Thursday, 20 February 2020

Selipar Baru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Segalanya berjalan dengan tenang dan macam biasa, bila ada tuan asben ni, secara automatik schedule ai akan lari tune sedikit. Niat di hati hendak mengayuh basikal sebaik sahaja menghantar sekalian anak ke sekolah, namun buka sahaja pintu terdengar pula mesin mencuci pakaian sedang beroperasi. Menderum-derum bunyinya bagi ai beringat ada pakaian sedang di cuci. Terus sahajalah ai tutup pintu dan ke dapur menemui mesin pencuci, ada lagi beberapa minit untuk selesai. Sementara menunggu bolehlah housekeeping daripada depan ke belakang, macam biasa.

On TV drama Thirty But Seventeen sedang ditayangkan, wow Ahn Hyo Seop dan Yang Se Jong la, sambil mengemas sambil menonton, kekeke! TV on, penyapu ai kepit di kaki sambil jemari membalas whatsapp, busy jadi mak ni. Kawan-kawan bertanya khabar ai setiap hari, alhamdulillah. Masih ada yang peduli, gittu! Sebenarnya, ai menunggu drama Romantic Doctor Teacher Kim 2, episod paling terbaru malam tadi semasa ai ke kelas. Biasalah tn asben tak update decoder Astro, makanya ai kena menunggu encore SBS 393. Setel menghantar tuan asben dengan pandangan mata sahaja, ai menyambung menyelesaikan semua kerja. Dapat juga tengok RDTK2 Ahn Hyo Seop again, cuma taktahu ending dek ai kena keluar ambil hero yang berdua tu balik SRA, sokey petang nanti ada lagi encore (harapan dapatlah tengok).

Tunggu dan tunggu dan tunggu, akhirnya nampak juga kelibat mereka berdua, alhamdulillah sekarang saling tunggu menunggu usai solat Dhuha. But satu masalah bila sudah bergabung ni, mereka suka sangat berlari. Ai pun tak faham kenapa perlu berlari sedangkan ai memang setia menunggu mereka di situ tidak ke mana-mana. Adli buka sahaja pintu kereta, ai serbu dengan pertanyaan,
"kenapa tinggal adik tu?"
"selipar dia putus umi". jawab Adli sambil jari ligat pusing bermain button penghawa dingin. Ai tepuk tangannya, gatal betul. Mata ai terlekat dengan kelibat Arrizqi dari cermin sisi. Berlari. Berhenti dan mengheret kaki, alahaiii kesian.
"umi selipar saya tercabut, tengah lari-lari tercabut, susah pulak tu nak betulkan". Dengan tercungap-cungap Arrizqi menghabiskan ceritanya.
"tu la, suka sangat berlari siapa suruh, hausla tapak selipar tu!" ai keraskan sedikit nada suara.
"eh! umi semalam kan hujan saya pakai kena air depan pagar sekolah tu, umi kata haus?" Adli mengeluarkan kenyataan berbaur lucu dan buat ai jadi geram.
"eee, hang ni kan. Haus tu tapaknya da rata, da tak boleh grip tanah untuk kasut dan selipar lah, hang haus memang la kena minum air". Ai terangkan sambil menoleh kepada Adli yang sudah pun tergelak kecil. Saja, nak memainkan ai dak ni.
"so? hendak beli selipar ke? sempat ke?" ai bertanya sambil kepala berfikir, NTShop, SC. Hendak ke bandar memang tidaklah, jauh sangat. Arrizqi perlu selipar untuk pakai esok.
"SC ada selipar ke umi? saya nak selipar macam kakak, macam umi pakai tu". terang Arrizqi.
"ada tapi selipar jepun je la, yang tahan lasak tu". ai menjawab sambil memikir lagi. Terus ke SC tanpa apa-apa lagi, perlu berebut dengan masa.
"sempat la umi, kan belum 11.30 lagi. Kita mandi 11.45 hari ni tak apa, kan ada PJ." eh! Adli ni, dia pula yang atur jadual kita, tengokla kejap lagi siapa paling lambat bersiap.

Ai ke SC juga, terus menonong sampai di esculator,
"hrmmm sedapnya bau roti, nanti kita beli roti umi." ye Adli lagi.
"roti selipar dengan pelekat." dia menambah checklist tiba-tiba. Dan tiba-tiba juga dia ghaib daripada escalator. Menyesal pula ai berjalan tanpa menoleh belakang. Sambil mulut dia bising, dia tidak sudah-sudah ulangalik bermain dengan escalator barang-barang.
Ai memilih selipar untuk Arrizqi, selesai baru sedar Adli tiada.
"haaa tu la abang ni, sibuk sangat main tangga bergerak tadi, mana tah perginya." Arrizqi memimpin tangan ai, sambil dia menoleh kiri dan kanan.
"dia main tangga tu tadi umi". omelnya dengan wajah yang juga cuak.
"ni yang saya malas bawa abang, macam ni la jadinya." ai mengomel geram sambil mata meliar dari rak ke rak.
"ABAAAAAAANNGGG!!!" suara Arrizqi nyaring bergema di ruang aras dua SC.

