Rindu.

Wednesday, 28 September 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Family is the best thing you could ever wish for. They are there for you during the ups and downs and love you no matter what. - unknown.

Aku menamatkan perbualan dengan mama, dia sudah boleh menerima keadaan dan Aidiladha sudah pun berlalu. Sepanjang perbualan tadi, aku hanya menjadi pendengar seperti biasa, dia sudah lama kehilangan teman berceritanya, dedulu pun bila aku ada di rumah, telinga ini juga yang dicarinya. Berita yang aku terima daripadanya sebentar tadi betul-betul buat hati aku rasa gembira, mendengar sahaja papa sudah get ready pergi cari tiket untuk ke Sg. Buloh, membuatkan mulut aku hendak senyum sahaja. Mendengarkan rancangan mama papa kali ini sudah cukup untuk aku melepaskan rasa terkilan yang berbuku di hati.

Pulang sahaja Danish di ambil emaknya di rumah aku, aku mengerah sya2kids untuk mandi ala P.Ramlee sahaja, mom dan papa sudah hampir tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sg. Buloh ke TBS bukan seperti KL-TBS. Perjalanan yang aku tahu akan menempuh kesesakan yang tidak calang-calang. Tapi aku tahu, Erwandi lebih cekap untuk membuat pilihan jalan manakah yang lebih baik untuk diredah. Aku tengok jalan raya yang penuh sesak, culture shock sekejap, banyaknya kenderaaan. Aku ke tempat kerja sebelum ini pun, tidak pernah mengalami kesesakan berikutan aku menentang arus. Memang aku tabik betulla dengan kesabaran mereka-mereka yang menempuh kesesakan setiap hari.

So, naik sahaja ke lobi utama TBS aku sudah nampak mom and papa melangkah ke luar pintu, gegas sahajalah mereka naik tobot w, kami singgah makan malam di sebuah gerai entah di mana tempatnya si Erwandi yang bawa, dia sangat pakar dengan tempat kelahirannya sendiri. Malam pertama dengan datuk dan nenek, sya2kids nyata gembira tiada taranya. Aku meneruskan rutin sebagai mana hari biasa, ambil kids balik sekolah dan ke pasar untuk masak makan tengah hari.

Petang Jumaat, sebaik sahaja aku balik menghantar Danish ke sekolah agama, semuanya telah bersiap untuk balik Selangor, pecah rekod bulan ini 3 kali berturut-turut balik Selangor, apa hendak aku buat. Balik kali ini, mom and papa punya rancangan, teruja sangat papa hendak berjumpa dengan besan. Hendak memperjelaskan mana-mana yang samar kenapa dan mengapa mengambil masa lama sangat untuk berjumpa. Balik kali ini, aku sedikit berlagak, hahaaa... sampai sahaja perkarangan rumah abah, kain di ampaian aku angkat, sudah kering dan garing. Lagak menantu mithali, aku sendiri yang menghidang air, balik kali ini betul-betul aku pandai-pandai sendiri, hahahaaa. Kena jaga nama baik mom and papa at the same time.

 Feeling fat and chubby so... do exercise la!


 Tokki dan TokPapa yang macam adik beradik, beday pun sebelah menyebelah :)


Sempat juga aku berlengas main basikal ciksuMija, rupanya masih ada skill dengan outfit yang sangat tidak bersesuaian, lantakkan ajelah. Lepas maghrib, kami beransur pulang. Cayalah Erwandi bawa kitorang melepak di Jln. Bukit Ampang konon-konon melihat panorama, wah gittu. Sempat juga dia pekena char kuey tiow, sya2kids tidak sudah2 dengan perkataan "gayat". Bila tengok bintang di langit, teringat pula watak WangSo dalam Scarlet Heart. Dia ada bintang menjadi raja di Goryeo. After pekena milo taboq secawan, aku lalok sampai tertinggal handbag, mujurlah teringat untuk ambil semula sebelum ke kereta, ya itu maksudnya aku perlukan handbag baru. Noktah.

Sampai di rumah, aku dan rancangan kegemaran berpisah tiada, Runningman. Mom and papa memang sudah biasa dengan perangai aku yang sangat sukakan televisyen, maka dorang tidak ambil port pun cerita apa yang aku hendak tengok. Pagi esok, kami akan bertolak ke Kulim. Bagasi sederhana besar berisi keperluan Erwandi dan sya2kids menghalang laluan di tangga, sahaja aku berbuat demikian tanda protes berikutan rancangan antara aku dan Erwandi yang tidak sama. Aku harap dia tidak kecil hati bila mama papa aku tidak bermalam di rumahnya, bukan tidak sudi tetapi lebih kepada tidak mahu menyusahkan.

