Tapau: Auni.

Tuesday, 28 November 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru sahaja emak menutup daily planner menyusun schedule sepanjang minggu ini, Auni datang membawa surat daripada ustazah sekolah agama. Hrmmm, kena rombak semula jadual nampaknya, sebelum menyertai majlis perpisahan tabika Arrizqi, kena menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang di sekolah agama Auni. Tahun lepas Auni tidak terpilih, tahun ini rezeki berpihak kepadanya. Jadi emak mencari pakaian yang lebih kurang sahajalah.

Mujur ada kakWan (emak Danish-kawan Auni) menghulur tangan membantu untuk menjaga Adli dan Arrizqi, jadi emak hanya perlu menemani Auni sahaja ke sekolah agama. Sejak tahun satu, ini kali pertama Auni naik pentas, walaupun kedudukan pretasi Auni cemerlang namun dia bersaing dengan kawan-kawan yang lebih cemerlang daripadanya. Emak tidak kisah sangat tentang kedudukan nombor anak-anak di dalam kelas, bagi emak cukup anak-anak emak menerima ilmu dengan terang hati dan berminat hendak ke sekolah, itu sudah cukup baik.

Gerimis menemani kami ke sekolah agama sebaik sahaja kakWan ambil Adli dan Arriqi, yang berdua itu dapat sahaja naik kereta kakWan, mereka sudah tidak menoleh ke belakang lagi, lupa terus kepada emak. Lega juga dapat emak bersiap seadanya. 

Emak sudah berjanji dengan kakLin (emak Zikri-kawan Auni) untuk datang lebih awal bagi mencari kedudukan terbaik untuk meletak kereta, maklumlah emak perlu mengendalikan tobot w tu, tobot yang memuatkan 9 orang timpasukan. Perlu meletak ke arah yang senang keluar dan tidak perlu orang menghalang berikutan emak hendak balik cepat. Hihiii!

Sampai di sekolah agama, kami mencari tempat berhampiran dengan pintu, mujurlah Auni masih di tahap 1 dan acara penyampaian hadiah didahulukan dengan tahap 1. Auni penerima anugerah matapelajaran jawi terbaik dengan 99%, dia memang suka jawi sebagaimana emak. Sebaik sahaja Auni menerima piala, dia menghilang ke belakang dewan. Zikri yang ambil lebih awal, lebih dahulu mendapatkan kakLin. Emak meminta Zikri carikan Auni, sementara orang di dalam dewan masih ramai, kita perlu mencabutkan diri, tidaklah menunggu acara sehingga ke penghujung.

Setelah Auni dijumpai, kami pulang terus menuju ke rumah kakWan untuk mengambil Adli dan Arrizqi, cuaca masih lagi gerimis. Dan kami melepak hingga ke petang, hahaaa. Emak pun berasa malas hendak balik rumah. Menghabiskan masa berbual dengan kakWan, hujan tidak mahu berhenti. Akhirnya tigaaskar ajak pulang jua. Jarak rumah aku dengan kakWan tidaklah jauh, hanya 5 minit memandu kereta, apabila tiba di pagar rumah, kereta abi Erwandi betul-betul menghalang pagar. Kami di dalam tobot w sahaja menunggu abi Erwandi loading barang-barangnya pulang daripada berkerja di luar setelah tiga hari.

Album:


 Dengan Zikri, tahniah korang tahun depan satu kelas yang sama, fight!

Sekian sahaja kejadian setengah hari untuk Auni. Tahniah Auni! Teruskan kejayaan yang cemerlang di masa akan datang. Emak biasa-biasa aja. Masih sama seperti dulu-dulu. Daaa... 

Tapau: Adli.

Sunday, 26 November 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

I am proud of many things in life but nothing beats being a mother.
Emosi emak untuk tahun 2017. Emak akhiri dengan perasaan gembira yang tiada bertepi. Bak kata Adli, infiniti. Pandai betul dia cari perkataan yang sesuai. Jadi, entry kali ini yang berkaitan dengan Adli sahaja. Erm! sudah lupa mana satu Adli?


Ahaaa tu dia, mamat yang tetengah tu, time tu berumur enam bulan ja, sekarang sudah menamatkan sekolah tabika dengan cemerlangnya. Adli yang paling cool, Adli yang tidak banyak ragam waktu kecilnya tetapi sangat ligat waktu membesarnya. Adli yang tidak suka hendak expose kelebihan diri yang dia ada. Adli yang sentiasa buat emak berdebar-debar. Adli yang sentiasa membuat emak berasa tidak percaya dengan tingkahnya. 

Tahun ini, penuh dengan agenda untuk Adli sahaja, bermula dengan menguruskan pendaftaran beralih ke tahun 1 pada awal tahun, serta menghadiri orentasi darjah satu pada akhir tahun. Bermula dengan acara konvo tabikanya berakhir dengan emak sekali naik pentas untuk ambil hadiah. Terima kasih Adli buat emak berasa sungguh bangga. Berbanding dengan Arrizqi yang baru 5 tahun, Adli bagaikan anak bongsu yang sentiasa memerlukan emak. Tiba sahaja ke acara konvokesyen untuk anak enam tahun di Dewan Auditorium DBKL lepas, Adli sudah mula buat muka. Malam berjanji macam-macam, tiba hari kejadian dia macam-macam, tiba-tiba datang demam, tiba-tiba sakit perut, sebelum dia tiba-tiba tidak mahu naik pentas, emak kena fikirkan sesuatu. 

Belum sempat setengah acara berlangsung, emak ajak semua keluar daripada dewan, lemas memasing tinggal dalam kesejukkan, kami berempat ditinggal abi Erwandi yang balik ke opisnya, hrmmm. Terkial-kial emak hendak bergerak pantas dengan jubah meleret. Setelah berjaya mengembalikan mood masing-masing, Arrizqi pula minta makan. Alahaiii! Tiada pula kedai-kedai berdekatan untuk disinggah, mereka hanya makan roti canai sekeping seorang pagi tadi namun hari sudah pun tengah hari. Emak minta Arrizqi bersabar dan naik semula ke dewan untuk pendaftaran Adli. Nama Adli tersenarai pertama antara tiga pelajar cemerlang di sekolahnya, alhamdulillah. Tidak percaya tetapi Adli telah buktikan dia boleh. 

Selesai urusan pendaftaran Adli dan kawan-kawan mengikut teacher Ain yang bertanggungjawab menjaganya. Awalnya dia seronok, tetapi apabila dia kembali semula ke tempat menunggu, emak, Auni dan Arrizqi sudah pun menempatkan diri di dalam dewan, Adli 'kehujanan' (teacher Khaida kongsikan gambar Adli yang sudah pun masam dan monyok.) Emak hanya minta teacher Khaida beritahu Adli bahawa emak tunggu di hadapan pentas.

Syukur seribu rahmat, sebaik sahaja giliran Adli tiba dengan langkah berat sahaja dia melangkah ke tengah pentas, menghulur tangan untuk menerima scroll sehinggalah emak lambai untuk mengambil gambarnya, emak sudah pun berada di hadapan pentas dengan kamera dan memastikan Adli nampak akan emak. Emak nampak muka Adli berubah secara total, senyuman Adli meruntuhkan rasa sangsi emak pada mulanya tadi, emak risau Adli tidak mahu membuat persembahan nanti, sebab itulah emak pastikan Adli nampak akan emak agar mood Adli tidak terus down.

Emak melangkah laju ke belakang pentas bertemu Adli, happy nya Adli menyerahkan piala dan jambangan bunga. Syukur. Emak akan tunggu Adli sehingga acara persembahan Adli berakhir nanti, jadi Adli jangan nangis-nangis dan buat apa yang Adli sudah berlatih. Emak beralih ke tempat duduk tengah-tengah untuk mencari spot terbaik mengambil gambar Adli dan tarian bollywood. Setelah menanti dengan sabar, akhirnya giliran persembahan Adli tiba. Alahaiii, Adli did it so well. Emak terharu tanpa sedar air mata emak bergenang. Emak kuatkan hati sebab habis celak emak nanti jika menangis beria-ia macam konvo kakak Auni yang lepas. Selesai sahaja majlis konvokesyen, kami terus berangkat pulang ke rumah, badan sudah pun letih. Masing-masing ketiduran kesan daripada kepenatan.

Album:

 Hati emak: Adli.

Don't be sad Adli!

 Monyok vs happy!


Precious!

 
Adli and his lover.

ArrizqiQiqi.

Tuesday, 24 October 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong! Kejap ye, emak hendak pasang lagu kesukaan- Can you smile: Infinite, sambil menaip entry di bloghijau yang sudah bersawang teruk, menjelang sambutan hari hantu hujung bulan nanti, baiklah kita bersihkan sedikit sawang yang ada.

