New chapter.

Tuesday, 3 January 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Dahulu. 

Adanya dia dalam rahim emak, tanpa pengetahuan sehingga minggu ke 26.
Adanya dia membawa rezeki kepada emak dan abi Erwandi yang melimpah ruah.
Adanya dia membuatkan emak berhenti kerja untuk menguruskan kerja rumah secara total.

Lahirnya dia pada minggu ke 36 betul-betul menggembirakan seisi keluarga. 

Lahirnya dia membuatkan emak membanting tulang, memerah kudrat untuk sentiasa ada disisinya.
Lahirnya dia, waktu emak bersama kakak dan abangnya menjadi singkat.
Lahirnya dia membuatkan emak langsung tidak boleh berbuat apa-apa melainkan sentiasa berada disisinya.

Dia di bawa masuk ke rumah baru, suasana baru buat pertama kalinya.
Dia di jaga sepenuhnya oleh emak menjadikan emak bimbang tentang kehidupan sosialnya.
Dia paling awal potty training, dia paling awal berhenti minum susu baby-baby.
Dia boleh uruskan dirinya secara sendirian.
Makannya suap sendiri, mandinya siram sendiri. Kebanyakan hal-halnya diuruskan sendiri.
Dia sentiasa menemankan emak walau di mana juga emak berada.

Apabila kakak masuk sekolah, belajar tentang sekolah dia masih ada dengan emak.
Apabila abang masuk sekolah, dia tanya tentang di mana kasut sekolahnya.
Kakak mengajar  tentang kehidupan, kakak mengajar tentang abang, kakak mengajar tentang kisah seorang yang bergelar kanak-kanak.
Abang mengajar tentang keadilan, abang mengajar tentang persahabatan, abang mengajar tentang insan-insan tersayang.

Kini, giliran dia pula untuk memulakan alam barunya, alam persekolahan yang dia sendiri tidak sabar untuk lalui sendiri.
Kini, emak tidak lagi mendengar persoalan mulut bisingnya:
“umi, hari ni bulan berapa?”
“umi, bila beg adik hendak sampai?”
“umi, bila adik hendak sekolah?”
Dia menyiapkan semua peralatan sekolahnya sendiri, dia kata:
“adik dah besar, adik boleh mandi sendirian”
“adik boleh buat la umi”
“adik dah besar tak minum botol susu lagi” 

2017. Januari 3: Selasa,  emak menanti Arrizqi pulang daripada sekolah dengan penuh keterujaan.

 Dia berangan je.

Ma boy...
 

Cheeky boy...

 Ensem...
 
 All the best #sya2kids. Have fun for the 1st day school! Annyeong!

6 pasang kaki:

Warisan Petani said...

Selamat menempuh alam persekolahan Arrizqi encem

ch@ said...

Terima kasih aunty Warisan Petani.

Masya said...

alolololo dah sekolah dah dia kan, teringat lagi tak tau nak gelak ke nak nangis bila cha bg tau cha ngandung tanpa sedar kunun² siap beli bengkung nak kempiskan perut hahahaha alhamdulillah lahir sihat baby arrizqi dah sekolah dah pun.

ermmm.. tgh mencari mood nak update blog.

ch@ said...

kakYana: mesti kisah tu asyik terbayang je dlm kepala akak kan? hahaha, tak sabar nak tgk respon dia kalau dia tahu cerita tu.

LYAfrina said...

pengalaman baru utk arrizqi..msti dia eksited nk ada kwn2 baru

ch@ said...

Siap boleh halau emak dia blk, sbb ada abg Adli temankan dia. Anak bertuah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in