Thursday, 28 January 2010

pemberitahuan

ergh!!! dorang ni saje dengki kat aku, dorang ni saje je tak bagi aku melawat kawan², dorang ni saje je tak bagi aku berfoya-foya...ups!!!

aku tak boleh access dgn apa cara sekalipun blog aku kat opis, dorang telah menglimitedkan penggunaan internet utk kerja-kerja-kerja!!!

so aku hanya boleh menjengah dan membuat semua aktiviti berkomputer setelah memastikan, 1) cik auni tidur. 2) aku siap masak. 3) aku setel kemas rumah. 4) aku siap jemur baju-kalo mr.abi dah siap basuh. 5) aku kemaskan beg cik auni.

erm...so bila dah lekat kat pc ni, makanya mata aku pun hampir² je nak lelap, tapi gagah gak jengah sana sini tinggal komen sesuka hati, jengah ikan, tengok kebun kat FB - wiwit!

kepada kawan² yg tak de komen or tak de lawatan aku tu, mintak mahap bebanyak la yerk...aku akan cuba gaks melawat :p

sekian terima kasih...

Tuesday, 26 January 2010

ini n3 cik auni!!!

mr.abi suka membaca walaupun membaca komik, aku suka membaca majalah, kami berkongsi hobi yg sama masa dulu, membaca dan mengumpul komik, tapi aku dah kurang baca novel tebal dan komik sejak ada cik auni, tak de masa. sebab cik auni lebih menarik utk aku habiskan masa dari membaca.

dan...kegemaran kitorang telah diturunkan kepada cik auni...tengok ajelah aksi nya tanpa dia perasan dia sudah kena zooming dgn aku...

comelkan? dgn jari dan drumsticknya tu, sampai terselak-selak skirt :) baru nak start membaca...

sedang membaca dgn kusyuknya, bila dpt buku semua mainan dia tak heran...terkial-kial nak selak buku tu, biarkan je malas nak tolong :)

ok...dah habis! pe pulak dia nak buat...tunggu!

laaa...isk! isk! isk! anakku ini!

aku telah tekantoi sbb snap gambar dia sdg membaca...dan aksi seterusnya,

sdg menungu giliran utk mandi, cik auni sdg memujuk mr.abi utk memandikannya...

cik auni : abi...mandikan oni (buat muka kesian)

mr.abi : oni mandi dgn umi, abi mandikan oni nanti je!

cik auni : jomlah abi...mandikan oni!!! oni nak main air, ngn umi tak bule, umi tak bagi...(memujuk rayu mr.abi)

umi : pe oni? ye la...kang lama² dlm bilik air tu, demam, awak tu baru baik demam...

cik auni : alamak!!! kantoi sudah...umi ada kat blakang ek bi?

mr.abi : tgk la sendiri...

cik auni : hi...umi!!!

cik auni : erm...meh la umi, umi mandikan oni...air sejuk la :) nanti gigil!(alasan cik auni, setelah tertangkap, dia buat muka serba salah...tgk tu!!!)

*** aksi ini di rakam dia Kota Tinggi, Johor :) ***

Wednesday, 20 January 2010

kereta baru

ala...baru tinggal tak sampai seminggu dah naik habuk kat blog ni, fffuuuuh! bukan malas tapi takde masa, kat opis tenet slow so tuk blog walking amatla terseksa rasanya lelebih lagi blog korang yg superb² tu, terhegeh-hegeh rasa nak hentak je, bila blog walking kat rumah plak, dah sibuk ngn anak, dah tu ber'buku muka', sesedor dah time for sleep. sorry! sorry! sorry! (mcm ramai peminatkan?)


cik auni demam, tapi...macam nikah rupa dia demam? nampak happy je kan? hakikatnya memang dia demam, tapi badanya tak sepanas malam tadi, kira dah ada unsur² nak baiklah ni, demam nak besar gittu...


