Sunday, 28 August 2016

Emak hampa.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong...! Sambil-sambil dengar carta era 40, dengan perut kenyang serta kerja rumah yang masih berbaki aku dengan selamba menaip entry, muahaha. By the way sudah habis taip di blogdroid, entah apa gila tidak mampu publish pula makanya kita repeat sambil exercise jari jemari yang bagaikan disuntik botox, menaip wassapp pun manjang typo.

Sometimes you will never know the true value of a moment until it becomes a memory.

Yesterday, cewah kita semua ke karnival jualan amal di sekolah agama Auni. Mengikut pengalaman yang lepas- karnival jualan bersama BSN di sekolah kebangsaan, apabila kita sampai pada awal pagi semuanya masih belum bersedia. Makanya, jam 10pagi barulah aku kerah sya2kids untuk pergi mandi, hrmmm emak juga yang kena mandikan berikutan malas mengadap dengan macam-macam drama, menyampah pula aku hendak berlawan cakap dengan mereka bertiga ini, bila semua pandai bercakap emak kena mengalah. Aku sudahla bermandi peluh kepanasan, menyapu daripada tingkat atas, tangga, tingkat bawah, daripada depan hingga belakang, kemas dapur, cuci sidai baju sekolah, buat sarapan ditambah lagi dengan drama berbabak-babak, sebelum api keluar aku me'naga' baiklah aku turuti sahaja segala permintaan.

Semoga, tnErwandi bawa kita berjalan-jalan hari ini tengok dia pakai baju cantik tadi, kikiii. Sampai sahaja di sekolah Auni, lain pula drama yang ditayangkan. Auni yang tadinya riuh mempromosi segala mainan dan aktiviti telah disediakan jadi patung yang membisu. Adli yang tadinya tanya dengan bermacam persoalan juga diam, hanya berdiri dan bergerak dengan kuasa suruhan. Arrizqi, awal-awal sudah menarik diri, dia berada dalam kondisi yang kurang sihat. Hendak bermain, tapi hendak emak ikut main sekali, apahal? Ini jugalah salah satu lagi perangai yang menambah ke'tekanan' emak. Ok fine, kupon tnErwandi beli RM10, kita beli makan sahajalah. keropok lekor, ayam goreng, sosej dan nugget. Shopping done, dah jom balik.

TnErwandi memandu keluar daripada perkarangan sekolah bukan menghala ke rumah, sebaliknya keluar daripada keserabutan kampung. Aku mengurus dan membebelkan Adli, Arrizqi yang mengisi perut.
"Lepas ni, hantar je Auni pepagi, biar dia main dengan kawan-kawan dia" tnErwandi bersuara dengan muka ketat.
"Yes tuan!" aku menjawab sambil merengus geram dengan kerenah Adli, ada kena mamat sorang ni kang, mendidih temperature aku dibuatnya, hendak makan ayam-ayamnya panas. Arrizqi senyap sahaja di penjuru pintu, makan ayam dengan selamba. Aku berpindah ke tempat duduk belakang bertukar dengan Adli, merapikan rambut Auni yang sudah serabai di tiup angin.
"Hendak pergi mana ni Yang?" aku bertanya. Macam tiada hala tuju saja melihat tnErwandi memandu.
"Entah!"
"Gi OU je la, ke IKEA boleh cuci-cuci mata" Eh? tiba-tiba je mulut aku bersuara, hehehe. Dan destinasi kita One Utama sambil jalan, sambil dating, sambil Pokemongo.

Adli di kiri, Auni di kanan aku, Arrizqi dengan tnErwandi, sebelah lagi Pokemongo. Macam mana hendak dating dengan tnErwandi kalau sudah begini gayanya. Kalau dia simpan Pokemongo pun, Adli dengan Auni pula pegang tangan aku, hrmmm. Aku menggumam mengetap-ngetap bibir sendirian, menjeling jeles dengan Arrizqi. It's ok, tunggu peluang lain sekejap lagi. Masing-masing leka dengan sekeliling shopping mall. Adli berbual-bual dengan Auni dihadapan, ok... aku mendekat dengan tnErwandi, baru sahaja tangan dia aku capai, Auni dan Adli berpatah balik semula, get ready untuk pegang tangan aku. Argh! tergelak sahaja tnErwandi, dia tau aku rindukan dia sangat-sangat, ingin dating macam masa bercinta dahulu. Auni dan Adli disuruh berjalan sendiri, Arrizqi juga namun arahannya juga di abaikan, when #sya2kids ship with their mom, aptb!

