Thursday, 30 September 2010

Kelam kabut.

Esok sudah Jumaat, sekejap betul masa berlalu, aku rasa baru je pakai uniform Jumaat lepas, dah kena pakai semula.

Kepala aku berserabut sungguh hari ni, hati aku tidak berapa tenteram, aku pun tidak tahu mengapa, ingin sahaja terbang lari pulang. Macam-macam benda tidak terurus dengan baik.

Satu report siap, esok ada banyak lagi menanti, dah tinggal seorang semua kerja kena galas sendiri. Satu-satu terpaksa aku senarai, untuk aku susun supaya senang aku nak selesaikan.

1st time diorang keluar makan naik satu kereta dengan aku, aku yang drive, muahaha masing-masing insaf rela naik kereta sendiri dari aku yang memandu. Bukan aku tidak sound awal-awal. Haha... kan dah. Kecut perut. Walaupun aku tidak drift, tapi aku main redah je, seolah-olah semua benda aku nak langgar. Ya aku memang hilang pedoman bila kereta aku penuh. Sebab, aku biasa drive seorang diri.

Hairan, bila aku drive seorang boleh pula tenang aja. Rilaks, bila semua orang naik kereta dengan aku, mulala semua darah gemuruh naik. Kenapa eh?

Tapi bagus juga, lepas ni aku hanya menumpang diorang sahaja. Haha... kalau nak pergi pun, biarla aku seorang. Lepas ni boleh la lepak dengan kakLong dan AQies. Ngeee...

~)@ Mood ke laut merah. Mess night, annual dinner, adik ipar nak tinggal dengan aku. Aiyaaa....

Nasi lemak paru.

Apa makanan kesukaan aku? rasanya aku suka makan coklat je. Air coklat, coklat, kek coklat. Tapi takkan breakfast pun nak makan coklat kan? haha, ye boleh. Roti inti coklat. Hrrrmmm. Bahaya sungguh bila gilaaa dengan coklat.

Berborak dengan cikBiha semalam, rasa rindu nak makan nasi lemak paru, makan nasi lemak bersamanya. Bergosip waktu pagi, makan tat telur. Sedap-sedap. Aiii dah mula dah.

Dan pagi ini, hujan agak lebat. Jam sudah tepat 7.30pagi, aku masih dalam rumah. Muahaha... kalau hujan, mood pun ala-ala je. Malas. Apatah lagi tengok mrAbi berkelubung gebor, eh selimut. Ngeee... Bestnya tidur.

Lepas hantar cikOni, berfikir lagi. Beli ke tak, beli ke tak. Tak sedar jari dah tekan tingkat 2 jalan ke kedai nasi lemak. Yeay, dapat nasi lemak paru hari ni, mesti mengantuk pukul 10pagi nanti. Haha.

Hari ni, aku kena siapkan report. Aiyaaa... sempat ke nak tidur? Huh!

~)@ Pssst... pssst... kekasih hatiku sudah kembali. Aku nangis malam tadi tengok Hum Saath Saath Hai kali ke-5, hahahaha... gelak, gelak jangan tak gelak.

Wednesday, 29 September 2010

Blogwalk.

Orang simple, jadi blogwalk pun simple aja la kan? haha... Orang takde laptop, takde notebook yang boleh diusung ke sana ke mari, jadi blogwalk pun takat yang termampu, tapi cuba juga meredah.

Well, aku blogwalk bukan takat beri salam dan kuar ya, aku blogwalk baca semua sudut, titik, koma, ayat semua aku ambil kira mengikut tahap kefahaman aku sendiri. Haha, sebab tu kalau ada yang menerima komen aku, komen aku ke laut. Ampun-ampun.

1. Mesti jejak blog otai. Hehe, huiii entry baru dorang yang superb the vogue tu, mesti baca.

2. Kotak jerit, kalau ada nama yang asing-asing dek mata, aku singgah blog diorang, bila hati dah terpikat, aku jadi la follower, mana-mana yang tak menarik kat mata, atau pun hati, baca je la kan? free wei. Kekadang, dapat panduan. Bukan susah.

3. Aku tengok komen, komen entry sendiri. Macam biasa kalau ada yang asing, lawatan balas dari aku. Buat macam langkah 2.

4. Masuk dashboard. Mana-mana yang update paling latest, buka blog dan tinggal jejak secara mengundur. Ngeee... aku memang suka benar mengundur, habis entri latest, tinggal komen (kalau suka), pergi ke page sebelumnya. Hehe...

5. Buka satu demi satu blog yang telah jadi pengikut setia, see? sebab itu aku berusaha untuk mengingat nama pemilik blog dan juga nama blognya. Aku tidak mahu menjadi follower takat tu aje, tak ke mana-mana pun.

Sebab itu jugala, aku punya nuff ni agak kelambatan sikit. Sebab tu la, kalau ada laptop alangkah heavennya, boleh layan drama sambil blogwalk. Tak pun, sambil masak ke. Kan? kan? kan?

~)@ Seronoknya bila ramai kawan... indah-indah. Kat opis tak boleh blogwalk sesangat, nanti bandwith tinggi. Aku kena panggil ngan boss ensem :D