Pagi yang dinanti tiba, bagaikan tahu-tahu sahaja hendak berjalan jauh, sya2kids bangun awal, bersiap sebelum Erwandi bangun. Selesai sentuhan terakhir, kami keluar rumah jam 9am hari Sabtu, aku perlu menghantar keperluan Danish semalam ke rumahnya terlebih dahulu sebelum bersarapan di kedai kegemaran sya2kids dan Erwandi. 

Dalam perjalanan, sya2kids tidak banyak kerenah sangat berikutan Auni dan Adli menghidapi sakit perut, keracunan makanan makanya telah dibius dengan ubat, mereka hanya perlukan tidur. Sesampai di Kulim, isteri adik aku sudah pun bersiap sedia dengan agendanya. Kami dihidangkan dengan menu tengah hari, kari kepala ikan. Aku makan dua kali tambah sehingga menjilat pinggan, sedap sungguh makan masakan bukan sendiri yang masak, kuikuikui. Tidak banyak aktiviti sangat yang boleh dibuat di rumah Ina, sya2kids usah di kata, hilang dalam alam mainan. Lenyap terus sorang dapat main sedangkan baby Akma masih malu-malu untuk mendekat. Setelah melepasi aktiviti tidur dan rehat, hari bertukar malam. 


Puas tokPapa, tokMama dapat berkepit dengan cucu.


D'cousin, suka tengok babyAkma da pandai bermain.


Kakak Ina balik daripada kerjaannya, kami semua memang rapat. Maka diajak kami untuk makan di luar sahaja. Ikan bakaq, baqhang! Aku makan bukan takat ikan bakar, tapi... mee udang, lamb chop, sate, semua aku sebat. Adeih! memang perut penuh memadat, tak di makan sangatlah ruginya. Meja penuh, pinggan kosong di angkat ganti dengan hidangan lain, gila betul dorang ni. Saja tau!

Malam itu, kami tidur dalam kekenyangan. Lena siap mimpi member-member bekas sekolah dedulu lagi, hahaha. Selesai makan tengah hari pada hari Ahad, kami terus shoot balik Sg. Buloh. Singgah sebentar di TBS untuk papa membeli tiket pulang ke Johor pada hari esok, nah! jam 9pagi katanya. Jadi... entry ini akan bersambung. Rest kejaplah, aku hendak melepas rindu dengan Lee Joon Ki, Scarlet Heart. Daaa...


 Cam biasa, interframe adik-beradik... Eh! Anak-beranak.

 

Perasaan.

Tuesday, 20 September 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

안녕...

Salam Selasa, aih kejap benar sudah ari Selasa, inilah akibatnya suka benar menunggu hari Isnin dan Selasa sejak terkena demam Scarlet Heart, ye ye drama Korea again, usahlah awak semua menyampah ye kerana dengan menonton drama Korea merupakan salah satu medium untuk aku menghiburkan diri sendiri apabila terperap dalam rumah 24jam/7hari. Rileks, aku ambil sejam hingga dua jam sahaja melepak depan tv, selebihnya tv on just for Arrizqi. Dia pun tidak kisah kalau tv off. 

Hold on and stay strong... better things are coming. - My Dear Valentine.

Lately, perasaan aku ni rapuh sangat. Lagi-lagi bila part throwback kisah Aidiladha yang lepas, bila yang dirancang tidak jadi kenyataan, apalagi terus patah hati dibuatnya. #sya2kids usah ditanya, mereka seronok sahaja bila loceng akhir waktu persekolahan berakhir pada hari terakhir bersekolah, mulut potpetpotpet merancang percutian sendiri. Aku menanti jadual cuti daripada Erwandi, harapan menggunung pabila rancangan untuk bercuti di Johor kelihatan agak cerah. Pada emak Aidil sudah aku khabarkan mahu bercuti satu minggu, clear. Tetapi...

Dua hari sebelum Aidiladha, aku khabarkan berita duka pada mom bahawa tidak jadi pulang ke Johor dan Aidiladha kali ini hanya di Selangor. Terasa bagaikan ada batu menghempap kepala semasa hendak menaip berita tersebut, apatah lagi selang beberapa minit isteri adik aku pula menghantar khabar duka kedua, juga tidak dapat bersama, haaa mahu tidak meraung orang tua tu? Sudahla tidak terbendung menanggung rindu anak cucu, sudahla anak hanya dua orang, sudahla kali terakhir berjumpa Aidilfitri tempohari itu pun belum puas bersama sudah di ajak pulang oleh Erwandi, apa boleh buat... bak kata kawan aku, sudah itu syurga kau, kena taat pada dia sahajalah walaupun dia lupa kau pun ada hati dan perasaan. Iyalah, jika aku tidak sabar, sudah pastilah aku tidak susah-susah menahan rasa sedih yang bukan calang-calang.

