Sunday, 16 February 2020

Tuah.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Syasya nampak di jari...
Eh? taklah-taklah, hahaaa. Saja.

Holla 2020, wah ini tahun yang disebut-sebut masa darjah 3 dahulu. Terngiang-ngiang lagi suara jiran ai yang very the busybody bertanyakan tentang ai pada tahun 2020 nanti.
"Syasya umur berapa masa tu nanti?" tanya dia. "36tahun" ai menjawab sambil membelek basikal.
"Syasya dah kawen ke belum masa tu?" tanya dia lagi. "dah, ada anak 2" selamba budak 9 tahun menjawab dengan penuh keyakinan dan berlari sambung bermain.

Sekarang,
Yes! bukan anak dua macam mama, tapi plus 1 lagi. Datang tanpa diduga, membesar dengan nama Cahaya Petunjuk Rezeki betul-betul pembawa rezeki. Alhamdulillah. Awal pagi Sabtu, Febuari 2020 ai bergegas meninggalkan rumah, hari ini perlu menghadiri mesyuarat PIBG sekolah anak3. Sudah semua bersekolah, makanya ai kena bertanggungjawab mengambil tahu dan mencedok maklumat-maklumat terkini di sekolah. Ai mengejut Auni, dia perlu ke tusyen di sekolah agama, tahun ini Auni perlu menduduki peperiksaan UPKK. Kelas tambahan telah bermula. 

Ai meninggalkan Auni di sekolah agama- nampak kereta ai sahaja kawan-kawannya melompat riang menanti Auni masuk pagar sekolah. Perangai serupa ai sungguh! alhamdulillah. Sebaik ai meninggalkan kereta, kakSu sampai dengan senyuman. Kami sudah berjanji untuk ke PIBG. Kebetulan kakSu menghantar Fahim yang juga ke kelas tambahan dan mengajak ai membonceng motornya. Pecah sejarah rekod dunia, ai ke mesyuarat dengan motosikal. Bergelak dengan kakSu dan sama-sama buat pendaftaran masuk. Anak tiga, sudah konpius nama kelas anak sendiri, itu belum lagi tersalah tulis, sampai tergelak guru yang menjaga meja pendaftaran. 

Ai duduk sebaris dengan kakSu, Linda dan kakWan, mereka kawan ai sejak anak-anak berumur 7 tahun lagi, dan sekarang anak-anak kami sudah 11 tahun. My clingy girlfriends. Hari-hari jumpa, hari-hari ketawa, hari-hari berseloka kasi hati gembira. Kami jarang membawang, kami suka tukar-tukar cerita hal kami-kami sahaja. Entah berapa kali menguap, ai pun tidak terkira. Kesan makan mi goreng sebungkus agaknya. Gelak kakSu melihat ai yang selamba makan habis. Itupun perut berbunyi lagi bila masuk jam 11pagi. Syasya memang tak padan kecik, perut macam stokin. Untuk hilangkan boring, ai berlawak dengan kakSu.
"kakSu, hari ni kita nak tunggu sampai habis. Nak tengok siapa yang dapat basikal tu nanti."
"ok, jom kita tengok siapa yang kena." jawab kakSu.
"sekalikan, kakSu dapat. Macam mana kakSu nak bawa naik motor?" ai dah gelak. Belum sempat kakSu menjawab ai sambung lagi.
"kakSu bawa motor beskal selit kat tengah-tengah." ai tengok kakSu gelak sambil tutup mulut.
"takpunkan, kakSu soh Fahim pikul kat belakang, kita dapat kita ikat atas bumbung kereta. Rasanya lipat seat kereta pun muat lagi beskal tu nak masuk." ai berjenaka sambil kepala otak membayangkan situasinya nanti. 
"hahahaaa, berangankan. kita memang tak pernah dapat pun cabutan bertuah ni. Saja nak tengok siapa yang sangat bertuah tu." selepas rehat dan sesi perbincangan acara cabutan bertuah di sambung lagi. Banyak juga nombor yang tidak bertuan. Sedang ai seronok melihat mereka-mereka yang bertuah yang kebanyakannya kaum bapa, tibalah cabutan yang terakhir. Ibubapa masih ramai lagi memenuhi dewan, berkemungkinan berperasaan sama dengan ai, menanti siapa pemenangnya.

"cabutan terakhir, waaah! ini memang nombor paling bertuah. Nombor ini bermula dengan 2, wah nombor ni sama dengan nombor rumah saya di kampung, lot 277 bla...bla... (guru besar terus berlucu)" ai tengah mendengar sambil bergelak dengan kakSu. Dalam hati, eh biar betul?, belum yakin. Dan sekali lagi diumumkan nombor 277. Wah!
"Sya... nombor Sya tu, nombor Sya tu!" kakSu teruja lebih.
"Sya... Sya punya 277." kakWan pula menyambut tangan ai suruh bangun. Dengan tepukan yang sudah bergema satu dewan. Secara automatik menggigil kepala lutut den, seriusla tak sangka. Ai mengajak Auni ikut sama berikutan guru besar minta datang bersama dengan anak. Alhamdulllah, ya Allahuakbar. Guru besar masih lagi mahu berlucu, minta ai tunjuk bukti nombor itu benar-benar 277. Sampai lenguh rahang ai dok menyengih, sudah rasa seperti mahu masuk akhbar tempatan pun ada. Syukur alhamdulillah. KakSu datang dengan handbag ai, terima kasih kakSu. Now, ai mikirkan bagaimana mahu membawa pulang, ai perlu ambil kereta di sekolah agama dahulu, meninggalkan Auni seketika.



Gigih mengangkat basikal masuk kereta berdua dengan Auni, lalu menapau nasi ayam bagi meraikan kejayaan, ahahahaaa! ini maunya jumpa 5 tahun akan datang baru bertuah lagi ni, if la panjang umur. InsyaaAllah. Permulaan yang baik untuk tahun 2020, syukur Alhamdulillah.

Rezeki itu sudah di atur oleh Allah swt. Alhamdulillah syukur!

Mesyuarat PIBG SK kali ke-40 | 15022020 SABTU 

1 comment:

Salina@IbuAqil said...

Blog yg ibu tunggu2 jenuh pintu diketuk x bkk jgk..
Assalamualaikum umi Aqil..
Rindu Allah shaja yg tahu..
Alhamdulillah! Rezeki anak2..
Syukur!!!!
Umi cha dan anak2 sihat?!
Umi, jgnlah kunci pintu lg..
Rindu!! Xoxo