Wednesday, 22 May 2019

Emak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Salam Nuzul AlQuran, hari ni....... hari ulangtahun arwah emak. Sudah melebihi 10 tahun emak meninggalkan kita, bulan Mei bulan ulangtahun kelahiran kita, merangkap hari ibu, juga hari guru. Tahun ini tarikh hari ini jatuh pada 17 Ramadhan. Emak, kita rindu sangat dengan mak, Alfatihah.

Semoga emak tenang sahaja di sana, walaupun perkenalan kita singkat sangat tetapi emak sentiasa dalam doa kita. Kita masih ingat kali pertama bertegur siapa dengan emak, emak tanya tentang anak emak yang seorang itu, betulkah dia masuk belajar sama dengan kitorang semua- yang di bawa pulang oleh anak emak selepas mandi sungai, kitorang dalam satu kelas yang sama. Emak telah jumpa surat tawaran masuk belajar dia sewaktu sedang mengemas biliknya. 

Selepas perkenalan kita, setiap kali emak tidak dapat menghubungi anak emak, emak akan menghubungi kita bertanyakan di mana anak emak. Emak ni, macam tahu-tahu sahaja kita selalu fastreply dengan anak emak tu. Maafkan kita ye emak, berkenan betul dengan anak emak tu, hehe.

Selepas itu kita datang tumpang tidur di rumah emak sewaktu kenduri perkahwinan anak emak yang sulong. Betapa rasa terasingnya la dalam kesibukkan ramai adik beradik emak dan abah masa tu. Anak emak tu memang dia tidak ambil port dah. Lepas tu kita keliru, ramainya adik beradik emak, mukanya lebih kurang sama je, sangat-sangat keliru dibuatnya, kita sudah guna habis skill untuk mengingat semuanya, and emak... sampai sekarang kadang kita tersalah panggil, hahaaa. But, dorang pun sampai sekarang asyik tersalah panggil kita. Dorang tertukar nama dengan menantu emak yang seorang lagi, sobs!

Walaupun emak tegas dan nampak serius, tapi emak sangat kelakar. Emak paling sempoi kita pernah jumpa. Boleh berselisih kereta dengan emak, emak di tempat duduk penumpang menoleh 180 darjah bila nampak kelisa anak emak. Anak emak sedang memandu juga perasan...
"eh? tu macam emak?" hahahaaaa bila ingat, rasa kelakar.

Emak bercerita mengulas macam bila mendengar berita, emak cerita tentang anak-anak emak yang lain, seronok. Emak cerita-cerita emak tu kekal dalam ingatan kita, bila ingat memang kita ketawa sendirian. Emak, anak-anak emak sudah punya keluarga masing-masing. Alhamdulillah. Kami semua berkerja dahulu sebelum berumah tangga, macam yang emak mahukan. Syukur. Emak, kita doakan emak semoga tenang di sana, kenangan-kenangan bersama emak akan kita simpan dalam kotak kenangan manis. Terima kasih emak. Alfatihah untuk arwah Puan Noraidah binti Nordin. 

Wednesday, 13 February 2019

Sekolah baru.

As known as sekolah abang kakak.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Hari pertama Arrizqi di sekolah baru, semestinya I lagi la yang masih sibuk menguruskannya. Balik sahaja sekolah agama, bersiap untuk ke sekolah kebangsaan, hooorey! hari pertama di sekolah baru, barulah sangat sedangkan Arrizqi telah biasa dengan sekolah abang kakak ini sejak berumur empat tahun lagi. 

Perkara pertama ialah melaporkan diri, bawa surat lulus perpindahan dan cop terima, isi buku log baik-baik giliran ke dua (semasa pengesahan) terus ke nombor 300++, huh! tiba-tiba rasa sangat kejauhan. Argh! tolak tepi yang penting sudah dapat pindah sekolah, hahaaa! Selesai 1 proses, proses menunggu guru penyelaras menetapkan kelas pula, maklumlah student baru katakan. Kawan-kawan yang seangkatan Arrizqi, hampir semua sekelas. Ada empat hingga lima orang yang ikut sama berpindah. Mereka lebih kurang bernasib baik, pra sekolah di situ tetapi tetap dihantar nun jauh di sana. Ini menjadikan I berasa lebih terasa ingin tahu bagaimanakah penempatan mereka ini di buat. Rata-rata yang tercampak jauh nun di sana ialah mereka yang mempunyai sejarah dan berkait dengan sekolah dekat ni. Pelik!