Hari ini, hari pertama buka sekolah selepas seminggu bercuti- kita Selangor. Masing-masing berat dan liat hendak bangun pagi, kali kedua kejut baru kakak Auni bangun mamai-mamai. Sudah dipesan tidur awal malam tadi, jadi hendak dan tidak kenalah bangun juga. Minggu ini akan bermula minggu peperiksaan akhir tahun, maka dengan emak sekali akan terbabit dengan persediaan kakak Auni ke dewan peperiksaan. Semoga semuanya dipermudahkan- inshaaALLAH. Sementara kakak Auni mandi, emak siapkan milo untuk tigaaskar. Disebabkan gula habis, emak mengirim gula kepada abi Erwandi, sampai hari kedua gula tidak juga tiba. Maka, emak beri wang saku lebih pada kakak Auni untuk minum di sekolah. Dan akan belanja air untuk Adli dan Arrizqi di sekolah nanti.

Selesai kakak Auni, giliran abang Adli pula. Dia ni, manja terlebih. Dia akan bangun bila bau bantal busuknya hilang, bila malam jika dia sedar bantal tiada bersamanya dia akan berjaga, mencari sampai dapat. Memang tidak boleh buat apa, bila sudah kotor berdaki kena pula orang asyik ejek, dia akan tinggalkan pesan untuk emak.
"saya pergi sekolah nanti, umi cuci bantal busuk saya." kalau sudah siap berbaju, emak minta je dia campak dalam mesin cuci pakaian, karang-karang emak jemurkanlah. Basuh tak apa, jangan hilang. Kalau hilang emak sekali jadi mangsa tidak tidur temankan dia- dia tidur berpangku emak. (phew!) ye, perangai enam tahun, itu macam. Pagi pergi sekolah memang emak yang mandikan, hendak tinggal macam kakak Auni- mandi sendiri masa enam tahun, memang habis masa dia termenung atas mangkuk tandas sahajalah. Bazir masa. Sebab lepas abang Adli, giliran Arrizqi pula.

Ini, jika terjaga awal dia akan masuk bilik air dahulu. A to Z, Arrizqi buat sendiri. Mandi dan bersiap, memang emak lepas tangan je, pantau. Adakalanya, kakak Auni akan tolong dia, sebab kakak Auni yang kedua bangun. Kadang-kadanglah jika dia terjaga awal. Kebiasaannya, emak juga yang uruskan sebab kejar masa. Jam 7.10pagi sudah keluar daripada rumah, kakak Auni masuk sekolah jam 7.30pagi. Jadi, emak akan hantar ketiganya pada awal pagi, senang sekali harung tidak seperti awal-awal tahun dahulu. Emak tinggalkan Arrizqi bersiap sendiri dan bersedia untuk gerak.

Lepas hantar kakak Auni, kembali ke jalan yang sama untuk hantar abang Adli dan Arrizqi. Emak ajak abang Adli dan Arrizqi pergi kedai untuk beli air. Tunggu sehingga hampir ke jam 8pagi, dan emak tinggalkan sahaja mereka dengan teacher. Emak balik uruskan rumah. Membersih, membasuh, mencuci, mengemas, bersenamlah emak turun dan naik tangga, mengejar masa. Curi masa update planner, checklist barang dapur sebelum keluar ambil kakak Auni dan Thaqif balik sekolah agama.

Hari ini, emak lega sedikit bila dengar abi Erwandi tawar diri untuk hantarkan kakak Auni dan Thaqif ke sekolah petang pula. Cuaca sangat perit membuatkan kepala emak pun naik pusing, jadi hari ini emak kena sediakan makan tengah hari. Sebelum hantar kakak Auni dan Thaqif, ambil abang Adli dan Arrizqi dahulu. Senyap seketika rumah. Sedang perperang di dapur, terdengar pula enjin tobot masuk ke garaj. Emak berlari membuka pintu, dikhuatiri Arrizqi suka benar menahan hendak buang air. Happy nya Arrizqi balik sekolah, dengan baju sudah keluar, dengan tergesa-gesa hendak buka kasut mulut kepoh hendak bercerita. Tidak sabar-sabar. Dibelakang Arrizqi, abang Adli dengan menjunjung beg sekolah, baju pun sudah terkeluar, hadoiii! sabar sahajalah. Abang Adli memberi salam macam hendak pecah gegendang telinga emak, habis dengar satu taman.
"umi stokin masuk dalam kasutkan, esokkan sekolah lagi." ayat penyata atau ayat tanya, tah. Emak angguk sahaja.
"memangla, cikgu suruh beri salam kuat-kuat, nanti syaitan tak boleh masuk rumah, kan bang kan.?" Arrizqi menjawab sambil mencampak beg sekolah. Dasar anak jantan. Ha... ye le tu, emak mendesis dalam hati. Abang Adli sudah menyorok belakang sofa, adalah tu projeknya. Arrizqi bergegas tukar baju, ambil baju siang di lipatan baju yang belum sempat emak susun dalam almari. Ambil untuk abang Adli punya sekali. Arrizqi campak penyangkut baju untuk abang juga. 
"tukar baju dulu la bang." Arrizqi lagi. Abang Adli sudah berlengging. Arrizqi sudah pun siap tukar baju, menjengah emak di dapur.

"hai umi!" Arrizqi menyapa, emak pandang pintu. Dia main hide and seek. 
"adik kat sinila umi, umi tak nampak adik" dia mengejek aku, rupanya dia di tepi peti ais. Tempat kegemarannya daripada kecil lagi. Arrizqi keluar dengan senyuman penuh gigi. Bergayut di pintu peti ais. 
"hari ni makan apa kat sekolah?" emak bertanya sambil tanga ligat menyimpan bahan-bahan.
"makan donat." abang Adli menyampuk dengan baju masih belum bertukar. 
"umi, cikgu kata tak baik tuang minyak dalam sungai. buang sampah dalam air pun tak boleh, tak baik." Arrizqi mengambil cawan sambil menuang air laici daripada dalam peti ais. Haus, dengan cuaca dan angin yang agak panas.
"belajar pencemaran ye." emak berkata sambil tidak sabar-sabar untuk habiskan peperangan di dapur ini. Sepatutnya, emak masuk dapur lewat sedikit sebab marathon drama kesukaan, namun... hrmmm jadual jadi tunggang terbalik hari ni disebabkan abi Erwandi offday.

Selesai masak, emak menghabiskan lipat pakaian kering pula berikutan bakul baju kotor hampir penuh. Abang Adli sudah pun belayar dengan bantal busuknya. Arrizqi masih lagi bertahan entah kenapa. Selalu, keduanya akan tidur sebaik sahaja tukar baju. Emak biarkan sahaja Arrizqi bermain dengan laptop. Entah bila emak pun ikut abang Adli terlelap.

Emak lega juga bila tidak perlu keluar untuk ambil kakak Auni dan Thaqif balik sekolah petang. Kakak Auni balik dengan emak Danish, Danish akan dijaga emak bila tiba hari Jumaat. Kira give and take la juga. Alang-alang! Emak selesaikan urusan-urusan yang belum habis waktu siang tadi, dan menghadapi waktu malam. Temankan kakak Auni buat kerja sekolah, emak buat task hobbiesart, marilah follow instagram emak @sya2chwimi. Instagram lama, emak jadikan memori tigaaskar sahaja @sya2kids. Emak sudah segan hendak interframe, konon-konon.


Hari pun sudah jauh malam, kakak Auni dan Arrizqi sudah pun tidur, tinggal abang Adli sahaja lagi- dia sudah tidur siang tadi. Emak kena gelapkan rumah untuk beri dia lelap. Esok hendak mula routine pagi lagi. Fighting! Sekian dulu entry emak untuk hari ini. Daaa...
 
Wassalam.



Hashtag: sya2kids.

Tuesday, 11 July 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku bangun solat Subuh, Arrizqi bergerak mencari tangan emak dengan mata terpejam, aigooo my hero yang seorang ini, manja terlebih. Entah bila dia berjalan naik bilik, aku tidak sedar. Usai solat, macam biasa mood hari Ahad, bagaikan semua terkena kesan kemalasan emak, memasing berkumpul pakat berguling bawah selimut semula. Auni naik dengan tablet, tidak lama kemudian Adli pula dengan bantal mucuk kesayangan, masing-masing punya perangai. Aku menggomol Adli, Arrizqi sudah berkepit dengan kakakAuni main tablet. Mereka bertiga sudah bagi hint bahawa perut lapa, kami hendak milo, phew!

Selesai aku mandi, tnErwandi pula yang naik, yang tiga tadi sudah hilang turun ke bawah. 
"awalnya bangun? mimpikah?" aku bertanya selamba.
"jom pergi beraya!" eh? hahahaaa betul-betul salah tidur malam tadi ni. Aku jeling jam, baru jam 9 pagi kot, awal benor.
"awal benar nak kuar, rumah belum siap kemas lagi" semalam kawan kami datang beraya, keluar peluh jantan aku masak rendang untuk kali pertamanya. Ok la, rasa ada, bahan apa yang ada, rupanya saja yang tak berapa nak jadi. Jadi dapur memang tunggang terbalik dek berhempas pulas mengerjakan lengkuas. Lepas tetamu balik, aku ignore je. Malas hendak mengemas, aku sibuk dengan hobbiesartproject. 
"nak gi mana? tengok wayang?" entah berupa pertanyaan atau kenyataan. Aku lekas-lekas ok je. Terus bawa baju outing turun untuk di gosok, terus sediakan baju sya2kids dan mengarahkan mereka mandi. Berterabur masing-masing mendengar perkataan panggung wayang, yang  mandi di atas, yang mandi di bawah, yang membebel minta bukakan baju-bilik air ada tiga, bertempiaran teruja. 

