Tapau: Adli.

Sunday, 26 November 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

I am proud of many things in life but nothing beats being a mother.
Emosi emak untuk tahun 2017. Emak akhiri dengan perasaan gembira yang tiada bertepi. Bak kata Adli, infiniti. Pandai betul dia cari perkataan yang sesuai. Jadi, entry kali ini yang berkaitan dengan Adli sahaja. Erm! sudah lupa mana satu Adli?


Ahaaa tu dia, mamat yang tetengah tu, time tu berumur enam bulan ja, sekarang sudah menamatkan sekolah tabika dengan cemerlangnya. Adli yang paling cool, Adli yang tidak banyak ragam waktu kecilnya tetapi sangat ligat waktu membesarnya. Adli yang tidak suka hendak expose kelebihan diri yang dia ada. Adli yang sentiasa buat emak berdebar-debar. Adli yang sentiasa membuat emak berasa tidak percaya dengan tingkahnya. 

Tahun ini, penuh dengan agenda untuk Adli sahaja, bermula dengan menguruskan pendaftaran beralih ke tahun 1 pada awal tahun, serta menghadiri orentasi darjah satu pada akhir tahun. Bermula dengan acara konvo tabikanya berakhir dengan emak sekali naik pentas untuk ambil hadiah. Terima kasih Adli buat emak berasa sungguh bangga. Berbanding dengan Arrizqi yang baru 5 tahun, Adli bagaikan anak bongsu yang sentiasa memerlukan emak. Tiba sahaja ke acara konvokesyen untuk anak enam tahun di Dewan Auditorium DBKL lepas, Adli sudah mula buat muka. Malam berjanji macam-macam, tiba hari kejadian dia macam-macam, tiba-tiba datang demam, tiba-tiba sakit perut, sebelum dia tiba-tiba tidak mahu naik pentas, emak kena fikirkan sesuatu. 

Belum sempat setengah acara berlangsung, emak ajak semua keluar daripada dewan, lemas memasing tinggal dalam kesejukkan, kami berempat ditinggal abi Erwandi yang balik ke opisnya, hrmmm. Terkial-kial emak hendak bergerak pantas dengan jubah meleret. Setelah berjaya mengembalikan mood masing-masing, Arrizqi pula minta makan. Alahaiii! Tiada pula kedai-kedai berdekatan untuk disinggah, mereka hanya makan roti canai sekeping seorang pagi tadi namun hari sudah pun tengah hari. Emak minta Arrizqi bersabar dan naik semula ke dewan untuk pendaftaran Adli. Nama Adli tersenarai pertama antara tiga pelajar cemerlang di sekolahnya, alhamdulillah. Tidak percaya tetapi Adli telah buktikan dia boleh. 

Selesai urusan pendaftaran Adli dan kawan-kawan mengikut teacher Ain yang bertanggungjawab menjaganya. Awalnya dia seronok, tetapi apabila dia kembali semula ke tempat menunggu, emak, Auni dan Arrizqi sudah pun menempatkan diri di dalam dewan, Adli 'kehujanan' (teacher Khaida kongsikan gambar Adli yang sudah pun masam dan monyok.) Emak hanya minta teacher Khaida beritahu Adli bahawa emak tunggu di hadapan pentas.

Syukur seribu rahmat, sebaik sahaja giliran Adli tiba dengan langkah berat sahaja dia melangkah ke tengah pentas, menghulur tangan untuk menerima scroll sehinggalah emak lambai untuk mengambil gambarnya, emak sudah pun berada di hadapan pentas dengan kamera dan memastikan Adli nampak akan emak. Emak nampak muka Adli berubah secara total, senyuman Adli meruntuhkan rasa sangsi emak pada mulanya tadi, emak risau Adli tidak mahu membuat persembahan nanti, sebab itulah emak pastikan Adli nampak akan emak agar mood Adli tidak terus down.

Emak melangkah laju ke belakang pentas bertemu Adli, happy nya Adli menyerahkan piala dan jambangan bunga. Syukur. Emak akan tunggu Adli sehingga acara persembahan Adli berakhir nanti, jadi Adli jangan nangis-nangis dan buat apa yang Adli sudah berlatih. Emak beralih ke tempat duduk tengah-tengah untuk mencari spot terbaik mengambil gambar Adli dan tarian bollywood. Setelah menanti dengan sabar, akhirnya giliran persembahan Adli tiba. Alahaiii, Adli did it so well. Emak terharu tanpa sedar air mata emak bergenang. Emak kuatkan hati sebab habis celak emak nanti jika menangis beria-ia macam konvo kakak Auni yang lepas. Selesai sahaja majlis konvokesyen, kami terus berangkat pulang ke rumah, badan sudah pun letih. Masing-masing ketiduran kesan daripada kepenatan.

Album:

 Hati emak: Adli.

Don't be sad Adli!

 Monyok vs happy!


Precious!

 
Adli and his lover.

0 pasang kaki:

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in