Sempat berbincang dengan guru penyelaras tentang buku tulis, nampaknya buku tulis sekolah jauh lebih banyak yang tidak sama dengan sekolah dekat, pun... tidak selaras rupanya. Alhamdulillah ada kawan-kawan I yang sudi membantu mendapatkan buku tulis untuk Arrizqi, buku tulis lama abang kakak juga habis I korek balik semula, ada hikmah rupanya menyimpan buku tulis yang tidak digunakan. Dan syukurnya, Arrizqi ialah anak yang langsung tidak cerewet, apa yang ada sahajalah digunakan. Meskipun lambang pada buku tulis tidak sama dengan kawan lain, dia tidak kisah langsung yang penting isi dalamnya - katanya selamba.

Arrizqi ditempatkan di kelas betul-betul tempat I dengan dia berdiri. Owh! tidak sekelas dengan bidadari-bidadari seangkatannya tadi. Bidadari sebab hanya Arrizqi seorang yang bo'boy', lain-lain is ge'girl'. I mengisi borang lagi, hadoih! dah lebih 10 kali isi borang yang sama, setiap kali sekolah buka borang maklumat diri ini jugalah yang di isi. Borang ini jugalah yang jadi isu sebelum ini - apabila cikgu sekolah jauh Arrizqi tersalah letak borang Arrizqi dan menyebabkan I terpaksa berulang semula ke sekolah jauh untuk ambil dan bawa ke sekolah abang kakak. Guru kelas Arrizqi memberi jadual waktu persekolahan dan I berjanji untuk datang semula memberi fail peribadi dan menyelesaikan urusan pembayaran kemasukkan Arrizqi.

I mencari Auni pula yang manatah menghilangnya, pak guard berbadan gempal itu juga turut sama mencari, katanya dia nampak Auni di belakang surau, I ke belakang Auni ke depan, I di depan, Auni di belakang, budak ni kannnn... I terus hantar dia ke sekolah agama dia hanya menukar baju dalam kereta sahaja dan I terus balik rumah untuk rest sekejap.

Selesai solat zohor I rushing ke sekolah jauh Arrizqi semula untuk hantar surat perpindahan. Alhamdulillah, urusan dimudahkan buku-buku Arrizqi dan beberapa dokumen sudah ada di pejabat sekolah tanpa I mencari guru kelas lagi. Kerani di situ juga bertanyakan tentang Arrizqi yang balik awal semalam. Memorinya kuat sungguh!

I terus ke sekolah abangkakak untuk selesaikan urusan kemasukkan Arrizqi, menunggu guru penyelarasnya, memberi fail peribadinya, I hendak selesaikan semuanya hari ini juga, letih benar ke hulu dan ke hilir. Sedang I berjalan-jalan, nama I terasa di jerit...

Pandang kiri kanan, loh! Arrizqi tersengih sambil pegang donat...
"saya makan donat...!" suaranya nyaring.
"Ilman-ilman-ilman...!" dia memanggil kawannya pula, datang Ilman berpelukkan, sampai berjalan pun berpeluk berdua.
"tu Adib ume..., tu Adam. Rara ada kat sana." tahun 1 sedang rehat, makanya masing-masing dengan menu masing-masing. Tapi Arrizqi, awak bukan budak baru ke? hahahaaa...

Nama-nama di atas merupakan rakan sekelas Arrizqi semasa di tabika, mereka semua berada di kelas yang berlainan dengan Arrizqi tetapi masih mencari rakan-rakan juga. Bagus budak-budak ni, terhibur sekejap I dengan keletah mereka sementara menanti guru penyelaras untuk selesaikan pembayaran yuran Arrizqi. Selesai urusan, I berjalan lambat-lambat menuju kereta diluar pagar, cuaca panas menyebabkan badan I terasa letih yang amat. 

"tak habis lagi ke...?" tanya pak guard yang sudah sedia kenal melihatkan I yang berulang alik.
"dah, dah selesai semua..."
"senanglah lapas ini, tak payah pergi jauh-jauh sana."
"betul-betul, terima kasih tengokkan anak-anak I"
"tak apa, itu kerja kita maaa." dan I pun balik melepaskan penat.