Aku baling-baling sahaja yang mana dan, lagi-lagi tnErwandi sudah hidupkan enjin tobot w lagila aku tidak tentu arah, mencari handphone turun-naik-turun-naik tangga, akhirnya jumpa bawah bantal disorok dek Arrizqi. Choih!

Aku juga yang keluar paling akhir walhal mandi yang paling awal tadi, tidak dan pun buat milo. Alamak kasut basah sebab kehujanan waktu hantar Auni petang semalam, sobs! jadi, pakai je la apa yang ada janji bukan selipar. TnErwandi bawa kami bersarapan lebih dahulu macam biasa pilihan anak-anak, roti canai-air milo. Selesai makan, terus ke One Utama.

Tiba di GSC, One Utama memasing termenung, eh! bertuah la kalau termenung, takde maknanya. Sya2kids mana reti duduk diam, menunggu tnErwandi menguruskan urusan peribadi pun dorang meng'paw' emak. Mujurlah perut memasing sudah kenyang, tambah-tambah kedai aras GSC tu tidak banyak. Sempatlah membeli buku untuk Auni dan Adli. 

Masuk sahaja panggung, syukur tnErwandi pilih tempat duduk paling belakang, baru sepuluh minit berlalu, sya2kids sudah resah. 
"umi, selipar adik hilang" Arrizqi.
"umi sejuk, nak selimut" Auni.
"umi nak duduk sebelah umi" Adli.
Hadoiii, emak hendak hilang stres jadi hilang sabar pula dibuatnya. Sampailah tnErwandi sendiri bangun bertukar tempat duduk dan memberi 'ajaran' pada sya2bros yang paling aktif-mereka memang tidak boleh duduk sebelah menyebelah. Setelah 30minit berlalu, Arrizqi sudah tidur. Auni makan habis semua jajan dan paling aku geram Adli sudahpun ajak balik. Haih!

Naik sahaja tulisan penghabisan filem, Adli sudah melompat turun tangga hall. Mata Arrizqi membulat, Auni sudah berkepit berpimpin dengan aku. Aku bangun juga lekas-lekas berikutan anak-anak memang hendak berlarian. Kami berjalan-jalan sahaja, sebelum melangkah balik yang betul-betul. Bila sudah beranak pinak ni, entahlah aku pun tidak tahu apa yang hendak aku beli. Masalah juga, the end aku hanya beli wrapping paper dan dulang di Kaison. Hahahaaa! jadilah, jangankan tidak.


 Hero, yang sorang tu mesti tak duduk diam.

Yang sorang tu lagi...

 Yang sorang tu jugak... haih!
 Gasak, emak da malas.

 What ever...

Kami ke Kelana Jaya untuk menghadiri rumah terbuka kawn tnErwandi, isterinya Edzna kawan aku juga, berstfren daripada semua segi. Aku memang rindu sangat dengan Edzna, dapat pula berjumpa. Tidak makan pun tidak mengapa, janji dapat berjumpa dengan dia. Pulang daripada rumah Edzna, dengan perut kenyang. Mi kari ibu tnIzzat memang mengancam tekak, punyala sedap. Balik rumah, aku mengadap hobbiesart lagi, Isnin perlu diposkan. 

Sekian sahaja cerita yang konon-konon hendak aktif blogging balik semula. Hahahaha! fighting! Nak pi hantaq Auni sekolah dan ambil sya2bros balik daripada sekolah. Daaa...


Arrizqi dan pengalaman pertama.

Wednesday, 17 May 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 😉.

Malam sunyi awal, seorang sudah lena atas sofa, seorang lagi di atas karpet dan seorang lagi masih melayan mata yang hampir terlelap. Pantang cikgu hendak bawa naik bas, semuanya mendengar kata tanpa gagal. Adli-Arrizqi sahaja yang akan naik bas esok pagi, Auni dan aku routine macam biasa sahaja.

Pagi tiba, macam biasa yang bangun paling awal ialah Arrizqi, dia tidak boleh menjadi yang terakhir besiap ke sekolah atau pun ke mana-mana, tantrumnya akan datang membuatkan hati emak sakit di awal pagi. Maka, siapkan dia dahulu. Syukurnya, dia seperti Auni bila bangun pagi, buka baju dan terus ke bilik air. Kadang dia mandi sendiri, kadang emak yang mandikan, biasanya awal pagi ke sekolah, emaklah yang kena untuk mengelakkan waktu setengah jam terbazir macam tu sahaja. Lambat sedikit maka akan beraturlah kereta untuk masuk ke kawasan sekolah Auni nanti.

Pagi ini juga emak perlu meletak kereta di perkarangan sekolah kebangsaan Auni dan berjalan kaki ke sekolah agama, hrmmm emak anak tiga jalan beriringan di tengah-tengah sesak, mujurlah Auni hanya menurut tanpa bantah. Tidak pula dia merengek hendak ikut Adli dan Arrizqi sama-sama naik bas atau merengek penat kena berjalan kaki awal-awal pagi (kebiasaannya hantar sampai depan pagar sekolah) dek kerana emak tidak mahir sangat hendak memandu menongkah arah simpang tiga sekolah agama malah pernah kemalangan di simpang yang sama maka kita jalan kaki sahaja. Bersenam.

Tiba di perkarangan tempat meletak kereta, bas lawatan Adli-Arrizqi sudah tiba menunggu, eh! Awal pula bas kali ini, jadi lekas-lekas sahaja menghantar Auni kemudian menunggu Adli-Arrizqi yang akan bertolak ke Balai Bomba berdekatan. Menunggu bas penuh, macam-macam ragam anak dapat dilihat, comel-comel belaka make me feel wanna hug them so much. Dengan pakaian sukan rasmi sekolah, mereka nampak sangat seragam. Apabila bas telah penuh, mereka bertolak dan emak kembali ke rumah dengan tugas kebiasaan menunggu cikgu text waktu mengambil anak-anak pulang nanti.

Hari Jumaat, boleh lengah-lengah masa sedikit berikutan Auni masuk sekolah petang agak lewat, sedang emak berperang dengan rumah sebaik sahaja mengambil Auni-Thaqif pulang sekolah agama, cikgu Khaida memberitahu bahawa mereka sudah pun bertolak balik. Kerana terlalu sibuk tidak sedar masa yang berlalu. emak keluar semula untuk mengambil Adli-Arrizqi yang turun di hadapan sekolah kebangsaan Auni.  Daripada jauh sudah nampak kelibat Adli yang bagaikan tidak sabar-sabar untuk masuk kereta, ini yang emak bimbang, Adli sangat aktif dan ligat berbanding Arrizqi. Walaupun dia abang tapi perhatian penuh perlu diberikan kepadanya. Emak nampak cikgu Khaida sudah pun memekik, isk la! Kereta emak belum betul-betul berhenti lagi, dia sudah menerkam. Dan macam biasa, emak perlu pasang telinga luas-luas dan tanya seorang demi seorang, pening bila dedua bercerita. 

Emak tanya Arrizqi dahulu, pengalaman pertama Arrizqi naik bas. Budak-budak bila di bawa berjalan, walaupun peluh berjujuran, selagi pengalaman tidak dicerita, mereka tidak akan diam. Bila Arrizqi sudah selesai dengan ceritanya, emak beralih kepada Adli pula.
“bosanla, sama je macam ‘minggu’ lepas, kan abang da pergi” huh! Emak hanya mampu tersengih, ye ini kali kedua Adli pergi melawat balai bomba, bila emak kata abang tak payah pergi, kasi adik sahaja yang pergi, dia menjawab.
“nanti siapa nak jagakan adik?” errr… ok. Memang diakui oleh cikgu Ain dan Khaida, Adli… bila di sekolah dia sangat brotherhood, dia protect adik sangat dan aku tahu juga bila Arrizqi ni, ikut mood kalau dia ok dengan abang, dia baiklah. Bila sebaliknya, ya ampun… emak hendak jadi Ultraman rasanya bila jadi pengadil tidak dipedulikan, cis!

Tiba di rumah, mereka terus sahaja tidur sebaik sahaja menukar baju, keletihan. Tidak lama kemudian, emak perlu keluar semula untuk menghantar Auni dan Thaqif ke sekolah kebangsaan pula-bukan last trip, phew! Mujur ada abi Erwandi untuk menunggu di rumah. Jika tidak, terpaksa jugala emak angkut Adli-Arrizqi campak dalam kereta. Emak betul-betul tak rasa yang surirumah ni, betul-betul suri dalam rumah, bahkan emak rasa kerja emak macam tidak berhenti sahaja, adeih! Whatever pun, emak happy bila anak-anak happy dan sihat sentiasa.

Album:
The best education you will ever get is traveling. Nothing teaches you more than exploring the world and accumulating experiences.