Sejak mesej itu aku hantar, mom terus sepi. Aku menghubungi kedua-dua nombor telefonnya, juga menghubungi papa, tidak berangkat. Pagi-petang-malam selama dua hari sebelum Aidiladha, mom tidak respon, aku yang sebal-jengkel lagi rasa menyirap dan sakit hati, mengemas baju juga rasa habis semua hendak aku hamun. Perasaan mana satu yang harus aku jaga ni? Erwandi usah katalah, dia memang tidak ambil port pun, dia tahu aku sedih tapi dia bukan buat apa-apapun, dia tahu aku akan turut saja katanya, that's why he don't care pun. Mom? Ye, dia juga patut faham, aku anak perempuan, argh! susahnya hendak menguruskan part hati dan perasaan begini. Ini kali pertama aku laluinya. Bila semua sudah keras hati, aku juga patut keraskan hati.

Aku keraskan hati? hendak sangatkah? hrmmm... let's follow the flow, tidak payah penat-penat fikir perasaan orang. Hendak merajuk sangatkan? hah, merajuklah. Bukan mom tidak pernah lalui pun apa yang aku lalui sekarang? dedulu arwah nenek sebelah papa aku masih ada, begini jugalah keadaannya. Mom hanya ikut papa balik rumah papa sahaja setiap kali Aidilfitri. Jangankan mom, aku dengan adik yang follow ni pun boring, pasal semedang kitorang kena buli. Bila cakap dengan mom masatu, muka dia usah katalah memang pakai topeng, aku selalu dengan mom bila balik rumah nenek, yang biasa menguruskan dapur rumah nenek ialah aku and mom. Yang biasa uruskan rumah nenek, yang biasa melayan tetamu-tetamu nenek ialah aku and mom, sampai satu tahap aku buat-buat tidur daripada tetamu datang sampai tetamu sudah balik, aku penat. Bila balik rumah mom, papa buat hal, sekejap je. Kalau ikut adil dan tidak adil, memang tidak adil langsung. 

Ini karma mom, tiba masa sampai pada aku pula, maka aku lalui sahajalah pasal sendiri pilih duduk jauh-jauh daripada mom, sendiri pilih insan terpilih untuk sehidup semati- inshaaAllah. Aku lupakan mom, lupakan papa sekejap. Ye, berhadapan dengan ibu bapa Erwandi, anggap je la ibu bapa kita juga, aku membantu mana yang boleh sahaja, Mira pun ada, sista Dila pun ada.

Tepat takbir pagi Aidiladha sebelum bersolat Aidiladha, my papa call. Alhamdulillah, dapat aku bercakap dengan dia. Betul my mom merajuk dan tidak mahu bercakap dengan anak-anak, my papa said "biarlah dulu, nanti da ok dia call awak". "ok pa, i'll be waiting". Dan sepanjang hari itu, aku di rumah mengerjakan cadar, pasal Arrizqi tidur kencing atas tilam. Semua orang sudah keluar daripada rumah, tinggal aku dan ummi sahaja, karang aku tinggal cadar belum habis cuci ni, dia berbunyi. Alangkan cadar ini bergulung pun tengah tunggu turn hendak masuk mesin, dia berbunyi. Aih! sabar-sabar. Setel sahaja mengerjakan cadar, aku start tobot w keluar daripada rumah. Hoye!

Petang Aidiladha, bersiap untuk balik Sg. Buloh dan melalui seminggu tanpa Auni. Seminggu lepas itu my mom call, yeay! kebetulan aku sedang berkemas untuk balik Selangor lagi. Hah! panas telinga aku kena sindir. "memang tiap-tiap minggu kena balik sana ke?" Adoih! itu belum part dia membebel pasal mil aku kat hospital hari tu. Rasa hendak tercabut telinga mendengar rintihan dia, dia sakit tiada anak yang balik tengok apatah lagi jaga. "ooomak aih!" acani, I hendak lari poie Sabah ke, Sarawak ke, biar adil terus. Doraemon, tolong pinjamkan pintu sesuka hati.


 Cousins.

 Brotherhood.


 Feeling selfie.

 Feeling fresh.