Sekejap je, lepas tu keluar semula untuk menunggu mereka balik dari sekolah. Lain suasananya bila kakLin tak ada, kawan I melepak sudah tidak ada, sobs! Masuk hari ini sudah 10 hari Arrizqi bersekolah sama dengan abang kakak, alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan-urusan I. Semoga hari-hari mendatang terus berkeadaan baik, inshaaAllah!

Memorable:

 Dua minggu dengan tali leher merah, sebelum bertukar tali leher blue black.


Hari pertama di sekolah baru.


  
Sementara menunggu kakak Auni tiba.


 Very the perempuan, dia keluar sekolah agama awal, tapinya paling lambat tiba... my geng!

Thursday, 24 January 2019

Hari terakhir di sekolah jauh. - Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Akhirnya, I bersyukur ke hadrat ilahi pabila permohonan Arrizqi bertukar sekolah diluluskan on the spot. Syukur seribu rahmat. Arrizqi melalui hari akhirnya di sekolah jauh dengan tragedi. Dia yang seorang ini memang sangat beragam rare orangnya. 

Selasa lepas, I sedang bergelumang dengan dapur menerima pesanan ringkas daripada guru kelasnya untuk mengambil Arrizqi di sekolah. Teacher Haliza memberitahu bahawa baju dan seluar dan kasut stokinnya sudah basah lecun. Penat tacher Haliza menahan jelingan maut Arrizqi menyebabkan keputusan teacher menghubungi I.

Pada hari yang sama keputusan perpindahan Arrizqi sudah pun diluluskan, Arrizqi diterima masuk ke sekolah sama abang-kakak. Sudah alang-alang I sampai di sekolah, teacher Haliza mengumpulkan semua dokumen Arrizqi untuk di bawa ke sekolah abang-kakak, walaupun surat rasmi perpindahan belum lagi diserahkan, tetapi teacher Haliza sudah bersiap siaga. Kerani sekolah jauh juga sama-sama membantu menguruskan, syukurnya mereka ada membantu I sama.

Apabila I ke kelas untuk mengambil Arrizqi, nampak sahaja fail oren yang I kepit pantas guru sedang mengajar menegur I,
"pindah sekolah ke puan?" 
"ye cikgu, hari ni hari terakhirnya di sini."

Arrizqi mengemas beg dan mengikut I untuk balik terus, baunya ku semangat.
Arrizqi telah melabur amanah saham perut, tidak sempat untuk buka seluar menyebabkan baju dan seluarnya basah habis, mungkin dia cuba membasuh baju dan seluarnya sendiri, alahaiii kasihan Arrizqi.

Namun nampak sahaja muka I, mukanya ceria sedikit. I mengusik-ngusik dia menyatakan busuk, Arrizqi hanya bagi senyuman malu-malu. Duduknya rapat dengan tingkap kereta, sedikit sahaja punggung di tempat duduk kereta, dia menjaga "wangian" daripada I. Namun, I kisah apa... he is my little hero, I sudah lali dengan ini semua, malahan anak orang lain pun pernah sahaja I tangani, walau dalam kereta sendiri. Kakaknya juga pernah begitu. Abangnya pernah muntah di atas meja sekolah. Alhamdulillah kesemuanya masih cemerlang dalam pelajaran. Mereka masih berani untuk pergi ke sekolah.

Sampai di rumah Arrizqi ingat pesanan I tadi, baju masuk mesin basuh, mandi dan cuci kasut sekolah. Arrizqi patuh dengan ceria sahaja. Bila dia selesai uruskan dirinya sendiri, dia makan dan tidur. Aku menyudahkan kerja-kerja yang masih belum selesai dan berkali-kali datang menghimpit Arrizqi yang sedang tidur. Sungguh, I miss him. 

Jam 5.15petang, I mengajaknya untuk mengambil abang-kakak balik sekolah. Arrizqi ok sahaja, hari ini dia temankan I esok dia sudah masuk sekolah semula. Alhamdulillah! I tidak perlu berulang-aling jauh-jauh lagi, syukur. Terima kasih atas doa-doa kalian, terima kasih kepada mereka-mereka yang membantu I dalam perpindahan Arrizqi ini, cerita lain kali k. Ihiks!


