan untuk nostalgia].

Bila masing-masing meneruskan penghidupan, dia memberi khabar gembira bahawa dirinya pregnant yang ke tiga, big clap for you sis. Proud sangat-sangat, you are so strong sis. Love u. Tika ini aku ialah penyimpan rahsia paling setia. Steady je dengar keluh kesah dia, aku tukang dengar pula kali ini, but kakEda ini bukannya suka sangat hendak mula cerita melainkan dia benar-benar sudah tidak tahan lagi. Akak, kita sentiasa ada untuk pinjamkan telinga, don't worry. Aku pegang rahsianya sehingga dia sendiri yang umumkan kelahiran hero keduanya, tahniah mamaMikhail2. [link, kakEda mesti hendak baca ni kan?]


Sekarang, aku perkenalkan yang terbaru fresh keluar daripada rahim, comel tak-comel tak? Selamat datang baby. Hero ke tiga, merangkap anak kakEda nombor empat, alhamdulillah. Syukur pada Allah, rezekinya melimpah ruah. Aku rasa hendak menangis bila kakEda kongsikan gambar baby ini. Selamat dilahirkan dengan berat 2.8kg pada jam 10:24pg pada tarikh 15.3,15 di Naluri Wangsa Maju. Semoga mama dan baby pulih dengan cepat. Alhamdulillah. Baby rahsia juga ni, sama kes dengan anak nombor tiganya, eeeee geram. Rindu sangat ngan baby-baby ni.

Ini yang nombor dua, kakOnat...tembam.


 My favourite ni.


Dedek, anak kakEda yang ketiga.


Tentera-tentera kakEda. Angkat senjata-angkat senjata!!!

Ok, just doakan mereka lekas pulih untuk menjalani rutin harian. KakEda, hwaiting!!! (fighting, berusaha). Inilah, hero-hero kesayangan kakEda, plus satu princess yang saaangat comel. Aku sudah lama jatuh hati dengan si princess yang aku panggil Donut tu. Tengokla tu, rambutnya, keletahnya, mukanya, eee nak cobit pipi sket, boleh? hiiii.

End, tahniah kakEda, tahniah my beloved sista. Sayang kamu selalu, muah-muah-muah! Sekian entry kejutan untuk malam ini, jumpa lagi di lain entry. Daaa....

Be happy, be yourself. If others don't like it, then let them be. Happiness is a choice. life isn't about pleasing everybody.

Friday, 6 March 2015

Lelaki ini.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

A mother who has a son who does hard for her is happier than a king who rules the universe - Alex N. 

Sejak Arrizqi lahir, kisahnya membesar sangat kurang. Bagaimana emak terskip rutin pemeriksaan semasa mengandungkannya begitu jugalah kisah dia bagaikan tidak ada dalam bloghijau ini. Kata "tentang emak dan tiga askarnya" makanya hari ini emak kisahkan tentang Arrizqi.

Ye, anak ketiga emak yang paling bertuah, paling noti, paling kuat mengusik, paling drama dan paling manis bila buat muka. Buatlah muka apasaja, emak rasa hendak picit-picit sebab geram terlampau, hahahaaa. 

Norersyad Arrizqi, suka dengan bola dan juga sudu plastik. Habis satu set sudu plastik ikea emak dikerjakannya. Suka menyakat abang Adli tahap maksima punya sakat. Lagi abang Adli menangis, memberontak, mengadu, lagiiila Arrizqi sakat. Perkara yang paling abang Adli tidak suka ialah, Arrizqi datang mengganggunya bermain,

"abang.." suara sederhana ala manja. Abang Adli dengar dan tidak sahaja.

"abang...!" suara kuat sedikit tetapi abang Adli hanya bagi jelingan tajam tanda "jangan ganggu".

"aaaabaaangggg!!!" Arrizqi sudah mula tidak sabar, dia tidak dilayan. Datang pantas, curi bantal busuk abang Adli. Ambil dan bawa lari. Kali ini abang Adli naik marah, ambil balik bantal busuk, tolak Arrizqi.