mr.abi beli kereta baru??? hah! ooo...bukan-bukan! kereta mr.abi (aku ada kereta sendiri ke?) ahaha! berwajah baru. mesti korang ingat kelisa mr.abi yg telah aku kemikkan pintu belakangnya serta calarkan. skrg kreta tu dah dipindahmilik sepenuhnya kpd mr.abi, lalu dimodified dgn senang hatinya :p

bila aku tau harga nak jadikkan sebegini, rasa mau pengsan ooo...sungguh mahal! aku pun try menanya soklan cepugangsa yg mmg aku tau apa balasannya.

aku : boleh umi pinjam kelisa tu bi?

mr.abi : TAK BOLEH!!! nanti umi celet kat tiang...


wakaka!!! pe taknya, sejak aku drive waja ni, dua kali aku sagat kat tiang, dua² belah kanan lak tu :p serik kot dia nak bagi aku drive, tu pun sebab aku keje jauh dia lak malas nak bgn pagi antar aku, hati pasrah je serah waja kat aku. ngehehe!

aku pun tak nak dah bawak kelisa manual tu...biasa ar, dah biasa ngan auto katakan!!!

*** tak yah riso berhenti kat bukit ***

Sunday, 17 January 2010

godek & bodek

godek? menatang apa tu? bukan binatang ok, ianya perkataan yg sama kategori dgn menilik atau meneliti atau membuat pemeriksaan. bagi aku la, bagi orang lain aku tak tau.

aku mencari apakah punca tetikus aku tidak lancar berfungsi. sakit hati dan bengang rasanya bila cursor kat papan skrin pc asyik tak tak tentu arah macam hilang haluan hidup. kerja yg senang pun boleh jadi lembab dan tak siap². aku memang nak je tukar ngn tetikus kat rumah (mr.abi punya) kang glamour plak berwarna-warni dgn lampu merah dan biru. isk! rasa nak mintak kompeni tetikus yg baru je tau.

akhirnya aku mencari punca, tak sia² amek kos penyelenggaraan komputer akhirnya tetikus zaman batu itu aku operate. hah kau! patutlah setebal-tebal habuk dan daki ada kat dlm tu. amek masa gak ar nak membersihkannya sambil di bebel oleh cik ma.

bodek? korang mesti tau nyer apa itu bodek...

aku guna alasan nak cari baju cik auni, bila mr.abi ajak keluar berdating. hahaha! pe lagi JJ taman Maluri kitorang terjah, 4 pasang (1 baju tido, 1 gaun, 1 skirt+tshirt, 1 seluar+tshirt) tuk cik auni, hah! beli baju menggantikan baju yg dah tak muat. sporting la mr.abi, smua dia yg pilih. cumey je tau!


beli barang dapur kat Giant Taman Counought (tak sure ejaan nih!), hah! ini hasilnya...actually sikit je, tapi pampers cik auni ni, sampai 3 bungkus mr.abi beli. ikutkan hati dia, smua brg nak beli stok paling besar tapi aku plak yg gerun. mikir mcm mana nak hangkut naik tingkat 11 pulak. terus tak jadi dia amek. sebab dia yg kena angkat. tau la rasanya.

*** paling banyak dah tentulah barang cik auni sesaja. gambo cik auni tak dok, asyik dia je interframe, kang orang jemu lak ***

Saturday, 16 January 2010

anak umi

ahah! asyik cakap cik auni ni anak abi je, tak syiok ooo... cik auni pun anak umi jugak, macam kata kak Nida, dia akan menjadi anak umi apabila, berak, pakai baju, nak makan, nak tido dan bila melalak tak tentu arah :) hrm...selain dari tu memang abi la.

ni la yg aku malas bila snap gmbo ngn minah ni, orang tanya 'anak ko ke sya' ergh! frust tol aku ngan soklan tu, tapi bila aku telek mmg takde iras ngan aku langsung. waaa...lagi sedey orang kata 'betul² macam wandi masa kecik, wandi junior!!!' pergh, lantak la. yang penting dia memang real kuar dari rahim aku, aku yg bawak dia walaupun sampai 35minggu je. hehehe! cayalah sayang umi :)

tengok-tengok tangan dia kat mana tu? nakal, puas sudah aku nenyorok nak perangkap dia sedang mengemas CD drama korea aku tu, tup! tup! terkantoi...sengih memanjang. sebelum dia berguling kat tempat tu dia tido, merengek je pastu diam, tengok² dah mengiring. hahaha!

