Kisah dia, kekasih.

Wednesday, 29 June 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


안녕하세요...
Jam penggera berbunyi nyaring siap dengan getaran yang memang menggegar katil, aku kalihkan tangan Adli yang erat memeluk, aku bagi satu das ciuman kasih tambah geram di pipinya, sambung tidur. Aku toleh Arrizqi disebelah kanan, dia sudah bertukar arah, rasanya semalam dia masih memeluk tangan kanan aku, ini macam mana kaki boleh ada di bantal? Lasak kemain. Berusaha membuka kelopak mata luas-luas, sambil bangkit daripada katil aku ke bilik air. Selesai kerjaan, aku turun ke dapur, menghidup suis lampu menyediakan menu sahur untuk Auni.

Mencari Auni di ruang tamu, tiada. Katanya malam tadi mahu tidur depan tv, mesti tuan Erwandi sudah angkat dia masuk bilik. Harap aku yang angkat, memang tidaklah, mata macam kena gam. Semalam, dapat tidur dua jam sahaja gara-gara drama Fated To Love You, ia... drama Korea ler apalagi, padanlah dengan muka. Jadi, aku naik ke bilik Auni untuk mengejutnya. Syukurnya dengan Auni ni, senang bangun bila dikejut. Mungkin faktor dia semangat untuk berpuasa, walaupun sudah tinggal tiga hari awal-awal hari tu tapi dia tetap teruskan berpuasa penuh sehari hinggan hari ini. Emak pun sudah bocor beberapa hari, malu ah!

Atas sofa KangChiKee dan CuCoKo tidur berpelukkan, dua ekor kesayangan tuan Erwandi dan tigaaskar, ini memang sweet. Adik beradik kucing yang suka mengejar ekor satu sama lain, paling haru biru bila dorang kejar ekor sendiri, hahaha. Main syok sendiri namanya. Aku suka tengok tuan Erwandi melayan dua ekor kucing ni main, wooosh! Tuan Erwandi ni the best, bila bela binatang, tanam pokok bunga dan mengemas rumah. Bila tengok dia buat kerja-kerja tadi, hati aku jadi macam kembang je, munga-munga. Bila di luar rumah, aku just let's him to handle it. Sambil dia berpeluh dengan aktiviti, dia boleh tengokkan tigaaskar main di luar pagar. Aku? Layan drama Korea ler...

Baru-baru ini dia tukar air akuarium, ikan-ikannya membiak cargas, hendak biakkan sehingga sekarang entah berapa kali dia mengerjakan akuarium tu, daripada saiz kecil tukar jadi besar, daripada mati banyak ekor hingga boleh biak jadi banyak ekor. Daripada tigaaskar yang suka benar memancing dalam akuarium juga terlebih bagi makan sehingga mereka boleh sama-sama berkongsi minat. Aku biarkan sahaja, menjadi bising bila peralatan yang digunakan bersepah dan sampah menyemakkan mata. Aku tidak boleh sungguh melihat rumah yang berserabut. Jika boleh semua benda aku hendak bubuh dalam almari bertutup.

ChiKee and Coko - aku je yang panggil natang dua dengan nama ni, muehehe.

Berkampung dalam kereta, sekali dia membuang... macam hendak pitam baunya, adeih!

Dua hari lepas merupakan hari ulangtahun perkahwinan kitorang dan aku rasa memang dia lupa pun. Petang hari yang sama, sebaik sahaja Auni ke sekolah, dia keluar dengan pesanan jika dia lambat balik, minta tolong kakWan ambilkan anak-anak balik sekolah nanti. Kembang hati aku campur cuak, dalam kepala mungkin dia hendak sediakan hadiah sempena ulangtahun ke lapan perkahwinan kami atau hendak baiki penyaman udara tobot w atau keluar untuk pergi tengok kereta kesayangannya tobot z. Ok tidak mengapa, kita tunggu sambil layan hobbies art dan drama Korea - as always ;p