Sedang aku leka mundar-mandir, brotherhood (Adli-Arrizqi) naik keretapi dan Auni bermain sendiri, tnErwandi memanggil aku, aku datang kepadanya.
"Tu tengok bawah, makanan Korea" Oh! terharu, dia tahu apa yang aku suka. Selesai sya2kids bermain, kami menyambung berjalan cuci mata lagi. One Utama ni, kalau aku datang seorang memang aku sesat even datang hari-hari pun. Daripada dulu lagi, memang aku tidak pernah faham struktur OU, hahaha. Berjalan turun eskulator menuju tingkat bawah tempat berlangsungnya KFood Fair. Makanan-makanan famous Korea. Aku memang makan Kimchi, cuma yang aku teringin ialah yang namanya dumpling. Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa. Dumpling aku lupakan, jom kita pose dengan Song Song Couple, Song Joong Ki and Song Hye Kyo from Decendant Of The Sun POSTER, hahaha! Jadilaaah...

Kami makan ayam goreng, KFC kerana aku kalah undian. Aku hendak Pizza Hut's, sya2kids sepakat ayam KFC, argh!. TnErwandi gelak lagi sekali, terhibur barangkali melihat isteri tewas dengan anak-anak. Aku ok, hati bunga-bunga dengan kasih sayang penuh lepas dibelikan Macaroon, rm25 6pcs. Daya tarikan Macaroon sangat kuat pabila sya2kids asyik request hendak makan, 'no way, it's mine'. TnErwandi tanya aku lagi, hendak ke mana. Kalau keluar tidak ke kedai buku, namanya bukan Syasya la. Aku akan cari helah, bila aku hendak ke kedai buku, ada je benda yang aku rengekkan agar tnErwandi setuju ke kedai buku, miahaha. Aku masuk Popular yang kesudahannya buku sya2kids lebih banyak daripada aku yang hanya mahukan gam dan benang untuk hobbies art. Cis!







Selesai membakar lemak, kami pulang ke rumah. Adli sudah berzikir hendak balik rumah. Ok, terima kasih tnErwandi bawa kami jalan-jalan. Esok kita pi beli barang dapur ea. Sekian cerita semalam. Ok daaa...jumpa lagi di lain entry (icon senyum-icon senyum!) hendak poie goreng keropok kejap.

Tuesday, 16 August 2016

Hospital.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi Sabtu, yang aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur mengikut program yang telah Erwandi aturkan. Biasalah, ini wilayah dia maka aku hanya seorang isteri yang sentiasa patuh dengan dedikasi hanya menurut perintah. Hari ini aku perlu ke sekolah Adli terlebih dahulu sebelum ke hospital. Kelengkapan dan keperluan juga sudah siap disediakan supaya aku tidak menjadi orang yang akhir bersiap.

Hrmmm, sama je. Sediakan la awal macam mana pun, aku still stay yang paling akhir juga keluar daripada rumah, entah mengapa jadi begitu aku pun tidak tahu. Tema hari ini ialah, merah. Comel sangat Adli berbaju melayu, hari ini kami semua dijemput ke sekolahnya untuk jamuan hari raya 2016. Menu aku ialah macaroni bersama kuah spegetti, yang pertama kali aku buat, muehehe. Melihat abang dengan baju raya, Arrizqi mahu juga makanya kedua hero itu berbaju melayu raya, merahnya makNgah!

Aku? jubah merah tu ler, cuba menyesuaikan diri dengan cuaca panas berdenting ting ting! Erwandi memandu tobotZ, aku memandu tobotW, huiii! ini kali jauh hendak pergi. From Sg. Buloh to Ampang. Dua kereta berikutan, hendak menghantar tobotW ke bengkel di Ampang dek penyaman udara yang tidak berfungsi. Majlis di sekolah Adli aku tinggalkan sebaik sahaja mengisi perut masing-masing, tidak seperti kebiasaannya aku yang terakhir. Kali ini tukar, Erwandi dengan tobotW manakala aku and the kids dengan tobotZ. Huih! mencabar.

