Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Gagah dan gigih, pagi-pagi aku dah bangun, aku jejeling je rumah. Tidak kuasa hendak kemas sebab memang tidak akan kemasnya bila bala tentera bangun.
Entah pukul berapa dorang tidur memang tidak dapat dipastikan, sebab masing-masing dah hayal dek pekena nasi goreng mamak jam 11.30malam tadinya. Abi lagila awal tidurnya, memang langsung tidak sedar apa dah. Tengok-tengok bila semua dah bangun, dia pula yang bersiap ke opis katanya. Haish!!!
Mujur dia tidak lupa untuk membawa aku pergi berjumpa kekDa yang mengadakan majlis masuk rumah barunya gittu. Uish, semangat ni. Mak buyong bersiap, mana boleh lelaju kena slow-slow jadinya awal dua jam setengah sampai abi dah balik, pun tidak siap-siap juga. Hahaaa... lelah usah dikata. Macam ni orang kata perut aku masih kecil lagi. Semput nyah!
Lewat sampai rumah baru tu dan masih lagi ramai tetamunya, pasti kalangan keluarga kawan satu pejabat kekDa. Terjengah-jengah aku di depan pintu, entah kekDa cam atau pun tidak, terjah je la. Tiba-tiba je kekDa muncul dikalangan ramai-ramai yang sedang kecoh tu. Alahaiii, gila comel minah ni.
Besar sungguh mak buyong tu kan?
Ku fikir sama tinggi, rupanya rendah saja. Nyatanya, kegemukkan yang selalu dia war-warkan tu dusta semata-mata, pipi yang selalu katanya gemuk-gemuk-gemuk tu, auta gambar ja. Jadi macam lebar sebab kekDa punya tulang pipi lebih kurang aku. Kawan aku panggil, pipi Mickey Mouse, jadi aku tidak boleh senyum terlalu over, kena kawal-kawal sikit.
Melangkah kaki ke ruang tamu kekDa membuatkan aku terbayang, designnya lebih kurang sama dengan rumah aku sekarang ni cumanya, kekDa boleh jengah ke balkoni dan aku tidak boleh. Ruang pun, rumah pinjam milik abi ni lebih besar sedikit.
Hiasan dalaman dan lain-lain aku ok saja sebab bukan pakar maaa. Tujuan aku datang pun, hendak makan dan berjumpa dengan insan bernama kekDa ni. Sampai-sampai sahaja sudah dijamu dengan keunikkan air terjun coklat-kata Auni. Uish! memang aku makan bertambah dua kali. Rasa taknak balik pun ada. Hahaaa.
Makan dengan selesa, sebab Adli dengan Auni dah jumpa regu masing-masing, tambah-tambah ada orang hendak jaga. Macam pengantin baru ja aku makan dengan abi. Kehkehkeh. Rumahnya kekDa memang mudah di cari, abi hanya berpandukan GPS. Lagipun, signboard pun jelas terang dan nyata. Sesat jugek... hahaa.
Then, kekDa terima kasih sebab sudi jemput. Best sangat dapat jumpa kekDa, memang banyak cakap macam tangannya bekerja juga. Baca sahaja blognya, kekDa memang suka membebel. Rasa macam dah jumpa banyak kali je. Kita boleh geng. Hiii.
Nota hijau: Uiks, banyaknya kotak dalam rumah aku ni. Nanti datang housewarming empunya hijaucantik pula ye. InsyaALLAH.
12 comments:
Haha. Bukak dashboard terus napak gmbr minah baju belang tersengih. ngeee...
serabutnya muka tuan rumah.. gile pucat dah.. kelam kabut. Haha.
Thanks to Cha n family kerana sudi dtg. Maaf la kalo ada yg terkurang. Kut gelas abis ke apa ke kan. Hihi. Sebenarnya deco deco rumah akak lum sentuh lagi. Mana yg ada je dulu. Jam pun blum gantung. Jadi, itu je lah yg ada. Haha.
By d way, akak pun sker jumpa Cha.. macam dah lama kenal kan. Hikss :D
seronoknya dapat jumpe kekda.. x dapat nak dtg suami ade sekolah ganti.. balik pun dah lewat... sy pulak kene kerja huhuhuhu ....
seronoknya...
agak2 bila kita nak jumpa dan borak2 sampai pengsan..hahahaha
muke kekda ada iras2 kak suzie la..hehe
bestnye dpt jumpe kekda..
kak nad tak berkesempatan pun..
huhu!
p/s:
tu bukan kad time couple2 dulu...
tu kad dr kawan2 skolah kak nad
tu sume nama2 yg contribute dlm collection hadiah kawen ;)
slm kenal utk kekda...pasti kalau jumpa kekda..sy pmalu..sy x byk ckp..hehe
salam kenal tuk kekDa..nak kenal juga la..mesti kecik molek cam cha juge ni..hehe~
ha a membesar dgn jayanya 'baby' baru tu..hehe..TC
masih mencari2 design dan kaler rumah. cha bila nak pindah?
seronok betoi kan dpt jmp kawan alam maya
kekDa:
ok la tu kekDa. 1st time buat majlis mestilah ada kekurangan. even, dah buat dua tiga majlis pun still gak ada kurangnya. asalkan majlis berjalan lancar.
nnt dah deco2 mcm biasa ya. kita baca je blog kekDa tu. cuma tak tinggal komen.
suka juga jmpa kekDa. besh!
Yana:
insyaALLAH nnt awak jmpa kekDa di rmh kita pula. mana tahu kan? rezki.
kakJue:
insyaALLAH kakJue. kita mmg hendak sgt2 jmpa akak.
kakNad:
ha'a. skali imbas sama dgn.
tu la, nmpk gak kekDa jmpt kakNad dgn cikMot.
Zura@Iwan:
hiks... kita pun suka membebel Zura.
kakIeyna:
kekDa rendah sikit drpd kita, tapi tang kurus tu sm je.
kan? rasa mcm giant ja bila bergambar dgn kekDa.
kakSal:
hujung minggu ni kak. insyaALLAH. sbb nk tunda lori dan orang2 smua sudah siap dibayar.
pnSusu:
salam kenal pnSusu. ye sgt best sbb dh knl lama je. kita pun baru je kenal pnSusu ni ;)
Seronoknya..
Pertemuan yg indah.. ;)
srnok dpt berjumpa kawan blogger kan, kawan alam maya ni mmg bila berjumpa cepat mesra kan..
cha nnti kalau wat housewarming jgn lupa jemput kita tau..hihi..
ibuAqil:
:)
Eija:
insyaALLAH, mesti hendak jmpt kwn blogger. takde kwn lain dah.
Post a Comment