Rumah buku.

Friday, 3 May 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hati meronta-ronta hendak mengemas rak buku abi, argh! cerita bab ni lagi. Selagi tiada kesudahan, ok ni part last la kiranya. Habis mikir setelah memberanikan diri bertanya abi, apa yang dia hendak buat dengan rak buku setelah dibersihkan anai-anainya. Satu, buang je beli almari baru. Dua, aku hendak ubahsuai kedudukannya biar stabil sebab, kaki bawah sudah pun patah.

Confirm rebah jika aku sesuka hati mengalih lagi kedudukannya, percayalah memang aku tolak rak tu dengan isinya sekali, hahaaa. Tidak rajin hendak munggah isinya. Dan, oleh kerana satu bagaikan hendak rebah, satu lagi memang sudah berpaling tadah sebab dijangkiti anai-anai makanya, akulah yang mengerjakan sehingga ketitisan akhir.

Punggah, punggah semuanya sehingga dua rak benar-benar kosong. Kosong. Ok, kasi bersih, kikis segala habuk, lap kesemuanya, buang sarang anai-anai yang tertinggal, rapikan sehabis daya, pastikan tiada sisa kekotoran. Dan, gagah aku baringkan rak yang pertama, rak bekas dijangkiti anai-anai, diikuti angkat rak kedua, sudah patah kaki naik keatasnya, cun dan rapatkan ke dinding. Wassapp gambar kedudukan terbaru kepada abi.

" Jangan rapat sangat dengan dinding ", pesannya. Ok, tarik ke hadapan sedikit berjauhan dengan dinding. Goyang-goyang, kasi rasa kukuh. Rapikan dengan kesesuaian dinding. Wow!

Saat paling mencabar tiba, menyusun semula komik abi yang bertempiaran. Satu lot-satu siri komik, phew! banyaknyaaa... Arrizqi menangis, Adli dan Auni bergaduh, biarkan-biarkan. Susun sampai habis. Sampai hati rasa puas. Bila sudah siap, satu hal lagi. Rak novel aku pula. Satu rendah, satu tinggi tiada keseimbangan dengan kedudukan rak abi. Haish! Punggah lagi sekali.

Buka pintu, bagi peluang Auni dan Adli bermain di luar, jadi tidakla mengganggu menumpuan aku untuk terus menyusun. Arrizqi, aku dudukkan dalam car-seat, dan berinya biskut setin. Aku kena buat sehingga selesai. 

Rak pertama dan kedua, maintain. Rak ketiga naik atas dan baringkan. Susunan novel, kekal sebagaimana lama mengikut nama penulis. Majalah kekal asal. Alatulis, tukar tempat di atas rak buku abi. Susun-susun-susun. Akhirnya, lap peluh-lap peluh. Phew!

Betapa tunggang langgangnya. Lihatlah rak itu sudah baring dan menindih sesama sendiri. Gigih tau.

Sedaya upaya daripada berdiri tinggi, kini membaring pula, hahaa. Padan muka kau rak. Tidak dapat yang baru, engkaula yang aku kijakan.

Tepuk tangan-tepuk tangan. Gigih mak susun satu lot-satu siri komik. Ada lagi tu, dalam bilik tidur, dalam bilik air tingkat atas, malas nak kutip, mak bukan pengawas perpustakaan.

Yeah, novel kesayangan aku. Daripada tegak meninggi kini, rendah melebar. Comey-comey.

 Bagus juga baringkan rak ni, boleh letak buku lagi di tingkat atas sekali, pantang ada ruang, hahaa. VCD drama Korea kegemaran. Interframe.

So, berharap agar bertahan daripada askar bertiga ni. Maklum sajalah kalau sudah berbaris depan rak tu, mau tak pengsan emak. Mata aku sudah lega sekarang. Lekas sahaja wassapp gambar kepada abi, jawapan dia...