 Elok pula dua-dua sedang minum air.


 Dah ramai-ramai, emak memang tak dapat nak cam anak sendiri.

Jadi, lepas ini kita cerita tentang kakak Auni pula, entah berapa lama masa emak hendak menaip entry akan datang nanti, jumpa lagi, daaa 😙.
 

Titian Laksamana. Sang Saka Biru.

Friday, 28 April 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeong 🤗! Cuti sekolah bermula, emak juga mula hendak pening kepala. Awal-awal lagi tn.Erwandi sudah programkan emak dan tiga askar balik kampung, Johor. Disebabkan tuan busy dengan hari polisnya, maka mohla kita berangkat meninggalkan rumah yang pimai-pimai tang tu juga, huhuuu. Kami berangkat lepas solat Jumaat bersama satu-satunya adik emak, pakCu Is. PakCu sampai di rumah emak masih bersilat mengerjakan rumah, mengemas itu ini. Maklumlah, Sya2kids baru balik daripada sekolah.

Masuk hari ke empat di rumah tokMama, Sya2kids sudah mula membising pasal asyik duduk dalam rumah sahaja. End up, tokPapa ajak pergi naik jambatan baru di Bandar Kota Tinggi. Let's go-let's go! emak pun ikut sama teruja. Bersiap seadanya berikutan emak tidak ada membawa banyak baju, end up lagi pinjam baju tok mama, tudung tok mama and handbag pun tok mama punya. Love is about sharing 😋.

Sampai sahaja tempat yang dituju, waaah! ini tempat yang nostalgia. Sekolah menengah dan sekolah agama emak terletak di sebelah sana sahaja, Sya2kids sudah berlari menyeberangi sungai melalui jambatan yang di namakan sebagai Titian Laksamana. Yang gayat, yang kepoci, yang tidak duduk diam, sibuk menayang skill masing-masing manakala emak just habiskan masa dengan tok mama. She talk about her life as well, bertukar cerita, sesekali berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar.

Asyik sangat berbual, Auni datang mengajak ke seberang, Adli dan Arrizqi bersama tok papa sudah pun bermain di taman sebelah sana. Rupanya sepanjang kami berbual tadi mereka hanya dengan tok papa maka emak menyeberang jambatan dengan kepala yang berdenyut-denyut. Tiba di taman, emak biarkan Sya2kids bermain, dan menungu di tepi sahaja sambung berbual dengan tokpapa dan tokmama, takkanla emak mahu bermain sama pula kan? hendak berjogging pakaian pula tidak sesuai jadi emak hanya memantau mereka dengan outfit Didi berwarna biru. Apabila petang hampir bertukar suasana, Sya2kids sudah mengajak tokpapa balik.

Puas hati sangat la dapat main. Tiba waktu malam, badan Arrizqi tiba-tiba panas. Eh! sudah kenapa? sesema tidak, batuk pun tidak, demam sahaja yang datang.
"kenapa abi tak datang-datang sini lagi? abi ni lambat la" Arrizqi mengadu pada masa emak demah dahi dan badannya menurunkan suhu. Ok now I know kenapa dia tiba-tiba demam. Arrizqi sudah rindu sama itu tnErwandi. Hrmmm... ottoke? text tnErwandi menyatakan Arrizqi demam. TnErwandi share gambar dia bersama skuad jabatan tempat dia berkerja. Ok disebabkan dia depan sekali, mudah sahaja Arrizqi buat pengecaman, turut disertakan video raptai penuh acara perbarisan sempena sambutan  hari polis nanti. Esoknya, Arrizqi beransur sihat sedikit, pantang kepala tidak pening lekas sahaja berlarian keliling rumah mengejar ayam dan menyedut madu kelulut tokpapa, Sabojela.

Malam hari tiba, panas badan Arrizqi datang semula mujurlah dia senang makan ubat dan tidak pula merengek minta ngempeng, aku upahkan sahaja video tnErwandi berkawad, maka diamlah dia bawa ketiduran. Hari Polis tiba pada 25hb Mac emak beria-ia bangun pagi hari on tv rangkaian national RTM 1, muahaha- tak penah-penah kan! tunggu punya tunggu punya tunggu sampai naik mengantuk akhirnya give up. Tunggu tnErwandi muncul di tv la, kawad dan perbarisan sempena Hari Polis kotla ternampak sipi-sipi ke, nampak kelibat je ke, jadilah buat hilang rindu seminggu tidak berjumpa. Hasilnya tak ada, krik-krik-krik sehinggalah dapat video pertama daripada tnErwandi sendiri, rakaman perbarisan hari polis di mana tnErwandi sendiri terpapar di berita utama Selamat Pagi Malaysia, hehe 😅.

Terima kasih kepada siapa-siapa yang perasan, yang tidak perasan... tak mengapa nanti emak kongsikan, hihiii. Kecohlah tnErwandi masuk tv selama dua hari itu dan esoknya masuk pula suratkhabar, bapa dia sendiri yang perasan anaknya masuk dalam suratkhabar sedangkan tuan punya badan sudah selamat tiba di Johor melepas rindu dan tidak ambil port pun. Adeih! Tahniah-tahniah... Dua hari selepas itu, kami semua bertolak balik Sg. Buloh dan emak back to normal routine. No masuk paper, no masuk tv, no payment, no holiday, no mc and mom just a mom. Emak just an ordinary mom. Doakan emak sentiasa sihat je, that's it. Ok emak stop sini dulu sambung tengok Kim Nam Gil - crush baru but Joo Ji Hoon si always emak favourite so jumpa lagi pada next entry... daaa!
Keep calm and be unique, be 100% fabulous and be positive. 😘

Album:

My 'adik-adik'. Eh salah! Inila Sya2kids (tigaaskar).


Eh! pehal pic ni jadi kecik pulak? Sya2kids da besar konon-konon, perangai bergambar yang skema memang tidakla...

She is not my sista ok, but... she is my mom... sobs!

 Eh? haaa, depan sekali ko... 😎 [silau]!

Memorable memory, kan ayang kan? - eh?

Notahijau: Siap taip entry ni selama sebulan, melampau! 😅. Jumpa entry seterusnya, lawatan Sya2bros jumpa bomba atau hari sukan sekolah cikOni atau aktiviti biasa-biasa je, tengokla pe jadi nanti. Daaa.


Emak dan "me time" 2.

Saturday, 8 April 2017

Temujanji dengan kakak.
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu, routine untuk hari Sabtu الحمدلله , telah aku beres kan. Cuci seragam sekolah Sya2kids, cuci kasut sekolah, menyediakan hidangan pagi, rumah juga telah aku kemaskan. Hari ini, aku mahu bertenang sahaja menyiapkan hobbies art project sambil menonton drama Korea. Sedang aku mengemas meja kerja, aku menerima text wassapp daripada group D'sista, salah seorang kakakku mengajak kami ke jamuan perkahwinan adik beliau di Ampang. Pada mulanya, aku memang tidak berhasrat untuk mengajak tuan Erwandi kerana aku tahu, dia bukan mudah di ajak untuk ke majlis kawan-kawan sebelah aku. Dia lebih suka duduk di rumah sahaja pada waktu cuti tanpa mengetahui perasaan kami yang di rumah ini, bagaikan hendak koma dengan suasana rumah sama sahaja 24/7 seminggu.

Namun hasrat aku bertukar jadi pergi apabila, seorang lagi kakak aku di Shah Alam mengajak sama. Jika aku hendak pergi, seorang lagi kakak di Cheras, akan mengambil aku di Sg. Buloh daripada Shah Alam menuju ke Ampang. Haaa, bila tiga orang ni bergabung memang suka buat kerja gila. Memikirkan bila lagi mahu bersua dengan semua kakak kesayangan's ini, maka aku bertindak jom pergi. Aku meminta kebenaran keluar pada tn.Erwandi, bagaikan rela dan tidak sahaja dia menjawab "pergilah!". Ye la, aku bakal tinggalkan rumah tanpa anak-anak. Eh! aku selalu ok je, dia keluar jumpa kawan tanpa kitorang, kenapa pula aku tidak boleh berbuat demikian. Aku juga masih punya kawan-kawan. Aku juga masih punya perasaan mahu gembira.

Sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumah,
"umi kawan umi dah sampai" jerit Adli.
"selalu abi je yang jumpa kawan, hari ni umi pulak jumpa kawan." Sambung Adli lagi.
"ok, saya pergi dulu. Jangan nakal-nakal." Aku keluar pergi diiringi Sya2kids. Ah! rindunya. KakAzi bertukar tempat duduk, memberi laluan kepada aku yang solo ini di sebelah pemandu. Senang untuk dia menguruskan anaknya Imani dan Naqib di tempat duduk belakang. Aku bersalaman dengan Zila, rindunyaaa. Aku bersalaman dengan kakAzi, rindunyaaa. Mereka berdua ini merupakan sahabat, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menempuh kehidupan melakar kenangan sebagai memori paling manis untuk diingati.

