Bakar Kalori.

Saturday, 26 May 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Annyeonghaseyo!

SEEING MY CHILD HAPPY IS ONE OF THE BEST FEELINGS IN THE WORLD!-joyofmom.com

Sabtu, hari yang emak tunggu-tunggu sangat, emak tidak perlu sibuk-sibuk untuk bangun awal pagi mengejarkan tigaaskar untuk ke sekolah tetapi tidak untuk Sabtu yang baru lepas ini, emak tetap bangun seperti biasa bersiap, hari ini anak-anak emak ada aktiviti sukan di sekolah. Emak belum pernah tertinggal untuk meraikannya bersama dengan tigaaskar. Ini sahaja hari yang membolehkan emak bergembira dan melepaskan aktiviti di rumah. Emak menyiapkan sarapan pagi lebih dahulu sebelum mengejut tigaaskar bersiap. Sedang asyik di dapur, hujan turun dengan sangat lebat. Allahuuuakbar... semoga urusan-urusan hari ini berjalan dengan lancar. 

Emak mengejut Arrizqi dahulu, acah-acah tanya sama ada dia hendak ikut atau tidak, kali terakhir bertanya dia tidak mahu ikut, tapiii sahajalah emak cuba last kopek. Kan... Arrizqi angguk dan bangun dengan pantas. Emak dan Arrizqi bukan boleh berpisah, hihiii! Dia senyum lebar sebaik sahaja bersiap, giliran Adli pula bersiap. Ini struggle, walaupun tidak cerewet bangun pagi, dia slow motion sikit, lagak lelaki bersopan santun, haaa... dengar sahaja pakai baju baru, seluar baru dan adik dah pun siap, jadi segar bugar biji matanya. 

Selesai Adli, emak kejut sahaja Auni. Kakak sulong ni, senang sikit bila suruh bersiap, dia memang berdikari daripada lima tahun lagi. Sementara Auni bersiap, emak mengemas rumah. Sudah pasti balik bersukan nanti badan sudah pun letih, jadi tidak mahulah kepala kusut pula dengan rumah yang berserabut. Di luar hujan masih lagi turun, emak pasti akan berhenti jua sekejap nanti. Sedang emak bersiap di atas, menyediakan kelengkapan untuk kali terakhir, terdengar suara tigaaskar yang sedang mengusik kucing masing-masing. Sesekali diselangi dengan kekekan ketawa. Alhamdulillah semuanya berada di kondisi yang senangkan hati emak. 

Emak memacu tobot W ke sekolah, sampai sahaja di sekolah hujan masih lagi renyai, hampir reda. Kami menunggu saat ianya betul-betul reda baru boleh turun daripada kereta. Comel, bila Adli berkongsi payung dengan Arrizqi sambil mulut tidak berhenti mengomel. Emak dan Auni ikut daripada belakang, kami perlu melintas jalan raya empat lorong baru sampai di pagar sekolah. Entah apa yang orang cakap bila tengok emak seorang meladeni tiga orang ini, hahahaaa. Sampai di kantin Auni dan Adli sudah hilang dari pandangan, sudah bertemu dengan geng masing-masing. Arrizqi berkepit dengan emak, geram juga kakinya hendak join abang dan kakak. Tahun depan bolehla Arrizqi join. Senang sikitlah emak nanti, hehehe!

Syukur hujan berhenti juga, selesai urusan pendaftaran emak bawa Arrizqi duduk di bawah khemah, padang becak, berbaloi emak paksa Arrizqi pakai kasut tadi. Dia sudahlah penggeli, jika berselipar tadi, memang jenuhla la hendak memujuk dia. Acara dimulakan dengan perarakan rumah sukan dan unit beruniform dan beberapa persembahan daripada murid-murid sekolah. Arrizqi juga sudah mula boring asyik duduk sahaja, dia sudah pun emak bawa pergi makan dan belanja aiskrim. Tiba-tiba sahaja Auni muncul mengajak emak ke tengah padang. Arrizqi melompat gembira bila nampak kakaknya datang. 

Di tengah padang, becak, Adli mengejar mendapatkan emak juga, haaa sudah! acara masing-masing hampir bermula. Tahun 1 dahulu, sempat emak menonton Adli berlari sebelum menonton Auni di tahun 3, belum acara Auni bermula, Adli sudah pun ke podium untuk ambil hadiah, ah! sudah emak kena berpecah jadi dua nampaknya ini. Mujurlah! ada kawan-kawan emak sudi tunggukan salah seorang bagi pihak emak. Emak menunggu Adli, lama sangat menunggu hingga Arrizqi pening kepala, dia sudah muntah di tepi padang. Hrmmm, the end emak tinggalkan Auni dan emak tinggalkan Adli, pandai-pandailah cari emak nanti. Emak bawa Arrizqi ke kantin, dudukkan di bawah kipas dan cuba mencari ruang untuk dia. Dia sudah bising hendak balik rumah, sabar Arrizqi sabar, tunggu abang dan kakak ambil hadiah dulu.

Sedang emak berbual dengan Arrizqi, Adli datang dengan medalnya, dengan senyuman penuh giginya, dengan riang dia minta emak rm2. Anak bertuah! dia hendak beli aiskrim. Emak tunggu sahaja di kantin, minta bantuan kawan-kawan yang masih di padang beritahu, di mana emak berada pada Auni. Tidak lama kemudian Auni muncul di kantin, bawa medal dengan muka letih dan minta rm2 juga. Adoiii! Auni hilang, Adli muncul dengan dua aiskrim calong, 
"nah adik, untuk adik saya belanja!" tergelak emak dengan ayat Adli tu. Comel dan macam tidak betul je Adli yang belanja, bukan emak punya duit tadi ke...? 
Arrizqi sudah tidak mahu makan apa-apa, dia memang jaga pemakanannya, baru lepas muntah tadi. Dan, emaklah yang habiskan. Datang pula Auni dengan aiskrim yang sama, mujurlah dia beli satu sahaja, emak menunggu masing-masing selesai sudahkan aiskrim barulah boleh balik rumah.

Menunggu tu pun, sempat lagi Adli minta rm2 hendak beli jajan lain pula, anak bertuah betul. Karang sebelum masuk kereta, mahunya emak kena paw lagi sebab letak kereta berhampiran betul dengan kedai runcit, adoiii! Tidak sempat emak hendak wefie dengan kawan-kawan, tigaaskar dah merenget hendak balik, tidak boleh bersabar lagi untuk ke kedai. Sabarjelamak!

Belum pun jam 12.00 tengah hari, kami semua berangkat balik rumah. Mahu rehat-rehat dan menyelesaikan rutin Sabtu yang sudah tergendala, apatah lagi melihat kasut tigaaskar yang berlumpur dengan becak di padang tadi, huargh! all is mom... mom is crying! but it's ok, semuanya berjalan dengan lancar hari ini, mengikut percaturan yang emak buat. Syukur! janji tigaaskar gembira, emak pun ok saja =)

Memorable Memories:






Selesai rutin Sabtu, emak tertidur dengan Adli, hahahaaa... Ok, jumpa lagi di lain entry. Daaa!



0 pasang kaki:

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in