Feeling siblings... muahaha!

Balik Selangor pun sebab hendak ambil Auni, minggu persekolahan hendak mula. Balik kali ini, banyak pula aktiviti bebudak ini, mandi sungai, hantar mak usu dan ikut tokki poie kenduri, makan-makan, terima kasih tokki. Selesai semua urusan, kami balik Sg. Buloh lepas makan tengah hari, jalan-jalan pergi beli barang dapur dan dapat pengisar baru, sudah jom balik rumah, mahu layan Runningman, twehehe. Isnin dan Selasa merupakan hari yang aku tunggu-tunggu, mahu dating sama Lee Joon Ki sambil menanti-nanti drama/filem baru kawan baik dia Joo Ji Hoon. Kawan aku kata, taste actor aku ialah yang matanya sepet-sepet, hahahaha whatever, udah Erwandi aku pun sepet, hendak watguaner? Ok, dah let's masak tengah hari, menu hari ni ayam goreng saje. Request by Auni. Sekian. Daaa...

Out of House.

Tuesday, 6 September 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad. Aku berguling ke kanan, ada Arrizqi. Keningnya aku raut, pipinya mendapat morning kiss, dia memang beruntung sebab tidur dengan emak. Eh? nanti kejap! Bukankah dia tidur bersama Adli dan Auni semalam? tajam betul deria bau Arrizqi, berjaya mencari emak di bilik. Arrizqi berkalih sedikit, marah tidurnya diganggu. Aku cium lagi, kiri-kanan-atas-bawah kawasan muka dia sehingga Arrizqi merengus marah.
"umey..." hahaha, terus aku bangun menuju bilik mandi. Memikirkan agenda untuk hari ini. Apalah sangat, rutin harian- mengemas rumah, mendobi, memikir menu, itu sahajalah seperti biasa.

#sya2kids yang pantang sahaja cuti sekolah, semuanya pakat bangun awal. Belum selesai aku membereskan kerja rumah, rumah sudah mula hingar dengan terjerit, terpekik, terlolong, aduh... kepala aku yang berserabut bertambah berselirat. Oh! hujung minggu ku. Jam sudah 11pagi, laju pula jam ini bergerak bila semua anak berkumpul di rumah, aku berehat sambil menekan geram keypad remote astro, channel 392/393- Sudah tiada channel free, jika tidak 394/395 panjang sikit. Alamak... tepu-tepu.

Laptop sudah kena conquer, Ipad memang aku tidak reti main, handphone bateri kong malas nak cas, rela dan tidak aku layan juga 392. Drama baru. Sedang aku hayal dengan mata hendak terkatup balik semula, turun Erwandi dengan haruman mewangi, hrmmm... hendak pergi kerja la tu. B.o.r.i.n.g!
"hendak gi kenduri Jln. 6 tu tak?" dia bertanya, alamak malasnya lahai hendak aku bersiap.
"malaslah" aku menjawab antara dengar dan tidak. #sya2kids terutamanya Arrizqi sudah menyerbu Erwandi dengan seribu satu persoaalan.
"abi hendak pergi mana?" dua tiga kali.
"adik hendak ikut bi, bolehla-bolehla" dia memujuk dengan memek-memek muka sekali.
"jomlah, pergi siap. lepas tu kita gi jalan" ahaaa, tegak telinga aku, suka-suka. Eh! kejap kena jual mahal dulu, jangan nampak teruja sangat.
"nak keluar tak?" Erwandi tanya lagi.
"kejaplah!" aku menjawab pendek, sebenarnya menunggu mesen cuci baju berhenti. Aku hendak sidai baju dahulu. Aku buat kerja lambat-lambat, sengaja buat dia menunggu. Bukan selalu.

Kami keluar rumah, jalan kaki sahaja menuju ke khemah pengantin. Kereta para tetamu sudah pun penuh di kini kanan jalan, selesai makan dan berjumpa dengan keluarga pengantin, kami terus berkereta dan keluar daripada suasana rumah, suasana kampung. Huyeah! terasa segar udara yang aku sedut. Terasa segar biji mata melihat kesibukkan jalan raya.

Erwandi memberhentikan kereta di parking VIP di sebuah menara. Entah, tiada bernama pula menara tersebut, macam tidak berorang sahaja, menunggu dia selesaikan urusannya, dalam kereta sudah mula haru biru berikutan #sya2kids yang tidak reti duduk diam, aku mulala hendak hangat. Agak lama juga kita semua menunggu dia, sempatlah menyuruh Adli mengeja beberapa perkataan mudah. Arrizqi yang nampak abinya menuju kereta dahulu, dia sudah selesaikan urusannya.