Sekian sahaja cerita, jumpa lagi.

Saturday, 19 January 2019

Hilang lagi sekali - Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Baru hendak menaip I sudah terbayangkan muka tanpa perasaan dia, muka blur Arrizqi yang boleh buatkan I kasihan ada, geram pun ada. Minggu ke dua sekolah, I sudah mampu menerima keadaan, walaupun masih juga huru-hara. Urusan dengan sekolah masih tidak selesai sepenuhnya. Cerita tentang Arrizqi lagi, ada 1 hari I terlupa hendak memberi dia duit belanja, I teringat apabila I hendak buka beg memberi Adli duit belanja, Adli mencadangkan agar I minta pertolongan dengan guru kelas Arrizqi sahaja, I juga terfikir hal yang sama berikutan hendak berpatah balik semula, Auni akan keluar sekejap lagi, tambah-tambah sekolah Arrizqi jauh. Lagi pula, I masih belum kenal dengan mana-mana parent yang anaknya 1 kelas dengan Arrizqi. End up, I minta tolong dengan guru kelas Arrizqi meminjam duitnya, beri pada Arrizqi. Terima kasih teacher Haliza kerana sudi membantu.

Esoknya, I kirim semula duit rm2 kepada Arrizqi untuk teacher Haliza, I text beritahu, minta teacher ambil pada Arrizqi. Alhamdulillah, teacher yang baik hati itu menyuruh Arrizqi menyimpannya sahaja dan teacher menceritakan satu kejadian yang buat dia ketawa sepanjang hari mengenangkan Arrizqi.

Pada hari I meminjam duitnya untuk Arrizqi, teacher Haliza minta bantuan ustazah yang sedang mengajar sebelum waktu rehat, matapelajaran pada masa itu ialah Pendidikan Islam serentak dengan Pendidikan Moral. Ustazah memanggil nama Arrizqi berkali-kali namun tidak ada sesiapa yang mengaku, ustazah bertanya pada kawan-kawan Arrizqi pula, ada seorang yang kenal dengan nama Ersyad tetapi bukan dalam kelas yang sama.

Menurut teacher Haliza lagi, beliau bergegas turun ke kelas untuk mencari Arrizqi, betul kata ustazah beg dan bukunya masih ada di tempat Arrizqi namun empunya badan tidak ada. Ke mana pula Arrizqi pergi tanpa disedari cikgu yang mengajar. I membayangkan lagi sekali betapa kelam kabutnya warga pengajar tahun 1 ketika itu, Arrizqi buat hal yang sama pada hari orentasi yang lalu, adeih! Menghilang.

Teacher dan ustazah pasti rasa suspen dan terkejut, belum pernah lagi terjadi anak murid hilang dalam waktu pembelajran berlangsung. Sehinggalah loceng tamat waktu kelas berbunyi, dan teacher Haliza paling lega apabila ternampak Arrizqi berlari masuk kelas dengan pelajar bukan Islam, apa korang bayangkan? hahahahahahaaa, Arrizqi follow pelajar bukan Islam untuk kelas Bahasa Moral. Aduhaiii! Kata teacher Haliza, muka Arrizqi iras ala-ala budak Iban, Kadazan. Kejadian menjadikan Arrizqi menjadi hot topic dikalangan guru-guru tahun 1 sekolahnya. 

Teacher juga berkata ada hikmah I lupa beri Arrizqi duit belanja, jika tidak semua orang tidak sedar dia tidak berada di dalam kelas pada matapelajaran Pendidikan Islam. Lepas tu, barulah teacher tanya pada Arrizqi tentang duit belanja, lagi sekali dengan penuh yakin Arrizqi jawab ada sebelum kelam kabut menukar kepada tiada dengan tangan sibuk menyeluk poket seluar. Arrizqi memang kelakar. Daripada dia kecik memang tiada masalah. Arrizqi suka berkawan dengan siapa sahaja yang dia kenal. Arrizqi yang halus dikalangan kawan-kawannya. 

Kejadian ini bukan sahaja menyedarkan I malah guru darjah 1 pasti lebih tegas selepas ini. I lagilah tidak terfikir langsung, Auni dan Adli sepenuhnya dikelilingi murid Islam, malah masa I bersekolah dahulu, di sekolah menengah baru bercampur dengan pelajar bukan Islam itu pun sudah 16tahun. Apalah yang murid darjah 1 tahu baru 2 minggu bersekolah, sabar sahajalah!