" Okla tu, cantik " huaaa...rasa melambung-lambung, kembang sana-sini kena puji. [orang jarang kena puji] hahaa. Aku tidak pasti abi perasan atau tidak, baju dia sudah aku susun ikut warna, muahahaa. Pengaruh drama Korea tidak sudah. 

Dapur banjir kerana peti ais pun aku tidak peduli sudah kerana mata asyik sangat dengan ubahsuai kedudukan almari komik milik abi ni, hahaa. Pandang-pandang-pandang.

Nota hijau: Sebelum ni susun bertahan sampai abi yang selongkar buru anai-anai, kali ini ada askar baru masuk training, tidak tahu la berapa lama boleh tahan. Hohooo. 

14 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Cantik cha!!
Cantik!!
Kemas & teratur..
Yg pntg simple luas mata memandang..
Akak suka..
Akak plak skrg nak pengsan..
Mngemas umah..
Adoilahhhhh!!
Entry langsung x sempat nak up..
Huk3!!!!!

PUANSTOBERI said...

kena beli rak baru yg siap bercermin dgn kayu yg anti anai2.. lagi cunh cam library. hihik :D

Nad MamaZN said...

Gud job cha! Guna selagi boleh tahan...
ada mini library kt umh, bestnye!

Fizah said...

wohohooo...kreatip!! masih mampu menggunakan almari rak yg sudah dimakan anai2 itu! budget friendly! jimat fulus! i LIKE!!! patutlah tak nampak entri rak buku cha dalam GA, pasal nak buat yg lain hek? W.O.W ini berbaloi-baloi namanya! =D

dalam toilet pun baca buku hek,,sama ngan incik hubby saya! hihi

eima said...

tahniah ch@ ko mmg rajin lar ... tahniah tahniah

syawalsimpsons said...

kemas dan teratur ...suke sangat stgk...en asbeen sue punyer komik banyak kat Kg..mmm..kat umah ni pon ada berapa je sangat...sekarang dier banyak baca komik online thru kamputer dier..senang...

Jue a.k.a Ibu 2F said...

cantik..kemas...
masa pergi rumah cha ari tue terkejut tengok novel cha...banyak betul...

.Lydia. said...

byk giler buku.sukanya.!!~

Masya said...

kreatif ... tepuk tangan juga .. kemas rumah sy pulak huhuhu.. x larat x susun buku hubby yg banyak tu.. mmg ada ruang kahas untuk buku dia.. bkn ruang blk khas.. kot..

Siti Fatimah said...

Kemas n teratur...

jaja_NorLiza said...

waooow!!! ni super duper rajin...askar2 dah g berperang ek?? kagum tgk buku kat umah ch@..leh jd mini library...

Yantisa said...

Kemas je .. harap-harap CIk AA tu tak mai bertandang lagi la ya .

Sweetmama said...

mmg gigih betul cha,
cantik kemas tersusun :)

ch@ said...

IbuAqil:
Kita pindah hr tu, tgh sarat. Sgl mala letih. Pelan2 je mengemas.

KekDa:
Kekda suka bercermin ye, kita kureng sikit yg bercermin, mmg suka togel ja.

KakNad, Fizah, Eima, SitiFatimah, Eija:
Rimas mata kita tgk, tersadai statik mcm tu je, gunala blk smula. Nak tggu beli baru mmg xdela kot.

Sue:
Tah, jarang sgt nmpk dia bc online. Lbh suka membeli. Skali dibeli sampai satu rak penuh.

KakJue, KakJaja:
Drpd bjg dulu kak. Sejak tau ada pameran buku antarabangsa tu, mmg tidak pernah ketinggalan saban tahun pergi. Cuma, dh berkeluarga ni slow sikitla.

KakYanti:
Tu la tu. Kalau Encik Aaron Aziz suka je. Hahaa.

Lydia:
Drpd parent sampai ke anak2 mmg suka dgn buku.

Yana:
Bilik khas? Lg byk kot drpd buku kita ni. Btl2 boleh jd perpustakaan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in