Sekolah pertama Arrizqi dan tragedi.

Friday, 6 January 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anak yang akan bersekolah, emak yang risau tidak bangun pada jam yang ditetapkan, apatah lagi jadual harian tahun ini tidak lagi sama seperti tahun lepas, 100% berubah. Simptom emak-emak macam biasalah, bangun pagi terus sibuk tanpa henti. Pada tn Erwandi aku minta hantarkan Auni ke sekolah agama, tiga kali aku pesan jangan hantar ke sekolah kebangsaan, tapi sekolah agama lengkap dengan pesanan "tolong carikan kelas Auni". Dahulu, dia di bangunan lain, tahun ini sudah tentulah berbeza, apatah lagi dia juga naik ke kelas pertama. Kawan-kawannya berubah keseluruhan.

Di rumah aku berperang dengan Adli dan Arrizqi. Adli ialah abang tapi yang paling tidak sabar untuk ke sekolah ialah Arrizqi. 
"adik nak mandi dengan umi" dia bagaikan cacing kepanasan, kejap ke hulu kejap ke hilir. Awal lagi dan aku pula sibuk dengan menyiapkan air milonya. Air untuk tn Erwandi. Pokoknya sibuk di dapurlah.
"umi, lambatlaaa nanti adik terlambat" aduhai dak kecik ni, tabika tu 10 minit je kot daripada rumah. Dan akhirnya dia buka baju sendiri, mandi sendiri. Hahaha! Arrizqi mandi sambil bernyanyi dalam bilik air, amboi happy sangat! Aku masih mengemas rumah sambil mengejut Adli. Terpisat-pisat bangun aku terus lebur dia dalam bilik air sebaik sahaja Arrizqi siap mandi. 
"umi, ubat gigi da habis. Adik sabun je, cepatlah umi, sejuuuk!" Arrizqi menanti tuala. Tinggalkan Arrizqi dengan pakaian sekolahnya. Dia pandai pakai sendiri. Sebaik sahaja aku siap mandikan Adli, Arrizqi sudahpun lengkap dengan kasut.
"cepatlah abang, kita dah lambat ni" aduhaiii dia sangat comel. Aku sampai terkeliru siapa abang, siapa adik. Lengkap keduanya, aku pula bersiap. Tahun lepas, Adli di hantar oleh tn Erwandi dan aku menguruskan Auni. Tahun ini, semua urusan aku selesaikan awal-awal dan hanya hantar sahaja mereka ke sekolah. 

Tiba di sekolah, brotherhood paling awal, di sambut teacher Ain dan teacher Khaida macam biasa sambil mereka mengemas kelas. Mereka sudah duduk sebelah menyebelah sebaik sahaja bersalam dengan teacher. Aku di luar sahaja mengambil udara pagi sambil berbual dengan teacher Khaida. Sebaik sahaja dua tiga orang penjaga tiba menghantar anak-anak mereka, aku menjengah Adli dan Arrizqi yang sedang bermain dengan lego. Bakul lego di antara keduanya, satu yang aku suka dengan brotherhood ni, dorang memang sebulu bila mood tu baik. Bila bergaduh pun, sekejap sahaja sudah berbaik. Bergaduh yang sekejap tu la yang aku pun hendak me'naga' sama tengoknya, memang man to man kata orang. 

Aku tinggalkan dorang dengan teacher, balik rumah dan beli sarapan. Alahaiii, da rindu Arrizqi. Terbayang dia bangun pagi, on laptop. Pergi dapur, "umi adik nak mandi sendirian", huaaa. (icon nangis-icon nangis). Jam 11 pagi tn Erwandi ambil Auni di sekolah agama, dia bersiap secara charlie chaplin, kerana aku akan membawa dia bersama ambil brotherhood dan hantar kakak ke sekolah kebangsaan pula, malas hendak ulang dua tiga kali ulangan. Letih!

Tiba di rumah semula barulah Arrizqi cerita tentang sekolahnya. 
"adik tak buat apa-apa pun, adik main je" hahaha...
"adik sukala sekolah, umi esok adik nak sekolah lagi" ok, no problem.

 brotherhood @ #sya2bros.

  
 
  
 Seminggu bersekolah, Arrizqi lebih disiplin banding Adli. Balik sekolah, susun kasut, masuk kad nama dalam beg, letak beg, hug umi dan terus salin baju.

 Duduk sebelah abang sementara belum dipisahkan.

 Sibuknyaaa...

Hug umi dulu, baru tukar baju.

Mujur ada tn Erwandi, jadi bolehla dia menunggu brotherhood yang ketiduran. Aku keluar secara senyap untuk mengambil Auni. Satu yang aku gagal bila sesak ialah, mencari parking. Konfiden level menjadi kurang di tambah takut di kecam orang bila parking sebarangan. Sedang menunggu, langit yang cerah bertukar gelap, sudahla harinya petang hampir maghrib. Ah sudah! setitik-setitik hujan turun dan akhirnya mencurah-curah. 2 kaki payung, ada dalam kereta. Hendak ke kereta semula sudah tidak sempat.

Hujan sangat lebat memaksa aku mencari kelas Auni. Hari pertama, aku risau dia fikir aku tidak menunggunya pada cuaca buruk sebegitu rupa. Bukan hujan biasa-biasa, memang lebat dan air naik dengan cepat, ditambah kilat, guruh, petir, semua ada. Akhirnya aku berjumpa juga dengan kelas Auni, kami bergegas ke kantin sekolah, air mula naik di laluan-lauan utama ke pagar sekolah. Ah! sudah. Aku tidak lagi memikirkan parking di luar, aku hanya fikirkan berilah sedikit keredaan kepada keadaan dalam sekolah ini. Tersangat huru-haranya.  Akhirnya hujan reda sedikit, aku dan Auni bergegas meredah hujan yang sedikit ke kereta. Kesesakan depan sekolah yang sedia teruk bertambah buruk apabila melibatkan faktor cuaca, faktor pemandu yang tidak sabar, faktor dan struktur jalan yang licin, malah sudah dinaiki air. Aku beristighfar dalam kereta, menarik lafaz sedikit lega.

Jom kita balik rumah, aku hanya memandu dengan kelajuan yang sangat perlahan. memberi ruang kepada mereka-mereka yang hendak melintas. Keadaan sudah bertambah sesak, sehingga satu kawasan banjir dilepasi, barulah aku betul-betul lega. Keadaan tadinya cerah sudah pun malam, waktu maghrib sudah dilepasi. Alhamdulillah, tiba jua kami di rumah. Sambung cerita memburu waktu pada esok hari pula... da.

3 pasang kaki:

eima said...

pra sekolah 2 beradik ke ... tadika ...
kejap je riqki besar kan ....
tetiba pi sekolah pulak dah ... dpt la mak rileks sikit pg 3 beradik tak de kat rumah .... me time sgt time tu kan

ch@ said...

manja: dorang ni tabika je, tabika perpaduan. tak rileks pun, tak sempat sebab masak tgh hari pepagi, jadual emak2 pagi is busy.

LYAfrina said...

alhamdulillah..dah sekolah belaka.. cepat benor masa berjalan..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in