Keadaan dalam kereta sangat riuh, kami bertukar khabar, kami ketawa, kami bertukar cerita dan bila tiba masa untuk mengisi minyak kereta, kami sama-sama menghulur wang berikutan minyak sudah naik harga. Ini sangat nostalgia, situasinya kelihatan sama seperti dahulu. Hendak menyampaikan Ampang, ditambah jalan raya yang sibuk, perjalanan yang lama terasa terisi, apatah lagi melayan konset mini Imani anak ke dua kakAzi yang sangat havoc. Naqib senyap sahaja dengan tabletnya.

Kami tiba di Ampang apabila majlis sudah tiba ke penghujung- khemah sedang dikemas. Kami di sambut dengan kakak sulong D'sista, kakLia bersama dengannya dua orang anak beliau, Qaseh dan Adam. Adam dah besar, masa kakLia datang rumah aku sebelum ini, Adam masih belum setahun pun.الحمدلله. Aku melihat senyuman meleret kakLia, bersalaman. Rindunya... Daripada jauh, kami diperhatikan along-abang angkat aku daripada sekolah menengah lagi. Kerana dia, aku rapat dengan isterinya yang menjemput kami semua ke majlis ini.

Kami bukan hendak dirai dengan beria sangat pun, kami hanya mahu berjumpa dan bertanya khabar sahaja. Kami hanya mahu duduk dan bertukar cerita sambil ketawa sahaja- jika boleh. Kami bertemu semula selepas masing-masing be rumah tangga. Pertemuan kali terakhir pun pada majlis perkahwinan Zila yang lepas sehingga dia sudah kembali solo, kini kami bertemu lagi. Syukur.

Walaupun sekejap, aku gembira sangat bagaikan segala masalah rumah di angkat pergi, terapi sebegini memang diperlukan sebulan sekali. Dalam pada kekecohan itu sempat juga aku berjumpa dengan mamaAlong, kakNgah dan adikJun, rindunya... bersalaman dengan mereka, kami berpelukan tanpa pedulikan orang lain, kami tidak pandai untuk menceritakan bagaimana hubungan kami ini yang sebenarnya 😅. Too complicated.

Tiba masa kami bergerak pulang, Zila dan kakAzi ambil keputusan untuk shopping di kawasan rumah aku sahaja, just for killing time with sista. Kami berjalan di The Store, kakAzi and the kids, aku dan Zila as her assistance. Syukur lagi sekali, Imani sangat sporting yang kebiasaannya, dia tidak berapa sangat dengan orang yang tidak dikenali. End up, kami berhenti makan di KFC. Dan tepat agakkan aku, tnErwandi and sya2kids takkan senang selagi aku tidak balik rumah, hrmmm he texts me dengan pertanyaan. "Balik bila?, lama lagi ke?." Dan aku rasa, memang dia sahajalah yang very enjoyable bila keluar jumpa kawan tanpa aku menyibuk. Ok, aku malas hendak fikir, sebab sepatutnya aku off sahaja telefon bila sedang menghabiskan masa dengan kawan-kawan begini. My mistake.

Sedang kakAzi dan Naqib di kaunter pesanan, aku dan Zila menemankan Imani. Imani kelihatannya bagaikan tidak senang duduk, elok sahaja Zila angkat untuk pangku, seluarnya basah.
"awak, ni air apa?" aku menoleh, sentuh dan bau.
"huahaha, da tembus pampes dak ni. Angkat dia kejap, buka suar dia." Aku mengangkat beg ajaib kakAzi. Ma'ai, very the berat. Imani da pun tidak reti diam, dia mula tidak selesa. Zila bergaduh dengan Imani hendak buka seluarnya, hahaaa. Aku selongkar beg ajaib kakAzi mencari pampes, beg ajaib bagaikan poket doremon ini kebiasaannya hanya mampu di galas oleh kaum ibu sahaja. Tadaaa...

Aku membantu Zila menguruskan Imani, menukarkan pampes dan kakAzi kembali ke meja dengan hidangannya.
"kenapa?" tanyanya.
"biasalah budak-budak." Aku menjawab. Anak aku dah tiga, perkara sebegini memang sudah aku biasa. Bagi Zila, walaupun tiada rezeki anak, dia punya anak saudara yang dijaganya. Kami ok sahaja. Selesai makan, kami berangkat pulang, aku galaskan beg kakAzi yang berat dan dia uruskan Imani. Nama sahaja kakak, tapi dia bertubuh lebih kecil daripada aku dan Zila.

Aku pulang ke rumah dengan rasa puas hati, Sya2kids pun sudah wangi selepas mandi malah Arrizqi sudah pun terlelap di sofa. TnErwandi naik dan bersiap, turun semula, berseri-seri untuk keluar, huih! padan la suruh aku balik lekas-lekas, cis!

Betul la, keluar macam ni sahaja pun sudah boleh buat hati aku gembira. 
Sisters are joined Heart to Heart. Sisters may not always be at my side but they are always in my heart.
Sekian entry, jumpa lagi entry seterusnya daaa...

Album.



Emak dan "me time".

Wednesday, 15 March 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Annyeonghaseyo! hiii, daku muncul, twehehe. Gila sakit segala sendi penangan minum air kelapa dekat setengah jag, aduih! baru la tersedar bahawa diri telah tua dan umur hanya angka semata-mata. Air kelapa pior free daripada tabika perpaduan Sya2bro, lengkap pula dengan ais memang enak sangatlah di minum ketika cuaca panas memerit, peluh membasahi badan, dan tekak kering yang memang tersangat memerlukan air. Minum sampai terlupa petaka yang bakal menimpa. Peduli apa! Puas.

Ahad, hujung minggu yang sepatutnya bermalas-malas di atas sofa, menonton rancangan kegemaran sambil makan kudap-kudapan, “plup” bagaikan mentol yang tiba-tiba meletup terbakar, angan-angan yang sepatutnya tadi lenyap sekelip mata. Jam 5.30am kalau waktu hari bersekolah aku snooze sampai tahap ia tak larat hendak bunyi, bangun mandi dan bersiap. Kena bangun awal sebab sebakul baju sudah bersedia untuk disidai, dan sediakan sarapan untuk Oulat, Catboy dan Gekko, hahaaa. Kalau tidak diasingkan memang bergaduh sahajalah sebab akan ada seorang yang akan makan lebih.
Sya2kids ni pula, memang saja bila hari cuti elok bangun gather-gather, baik je duduk rapat-rapat main ipad. Baring sama-sama sambil tengok tv, cer hari sekolah? Aduhaiii, aku rasa macam hendak letak bom sebiji kasi bangun, siap ada drama sebabak dua. Pagi yang sepatutnya indah habis tercemar dek kena jerkah, mood yang sepatutnya elok, habis jadi terbalik tune nya, hangen!

Aku turun setelah bersiap, jam sudah pun melewati angka 8.30pagi, janji Melayu, ahaks. Aku masih depan cermin membelek diri, membelek jerawat, hoi! Pergi gotong royong je la, takpayah beria-ia, kejap lagi habis bercat satu badan, macam dua tahun lepas, jadi aku bersiap ala-ala budak sekolah sikit, kena pakai kasut sebab konon tidak mahu kena cat nanti, kalau boleh hendak buat kerja indoor je. Kononlah!
“umi hendak pergi mana?” soalan from Arrizqi as always.
“umi nak pergi jumpa kawan dia la tu” Adli tolong menjawab, berikutan minggu sebelumnya aku memang keluar jumpa kakak-kakak aku yang berlima tu.
“saya hendak pergi sekolah korang berdua la” aku menjawab sambil bersalaman dengan mereka bertiga.
“ooo, saya tau… umi hendak pergi gotong-royong” Adli teringat.
“adik nak ikut umi” huh! Mandi pun tidak, ambil masa lagi hendak tunggu.
“duduk dengan abi pulalah, saya hendak hilangkan tekanan, penat asyik tengok korang je, tinggal dengan abi sekejap, nanti dah siap makan tu, letak kat dapur, nak mandi baju, tuala ada kat atas. kalau hujan, kasut sekolah jangan lupa angkat. Bye!” aku pun keluar dan hidupkan enjin kereta.

Parking diperkarangan sekolah sudah pun penuh, ini yang aku rasa bersalah manatah hendak ku letakkan si tobot w ni, aku letakkan sahaja tobot w dihadapan deretan kedai berhadapan sekolah, oh teacher Ain juga baru sampai, lekas-lekas aku datang kepadanya.
“oiii, akak cun, meh sini. Tolong saya angkat nasi lemak” huih! Bertuah punya budak.
“eh! Kita pakai baju sama la, akak pakai baju apa?”
“pakai baju tabika la, yang sukan haitu” aku menjawab.
“owh! Baju saya lain tapi da sedondon kaler, saya suka” teacher sorang ni memang sangat excited kalau nampak muka aku. Mau tidaknya, saban tahun dia lantik aku jadi pembantu dia, selagi aku ada selagi tu jawatan tu memang akan aku je yang pegang, haaa macam tu la dia kata setiap kali sebelum mesyuarat perlatikkan ahlijawatankuasa baru.
Masuk dalam kelas, techer Khaida tersengih menyambut kedatangan aku.
“eh, mana kau tahu pakai baju kaler pepel?” sebaik sahaja aku bersalam dengan dia.
“tah, aku tarik je daripada almari. Nak pakai cecantik tingat nanti mesti kena cat” aku menjawab sambil menurunkan kerusi.
“betul-betul-betul, haini kita mengecat, jom la makan dulu, nanti baru buat kerja” dan aku duduk makan nasi lemak bersama teacher Khaida. Masuk tahun ni, dah 4 tahun aku berkawan dengan teacher Khaida ni, sebaya dengan aku jadi kami memang ber’aku-engkau’ sahaja dengan dia. Dia pun takdehal.