_
 Budak paling tidak kisah. Tie, seluar, beg, kasut, semua recycle.
 Arrizqi lupa dia sekolah agama.

Sekurang-kurangnya jika ada rezeki berpindah sekolah, Arrizqi akan dikenang oleh guru-guru sekolah asalnya. Ihiks! Sekian cerita. I hendak update bloghijau sahaja lepas ni. I rindu. Instagram sudah mula boring.

Monday, 7 January 2019

Sekolah besar 2019 - Arrizqi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

Kecoh! di pagi hari Rabu merupakan hari pertama kembali ke sekolah untuk Auni dan Adli, bagi Arrizqi hari ini merupakan permulaan sesi persekolahan formal. Say goodbye to tabika perpaduan, say goodbye to sekolah separuh hari. Hari yang bersejarah juga untuk I kerana perlu menguruskan A to Z berikutan kelas tuan asben bermula pagi hingga ke malam, urgh! Semalam sahaja I sudah tidak mampu melelapkan mata dengan lena, uhuh! dan menjelang pagi rumah sudah chaotic. I cuba meredakan perasaan, it's ok syasya schedule pagi ini serupa je dengan tahun lepas, cuma lebih lagi awal kerana hari ini pasti penuh parking berikutan kemasukkan tahun 1 baru.

Syukurnya trio A memberikan kerjasama yang elok, bersemangat waja untuk memulakan sesi persekolahan. Dan, macam biasa drama king kita, Adli kembali dengan perangai manja. Arrizqi sudah pun berkasut, Auni sudah pun berada di dalam kereta, get ready semua? I menghantar Auni dahulu, sebelum jam 7pagi Auni sudah pun berada di sekolah. Berkali dipesan agar menunggu mak usunya tengah hari nanti, I masih menguruskan Arrizqi yang bersekolah jauh dan tidak sempat untuk menunggu Auni balik sekolah rumi (kebangsaan). Auni akan terus ke sekolah jawi (agama).

I menghantar Adli dan Arrizqi, mahu sahaja I tinggalkan mereka berdua, namun biarlah untuk pertama kali Arrizqi I menunggu sebagaimana abang dan kakaknya dahulu. Eleh! menunggu pun bukan buat apa, Arrizqi sudah biasa dengan sekolah jawi. Lagi di halaunya I suruh balik rumah adalah, datang masa balik sekolah je ume...! gitu.

Dan I pun balik, menyelesaikan tugasan rumah, bla... bla... bla... macam biasa. Otak ligat berfikir bagaimana keadaan trafik untuk ke sekolah Arrizqi nanti, hendak ikut jalan depan (lebuhraya) atau jalan belakang (kampung-kampung). I menunggu Adli dan Arrizqi macam dulu-dulu juga, halah-halah-halah bersihnya mereka berdua, datang pada I dengan senyum meleret. Alhamdulillah! mereka baik sahaja. Kitorang lekas-lekas balik rumah, perlu bersiap segera untuk ke sekolah rumi pula. 

Waktu ini yang mencabar, Adli sekolah dekat, Arrizqi sekolah jauh. Adli masuk jam 1.10ptg manakala Arrizqi masuk jam 1ptg. Hrmmm... I decided hantar Adli dulu, sekolah dekat then ikut jalan depan terus ke sekolah Arrizqi. Adli pun sudah biasa dengan sekolah dekat, sebelum ni pun dia kerap dihantar awal kerana Arrizqi balik sekolah tabika jam 12tgh. Syukurnya Arrizqi tidak banyak songeh dan kerenah, walaupun baru pertama kali dia bersekolah dua sesi, I tidak dengar dia merungut langsung. Selesai hantar Adli dengan pesanan-pesanan, I menghantar Arrizqi pula. Kan mudah jika mereka satu sekolah, I boleh sahaja terus menunggu Auni keluar nanti, but what to do. Rezeki tidak berpihak.

