Tidak tetap pendirian.

Thursday, 16 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mama aku suka ubah-ubah posisi kedudukan perabot di rumahnya, agaknya tabiat tu turun kepada aku pula, hahaa. Khabarnya orang yang suka ubah kedudukan sesuatu ini dilabel sebagai yang tidak tetap pendirian. Hrrrmmm, iyakan sahajala janji kita gembira dengan sesuatu yang lebih segar dan berbeza, tidaklah asyik menatap ruang lingkup dan pemandangan yang sama sahaja.

Belum genap sebulan, aku sudah dua kali ubah kedudukan sofa di ruang tamu, dua kali juga aku ubah kedudukan meja makan selain almari buku abi. Hahaa, bukan senang hendak melihat suasana sedikit berbeza. 

Betapa luasnya mata memandang. Lapang.

Ini kedudukan sofa duo, depan sliding door. Menjadi kegilaan Auni dan Adli bila letaknya di situ menjadikan sliding door kerap tersangkut dan tersekat [rumah lama]. Pelbagai gaya menarik digayakan, tahap panjat grill belah luar, sampai naik letih hendak melarang. Tambahan pula menghalang pengaliran udara baik untuk masuk ke dalam rumah, meskipun ruang sebelah meja makan menjadi lebih luas. Hrmmm, pusing balik kedudukan asal, sebelah meja makan.

Begitu juga meja makan, kononnya hendak lebih nampak kepenuhan dan memberi ruang luas tempat anak-anak bermain makanya aku alih berhadapan dengan almari buku. Tukar, tempat bermain dan meja makan. Bertahan hanya tiga hari je kot sebab Auni suka benar memanjat mengambil pen, pensil dan bersepah. Ergh! agak tough kat situ. Tidak dapat untuk mengawal bila Adli sendiri yang panjat meja. Alih kembali kepada kedudukan asal, biarkan sahaja begitu. Lebih nampak jelas sekiranya seseorang menyentuh buku-buku kesayangan abi. Akhirnya semua kembali seperti asal semula, hahaa.

Tenangnya waktu pagi sahaja. Askar bangun, memang tiadalah suasana ni. 

Aku berdiri di hadapan almari buku keluasan satu tikar buluh. Bayang je la betapa luasnya hendak mop tu kan. Dapur lagi, bilik lagi, atas? pengsan.

Biarkan sahajala lapang begini, lebih mudah udara baik keluar dan masuk, lebih mudah untuk memantau anak-anak bermain daripada menyentuh buku-buku abi. Juga, lebih senang jika semuanya menunggang kenderaan masing-masing. Lapang. 

Nota hijau: Rumahku biasa-biasa sahaja. Kata kakJue, rumah aku comel. Ada ke?
Nota hijau: Selamat hari guru kepada kawan-kawan yang bergelar guru :)

18 pasang kaki:

intandayani said...

boleh isi lg tu cha dgn deco lain

PUANSTOBERI said...

rajin la nak ubah2 kan..kalo akak mmg begitu je lah dia tersadai. huhu.
ada menda nak di deco pun dah setahun tersadai. adehh.. pemalas btul

Yantisa said...

dulu masa muda2 akak suka ubah susunan perabut dalam rumah ... bila dah berumur ni dah lebih tetap pendirian . Bagus juga sekali sekala ubah . Barulah ceria hidup.

Jue a.k.a Ibu 2F said...

yup...rumah yang kemas..
luas pemandangan

Mama Lynd said...

Luasnya rumah. Yang berjaya menangkap mata ku adalah plaster siling.. Santik..
Teringin nak letak emja makan kat ruang tamu jugak tapi biarlah lapang macam padang futsal supaya anak boleh berlari sesuka hati.

Gieyana said...

Luas umah ko..sofa kt sliding door tu mmg anak2 akan pnjt kn..nuce susur atur tbaru uols..:)

Nad MamaZN said...

Bestnye!
Beso ruang tamu!
Eyyy tak jemu memandang
Best best best!

shark said...

wahh..bersih umah kamoo..
saya suka..saya suka :)

shark said...

salam kenal dari saya :)

jaja_NorLiza said...

waahhhhh...luas nya umah...best2..cam ni umi ngn abi pon leh main kejar2 nih! sukeeeee...plaster siling, eeemmm...terpukau!

Masya said...

bestnya ruang tamu .. pttlah auni naik basikal dalam rumah, rumah kita kecik jer ... cha angkat sofa tu sendiri ker?? fuhhh .... kalau kt pikir 10x kali ooooo ..

Izan Ishak said...

sangat luas ruang tamu umah cha. seronok main kejar2 ni.
kak izan dulu2 suka jugak ubah perabot. tapi skrg ni dah jarang kecuali bilik tidur utama je. itupun bila en suami kata suruh ubah... terkedek2lah ubah itu ini.

mama lieyna said...

Luas..sesuai sket tuk anak2 bermain.. :-)

K.eina suka jugak sbnrnya ubah2 kedudukan ni, rasa boring kan.. malangnya rumah ni sempit,tak blh ubah2 sgt..hu.. sllunya perabot kt blk tidur je diubahsuai.. baru last week bertukar lg kedudukan, main tukar2 last2 ke kedudukan asal jugak..hehe.. biasala ruang sempit.. mcm umah cha ni, boleh pelbagaikan lg tu susunan.. :-)

ch@ said...

Intan:
phew! ni pun gigih tau, kita x kretif sgt la.

kekDa:
isk, kekDa pun rajin jg deco2, beli cadarlah, beli cerminlah, beli almari bukula.

kakYanti, kakIzan, kakIeyna:
kita cpt jemu. tgk je, alaaa x de moodnya. ubah! hahaa.

kakJue, kakNad:
rmh mcm padang bola, hahaa.

Lynd, kakJaja:
plaster siling ye, owner lama punya. tgk sdh ok, so x yah la ubahsuai lg. cantik je.

Gieyana:
tu la kak, manjat sampai ke atas. aish! ngeri je.

Shark:
salam perkenalan. rmh suami, tolong jagakan je, hehee.

Yana:
ya la, sendiri buat. terkejut-kejut abi, kjp tgk lain-kjp tgk lain.

Fizah said...

wah ada unsur merah jugee...hehe

kat luar sliding door tu macam ada sofa? untuk lepak2 ke?

Sweetmama said...

mmg rajin sungguh cha ubah susun atur perabot beberapa kali, k.eija setahun sekali je rasanye tukar kedudukan perabot..hehe

ch@ said...

Fizah:
sofa rmh lama, tak larat hendak guna yg tu. sebab bdk2 turunkan kusyen main khemah2.

kakEija:
tukar masa hari raya ya kak. kita saja ubah suai.

Kemn Azmaili said...

follow sini..im a dekolover too... ;))

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in