Wednesday, 3 November 2010

Macam mana nak jadi kakak ni.

Salam satu Malaysia. Aku lambat bangun hari ni, muahaha. Mimpi best, tapi masih sampai opis pada tepat waktunya.

Hari ni tak macam dua hari lalu, kepala sakit gila, tapiii semua report sudah setel kasi hantar. Hari ni aku ceria, peneman (PakNil) aku je mengalami tekanan. Tapi dah diceriakan oleh Rey & Hanif, thanks all.

Malam tadi, ada orang buat baik pada aku. Dia memberitahu aku bahawa impian aku akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Dengan syarat, aku setuju untuk menjadi rakan kongsi kepadanya. Buat masa sekarang, dia perlu menyediakan proposal untuk disemak dan disiasat oleh aku.

Aku bakal boss weih, huaaa... gila ar. Duduk rumah goyang kaki, bisnes jalan, jaga anak. Argh! bermimpi memang best. Insya-Allah, semoga semuanya dipermudahkan =)

Anakku, cikOni.

Macam mana aku tak rindu kat dia bila dia tiada? satu malam je, jumpa benda baru dia jadi kreatif. Nak marah ke, nak gelak ke?

Aku memang tabik spring kepada ibu, emak, mummy, mama, ummi yang mempunyai anak kembar lelaki/perempuan, anak 5, anak 3 even anak 2 sekalipun. Sedangkan aku yang baru satu ini, aku dah rasa macam beranak banyak.

Umur 1 hingga 5 memang detik penting untuk anak membesar, biarlah rumah jadi tongkang pecah, biarlah rumah porak peranda selagi tidak merbahaya, bebaskan anak bermain dengan apa yang dia suka.

Kerana daripada bermain inila, menjana minda menjadi lebih kreatif, menjana segala otot pada tubuh badan menjadi lebih sihat. Kan seronok melihat anak gembira.

Baldi atas tilam, semua benda dia nak masuk dalam. Termasukla empunya diri sekali. Tergolek-golek baldi tu disepaknya, digulingkannya. Bingit. Jadi bakul pergi pasar, selit di tangan. Besar baldi dari orang.

Jumpa tudung saji, tak lama tudung saji jadi bot atas tilam, teroleng-oleng. Heaven. Dia angkat bawa ke hulur-ke hilir dengan segala jenis mainan ada di dalamnya.

Entah berapa kali jatuh, berapa kali tergolek. Dia masih lagi bersemangat, langsung tak dengar tangisan. Kental. Diam bila tengok iklan di TV aje.

Tak mampu dah aku nak berkata-kata. Jangan membayangkan apa-apa. Ngeri memang ngeri.

Tengah malam, macam biasalah. Masak atas tilam. Pantang pergi dapur, almari aku dipunggahnya.

~)@ Aku sangat gembira.

Tuesday, 2 November 2010

Kotak mainan makin besar.

Salam satu Malaysia.

Dah dua hari aku mengantuk gila, macam biasa la kena memerhatikan budak extream ni main. Kalau tak, tah mana-mana dia parking kang.

Sepatutnya barang ni sampai hari Jumaat, dah sampai tapi opis aku halfday, dengan baik hatinya dia hantar lagi sekali hari Isnin, itu pun kedatangannya tidak ku sambut, sedar-sedar ada atas meja.

Aku ingat saiznya sederhana aje, rupanya dua kali ganda saiz kotak mainan cikOni yang asal. Mujur ringan, aku angkut semua sekali naik rumah.

1st time aku punggah barang dia dalam tu, dia masuk sekali. Duduk dalam kotak dan mainan selama beberapa minit. Kali kedua dia pergi mengendeng kat kotak tu, tengok? macam manala barang mainan tak cepat punah.

Gasakla... mujur juga kotak tu fleksibel dan tahan lasak. Owh, mana aku beli? tuuu kat kedai, Aivee Emart tu le. Mana lagi =)

~)@ Time to work. Tataaa...

Monday, 1 November 2010

Bila makcik melaram.

Status pada hari kejadian, aku? Royal Bintang Hotel, dinner. mrABi di Bukit Perdana, berkerja. cikOni di MiD Valley, main boling. Huru-hara, semua busy dengan agenda tersendiri. Haha.

Aku over excited pada malam kejadian, gila tak excited. Sebagai aktiviti balas dendam sebab mrABi tak bawa pergi mess-nite, aku melaram sakan. Haha, kebaya hijau satu-satunya pada malam tersebut. Dah la hijau, striking pulak. Ada makcik kisah? makcik sukaaa.

Aku pun ada suami mithali la, mrABi sudi menghantar dan mengambil aku pergi dan balik Royal Bintang, hahaha vangga-vangga jalan atas karpet merah, ala-ala menghadiri malam anugerah bintang fofular gittu. Sudah perasan.

Inila makcik =)

Habis sopan aku berjalan, naik pulak tangga, dengan selendang, heel, clutch, argh! bergaya punya fasal, redah kasi pecah. Tak sia-sia, aku disambut oleh boss aku sendiri, mrFoo. klik-klik, flash kamera ada di mana-mana, waaaaah!!!

Dihantar ke meja oleh cikPA Jeanne, seksi betul dia. Alaaa dinner kan, apa sahaja la janji kena dengan tema. Aku tak duduk dengan geng Teknikal, tapiii aku duduk semeja dengan team Melayu yang kecil. Haha, bengong la bila komuniti yang kecil ini membuat kecoh, dah rasa melepak kat kedai mamak. Bising.

Geng semeja dari kiri: Shah, Shamsul, Aidil & Fareez. Berdiri: Roslan

Geng semeja lagi kiri: Shafa, kakTi, Roslan, kakJie & makcik

Senak perut ketawa, ketawa, ketawa. Ada sahaja topik. Mengata orang memang best. Tak reti duduk sebelah meja COO, CEO, CTO dan segala C dan O la. Pedulikan.

Tahun ini, sekali lagi aku bertuah. Tengah dok ketawa layan perut, nama aku di panggil, lucky draw. Tahun sudah aku bawak balik DVD-Player, walaupun brand kureng, lama juga perkhidmatannya aku guna sebelum remotenya punah di tangan cikOni. Tahun ni, aku dapat tempat panggang ala hotel. Haaaa saper nak pinjam meh sini.

makcik bertuah nakkk...

Lepas acara penyampaian anugerah, beberapa game, luckydraw dan bergambar, interframe sana sini. Sesi mabuk-mabuk pun dah mula, aku call mrABi soh ambil. Berenggeh aku bawak lucky draw tu. Demi boss.

Meja teknikal department, see? makcikla wanita melayu terakhir di situ.

Interframe atas pentas, big boss makcik yg kiri, boss makcik berdiri sebelah makcik =)

Bagi aku annual dinner kali ni aku sangat enjoy. Maklumla aku dah mula kenal orang sana-sini, tahun sudah aku masih malu-malu, sebab baru lagi.

Bagi aku annual dinner kompeni, tak sama dengan makan dengan suami di hotel yang lebih kepada suasana romantik. Ketawa puas-puas, makan puas-puas, possing puas-puas dengan kawan-kawan.

~)@ Sekian sahaja malam melaram makcik. Siapa kata, kebaya makcik dah sempit? ini kebaya masa makcik tunang ye. Guna semula. Sila percaya, kerana ini adalah benar.