Makan Free

Wednesday, 17 June 2009

Ngehehe, cuti Sabtu & Ahad, dihabiskan dgn party menaikkan berat badan, apa tak nya makan free dua hari tu. Setelah beberapa minggu bercuti di rumah mr. abi mengajak aku utk punch-card (balik Langat) aku pun dah naik rindu dgn adik ipar aku yg dua org tu.

Aku bertolak dari rumah pada tengah hari-tak payah masak lor! Disebabkan jalan menghala ke Langat melalui Ampang, aku mengajak mr. abi utk m'hadiri kenduri Chek Ijam, nway Chek Ijam ni adalah kawan kpd seorang makcik (aku tidak suka menyebut namanya), senang cite aku dah kawan la ngn Chek Ijam ni, yg klakarnya setelah dikaji dan diselidiki rupanya mamat ni sama tarikh lahir dgn aku, bukan takat tarikh je sama bahkan tahun lahir pun sama. Padan la aku boleh ngam ngn dia walaupun asyik b'cakaran. No affair between us okey, just friend! then, Selamat Pengantin Baru buat Fizam & Kamila, cantik busana pengantin tu, nampak meriah! Bulat bijik mata dia tgk aku dtg, so tak dapat nak tunggu lama sebab mr. abi kena masuk kerja. Terus sahaja balik ke Langat
.
Esoknya kitorang keluar awal, rasa macam tempat tumpang tido je kat Langat ni =) de masa nnt blk lagi, tak jauh mana pun. Kali ni ke majlis kawen kawan kpd mr. abi (satu platun) masa training di pulapol dulu. Majlisnya agak meriah dan gah, ye la inspektor katakan, so aku pun menumpang kasih la =) Nasib baik ada isteri kawan mr. abi-Kak Aida, jadi...tidaklah aku kebosanan sangat. Banyak ketawa daripada bercakap.

Makan pun sedap dan selesa dalam tempat beraircond, walaupun aku tak dapat joint mr. abi makan dgn team sword barrel. Selalunya aku mmg dapat layanan sama dgn ahli sword barrel, kali ni tak dapat plak =) Selamat Pengantin baru kepada Faiq & Fida, tema sama ngn kitorang la-tuqouise. Mr. abi dah janji nak bawak aku gi The Mines, tapi dia masuk keje malamnya maka rancangan ditunda, muka aku mmg dah lain macam time ni...dia bawak aku mggu depan je. boleh tgk wayang (bodeklah tu!) so terus je la balik rumah.

Mr. Abi Erwandi dgn isteri terSAYANG :p Umi Syasya

Esoknya, mr. abi hantar aku pi keja, utk memujuk dia telah membelikan aku 'sunsweet' hehehehe! akhirnya, dapat jugak! dan terima kasih kepada Bonda Faezzah, sbb katanya makan sunsweet ni dapat elak semelit, so far berkesan la buat masa ni =)

Raja Buah

Thursday, 11 June 2009

Raja Buah - Durian...yummi!!!
Akhirnya, dapat jugak aku memakan raja segala buah, aku hanya makan 3 ulas sahaja kerana takut kepanasan huhu!
aku yg bosan kerana keseorangan
Ini lah rupa aku sekarang, lihatlah kekembangan pipiku ini! huhu! dah tak cute dah....

Aku Sekarang...

Tuesday, 9 June 2009

Aaaarrggghhh!!!! pe dah jadik ni? hari tu kaki sakit, skrg ni badan pulak nak sakit, apa dah berlaku ni? rasa cam nak pergi SPA je merehatkan badan-ibu mengandung boleh gi ke? oleh kerana aku tidak berapa bertenaga utk memandu maka en abi dgn baik hatinya telah m'hantar istri tercintanya ke tempat kerja. terima kasih abi!-jerit dgn kuat ok!

Balik keje smlm, aku terus ke pasaraya Balaji utk membeli sedikit brg, dgn kaki yg sakit bak ada telur kat betis ni aku gagah kan juga sbb aku nak masak utk en abi, nnt dia lapa bila blk kje. Bila balik rumah, rumah aku agak bersih-mungkin dikemas oleh en abi, jadi aku terus sahaja menyediakan bahan² utk masak. oleh kerana, kaki aku sudah tidak tahan berdiri lama maka aku menyediakan bahan² itu di depan TV, hahaha!!!-duduk bersila walaupun perut aku dah besar.