Usai makan, aku terus memulakan kerja, cabut rumput, mengecat lima ketul tayar, sambung mengecat papan bangku, sambung lagi mengecat lidi-lidi pagar, part yang last tu, memang betul-betul matahari sudah atas kepala. Tengah haus-haus, ada pula orang offer air kelapa sejuk, pergh! Tidak cukup secawan.  Sambil duduk menyejukkan badan, melayan borak-borak, dan selesai semua orang balik seorang demi seorang maka sampailah giliran aku untuk balik, malasnyaaa. Aku hendak balik awal, yang berdua tu minta aku menunggu dorang juga, bergerak sama-sama. 

Selepas azan Zohor, kami balik ke destinasi masing-masing, meninggalkan sekolah yang sudah naik serinya. Esok cuti. kenapa aku tiba-tiba rasa sakit kepala pula bila kata cuti sekolah ni? Adeih! So tamatlah “me time” aku untuk setengah hari. Balik sahaja rumah, macam biasalah, workload untuk hari Ahad, gosok baju sekolah, menonton 2days1night. Sempat lagi kan? Ok see you next time… daaa ;)

Album:

 Sekarang, dorang musim Oulat, Gekko dan Catboy, apa-apa je la...

 Ikut tema as usual.

 Memang balik rumah mendapat, baju ber'cat', seluar ber'cat'.

Puan sebelah tu, eksyen je. Dia datang minta cat pink, tiba-tiba ajak pose skali.

Cat pagar di tengah panas mentari, memang da sunburn dua orang ni.

 Dua orang jiran yang tinggal berhampiran dengan sekolah.

 Misi JKR, membina jalan raya untuk anak-anak.

 Teacher Ain dan teacher Khaida yang tahap sporting nya di luar kebiasaan. Kadang dorang ni gila, hahaha...

 Diari Umi: tentang emak dan tiga askarnya.
 I need a little me time.
Notahijau: nak tengok Innocent Defendant sat. Daaa...😍😍😍

Menyesuaikan diri.

Wednesday, 8 February 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bulan kedua tahun 2017, mengganti puasa hari ke-3. Memandangkan esok cuti, semua askar ada di rumah, makanya emak batalkan niat untuk berpuasa untuk esok, mana tahu tnErwandi hendak bawa makan di kedai, cewah! So, hari ini biasa-biasa je, bangun jam 5 pagi, snooze sampai 4 kali barulah bangkit turun katil, turun tangga dan bersahur bagaikan dalam perpustakaan, senyap sunyi apa pun tidak berbunyi, hahaaa.

Selesai mengemas dapur, ke bilik uniform sekolah, memilih 4 pasang baju untuk di bawa naik ke bilik sya2kids. Sediakan semua kelengkapan mereka bertiga sebelum bersiap secara total di tingkat bawah. Auni bangun dan bersiap berpakaian sekolah agama. Aku menyediakan tiga jenis air setiap hari, 1. Milo for sya2kids. 2. Air manis panas untuk tn Erwandi dan 3. Air sejuk untuk di bawa kesekolah (jika ada permintaan). Jam 7pagi keluar untuk menghantar Auni ke sekolah agama, brotherhood akan diuruskan oleh tnErwandi.

Balik sahaja menghantar Auni, aku mengemas rumah sambil melayan brotherhood. Hari ini, Adli siap dahulu, segak berunifom dengan pesanan 
"umi, abi kata umi yang hantar kita hari ini". Arrizqi masih di atas dan turun tidak lama kemudian. 
"eh! bila umi balik ni?" tanya Arrizqi sambil mencari beg sekolahnya. Aku menjeling jam, awal lagi. Menanti brotherhood menghabiskan milo, mengemas beg dan memakai kasut sempatlah aku menyapu ruang rumah sehingga selesai, menyarung tudung dan keluar memacu tobot w sekali lagi menghantar brotherhood. Keduanya ceria sahaja, berbalas cakap masing-masing. Diperkarangan sekolah terdapat dua tiga buah kereta ibu bapa yang sama-sama menghantar anak masing-masing, brotherhood bersalam dengan aku with a kisses. 
"Suahana...!" Adli menegur kawannya yang baru turun motor.
"Cuhana bang, Cuhana" itu Arrizqi, pelat S lagi, mereka berlari kecil masuk pintu pagar sekolah, alahai sangat comel dengan uniform sekolah. Mereka masuk sahaja kelas selepas meletak kasut, barulah aku bertolak balik ke rumah. On tv, pagi ini encore Hwarang yang aku tidak dapat tengok malam tadi (tv kena conquer). 

Sambil menonton tv, tangan melipat baju yang telah kering, tnErwandi bersiap handsome, aku biarkan sahaja dia dengan handphone tidak sudahnya, bagaikan aku dan Korea begitu la dia dan handphone. Masa berlalu, aku mengemaskan barang-barang untuk dibawa keluar bersama dan terus mengambil Auni pulang daripada sekolah agama nanti. Hari ini perlu keluar awal, aku perlu singgah dia pos laju untuk mengepos pesanan koleksi Hobbies Art. Tidak lupa lilin sebatang pesanan kakLinda, emak kepada kawan Auni, hari ini anak kami perlu bawa lilin, warna air, kertas lukisan subjek seni. Selesai mengepos barang aku berangan sekejap dalam kereta, melayan @sya2ablatib (personal IG) dan sya2hobbies (untuk hobbies art).

Tidak sedar masa berlalu, aku turun daripada kereta dan ke kantin untuk membeli nasi lemak rm1 dan nugget 10pcs rm2.50. Selesai menu tengahari untuk sya2kids dan tn Erwandi. Berjumpa pula dengn kakLinda dan kakAzi (kawan baru).
"ini tinggal kat mana? tak pernah nampak pun?" kakAzi tanya aku, kakLinda tolong jawab bagi pihak.
"ooo, kawan Linda la ye, tu la nampak dia selalu senyum je, tapi fikir-fikir tak pernah pula kenal, selalunya kalo orang tak kenal ni, masam je, macam takde apa-apa" kakAzi berborak dengan kakLinda.
"siapa suka senyum?" aku menyampuk, aku sedang sibuk berurusan dengan kaunter dan order.
"hang la" kakLinda memaling muka pada aku. Sengih!
"nama apa?" kakAzi tanya lagi. Aku suka orang macam ni. Mesra.
"Syasya" 
"Anak darjah berapa?" 
"dua, sama dengan anak Lin la" kakLinda tolong jawab lagi. Aku memang dengan kakLinda ni je, sebab anak dia Zikri satu kelas dengan Auni.
"ooo anak berapa?" eh, dia interview kita la pulak.
"tiga kak, 8thn, 6th, dan 5thn" jawab siap-siap, mohon takde soalan lagi.
"Syasya umur berapa? rasa muda lagi ni"
"33 sudah" aku menjawab nak terbalikkan nombor dah tak boleh.
"haaa, akak 37. Ooo anak tiga ea, tapi muka tu macam baru 24-25thn je" kakAzi lagi. Ahaih!
"hah, banyak dah la umur kita, tapiii kakAzi, terima kasih-terima kasih!" hiii...

Dan selepas itu perbualan terhenti serta merta, berikutan anak-anak sudah berlari ke luar pintu pagar. Aku bergegas ke astaka untuk menunggu Auni-Thaqif, 
"wah banyak shopping" tegur seorang kakak pakai spek mata, ini orang kampung aku. Johor. Aku taktau nama dia, tapi memang sure dia kakak, huahaha! aku memang suka panggil orang kakak-kakak-kakak. 

Auni dan Thaqif keluar serentak meskipun tidak satu kelas. Bergegas sahaja ke kereta kerana cuaca sangat panas pada jam 11pagi ini. Aku menghantar Thaqif ke rumahnya dahulu sebelum balik ke rumah, sampai di rumah terus sahaja aku menyiapkan makan tengah hari untuk Auni dan menghabiskan masa kerana jam 12tengah hari aku perlu mengambil brotherhood pula. 