Aku tahu ada hikmah si Erwandi menyuruh aku memandu tobotZ berbanding dengan tobotW. Mudah nampak tobotW di hadapan berbanding tobotZ. Lagi pula, aku lebih mudah mengawal tigaaskar berikutan ruangnya tidak luas. Setelah berusaha keras mengejar tobotW, kami tiba di bengkel terletak di Ampang. Aku menarik nafas lega dan sebebas-bebasnya, hahaaa. Memandu tadi rasa macam separa nafas terbang melayang. TobotW kami tinggalkan di bengkel dan menyambung perjalanan dengan tobotZ ke Hospital Ampang untuk melawat ummi mertua yang telah mendaftar masuk bagi menjalani pembedahan usus besarnya.

Berjalan daripada tempat letak kereta dan wad ummi, Adli dan Arrizqi paling mendapat perhatian, mahu tidaknya mereka berdua masih kekal berbaju melayu bersama dengan mulut riuh. Adli dan Arrizqi memang suka berkepit. Lagi-lagi bila mereka berdua berpimpin dengan Erwandi, owh! sangatlah manis.

Wad ummi kami tuju, hanya ada abah sahaja sedang menunggu, bila melawat orang sakit ini... aku selalu buntu. Aku buntu sebenarnya, sebab aku datang dengan tangan kosong. Hendak melawat orang sakit sepatutnya bawalah buah tangan, ini tidak... aku hanya berlenggang dengan anak-anak sahaja. Bad me! But tebalkan sahajalah muka, biar Erwandi beli buah tangan kejap lagi. Berjumpalah aku dan ummi. Berbual, berborak. Jujurnya, aku terasa janggal. Aku bukanlah peramah over bila di hospital. Hospital bukan tempat yang boleh kita gelak besar-besar, cakap kuat-kuat, kita perlu menghormati hak-hak orang lain atau pesakit-pesakit lain. Lama juga kami di hospital dan tiba masa untuk berpisah. Esok kami datang lagi. Kami bertolak ke rumah abah, bermalam di sana.

Esoknya, kami melawat ummi lagi selepas Zohor dan terus balik ke Sg. Buloh. Pagi itu, aku menjelajah dapur rumah abah mencari bahan untuk buat nasi goreng. Malam tadi Erwandi tapau nasi, aku minta kuey tiaw goreng. Jujur diakui, aku ialah manusia yang tidak suka dengan klinik atau pun hospital. Aku fobia. Aku stres dengan bau-bau hospital. Bila berada di hospital, aku hanya blank, bercakap pun bukan daripada hati. Kalau boleh, aku mahu diam sahaja. Entah, jadi begitu secara automatik, aku akan teringat betapa peritnya bersalinkan Auni. Aku akan teringat, air mata mama yang tidak berhenti sewaktu dia memandikan aku dalam tempoh berpantang, menuam lebam-lebam kesan suntikan di seluruh badan, memakaikan aku stokin sewaktu kaki aku membengkak. Air matanya laju bercerita dengan papa apabila tiba part aku balik rumah dengan tiub kencing. Aku akan terkenang semua tu, sampai mati.

Ummi selamat menjalani pembedahan pada pagi Isnin, Erwandi sahaja yang pergi. Aku menguruskan anak-anak di rumah. Lagi pula, anak-anak tidak dibenarkan masuk, jadi biar dia sahajalah yang temankan abah, lebih mudah. Kami hanya menunggu berita daripada rumah sahaja.

Seminggu kemudian, kami melawat ummi lagi selepas pembedahan menghantar usus pergi, alhamdulillah... semuanya beransur baik. Ramai kawan-kawan dan saudara maranya datang melawat. Ada hikmah semua yang terjadi, pada masa beginilah kita dapat melihat, yang mana kawan dan yang mana lawan. Kita tidak perlu judge orang membuta tuli, menuduh yang tidak-tidak. Kadang-kadang, orang yang kita tidak sangka itulah yang akan ada dengan kita. Perancangan Allah tu yang terbaik.

Balik kali ini, aku ada kawan. Biras baru, Wani. Dapatlah aku geng berbual sambil layan Korea. Thanks Astro sebab bagi channel Oh!K dan channel tvN percuma. Sempatlah aku throwback drama yang aku sudah ketinggalan. Abah tapaukan nasi lemak, Shahidi balik kerja tapaukan roti canai. Syukur. Esoknya, melawat ummi lagi sebelum balik Sg. Buloh dan menjalani rutin harian seperti biasa.