Tidak lama kemudian pagar terbuka secara automatik, jeng-jeng-jeng sila jangan tunggu dengan harapan tinggi, aku pesan dalam hati. Buat biasa-biasa sahaja,  Arrizqi si kepoci menyambut abi balik rumah macam biasa.
"Abi... abi... abi da balik. Apatu...?" Tanyanya tanpa sabar menanti di muka pintu. Tuan Erwandi masih mengeluarkan barang-barangnya.
"Apatu abi, apatu?" Kedengaran bunyi beg plastik yang macam banyak je. Aku masih lagi di meja kerja, malas ambil part.
"Shooopping buku" kata tuan Erwandi sambil terhegeh-hegeh bawa tiga beg plastik berisi komik masuk ke muka pintu. Huk aloh! Kusabarkan je la Jebat.
"Uuuwaaahhh... banyaknya abi beli, abi... banyaknya buku abi" si kepoci tu lagi. Tuan Erwandi tergelak-gelak.
"Hadiah anniversary mana?" Eh? Aku pula tiba-tiba menuntut hadiah. Apaaahal? Hiii...
"Errr... takde" tuan Erwandi menjawab perlahan sambil give me back hug with kiss- blushing!

His shopping plastic bag.

Minta permission Auni alih tempat buku dia (yang ada fail), hampa! dia tak bagi lor...!

Petang itu juga dia menyuruh aku beli kek sempena anniversary, hrmmm malas la aku. Aku saja je tadi, usik dia. Dia sudah shoppingkan aku langsir dan karpet baru-baru ini, dia sudah shoppingkan aku baju raya anak beranak, dia sudah sediakan macam-macam untuk aku dan anak-anak, aku tidak mahu apa-apa just a wish and never endless love, that's all. Aku sudah cukup terima kasih yang tidak terhingga atas kesudiannya bertemankan aku da selalu ada bila aku perlukan dia, aku juga berterima kasih bila dia sudi support hobi aku dan tidak kisah apapun yang aku buat. Biarlah, dia dan hobinya aku dan hobi aku. We are sharing... eeewww.

1st time ke Nilai 3, best-best-best!

Mulala aku pening mana lagi hendak susun komik-komiknya berikutan almari sudah pun penuh. Nampaknya, aku kena korban kedudukan novel-novel, aku kena ubah lagi kedudukan barang-barang art, ok let's fighting. Cari space yang kosong-kosong. Siyes, aku memang berangan hendak rumah dihias dengan buku-buku sahaja, hehe. Like in library. Bagi aku, biarla tuan Erwandi habiskan masa dengan hobinya depan mata, daripada dia keluar ke tempat yang boleh buat jiwa aku jadi kacau. Biarlah dia main game, asalkan bila aku minta bantuannya dia ringan tangan membantu. Biarlah dia tidur depan mata aku asalkan aku boleh habiskan kerja rumah tanpa rasa bersalah. Once again biarlah dia dengan hobinya, aku dan hobi aku. Choae.

So let's stop here, aku perlu ke sekolah Auni, hari terbuka then sambung layan hobbies art sambil drama Korea lagiii... hiii! Jumpa lagi di entry akan datang, selamat berpuasa dan menyambut hari raya dan babai. Love.


Happiness.

Monday, 20 June 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi sunyi, seorang bangun bawa bantal turun on tv, sambung berguling depan tv. Hari masih awal, seorang lagi bangun, hisap jari kanan dengan tangan sebelah lagi memeluk bantal busuk, menyertai insan yang pertama bangun tadi. Tengok sahajalah rancangan yang kakak Auni tengok. Suasana masih terasa sunyi yang hanya kedengaran audio Korea daripada laptop emak, dan suara peti tv Oggy and the cockroaches. 