*** puas aku melayan dia main ***


Wednesday, 13 January 2010

anak abi


hi...sape nak tengok anak bapak??? the real anak bapak mr.abi and cik auni, aku memang suka snap gambar dua orang cinta hati aku ni bila posing tido. ianya akan terjadi dgn sendirinya tanpa aku mengubahnya, biasalah

"oni dah besar la umi" kata cik auni dgn selamba sambil mengiringkan badannya. hahaha!!!

cik auni akan ketawa riang bila mr.abi balik dari opis, dari menangis meraung-raung terus boleh ketawa dgn riangnya bila nampak mr.abi. waaa...

*** actually aku agak buntu hari ni, kerana memikir aku tak balik Johor dah hampir 2 bulan...waaa!!! ***


Monday, 11 January 2010

lama & baru

apa² je tajuk kat atas tu kan? hahaha!!! sebelum n3 tu muncul, mcm biasa lebih dahulu n3 cik auni akan interframe...tara!!! budak cute ini sudah semakin menakal dan macam². sabtu hari tu punch card mcm biasa...aku pun mulanya tarik muka 18 hahaha! tak aci, dah sebulan lebih aku tak balik Johor, waaa...tok mama cik auni pun dah meraung-raung (ye ke?) hahaha!!! sbb rindu kat cik auni...

wah! wah! wah! riang gembira dia bermain dgn cik su...cik su mmg suka layan cik auni, kata umi tok setiap minggu cik su bertanya 'mana auni???' sampai pening mak su ngn umi tok nak menjawab...cik su makin besar, makin cute dah pandai memujuk rayu, mmg sayu hati kalo tak tunaikan...main sambil diawasi mak su...

ok dah abis citer masuk plak n3 seterusnya...

aku pindah, bukan pindah rumah ler...tapi pindah opis. nuuhaaa...jauh sikit dari Petaling Jaya ke Bandar Utama, hari² la aku kat OU tu nanti, dah mmg sekangkang kera je dgn opis baru aku ni. waaa...kena mintak naik gaji ni.

selamat tinggal Phileo Damansara *sob*sob*sob

baru je sampai opis baru dah aku buat tanda kat si waja gagah berani, dah nama waja, aku pun dgn gagah beraninya menyagat di tempat yg sama dgn sagatan ku sebelum ini, habis tercedera si waja tu, tak de gambo takut nak amek, gigil wooo...menjawab la aku ngn mr.abi waaa!!!

ini la aku yg perasan hahaha!!!

tempat duduk aku yg tidak seceruk sebelum ini, haaa...terbuka la sikit pemandangan aku yg sebelum ini jauh dari tingkap...tak payah aku bersusah payah tanya jabatan kaji cuaca (miss biha) hujan ke tak...dah boleh tengok terus dari tempat aku duduk. nak terjun tingkap pun boleh...hahaha!!!

so...kepada aku selamat datang ke suasana baru. teruja beb!!!

*** technical department aku ni memang suka tingkat 6 gaknya, tmpt lama pun tingkat 6 jugak***

*** pssst!!! mr.abi dah tau dulu sebelum aku sempat cakap...waaa!!!(diam dan insaf tak ingin nak masuk kat parking lot) ***


Thursday, 7 January 2010

...senyum seindah suria...


apa kena mengena senyum ngan suria? hahaha! ala...mcm dlm novel tu kan selalunya ada part, bila kau tersenyum semua bunga² berkembang mekar...novel jiwang ok!

aku suka senyum, baca novel pun aku senyum, layan hindustan aku senyum, baca blog org aku senyum, main facebook aku senyum, sampai tahap aku kena sawan senyum (acah je!)