"hendak pergi mana?" Erwandi bertanya, sebaik sahaja dia masuk ke tempat duduk pemandu, agak temper bila mendengar aku menjawab entah.
"Adli hendak pergi mana?" tanyanya kepada Adli.
"kita taktahu hendak jawabla abi, kita taktau" jawapan Adli buat aku ketawa perlahan.
"adik? Arrizqi hendak pergi mana?" soalan bertukar orang.
"adik... adik pun taktaula abi. Adik tak takut naik kapal terbang" eh! tiba-tiba pula jawapan Arrizqi tidak ada sangkut paut langsung. Menyimpang jauh benor da ni. Kali ini, ketawa aku betul-betul besar. Arrizqi memang menghiburkan.
"kakak?"
"kakak nak pergi jalan-jalan bi" jawab kakak Auni. Relevan dengan soalan, Erwandi membelokkan kereta menuju ke menara berkembar Petronas.
"kita pergi situ" kata Erwandi sambil menunjuk bangunan yang tersergam depan mata.
"mana bi? mana?" Adli.
"tu yang macam nombor 11 tu, kakak pandai lukis bangunan tu" Auni.
"becaaaaaaanyaaa, adik takutla bi" Arrizqi. La pulak... tadi naik kapal terbang tidak takut. Adeih! macam-macam hal tau.

"ini kedai beli-beli" kata Auni bila kereta menuju lot parking bawah tanah. Lepas tu mereka sudah mula meriuh berlawan kredibiliti bercakap masing-masing. Kami berjalan mengelak tempat sesak, #sya2kids mahu berlarian terutamanya Adli. Bukan hendak membeli belah pun, saja killing time dengan #sya2kids, yang Erwandi pun sudah seperti Jung Joon Young yang katanya mahu jadi master Pokemongo. Argh! hari ini aku mesti mencari peluang... twehehe.

Kita jelajah kawasan luar, masih kelihatan air pancut menari, #sya2kids sudah berlari menuju kolam. Aku memerhati dan mengawal mereka dengan lebih dekat, melabuh duduk bersebelahan Erwandi yang masih busy Pokemongo. Selesai bergambar, kita berjalan lagi mencari taman permainan. Ha'a, matahari tengah mencanak atas kepala, hendak pergi main. Layankan-layan. Mata menerawang pandang... #sya2kids di depan, berkejaran. Arrizqi yang berpimpin dengan Erwandi, aku suruh berlumba dengan abang kakak.
"go!" emak pula hendak berdating dengan abi korang. Yeay! dapat pun merasa macam dedulu. We're already married (icon senyum-icon senyum).
"abi....! tu orang boleh mandi" Adli mula merengek. Pantang betul, nampak kolam. Haih!
"mana ada baju, takyah la, tu pergi sana tu" kita menuju ke park permainan. Hah! sekejap sahaja hilang daripada pandangan mata. Mujurlah aku pakaikan biru muda yang agak terang, sama kesemuanya... jadi mudah untuk cam. Lecun dengan peluh, kita balik cari tempat ada penghawa dingin, masing-masing tidak cukup air. Hahaha! dorang so sweet. Jalan dengan emak, macam keretapi. Macam manalah tidak jadi perhatian orang. Itu belum lagi part tergelak ketawa, memang aku segan juga bila orang pandang-pandang, hehe!

 
 Que sera-sera, whatever will be... will be


 Letih soh pose, 
"montot kita panasla umi!" ahahaha, tak ya tengah panas terik emak sibuk nak bergambar.

 
 Good times + crazy siblings = Amazing memories. -Unknown-
 Dorang yang suka naw sabotaj gambar kita tau, takmo kawan!

Habis pusing, kali ini Arrizqi yang berbunyi,
"bila hendak balik rumah kita ni" itu ialah warning bahawa dia sudah letih. Dan naik sahaja kereta, Arrizqi dahulu yang lena. Sekian untuk hujung minggu ini. Terima kasih Erwandi, bawa kita jalan-jalan. Lepas ini, bawa je kitorang gi taman, beli air dan bawa beberapa jenis biskut. Itu sahaja. Tiada vacation pun tidak mengapa, kita tak kisah. Yang penting, bawa keluar daripada berlengas rumah, menghirup udara fresh! Dapat makan kat luar sebulan sekali pun, kita sudah ok.

Berhenti sini dahulu, jumpa lagi di lain entry. Cantik tidak rumah baru kita [bloghijau]? Thanks whitey mommy.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in