"umi kita nak keluar ke hari ini?" tanya Auni dengan suara tenggelam timbul. mesti dia sdah nampak outfit atas tempat penggosok baju depan biliknya sebelum turun tadi.
"sudah gi mandi, abi nak bawa kita tengok Boboiboy" 
"tengok Boboiboy kat mana umi? kan ada kat tv" Auni sudah duduk tegak, Adli sudah pun mengangkat kepala bagaikan teruja.
"abi hendak bawa pergi panggung wayang" bukan sahaja tigaaskar yang teruja, aku pun turut sama. Auni lekas-lekas sahaja mengejut Arrizqi, mamat tu pantas sahaja bangun bila kakak yang kejut. Terus bersiap dan menunggu tuan Erwandi. Kami perlu bersiap terlebih dahulu, biasalah anak tiga ada sahaja kelengkapan yang hendak di bawa.

Aku mengenakan heels, konon-konon, yang hendak dituju tu bukan calang-calang tempat One Utama, so haruslah bergaya lebih sedikit. Entah macam mana, tapak kasut aku tertanggal, ini kali gelakkan diri sendiri, heels sudah lama benar terperuk dalam almari sampai gam pun sudah haus. Tidak mengapa, aku gagahkan jugalah berjalan masuk panggung wayang. Kali pertama, aku dan tuan Erwandi bawa tigaaskar ke panggung wayang. Siapa yang paling riuh? sudah tentu-tentulah Arrizqi. Kami duduk berlima satu barisan, popcorn satu seorang, air juga satu seorang, terkial-kial aku hendak habiskan. So far, everything going well. Ada peluang boleh bawa pergi tengok wayang lagi ni, hihiii.

Keluar sahaja panggung wayang, tuan Erwandi belanja aku kasut baru, setahun sekali sahaja dapat kasut baru, huhuuu. Ditambah gaya dengan handbag from Zalora, so Raya nanti request baju sepasang sudahlah. Bila kenyang sahaja perut, masuk kereta semuanya hanyut. Dah kena bangun awal pagi, tu yang ganti tidur balik semula. Bagus anak-anak.

Keep talking, face to face, eye to eye ;)

Kehormatan. Kesyukuran. Petunjuk. 

 My heart twinkle-twinkle :D


"Angry birds dah keluar ke belum ea?" tanya tuan Erwandi dalam perjalanan balik daripada kenduri di rumah abah. Hati aku berbunga, yeay! ada peluang hendak going to jalan-jalan. Aku hanya mengajak dia just pusing-pusing The Mines, tempat dating dedulu. 

Tatkala aku sibuk menguruskan sukaneka Adli yang lepas, tuan Erwandi send wassapp codebar masuk panggung wayang again, hooooraaaahhhhh! aku berbelah bahagi the end setuju pergi, bila lagi weih, bukan senang hendak outing sambil layan movie begini. Arrizqi yang tidak berapa sihat juga menjadi segar bugar bila kata hendak ke panggung wayang, memasing sudah pandai.

Ya, macam biasalah yang paling busy bercakap Arrizqi, sudah sediakan seat satu seorang memasing bergaduh pula hendak dengan emak, cis! Arrizqi masih juga cari pangku aku, hendak tangan umi katanya. Sehingga tertinggal jauh tuan Erwandi dihujung sana bila Auni dan Adli berkongsi kerusi, aduhaiii la anak. Outfit on that day pun from tuan Erwandi, punya sayang belikan baju Didi di Isooka.com, orang hendak belanja, aku ok saja bah! Habis tawaf satu Times Square, haruslah berjalan ke Sungei Wang tempat memori berkasih, gittu. Naik, turun, naik, turun, apapun tidak aku beli, buntu. Jika masuk kedai buku, aku tahulah mahu beli apa, kekeke. Baju, seluar, blouse hrmmm aku lebih suka beli online. Kasut, handbag aku sudah ada. Jalan-jalan saja, cuci mata.

Boboiboy kuasa lima! oiii... tu movie yang lepaslah :) 

Yang tidak reti duduk diam.