"jangan kacau abanglah, adik!" Amaran abang Adli keras nadanya dan sambung balik bermain. Tetapi Arrizqi belum puas hati. Pergi semula kepada abang Adli. Bedebuk! sebiji buku lima Arrizqi kena belakang abang Adli.

"kannnn..." Arrizqi bagi debik, Arrizqi juga mengejek. Muka cebik, geram hendak menangis.

"aaadikkkk!!!!" abang Adli bagi debik juga tambah menolak jatuh Arrizqi. Kali ini wwf, haih! bila sudah anak jantan. Cara selesaikan masalah pun ala jantan juga. Siapa menang? Emakla menang, kena masuk campur sebab lelaki ini bila bergaduh, akan cari emak akhirnya. Abang Adli mengadu, Arrizqi minta pujuk walhal dia sendiri yang mulakan dahulu sebentar tadi. Pening!

Bila mood Arrizqi baik, Arrizqi akan kawan dengan siapa sahaja, kongsi mainan, kongsi makanan, malahan Arrizqi sendiri akan mengajak orang bersama dengan dia.

"abbeey, makan" bila Arrizqi sudah di meja makan.

"umeey, mandi ar" bila emak sudah selesai mandikan Arrizqi.

"abang, turun. yobocarpoyi" ajak abang Adli tengok robocarpoli. Banyak juga kartun lain yang Arrizqi suka. Hei! dia tahu menyanyi juga tau. Paling Arrizqi suka Park Ji Yoon, lagu beep dan dance yang rancak-rancak bila lagu best. Jika ada tuan Erwandi, emak, kakak Auni dan abang Adli ada di ruang yang sama dengan Arrizqi, sambil duduk atas pangku emak mulutnya riuh. 

"tu abey, tu kakak, tu abang, adik, umey" biasanya emak dapat free kiss la. Arrizqi jika melepak bila ada emak, memang akan pilih pangku emak melainkan sendang sibuk bermain atau tidur. Tahun ini, Arrizqi sudah pun tiga tahun, menjawab soalan cepuemas emak tanpa prejudis.

"kakak hendak baby girl, abang Adli tidak ambil port, Arrizqi hendak baby?" satu hari emak bertanya depan tuan Erwandi.

"naaaanak!" atau taknak. Sepantas kilatnya dia menjawab, hahaaa. Ok, tunggu si lelaki manja ini indipendent baru boleh ada adik, kotla.

Arrizqi membesar sebagaimana dengan anak-anak yang lain, berbanding abang Adli, Arrizqi lebih pantas belajar sama dengan kakak Auni. Arrizqi suka buat kerja yang emak tidak jangka sama dengan kakak Auni. Tumbesaran Arrizqi yang laju membuatkan emak tidak sedar Arrizqi sudah besar. Walaupun tidurnya bertemankan tangan emak, Arrizqi berani sedikit berbanding abang Adli. Bermuka selamba, buat kerja ikut suka. Apapun, semoga bayi rezeki emak, Arrizqi terus membesar dengan sihat.














Ok, emak hendak sambung kerjarumah, buat sarapan dan sidai baju. Jumpa lagi entry lain kali, take care dan selamat hujung minggu. Daaa...

Wednesday, 4 March 2015

Satu hari di bulan Februari.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang Mac, masa berlalu dengan sangat pantas. Emak baru sahaja menghadiri Mesyuarat JPTP kali pertama sekolah kakak Auni. Tahun ini merupakan tahun kedua kakak Auni dan emak terbabit dengan tabika perpaduan. Dan yang mengharukan apabila sekali lagi emak dilantik memegang jawatan yang sama dengan tahun lepas. Mungkinkah akan membawa ke tahun hadapan, (abang Adli, 5 tahun) dan seterusnya abang Adli 6 tahun, manakala Arrizqi 5 tahun dan tahun seterusnya Arrizqi 6 tahun, haih? jawatan ini bagaikan ada kuasa pelekat.