Sampai di sekolah rumi (jauh), I meletak kereta juga agak jauh, bukan apa, mudah untuk aku keluar balik tengah hari nanti. I menunggu sahaja bersama parent yang lain, hrmmm parent di sekolah ini tidak berapa mesra, I senyum mereka senyum pahit-pahit sahaja. I hanya duduk jauh daripada khemah Arrizqi selepas berborak dengan seorang bapa yang anaknya sama kelas dengan Arrizqi. Termenung.

Arrizqi sudah sibuk main, tangannya tidak reti duduk diam, pastinya memulakan salam persahabatan dengan kenalan-kenalan baru. Dia tidak menangis pun, dia juga tidak hiraukan I langsung. Bila pelajar di arah masuk ke kelas, I mengekori Arrizqi. Ohooo... kelasnya betul-betul bersebelahan dengan kantin, ihiks! Selesai menguruskan Arrizqi, meninggalkan pesanan-pesanan, I mencari seorang guru untuk bertanyakan soal prosedur pindah sekolah. Guru meminta I naik ke pejabat sekolah untuk bertanya, I suka guru-guru di sekolah ini, mereka sangat peramah dan mesra.

I memanjat tangga untuk ke pejabat sekolah, bertanya dan di beri satu borang untuk dilengkapkan dan hantar semula ke pejabat. Penerangan dan penjelasan diberikan kepada I sambil diperhati guru besar sendiri. Cuak juga I dibuatnya.
"baru masuk sekolah sudah hendak pindah?" ujarnya spontan.
"maaflah cikgu, terpaksa pindahkan juga kerana dia ada abang dan kakak bersekolah di sekolah lain. Jadi susah sebab abangnya satu sesi dengan dia, terkejar-kejar saya dibuatnya." I terangkan dengan tersangkut-sangkut, gugup.
"ooo tidak dapat 1 sekolah, susah juga tu. Takpe-takpe isi borang tu dulu, nanti hantar semula pada kita, kita taipkan surat cantik-cantik." ujarnya ramah.
"baiklah, terima kasih cikgu." dan I terus balik rumah dengan keletihan lebih daripada biasa. Perut lapar tetapi sudah tidak kuasa untuk memunggah dapur. Kasihankan Myra yang akan balik petang nanti, I gagah juga memasak sebelum get ready hendak ambil Arrizqi jam 5.50ptg nanti.

Jam 5.15ptg I sudah terpacak depan pagar sekolah, awal? kena awal. jika tidak jalan sehala itu akan jadi sempit dan I perlu segera untuk balik ambil Auni dan Adli pula. Auni sudah dipesan untuk menunggu Adli, dia perlu berjalan daripada sekolah jawi ke sekolah rumi. Takpe Auni, sekejap sahaja, nanti bila Arrizqi sudah bertukar sekolah, kita back to normal time ok. Be patient!

I berjumpa dengan kak Miza, kami sekampung, anaknya pra di sekolah dekat namun dia juga mengalami masalah sama dengan I, dapat sekolah jauh. Kami sedih, tapiii kami terima je la. Kami tiada kabel yang besar-besar untuk segera tukar sekolah. Kami hanya ikut prosedur. 

Balik ambil Arrizqi terus ke sekolah dekat, alahaiii simpati I melihat anak yang dua lagi tu sudah bersidai di pagar kecil. Betul-betul mengikut arahan. Bukan I tidak mahu meminta bantuan orang lain, mahu... cuma I lebih kepada mereka yang suka menawarkan diri. Lagipun I tidak mahu tuan asben pertikaikan apa guna jadi surirumah tapi tidak boleh uruskan anak3 sendiri. Jadi anak3 perlu juga dengar apa yang I arahkan.

Sekejap je, tak apa. Kita cuba dahulu, jika tidak mampu nanti, kita cari tuan asben minta pertolongan. Dan kesibukkan tidak habis di situ, bersambung malam apabila I mengerah segala penat keluar dengan pergi zumba, hahahaaa! start jam 9mlm habis jam 10mlm. Tengah-tengah malam I baru sibuk adjustkan rumah dan anak-anak untuk memulakan hari esok pula.

Jadi, habis sudah satu hari yang sangat havoc, semoga Allah swt terus memudahkan urusan-urusan kita hari-hari, inshaaAllah.

Album:

_
 Sekolah jawi same with abang.

_
 Sekolah (rumi) jauh dan sekolah dekat.

 Arrizqi yang nun jauh di sana.

Moms habiskan penat.