Bila sudah beranak tiga, bergelar isteri ini, bila outing memang sekejap sahajalah. Bukan kerana anak mengadu hendak balik, bukan kerana sudah letih tetapi entah mengapa, tiada apa yang menarik perhatian. Cuma puas hati bila dapat sedut udara selain daripada rumah, sudah berhari-hari mengadap rumah, mengadap kerja rumah, bosan oit! tepu. Lagi-lagi aku ialah bekas pelari olahraga, bekas kaki berjalan masa bebujang dulu, kena pula duduk rumah, mental breakdown terus. Tidak perlu masuk panggung wayang pun tidak mengapa, tidak perlu shopping beli apa-apa pun tidak mengapa, dapat pergi berlari di taman, itu lagi bagus, dapat berjalan pusing satu mall, jadilah. Ataupun just keluar pergi makan, sudah. Just simple me. Tempat paling aku suka ialah, kedai buku atau pun kedai kraf, hiiii. Sila nota.

H.O.M.E

Always find time for the things that make you feel happy to be alive. Be happy and smile :) 

So, sekian sahaja entry entah apa-apa hari ini, manalah Arrizqi ni tidak bangun lagi, sunyi ja ni. Jumpa lagi nanti, daaa. Mau layan drama Korea bah! 

Ragam beranak empat, ceh~kononnya!

Friday, 17 June 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

안녕하세요!
It's school holiday, hurey! Jeritan anak-anak yang kegembiraan, berseri-seri muka dengan senyuman lebar sampai ke telinga sebaik sahaja sesi persekolahan tamat pada hari akhir waktu tengah-hari untuk Adli dan petang untuk Auni, Aidil. Arrizqi juga tidak kurang sibuknya, bagaikan dia juga turut sama berasakan cuti sekolah, Arrizqi sudah bersedia dengan jadual untuk menghabiskan masa cuti sekolah bersama kakak dan abang. Tidak sudah-sudah, mulutnya mewar-warkan berita abi hendak balik rumah tok mama. 

Hari pertama dan kedua minggu pertama cuti sekolah, aku masih menjaga Aidil berikutan kakWan masih lagi belum bercuti untuk menguruskan minggu cuti sekolah dengan Aidil. Ini betul-betul menguji kesabaran iman dan kekentalan fizikal juga kekuatan emosi apabila empat orang anak-anak berada dalam satu tempoh yang agak lama. Dua hari sahaja menjadikan rutin harian aku lari tempo nya, mujur aku sudah siap dengan segala kelengkapan dan persiapan menghadapi cabaran dua hari bersama empataskar, hihiii.

Syukurnya, semua berjalan dengan lancar, mereka tidak langsung mengganggu perkerjaan aku. cuma aku perlu pantau apabila si Aidil ini sangatla takut dengan kucing, jeritannya sahaja bisa menggegar lima hingga enam buah rumah  berhampiran, tigaaskar jenis renjer dengan perangai jenis mengusik. Aku risau juga jika Aidil ini mengadu pada emaknya, matilah aku keseganan, tigaaskar memang melasak berbanding Aidil yang hanya seorang tanpa beradik lain. Sambil tangan menggulung untuk hobbies art projek kolaborasi, mata aku ke youtube laptop melayan drama Korea, sesekali tangan menaip berbalas wassapp dengan team art atau team Korea, telinga tetap aku panjang-panjangkan mendengar mereka berempat beraktiviti. Sekejap main permainan lelaki- tuan Erwandi belikan set Super Wings, sekejap main sorok-sorok, sekejap main cikgu-cikgi, sekejap main pondok-pondok, sekejap lagi berkejaran yang paling gelihati, masuk tandas, minum air dan cuci tangan mereka akan beratur seperti di sekolah. Ikut turn. maklumlah tiga sudah bersekolah, jadi Arrizqi yang tidak faham apa, hanya mengikut arahan sahajalah. They was supercute kids, siyes aku tergelak secara senyap dengan pangai dorang.