Bila ummi keluar daripada hospital, wassapp keluarga kembali busy. Berbalas-balas wassapp adik beradik Erwandi, termasuk ipar duai. Aku tidak berani mahu menyampuk beria-ia sangat, aku teringatkan mama jauh daripada aku. Aku teringatkan di mana aku masa mama sakit setahun yang lepas. Aku jadi sedih bila aku hanya sekejap sahaja di sisinya. Bila kenangkan, aku terasa diri aku ialah seorang yang teruk, bila aku mengadu pada Erwandi, he just say... don't think it too much. Think positive je. Aku? sedikit tenang dan hanya mendoakan mereka-mereka kesayangan aku agar sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan, inshaaAllah. 

At some point, I've gotten scared of people's eyes. I'm sick of crying so I tried smiling but no one recognizes me... - LOSER, BigBang.

Time to go, aku perlu bersedia untuk mengambil anak-anak pulang daripada sekolah, minggu ini minggu peperiksaan. Jumpa lagi di lain entry. jaga diri, jaga kesihatan semua. Daaa......

Wednesday, 3 August 2016

Lawatan Rawak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dear diary... hari ini, aku hanya mampu melekat gambar bersama sedikit caption sahaja, berikutan aku yang kebuntuan idea. Janganla marah, untung jugaklah aku lekat gambar me and family ni kan, semua kisah jadi satu. Nanti kita jumpa lagi ea, daaa...

1st... Kali ini, kita beraya dengan kereta raya tuan Erwandi, eh jap! tobotW pun kereta tuan Erwandi juga, hehehe... Disebabkan tobotW mengalami sedikit masalah, makanya kita naik tobotZ. TobotZ sudah bertukar rupa lagi, aku memanggilnya kereta raya. Aku bolehla selesa sebab duduk depan sesolo, yang tigaaskar, asyikla membebel disebabkan ruang yang minima dan kepanasan yang maksima.


Ianya sangat cantik dan comel bukan...? Yeah! that's my favourite too. 


2nd... Jalan-jalan raya secara rawak sambil meningkatkan berat badan secara mendadak. Aku saja mengenakan baju kurung biasa-biasa, sebabnya aku fikir tuan Erwandi hendak bawa tobotW, mana tahu dia bawa tobotZ pula, so pakai je la da siap digosok.

 Tn Erwandi's and his nephew, also #sya2kids there.

 Sebahagian cucu to'ki per sepuluh. Semua berkumpul masa ni.

Huahaha, seram hendak tengok muka sendiri.

Eh, gambar sesat... me, mom ang sil.

See me-see me? udah besaq gedabaq tu, takkan la tak nampak kan...? with puan Edzna. 

Sukaaa sangat dengan minah ni. Inilah kawan sembang kepop aku, kawan yang... kau luah la kata apapun, dia akan sudi pinjamkan telinga dan keluarkan hujah-hujah dia, she is a teacher. Kawan yang... akan tadah je bila aku sembang pasal Korea, sebab... dia pun kaki kepop jugak, muahaha...

My friendshipforever friends. 

Dua orang ni, manusia yang paling rajin dengar aku mengomel. Puan Dyla, dia muda sedikit daripada kami but... aku suka dengan kegigihan dan kekentalan yang dia ada. Macam mana aku boleh kawan dengan dorang ni...? dorang ni ialah isteri kepada kawan tuan Erwandi, muahaha. Yang menjadikan kami agak rapat pabila, kami berkongsi kegemaran dan perangai yang hampir serupa, muahaha. 

Korang, semoga korang sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan terima kasih kerana sudi menerima aku seadanya. Kali ini, kami tidak dapat kumpul sesama, Dyla balik awal, aku hadir lambat ke rumah Edzna, tahun ini sepatutnya kami berkumpul di rumah Edzna. Ini semua tuanErwandi punya fasal, cis!

Gambar fail.

 Us: Gambar fail juga: 2015 punya raya.

Only those who care about you can hear when you're quiet. You and I are more than friends. We're like a really small gang. 

But, aku sudah pun jumpa Dyla masa hari ulangtahun kelahiran bulan Mei tempoh hari, thanks sudi datang jengah aku. Terharu. Sekian sahaja kisah pendek aku beraya, hujung raya aku sibuk berulang alik ke hospital pula, mengapa...? tunggu. Kasi aku fikir idea untuk mengarang ayat dengan baik-baik. Just you, take care ok. Buat kak Nadia Irwani dan Eima atau Manja, nanti whassapp address ea. Kalo takpun email ja kat nsahida@gmail.com. TQTQ!