tah, mmg aku dikahirkan menjadi org yg suka bersedekah dgn senyuman, sampaikan aku dapat gelaran ratu senyum masa skolah dulu, wakaka! (nasib tak dpt award)

kata salah sorang member aku masa aku belajar, aku dilahirkan dgn rangka atau raut wajah yg memang tersenyum, even kalo aku tak senyum org boleh perasan aku mmg ada masalah besar.

untuk sis-Lyaku, macam mana nak selalu senyum? kena la selalu berangan, hahaha! biasanya buat kat bilik air, bgn pg mnm air masak, masuk bilik air gosok gigi adap cermin, senyum...hati pun jadi senang. bila dah sudah mandi bersolek dpn cermin, senyum la lagi...untuk diri sendiri.

bila awal pagi hati dah ceria, so membawa la kepada kegembiraan sepanjang hari...tak gittu? barulah nampak muda selalu, kan???

*** opis aku bagai dilanda ribut dilaut, (nak pindah opis) aku masih maintain update blog ***

Wednesday, 6 January 2010

life is short so...make it sweet!

itu dia, bila dah start speaking London maka acara membebel secara tak tentu arah pun bermula, kat TV movie mulan sedang ditayangkan dan cik auni sedang menontonnya, sudahnya dia tidur...mr.abi dah pergi main futsal. malas i nak ikut tau, nanti bergosip je. hahaha!

actually tangah dok mengemas kinikan fail² yg telah porak peranda dlm pc milik mr.abi ni, agak banyak jugak harta yg mahal² milik mr.abi dlm rumah ni. ye la...aku baru tersedar. muahahha! lantak, dah ada kesempatan, guna je la. i'm his lovely wife ok.

dlm pada dok delete fail sana, pindah fail sini, terjumpa gambar yg sangat kenangan dan agak kontroversi (ko call la aku kalo nak tau lanjut) bagi aku but, i love this pics. buat cik Aqies dan cik EbiQ love both of u, i miss this momment too much ok.


aku kenal ngn cik Aqies ni, ergh aku lebih suka panggil dia makcik, haha! aku kenal kat bus stop depan opis, see betapa pentingnya hidup berkawan? let me think, rasanya makcik ni yg tegur aku dulu, and start onward, everyday aku akan breakfast, lunch, balik kerja dgn dia. merayau-rayau ke Masjid Jamek, Sogo, kedai buku, buat facial, Sg Wang, Puduraya, mana je kaki rasa nak pergi kitorang akan pergi. then, sehinggalah bertemu dgn cik EbiQ. semua dgn makcik. love u la makcik. actually, banyak lagi memori dgn makcik ni, kena buat buku...:p

dgn ebiQ, actually aku tak kenal dia sangat pun, sebab dia kawan Arbayiah (kawan baik aku jugak) aku sangat dah lupa, macam mana kitorang boleh jumpa balik kat KL ni, then start from this we all together. makcik dan EbiQ selalu jumpa sebab time tu ex-boyfren masing² training kat Jalan Semarak. (sorry to said) then aku pun sama mr.abi a.k.a tunang aku pun kat situ. walaupun tak selalu aku melawat tunang aku time tu tapi sekali datang, tak cukup tangan. macam nak berkelah.


saat paling aku ingat makcik ni, punya la dia lupa dia boleh criter pasal family EbiQ dgn aku, bajet macam aku tak kenal je kawan yg dia criter tu. hello kan aku yg kenalkan dia ngn EbiQ, hahaha! barulah dia tersedar.

aku sangat suka berkawan dgn dua org ni sebab, katalah apapun, buatlah apapun, diorang tak ambik hati, mungkin ada sikit sebab mulut aku ni agak lazers sikit, tapi dorang tahu itu mmg perangai aku, aku tak suka aku cakap, aku tak puas hati aku diam je. hahaha! boleh gittu...

kepada makcik, semoga terus success dalam menggapai cita² ok, kepada EbiQ, selamat menempuh kehidupan, tak lama lagi bergelar Puan macam aku. wow! aku la yg paling advance nampaknya...hahaha!