Auni bersiap sepantas kilat, syukur sangat dengan Auni, dia sangat berdikari. Aku hanya cakap sahaja, dia buat semuanya. Jadual waktu, daripada darjah satu lagi Auni uruskan sendiri. Dia kata, 
"umi susun jadual tak betul" huahaha. Ampunkan mak naaak! Dia tidak kisah pun pasal penampilan pembalik cermin dia, memang beza dengan aku yang suka betul dengan cermin. Dia boleh sarung tudung lembik tu tanpa tengok cermin, itu belum part dia bersauna lagi, pakai t-shirt dengan seluar panjang dalam baju kurung. Dia takut aku marah, lekas-lekas dia masuk dalam kereta.
"nanti panas, saya buka la kat sekolah" malas sudah aku hendak bersoaljawab dengan dia. Aku rasa rimas betul tengok dia, dengan beg bagasi tu, yang memang aku sedia malas untuk tolong bawa. Sendiri mau, sendiri bawa ler.

Adli aku lambai daripada kereta, berpeluh main. Arrizqi masih menyiapkan kerja. Adli sudah seperti samseng kampung sahaja dengan kemeja yang terkeluar, peluh di dahi, hidung dan leher. Berlengas. baunya, hendak pitam aku. Arrizqi masih belum nampak.
"adik tak siap kerja umi, dia buat lambat dengan cikgu Khaida" 
"tunggu adik la sekejap, saya datang awal hari ni" aku menjawab. Selalunya memang aku lewat sedikit. Arrizqi keluar pagar sekolah, mukanya masam mencuka. Aku hai pun dia buat saja je. Masuk kereta, dia menjeling Adli. Ok, aku faham.
"tak, abang tak tinggalkan adik, saya yang panggil abang tadi" tak layan hokey! Aku terus memandu ke rumah Thaqif, dia sudah menunggu untuk ke sekolah kebangsaan. Haaa, bawa bas lorong pula jenis muat satu kenderaan, maaf la ye encik, tak muat kereta kami ni nak lalu. Terpaksa encik tu mengalihkan kereta, dah encik pun tahu satu lorong, janganla tinggal kereta di tempat laluan orang. Isk-isk-isk...

Aku berhenti di tepi pagar sekolah sahaja, menurunkan Auni-Thaqif, mereka masuk sahaja pagar sekolah, aku bergegas balik rumah. Hendak singgah di kedai, Adli sudah pun buka semua butang kemejanya, minyak kereta tinggal 1 bar je weih! tu yang kepanasan. Hadoilah! terus je la balik rumah. Arrizqi buka semua baju dan seluar terus ke bilik air, itu memang habit dia. Aku lagi uruskan uniform dorang lencun dengan peluh. TnErwandi bangun dan bersedia untuk keluar setelah aku sahaja yang keluar masuk-keluar masuk daripada tadi. Mohon balik sebelum 5.30ptg jika bawa tobot w. Aku perlu menunggu Auni-Thaqif sekali lagi balik sekolah petang nanti.

Cerita ni sambung malam, tapi malam kan sudah untuk rehat, jadi... selamat beristirehat. Daaa...

Gambar next time... imagine je la, kehidupan "SURI rumah" yang workaholic.

Memburu waktu.

Monday, 23 January 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Annyeonghaseyo! School day 2, we call it memburu waktu why?

Pagi yang luar biasa semestinya, maklum la untuk membiasakan waktu baru memerlukan permulaan yang penuh dgn percubaan. Jam sudah ke angka 7pg, Auni telah di leter oleh aku dalam keadaan separuh mamai. Arrizqi yang aku paksa suruh mandi buat muka, argh! aku berasa pagi ini schedule aku bakal huru-hara.  Enjin tobot w aku panaskan dan Arrizqi berlari naik kereta.

Hari sudah bertukar terang, Arrizqi tidak mahu berjalan sebaliknya minta aku dukung, mamat ni kan! Patut aku tinggal sahaja tadi. Disebabkan hari ke dua persekolahan, suasana sekolah bagaikan pesta, ibubapa masih lagi menemani anak masing-masing untuk darjah 1 yang telah disama sesikan semula dengan darjah 2 dan 3 bebanding tahun lepas. Aku juga antara ibu bapa yang menyibuk pada hari ini, bertujuan untuk membayar yuran sekolah agama di mana abi Erwandi tidak berbuat demikian pada hari semalam. Hari semalam aku sibuk uruskan Adli dan Arrizqi di tabika, hal sekolah sya2kids, memang di bawah kawalan emak.

Aku menjeling jam. 7.25pg, guru kelas Auni masih lagi belum berada di kelasnya, kelihatan juga ibu bapa masih memancing mood anak-anak. Aku resah memikirkan perlu balik rumah supaya dapat  menyiapkan Adli dan Arrizqi. Abi Erwandi ku dail, supaya dia boleh menyiapkan Adli dahulu. aku akan uruskan Arrizqi bila balik nanti. Sekali dail - tiada jawapan. Dua kali dail - sama seperti tadi. Dail kali ke tiga, dijawab oleh operator menandakan panggilan tidak dijawab. Sampai hati, aku perlu bertindak juga, jika tidak Arrizqi dan Adli tidak bersekolah pula, baru hari kedua persekolahan.

Aku tinggalkan Auni dahulu, dan balik rumah untuk siapkan brotherhood, hari kedua mood aku tungganglanggang. Bertempur dengan masa bermula, jam 7.35pg aku keluar daripada sekolah Auni. Tobot w aku tinggalkan sahaja di luar, masuk rumah ngam-ngam 7.45pg, macam lipas aku uruskan brotherhood serentak. Adli yang masih lagi tidur aku heret ke bilik air dengan separa sedar dia basah dek air suam. Arrizqi membebel-bebel, "kenapa abang tidak bangun mandi dahulu, kalau tidak kan dah siap". Mengalahkan emak pula.

Arrizqi bersiap sendiri membiarkan aku menguruskan abangnya. Melihatkan Arrizqi yang hanya bertshirt putih dan treksut, Adli yang telah beruniform mintak baju sama dengan adik, argh! buat perangai lagi. Sah-sah uniform adik belum dapat, hendak dan tidak aku tukarkan juga satu set tshirt putih sama dengan Arrizqi. Arrizqi bawakan beg abang ke pintu, siap dengan susunkan kasut supaya mudah dicapai abang. 
"cepatlah abang, jam da nak pukul 8, nanti kita lambat" that's my Arrizqi.
Adli duduk memakai kasut, emak sudah hidupkan enjin tobot W, nampak pula tali seluar Arrizqi warna hitam, dia hendakkan seluar yang sama. Aaarrrghhh! apa kejadahnya pagi ini encik Adli oit! Jam sudah sipi-sipi hendak ke angka 8pg, keluar rumah pun tidak lagi. Arrizqi masuk kereta, aku sibuk dengan Adli lagi, lelah.

Sampai di sekolah brotherhood #sya2bros tepat-tepat jam 8pg, fuh! pening, terus sahaja aku ke sekolah agama Auni semula untuk membayar yuran yang tertangguh. Kembali semula di sekolah agama, suasananya sangat tenang tidak seperti kesibukkan awal pagi tadi. Betul-betul tenang dan hanya kedengaran keriuhan suasana sekolah, rindunya sekolah. Alhamdulillah, urusan dipermudahkan pada hari ini, semoga sampai petang nanti. Balik daripada sekolah agama, rutin harian bermula macam biasa namun pada minggu pertama ini, aku tidak sempat untuk masak pada sebelah pagi, sekejapan masa berlalu aku perlu keluar untuk mengambil Auni-Thaqif balik daripada sekolah agama, bersiap macam the flash, tiba masa untuk ambil sya2bros. Adeih! Untuk malas berulang alik ke rumah semula, aku terpaksa angkut Auni-Thaqif terus ke sekolah kebangsaan pula. 

Balik hantar mereka berdua barulah dapat menarik nafas lega sedikit, melayan sya2bros. Rindu hendak bergolek-golek dengan Arrizqi, rindu hendak berlawan cakap dengan Arrizqi, tetapi bila Arrizqi balik lepas hug emak, Arrizqi busy hendak main, Arrizqi busy hendak mewarna, Arrizqi kata "rimasla umi, jangan kacau adik" huaaa...
Kadang-kadang, aku tertidur sama-sama dengan sya2bros, kadang-kadang aku dengan drama Korea sya2bros main berdua sahaja. Kadang-kadang lepas aku suapkan mereka makan tengah hari (ini je masa yang ada) mereka terus ketiduran. Sunyi.

Di hujung petang, aku perlu bertempur memburu tempat letak kereta pula, menunggu Auni-Thaqif balik sekolah petang. Mereka perlu di tunggu kerana, sekolah kebangsaan tidak seperti sekolah agama yang jauh daripada jalan besar. Berhadapan dengan jalan besar bermakna risiko nya juga sangat besar. Dua tahun sahaja, sudah 4 hingga 5 kali (termasuk aku kena sekali) kemalangan berlaku di jalan besar depan sekolah, aku ngeri. Maka, biarlah aku tunggu mereka selagi aku terdaya.


Gambo yang tidak ada kena mengena dengan sekolah, so?

Sekian cerita untuk hari kedua, yang siap dikarang selama 2 minggu dan di publish pada jam 2ptg, hahaaa. Hendak tengok my encik rockers: Jung Joon Young kejap. Jumpa lagi entry lain kali... daaa.

Sekolah pertama Arrizqi dan tragedi.