Owh! budak kecik ini sgt aktifnya sepanjang hari, agaknya ruang utk dia sudah menjadi smakin sempit sampaikan aku nak duduk dgn apa gaya sekalipun aku dah tak boleh! aku rasa nak baring je, tapi itu pun tak boleh membantu sebab ulu hati aku sgt sakit, oooohhhh!!! apakah ini rasanya mengandung? ye, mmg inilah rasanya.

Selesai mandi dan solat, aku masak. cincai je sebab malas nak duduk dapur lama², ku pikir abi akan balik jam 8.00mlm, rupa²nya dia tak balik sampai ke pagi. laaaa... mana aku tau! aku pun masuk tido awal sbb badan aku terasa sakit²nya. tak de kawan nak di ajak berlawan cakap. aku rasa macam nak demam, nak bgn pergi bilik air pun, malasnya mengalahkan apa, tapi aku tau aku tak boleh layan sangat sakit ni, nanti dia makin mengada-ngada. i'm a strong woman!

Setelah pesanan utk en abi aku hantar, aku pun lena. en abi membalas dgn mengatakan dia akan menghantar aku ke tmpt kerja esok, dgn serta-merta air mata aku keluar-aphal tetiba emo plak aku ni? tah aku pun tak tau, tetiba je dia nak kuar! tapi mmg aku perasan, sejak aku prgnt ni, emosi aku cepat btl tersentuh. aku tak boleh nak nangis lelebih, nanti bdk kecik ni pun ciwek cam aku-tak comey! berat aku nak naik lagi......yippi! suka! suka!

Check Up

Friday, 5 June 2009

check up kali ni, terasa tak mcm biasa. Ntah! cuma agak best sebab en abi teman, biasalah lebih banyak menunggu dari sebarang kerja, so muncung en abi tu pun bkn main lagi panjang nya, walaupun dia buat² selamba. Biasanya aku check up hari Isnin, tapi tah kenapa tetiba terkena hari Khamis pulak sebab tu la aku rasa tak macam biasa.

ngam 8.30pg waktu aku sampai, org dah pun ramai kat dlm tu, amek no giliran 1038 no sekarang ialah 1010, berapa byk lg nk kena tggu daaa... ini smua gara² en abi yg lmbt bgn, dh bersiap² mula la nak buang air la, tu la, ini la (mengalahkan perempuan) aku dah siap bersarapan pun.

rutin biasa, nama aku dipanggil di bilik menunggu, check air kencing - normal, check berat - 47.9kg, bermakna naik 2.1kg dr sebelum ini, itupun cik misi tu terkejut dgn berat aku "ringan nyer akak ni!" aku gelak je. dia tak tahu total berat aku dari awal pregnant hari tu dah naik sebanyak 6.9kg. check tekanan darah - normal. Habis sahaja sesi pemeriksaan aku naik ke tingkat 3 utk scan baby.

sedang aku dgn abi menunggu giliran, nama aku dipanggil utk b'jumpa dgn doktor dahulu, so disebabkan giliran utk aku scan lambat lagi aku disuruh turun dahulu. terus masuk bilik 5, dan aku di buat pemeriksaan seperti biasa. wah! baby aku ni, siap menendang lagi. boleh dgr dgn alat yg digunakan doktor tu. sht dan aktif. doktor perlukan scan report aku utk tentukan jangkaan tarikh bersalin aku. daripada awal pregnant lagi mmg aku tak tahu jangkaan tarikh bersalin ni, dok berubah-ubah!

aku naik semula ke tempat scan, terasa mcm kena buli plak aku ni. menunggu. akhirnya, dpt juga aku bwk en abi, agar sama² tgk aksi dan lasaknya anak dia dlm perut aku ni. ye, budak kecik ni sgt pandai bergurau. smuanya sempurna, masa ukur kaki dia, dia tendang², bila nak tengok jantina dia, dia pergi kepit elok je. eeee! bdk ni bertuah sungguh!

selesai shj aku scan, terus bwk report dcan tu ke bilik no 5 td, berjumpa dgn doktor yg sama then dia tetapkan 7hb August 09 adalah jangkaan tarikh bersalin aku. selesai shj kesemuanya aku membuat temujanji akan datang, dan kembali kpd normal, temujanji aku jatuh pd hari Isnin semula, sebabnya file aku mmg khas hari Isnin.aku mengambil vitamin di farmacy materniti dan balik ke rumah. sekian shj berita smlm aku ke Klinik Ibu Mengandung (PPUM), see ya!
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in