*** yg pasti senyuman tu tetap kukenang sehingga bila-bila. melayan kaki yg sakit tak baik² lagi. waaaa.... ***

Monday, 4 January 2010

ada jual kaki?

kat kedai spare part mana ada jual kaki? huhuhu! kalau la ada kan? kaki aku sangat sakit mcm orang yg tak pernah bersenam tiba-tiba kena lari 100meter, pergh! macam ada telur kat betis, goreng atau buat setengah masak mkn ngn kicap pun sedap, kenyang lagi....aku dah merapu mcm miss oren, (sorry ye fren, i mmg suka blog u yg merapu tu) wakakaka...

pagi tadi, aku mmg sangat-sangat menghindari peristiwa ini berlaku kpd aku, akan tetapi ia terjadi jugak, ku doa-doa setiap hari, akan tetapi terjadi jugak, lift rosak.

dgn beg sandang baju auni + handbag aku + cik auni 7.3kg, aku panjat tangga sehingga tingkat 14. bila ku bayang²kan semula, andainya perkara ini terjadi lagi, mmg pantas aku MC atau EL, sebab aku separa sedar bila sampai tingkat 10. nak pengsan, aku celik²kan bijik mata aku sebab aku dukung cik auni, sangat kesian dgn cik auni, dia pun penat, sampai terlentok kat bahu aku.waaaa.....aku kena kuatkan semangat.

aku turun balik smula, terasa melayang-layang, kaki aku m'gigil teruk, mcm tak rasa je tekan pedal minyak or brek kereta. owh! sikit lagi sampai opis. akhirnya aku sampai jugak, dgn harapan bila balik amek cik auni nnt lift sudah ok, kalo tak ok gak, huh! aku tggu smpai dia ok jugak. tak larat!!!

kesannya, mlm ni aku rasa kaki aku sgt sakit, aku nak gi cari tukang urut sebelum tido....wahaha! mr.abi la yg kena, pdn muka dia aku call tak angkat-angkat saper soh!

***byr maintenance bukan main ikut jadual, tak penah tak bayar, tapi mengapa lift masih lagi tidak berfungsi sebaiknya?***



Saturday, 2 January 2010

peninggalan 2009

entry pertama 2010, aku tak nak wish beria-ia sgt, sbb aku mmg tak suka menjelang tahun baru. sbb lagi umur aku akan bertambah lagi satu angka, adei this year i'm 26 already. tambah lagi 4 = 30. apa!!! 30thn...huhuhu! tapi aku tetap di gelar budak sekolah, waaaaa......

2009 adalah tahun yg meninggalkan kesan dan tanda seumur hidup aku, dan tanda itu akan aku bawa sepanjang kehidupan aku selepas ini. pergh! apa la tu agaknya kan?

semestinya la kesan pembedahan kelahiran cik auni, 2hb Julai 2009 akan aku kenang sampai akhir hayat. itulah kesan paling besar 2009, tarikh itu jugaklah yg menambah status aku dari isteri kepada umi. tarikh itu jugaklah yg merobah perjalanan hidup aku sehari-hari. tanpa cik auni aku pasti 2010 akan sama seperti tahun-tahun sebelumnya. cik auni penerang kehidupan seluruh keluarga aku. wah gittu!

apa aku harapkan pada 2010 adalah, semoga aku terus tabah dan sabar membesarkan cik auni, ergh budak ni makin lincah dan pantas, cepat je nak merajuk tapi dia juga seorang yg sangat peramah dan mesra, tak lupa juga pemalu dan teragak-agak bila pertama kali bersua muka. cik auni, harta paling berharga dalam hidup aku.

itu aje....hehehehe! so mari kita layan cik auni genap 6 bulan hari ini.

aku tatau nak cakap apa dah, bila dia buat muka cenggini!


mujur badan taff, kot tak mmg satu keje nak tarik dia dari bawah sofa tu...

tgk kaki dia, suka hati dia je naik atas rak tv tu...

*** aku harap 2011, adik kepada cik auni, cewah gittu....comel mcm cik auni jugak :) wiwit!!!***