Oni bergembira.

Tuesday, 3 January 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahaaa, setelah lama berkuap dalam rumah, akhirnya Oni dapat juga menghiburkan diri. Terima kasih pada Eija sekeluarga sudi ke rumah sempoi aku.

Akibat kebosanan, aku turun juga bawa Aie pergi cucuk 2 bulan di klinik depan rumah. Elok-elok aku melangkah masuk pintu pagar, terdengar nama aku dilaung-laung.

Puas gak aku amati dan perhatiii, oooohhh! Eija Sweetmama rupanya. Tak sempat aku nak pelawa dia parking kereta di parking pelawat, suaminya dah pun dapat parking baik punya depan klinik. Cam pula Eija akan aku yang berenggeh mendukung si Aie.

Jauh pula nak menyampaikan lift, berpeluh. Jumpa Ziqry, jumpa Zaquan, jumpa hubby Eija. Gugup gak la tapiii, no shy-shy when u meet me, gittu. Mujur abi dah ngemas sikit-sikit akan rumah yang berantakkan di landa tsunami Oni. Anak dara tu mengemas mengalahkan mak dia.

Borak-borak-borak, sempat aku keletung-keletang buat air bujang untuk dorang sebelum melepak bercerita. Ceritanya sikit je, selebihnya dok bergabung suara memarahi, memberi amaran, memujuk anak masing-masing. Zaquan vs Oni. Macam orang teruja aku tengok gelagat dak dua tu. 

Zaquan vs Oni.

Mula-mula punya la baik, cewah-cewah, dia usik dia-dia usik dia, main kejar-kejar, sakat menyakat, malu-malu kunun, tidak lama kemudian, sesi perebutan dan pertahankan harta masing-masing. Aduhai, gelihati sungguh.

Kereta pink punya kuasa.

Oni, mempertahan harta, Zaquan sibuk mengusik harta Oni. Mak pak dorang pula masuk campur. Kecoh, riuh, rumah aku dibuatnya. Aie dengan Ziqry bawa haluan sendiri-sendiri. kecik lagi kan. Tunggu la besar baya-baya ni, habis.

Aku memang tak kisah pun, janji Oni happy. Janji dia ada kawan nak bercakap bahasa dia. Hahaaa. Terima kasih Eija Sweetmama sudi datang rumah kita.

Pasukan merah (mak) kuning (anak-anak). Serabut betul Oni ni.
One day, kita jumpa lagi ok ;) 

8 pasang kaki:

AKO @ retna said...

hhahaha yg kita ni ntah bila kan nk jumpa :p

padahal kat KL je pung....

Salina@IbuAqil said...

Aloolololo sweetnya geng2 mak bdk ni.. Geng2 bdk jgn ckp ler.. Dh mmg nyer sweet.. Bilalah kita plak nak jumpa dik.. ;)

anisalya said...

anak2 ni mmg mcm2 fiilnya. mula2 ok kejap la bergaduh la apa la... yg over mak bapak la. hahaha...

Lifesaver Hamzah said...

Aie...tembammmmnya!geram tengok!

@e_da said...

sgt jeles tak dpt bergambo sama kita aritu.. hwaaaaaaaaa

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hahaha..cha dh update n3 dulu,
n3 eija akan menyusul pulak nnti..

iye la baru perasan kita merah, anak2 kuning..hehehe..

anyway thanks cha sudi terima kedatangan kami n layan kami dgn baik, anak2 tu biasa ler..mak bapak kena masuk campur gak, kalau x nnti lg menjd2 diorg gaduh, lebih2 lg Zaquan tu harta org harta dia, harta dia harta dia..hehehe. Dua org baby mmg baik sungguh diorg ptg tu kan, Aie x meragam pun, Ziqry pun sama pandai pulak dia bw diri main sndiri.

** asben eija yg perasan cha sbnrnya sbbnya eija ckp cha g klinik bw anak dia cucuk skjp, bila cha kuar jerk dr klinik dia terus ckp, tu kot kawan mama yg dukong baby..hahaha, kelam kabut eija kuar kereta, ha iye la tu kawan mama..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah seronok dapat jumpa member,lepak2 sambil borak..bila agaknya kita boleh ketemu...kak jue masih busy....tak berkesempatan nak jumpa lagi...

ch@ said...

kak retna:
tu la kan, ala kak ret, ramai je blogger kat KL ni.

ibu aqil:
insyaALLAH kita jumpa jika ALLAH izinkan.

anisalya:
btl la tu, mak pak risau anak tak behave atau over.

pn capa:
hahaha, mcm uwais.

kak eda:
ti kita jmpa lagi kita interframe byk2 k...

eija:
jgn serik eh, dtg lagi.
*hahaaa. biasala mama dh sibuk ngn anak2 mana nak perasan.

kak jue:
takpe-takpe, masih ada masa lagi kak. utamakan yg perlu dhl.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in