Emak sudah menyamar sehabis daya, tshirt superman dan tracksuit dan shawl ala budak-budak sekolah dengan harapan hanya ingin menjadi dibelakang tabir sahaja. Rupanya, ada yang sudah mencari dan mempasti akan kehadiran emak, haish! Alam sekeliling bagaikan hiruk pikuk apabila cikgu kakak Auni sendiri, bekas pengerusi JPTP dan ajk terus menunding jari kepada emak yang sedang menyorok baik punya. emak dikenalpasti. Itu ialah semasa sesi perlantikan jawatan dipilih.

Hari menyuarat pertama tiba, emak dengan skirt, kemeja dan aidijuma serba keunguan dan wangi pergi sekolah kakak Auni dengan dihantar tuan Erwandi. Sudah sampai sekolah terasa diri terserlah, over melebihi cikgu kakak Auni. Hendak buat macam mana, pergi pasar dan hantar, ambil kakak Auni pun emak kemain dengan baju kurung, shawl dan kasut blink-blink. Beg tangan sahaja emak malas pikul, hanya bawa Sophie Martin, Paris (ala-ala, clutchbag). Macam biasalah mesyuarat serius mula-mula sahaja, dek kerana emak datang single tanpa bodyguard makanya bebas untuk bersembang dan bergelak ketawa, hilangkan kebosanan.

Tambahan lagi, ada pula kawan emak yang volunteer hendak hantarkan balik nanti, lagila berat kaki mahu pulang sehingga tuan Erwandi hantar wechatt untuk bawa kakak Auni ke klinik, abang Adli dan Arrizqi potong rambut. Sempat emak selit ke kedai beli barang dapur ni, hahaa. Taktik.

So sambil menanti tuan Erwandi, masih lagi berborak dengan cikgu kakak Auni, satu pujian yang emak tidak sangka.

cikgu 1: suami kakak ni handsome tau. 

cikgu 2: iya?

cikgu 1: inspektor polis, tak caya tengokla nanti.

Emak rasa macam hendak menyorok belakang tiang saja. Macamlah nampak tuan Erwandi dalam kereta yang berhenti depan pagar jauh nun. Tidak lama kemudian, dengar jerit pekik trio yang emak pakaikan kuning sebelum pergi tadi. Kecoh kejap kawasan tabika tu, semuanya bagaikan sehari suntuk tidak berjumpa dengan emak. Sabar je la.

Dalam perjalanan ke klinik, emak berfikir mahu beritahu atau tidak. Beritahu atau tidak akhirnya.

Emak: ayang, cikgu 1 kata ayang handsome.

Terdengar dia terbatuk perlahan, ternampak dia tersenyum macam kambing malu-malu.

Tuan Erwandi: memang handsome pun....

Haish! hahahahahaaa...masa ini emak buat dengar dan tidak je sebab, yang di tempat duduk belakang lebih havoc mengalahkan suara emak. Macam-macam spekulasi bila di bawa keluar berjalan, macam-macam tekaan bila dipakaikan cantik sedikit. Abang Adli kata, baju ikut atau erti kata lain, baju cantik yang khas untuk outing. Layankan je la.

Berkat keluar dengan emak dan abi agaknya, maka dapat juga makan ais krim rerama matcool. Memang cool la, dengan cuaca panas. Terkocoh-kocoh makan aiskrim sebelum tuan Erwandi berhenti di kedai gunting rambut. Akhirnya, abang Adli dan Arrizqi berwajah baru. Lebih kpop (ahahah nak jugek).







Emak dan anak-anak-anak.


Sekian sahaja cerita satu hari di hujung minggu. Bosan je kan, takde pun drama best-best. Kehidupan emak yang biasa-biasa sahaja, wiiii...