Terdengar suara Arrizqi agaknya, Adli muncul dari celah baju. Ai menjeling geram.
"korang kat mana? saya cari korang..." tersengih, muka cuak melihat jelingan tajam emaknya.
"main tangga tu lagi, kan dah tak jumpa!" thanks Arrizqi tolong bebel untuk ai. Ai memang sudah letih betul hendak berdrama dengan Adli ni sempat ai tekan telinganya, geram.
"ooo kat sini selipar, umi saya nak juga." nada sayu, jeles dengan Arrizqi.
"abang punya elok lagi kan, nantilah!" sambil memerhati Adli membelek selipar yang dipakai.
"umi tengok ni, dah lebih. Kaki saya dah lebih." alasan dia membuatkan ai belikan juga. Payah shopping dengan ai, beli satu pakej tiga cuma terpaksa beralah sebab ai tidak dapat mengagak size kaki Auni.
"pakai cermat-cermat sampai raya nanti." ai berpesan sambil turun ke aras bawah semula. Riang pegang selipar baru sambil ke rak roti.
"saya pergi ambil bakul umi". Adli menawar diri dan terus hilang. Hrmmm, dah rela ambil bakul mesti banyak roti yang dia mahu borong.
"saya nak ni..." Adli ambil tiga untuk adik dan kakak.
"saya ambil ni..." Arrizqi ambil satu sahaja untuk diri sendiri.
"ambillah tiga dik, saya nak jugak..." suruh Adli. Ai tergelak sambil memerhati. Arrizqi ambil tiga tapiii...
"umiii saya nak 2 bole? lagi 1 yang coklat." Arrizqi menarik hujung baju ai sambil menunjuk another bread. Comel muka bikin ai cair.
"ambillah, dah jom cari barang lain pula". Selesai buat pembayaran siap beli toothbrush warna blue untuk kakak. Dorang ni, tahla... kadang sayu tengokkan. Pilih berus gigi untuk kakak je kot, nak yang cantik-cantik je, siap ada penutup la, tu la... ni la... Adli ni sangat details.
Selesai membuat pembayaran, ai singgah kedai runcit pula untuk membeli beras, sempat di pesan Arrizqi hanya beras sahaja, mereka perlu bersiap untuk ke SK.

Sampai di rumah, buat hal sendiri-sendiri sehingga masa ke SK. Hantar mereka berdua sesi petang tunggu Auni pulang sesi pagi. Selesai hantar Auni ke SRA, berperang dengan dapur pula. Sedang perang ternampak pula sebakul baju belum bersidai, ya rabbiii... ai is lupaaa hahahaaa! Sambil menggoreng ikan, sambil sidai pakaian. Isteri je mampu buat dua, tiga kerja dalam satu masa, haha. Since tuan asben pun dah balik, konon dapatla berehat dari ambil anak3 pulang dari sekolah, namun jam terus berpusing ke angka 5, 5.05 petang. Hrmmm, ai juga, tak mengapalah. Selagi punya waktu, rehatlah macam raja atas sofa tu, buatlah. Sudah terbiasa, one day ai sudah tidak ada nanti, pandai-pandailah.

Cuaca sangat berhabuk dan panas, ai menerima pesanan ringkas dari kak Su, emak kepada kawan baik Auni meminta bantuan untuk mengambil anaknya sekali, tapi nanti sekejap, ai perlu menyampaikan pesanan ini kepada Auni yang berada di SRA sedangkan ai memang sudah tidak masuk SRA, hanya menunggu di SK sahaja. Teringat kakWan, teringat kakAni, teringat kakSuraya syukur alhamdulillah dikurniakan mereka-mereka ini, ai berpesan pada mereka bertiga. Ai turun mengambil Adli dan Arrizqi, menunggu Auni moga-moga pesanan ai tadi sampai kepada Auni.

Sempat Adli dan Arrizqi menge'paw' air, ternampak Auni beriringan dengan Alisya. Syukur, pesanan diterima.
"umi, Iman naik dengan kita kan?" tanya Auni.
"ye, sampai pun pesanan, siapa cakap dengan kakak?" ai bertanya sebaik sahaja mereka masuk kereta.
"emak Rabiatul (kakAni)." jawab Auni dalam kekecohan Adli dan Arrizqi bercerita sama. Haru biru.
"umi kakak harap Iman naik dengan kita hari-hari." suara Auni. 
"itu kena tanya mommy dia la, abah dia yang rajin tunggu bila Alisya ada kelas." ai menjawab dan memulakan perjalanan balik rumah.

Sebaik sahaja ai menghantar Alisya ke rumahnya, jadual malam pula bermula. Ai akan mengerah mereka makan malam dahulu, mempromosi ikan masak kicap ai. Haaaaa, barulah berbaloi berperang dengan dapur petang tadi. 

Eh, tadi hendak cerita selipar sahajakan? jadi sekian cerita kejadian semalam. Akan bersambung lagi ke kisah lain pada masa akan datang.

2 comments:

Salina@IbuAqil said...

Biasalah tu..
Konon nak belinya 1 barang akhirnya berbarang2 dibawa balik..
Macam tu juga coretan konon nak mencoret ttg selipar..
Sekali dia punya cerita..
As always ibu setiap baca satu persatu ayatnya..
Hilang rindu.. Muah!!!

ch@ said...

hahahahaaa...
tak boleh la, mesti nak citer dr mula sampai habis.
since takde gambar kan, so kenalah details.