Masa tengah meriuh tu, memang aku hanya diam buat kerja aku sendiri, mereka bermain berempat dan aku tidak berniat langsung untuk masuk campur menjadi orang ke lima. Biar sahaja mereka saling bertingkah dan berbalas komunikasi. Antara tigaaskar yang agak pendiam sedikit ialah Adli, dia hampir ikut perangai abinya, memerhati, sedikit pemalu dan berterus terang bila bercakap atau bertanya. Auni, dia ialah leader walaupun di sekolah dia pemalu sebaliknya di rumah, dia suka beri arahan, tidak ikut siaplah kena jerit. Berkuasa veto menjadikan Aidil, Adli, Arrizqi hanya menurut perintah. Aku biarkan sahaja, sebab aku akan terhibur bila Auni tersilap, tersasul satu perkataan bila memberi arahan. Lekas-lekas aku pangkah "oit Teacher Auni, awak sudah salah tu" selepas itu yang tiga lagi akan sama-sama tergelak untuk Auni. Kadang dorang mengejek Auni semula.
"kan umi kata tadi, kakak calah" Adli yang pelat S. Nadanya lembut sahaja.
"ahahah... kakak salah, Danish-Danish kakak Oni salahla tadi" Arrizqi, ini paling kepoci. Semua hendak cerita.
"diamlah adik" Auni memasam muka sedikit, tapi dia tidak ambil hati sangat. Aidil hanya tersengih, kurang menyampuk dan kurang juga bercakap. Dia tidak seperti Auni yang petah-petah berhujah, memberi jawapan dan alasan dan bercerita tentang sekolah jika ditanya. Mungkin faktor Aidil anak tunggal, dia tiada teman untuk berbalas bercakap. Elok juga dia ada di sini, bermain dengan tigaaskar.

Waktu makan juga tidak susah, aku masakkan sahaja yang ada di dapur, bila mereka berempat memenuhkan tempat duduk, lead baca doa ialah Auni juga, walhal kebiasaannya Adli. Bila Adli juga tidak mahu mengalah, ikut sama baca doa makan, senang aku minta je empat-empat baca doa makan, haaa terasa macam duduk kat tadika pula gamaknya, menadah tangan beramai-ramai begitu. Arrizqi pula yang terlebih excited, biasalah bila hal makan, Arrizqi yang nombor satu. Hari pertama Aidil di rumah aku, sebaik sahaja sudah makan dia tinggal sahaja pinggan atas meja. In umi house, no... habis makan, angkat pinggan letak di sinki. Tiga kali aku panggil minta dia angkat pinggan kotornya, sudahnya aku minta bantuan Auni. Thanks Auni, and setelah dua bulan di rumah aku Aidil mula biasa dengan peraturan rumah ErwandiSyahida ini. Bila sudah biasa all mama yang buat, datang rumah acik Sya yang nampak je macam lembik tapi garang ni, haaa kenalah berdikari ya. Arrizqi yang belum empat tahun pun, pandai bawa pinggan kotor letak dalam sinki, pakej basuh sekali lepas tu banjirlah dapur emak, sobs!

Bila kakWan datang waktu petang untuk ambil Aidil balik rumah, aku akan minta maaf dengannya ada terkasar dan tertinggi suara pada Aidil. ialah anak seorang kan? risaulah sekiranya dia simpan dalam hati. But, semuanya berjalan dengan baik. Hujung minggu pertama cuti sekolah, Aidil hanya datang mengucapkan selamat bercuti, dia sudah mahu pulang ke kampung, begitu juga dengan tigaaskar, yang akan bercuti di rumah tok mama pada hari Sabtunya. KakWan akan kembali berkerja selepas raya nanti, itupun tengokla macam mana keadaanya, di minta bantuan aku menjaga Aidil lagi, I is ok je, no problem punya. Sekian entry untuk hari ini, selamat berpuasa. Daaa.


HAPPINESS is secretly watching your kids play make-believe. HAPPINESS is when you realize that your kids have turned out to be good people. 


 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in