Friday, 6 January 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anak yang akan bersekolah, emak yang risau tidak bangun pada jam yang ditetapkan, apatah lagi jadual harian tahun ini tidak lagi sama seperti tahun lepas, 100% berubah. Simptom emak-emak macam biasalah, bangun pagi terus sibuk tanpa henti. Pada tn Erwandi aku minta hantarkan Auni ke sekolah agama, tiga kali aku pesan jangan hantar ke sekolah kebangsaan, tapi sekolah agama lengkap dengan pesanan "tolong carikan kelas Auni". Dahulu, dia di bangunan lain, tahun ini sudah tentulah berbeza, apatah lagi dia juga naik ke kelas pertama. Kawan-kawannya berubah keseluruhan.

Di rumah aku berperang dengan Adli dan Arrizqi. Adli ialah abang tapi yang paling tidak sabar untuk ke sekolah ialah Arrizqi. 
"adik nak mandi dengan umi" dia bagaikan cacing kepanasan, kejap ke hulu kejap ke hilir. Awal lagi dan aku pula sibuk dengan menyiapkan air milonya. Air untuk tn Erwandi. Pokoknya sibuk di dapurlah.
"umi, lambatlaaa nanti adik terlambat" aduhai dak kecik ni, tabika tu 10 minit je kot daripada rumah. Dan akhirnya dia buka baju sendiri, mandi sendiri. Hahaha! Arrizqi mandi sambil bernyanyi dalam bilik air, amboi happy sangat! Aku masih mengemas rumah sambil mengejut Adli. Terpisat-pisat bangun aku terus lebur dia dalam bilik air sebaik sahaja Arrizqi siap mandi. 
"umi, ubat gigi da habis. Adik sabun je, cepatlah umi, sejuuuk!" Arrizqi menanti tuala. Tinggalkan Arrizqi dengan pakaian sekolahnya. Dia pandai pakai sendiri. Sebaik sahaja aku siap mandikan Adli, Arrizqi sudahpun lengkap dengan kasut.
"cepatlah abang, kita dah lambat ni" aduhaiii dia sangat comel. Aku sampai terkeliru siapa abang, siapa adik. Lengkap keduanya, aku pula bersiap. Tahun lepas, Adli di hantar oleh tn Erwandi dan aku menguruskan Auni. Tahun ini, semua urusan aku selesaikan awal-awal dan hanya hantar sahaja mereka ke sekolah. 

Tiba di sekolah, brotherhood paling awal, di sambut teacher Ain dan teacher Khaida macam biasa sambil mereka mengemas kelas. Mereka sudah duduk sebelah menyebelah sebaik sahaja bersalam dengan teacher. Aku di luar sahaja mengambil udara pagi sambil berbual dengan teacher Khaida. Sebaik sahaja dua tiga orang penjaga tiba menghantar anak-anak mereka, aku menjengah Adli dan Arrizqi yang sedang bermain dengan lego. Bakul lego di antara keduanya, satu yang aku suka dengan brotherhood ni, dorang memang sebulu bila mood tu baik. Bila bergaduh pun, sekejap sahaja sudah berbaik. Bergaduh yang sekejap tu la yang aku pun hendak me'naga' sama tengoknya, memang man to man kata orang. 

Aku tinggalkan dorang dengan teacher, balik rumah dan beli sarapan. Alahaiii, da rindu Arrizqi. Terbayang dia bangun pagi, on laptop. Pergi dapur, "umi adik nak mandi sendirian", huaaa. (icon nangis-icon nangis). Jam 11 pagi tn Erwandi ambil Auni di sekolah agama, dia bersiap secara charlie chaplin, kerana aku akan membawa dia bersama ambil brotherhood dan hantar kakak ke sekolah kebangsaan pula, malas hendak ulang dua tiga kali ulangan. Letih!

Tiba di rumah semula barulah Arrizqi cerita tentang sekolahnya. 
"adik tak buat apa-apa pun, adik main je" hahaha...
"adik sukala sekolah, umi esok adik nak sekolah lagi" ok, no problem.

 brotherhood @ #sya2bros.

  
 
  
 Seminggu bersekolah, Arrizqi lebih disiplin banding Adli. Balik sekolah, susun kasut, masuk kad nama dalam beg, letak beg, hug umi dan terus salin baju.

 Duduk sebelah abang sementara belum dipisahkan.

 Sibuknyaaa...

Hug umi dulu, baru tukar baju.

Mujur ada tn Erwandi, jadi bolehla dia menunggu brotherhood yang ketiduran. Aku keluar secara senyap untuk mengambil Auni. Satu yang aku gagal bila sesak ialah, mencari parking. Konfiden level menjadi kurang di tambah takut di kecam orang bila parking sebarangan. Sedang menunggu, langit yang cerah bertukar gelap, sudahla harinya petang hampir maghrib. Ah sudah! setitik-setitik hujan turun dan akhirnya mencurah-curah. 2 kaki payung, ada dalam kereta. Hendak ke kereta semula sudah tidak sempat.

Hujan sangat lebat memaksa aku mencari kelas Auni. Hari pertama, aku risau dia fikir aku tidak menunggunya pada cuaca buruk sebegitu rupa. Bukan hujan biasa-biasa, memang lebat dan air naik dengan cepat, ditambah kilat, guruh, petir, semua ada. Akhirnya aku berjumpa juga dengan kelas Auni, kami bergegas ke kantin sekolah, air mula naik di laluan-lauan utama ke pagar sekolah. Ah! sudah. Aku tidak lagi memikirkan parking di luar, aku hanya fikirkan berilah sedikit keredaan kepada keadaan dalam sekolah ini. Tersangat huru-haranya.  Akhirnya hujan reda sedikit, aku dan Auni bergegas meredah hujan yang sedikit ke kereta. Kesesakan depan sekolah yang sedia teruk bertambah buruk apabila melibatkan faktor cuaca, faktor pemandu yang tidak sabar, faktor dan struktur jalan yang licin, malah sudah dinaiki air. Aku beristighfar dalam kereta, menarik lafaz sedikit lega.

Jom kita balik rumah, aku hanya memandu dengan kelajuan yang sangat perlahan. memberi ruang kepada mereka-mereka yang hendak melintas. Keadaan sudah bertambah sesak, sehingga satu kawasan banjir dilepasi, barulah aku betul-betul lega. Keadaan tadinya cerah sudah pun malam, waktu maghrib sudah dilepasi. Alhamdulillah, tiba jua kami di rumah. Sambung cerita memburu waktu pada esok hari pula... da.

New chapter.

Tuesday, 3 January 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 Dahulu. 

Adanya dia dalam rahim emak, tanpa pengetahuan sehingga minggu ke 26.
Adanya dia membawa rezeki kepada emak dan abi Erwandi yang melimpah ruah.
Adanya dia membuatkan emak berhenti kerja untuk menguruskan kerja rumah secara total.

Lahirnya dia pada minggu ke 36 betul-betul menggembirakan seisi keluarga. 

Lahirnya dia membuatkan emak membanting tulang, memerah kudrat untuk sentiasa ada disisinya.
Lahirnya dia, waktu emak bersama kakak dan abangnya menjadi singkat.
Lahirnya dia membuatkan emak langsung tidak boleh berbuat apa-apa melainkan sentiasa berada disisinya.

Dia di bawa masuk ke rumah baru, suasana baru buat pertama kalinya.
Dia di jaga sepenuhnya oleh emak menjadikan emak bimbang tentang kehidupan sosialnya.
Dia paling awal potty training, dia paling awal berhenti minum susu baby-baby.
Dia boleh uruskan dirinya secara sendirian.
Makannya suap sendiri, mandinya siram sendiri. Kebanyakan hal-halnya diuruskan sendiri.
Dia sentiasa menemankan emak walau di mana juga emak berada.

Apabila kakak masuk sekolah, belajar tentang sekolah dia masih ada dengan emak.
Apabila abang masuk sekolah, dia tanya tentang di mana kasut sekolahnya.
Kakak mengajar  tentang kehidupan, kakak mengajar tentang abang, kakak mengajar tentang kisah seorang yang bergelar kanak-kanak.
Abang mengajar tentang keadilan, abang mengajar tentang persahabatan, abang mengajar tentang insan-insan tersayang.

Kini, giliran dia pula untuk memulakan alam barunya, alam persekolahan yang dia sendiri tidak sabar untuk lalui sendiri.
Kini, emak tidak lagi mendengar persoalan mulut bisingnya:
“umi, hari ni bulan berapa?”
“umi, bila beg adik hendak sampai?”
“umi, bila adik hendak sekolah?”
Dia menyiapkan semua peralatan sekolahnya sendiri, dia kata:
“adik dah besar, adik boleh mandi sendirian”
“adik boleh buat la umi”
“adik dah besar tak minum botol susu lagi” 

2017. Januari 3: Selasa,  emak menanti Arrizqi pulang daripada sekolah dengan penuh keterujaan.

 Dia berangan je.

Ma boy...
 

Cheeky boy...

 Ensem...
 
 All the best #sya2kids. Have fun for the 1st day school! Annyeong!

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in