Big day Shahidi.

Monday, 23 May 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

안녕!
Aku bersiap awal-awal pagi, sederhana sahaja berikutan aku pasti tugas aku hanya di dapur sahaja. Mengikut aturcara program, pagi yang bercuaca baik ini akan diadakan marhaban sempena kelahiran anak abang ipar aku yang baru, Ayash. Hrmmm, aku doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Selesai di sinki aku beralih kepada persediaan menu tambahan untuk petang nanti, pecal. Dapur sudah mula penuh dengan makcik-makcik terdekat yang masih di sini daripada malam tadi.

Aku duduk menyelit di antara makcik-makcik tuan Erwandi, menyingsing lengan baju kurung 1st raya dengan Auni, muat malah masih banyak ruang lagi, muehehe. Memotong, menghiris, membersih, satu demi satu bahan untuk menu pecal. Kuantitinya banyak makanya perlu kerjasama banyak pihak supaya lekas habis. MakJang, makUda, makAndak bercerita bebas, sesekali aku tergelak sama, dorang ni memang ada-ada sahaja. Kuat mengusik memang nombor satu, elak-elakkanla daripada tersalah cakap gerenti, kena bahan balik semula. Entah apa kejadian di ruang tamu, aku tidak ambil part langsung. Auni sudah pun mandi mengikut sepupunya entah ke mana. Adli bangun lekas menyelit sebelah aku, dengan bantal busuknya, hisap jarinya, ma boy seorang ini perlu pelukan dan ciuman selamat paginya. Sedang beraksi manja-manja dengan Adli, ternampak pula kelibat tuan Erwandi, juga memaksa diri untuk bangun pagi. Jarang sangat nampak mukanya bangun sebelum jam 10pagi, muahaha. Lantas, dia ku panggil agar menguruskan anak-anak.

Terima kasih kepada tuan Erwandi yang membantu memandikan, menyiapkan dan memantau tigaaskar berikutan aku sudahpun melekat di lantai berulit dengan kerja. Segala usikan dan perlian sudah tidak kuhiraukan lagi yang penting buat kerja sambil melayan badan yang mula tidak sedap, 1st day coming moon. Tahu dek tuan Erwandi ni, memang dia suruh rest sahaja. Diakan ada pengalaman aku pengsan semasa heavy coming moon, hehe. Alahai buat kerja ringan-ringan je. Sedang tekun masih berkerja, Arrizqi datang minta ngempeng. Dia sudah siap berdandan handsome, datang dengan senyuman menawan. Dia minta air, aku minta dia cari tuan Erwandi kerana segala hidangan makan pagi sudah pun siap terhidang di meja makan utama di bawah khemah.

Acara marhaban berjalan di ruang tamu, kumpulan yang terdiri daripada orang-orang kampung juga sahabat Ummi tuan Erwandi, tetapi aku yang masih di dapur duduk setia dengan kerja sambil disuap makUda nasi goreng. Argh! terasa macam makan dengan mama bila makan disuap-suap begini. Ini sahajalah tempat bermanja bila sudah berjauhan dengan keluarga sendiri. Alaaa, keluarga mertua pun, keluarga kita juga kan? Aku tahu apabila acara marhaban itu selesai apabila, orang-orang marhaban mula menyerbu ruang dapur, dengan tidak sengaja aku lekas sahaja mengambil tugas mencuci pinggan mangkuk yang digunakan oleh kumpulan marhaban tadi. Aku sudah tidak hirau apa-apa, tugas harus diselesaikan hingga habis dan dibantu makAndak 2 dan kakDila. Aku di arah untuk menukar baju, huh! aku bukan pengapit pun, aku bersiap juga untuk tuan Erwandi, melihat dia sudah smart bergaya. Barulah sepadan gittu.

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar, mempelai dirai dengan gemilang. Penat aku hilang sebaik sahaja ternampak kelibat puan Dyla dan keluarganya masuk ke khemah. Hilang segala penat lelah yang di dapur tadi, hilang segala rasa keseorangan di tengah keramaian orang tadi, aku boleh berbual tentang Korea. Yes! Aku ketawa dengan sepuas-puas hatinya dikala orang sibuk bergambar menagabadi kenangan indah dengan pengantin. Aku dan tuan Erwandi serta anak-anak sudah bergambar pun tadi, jadilah dapat sekeping bergambar dengan pengantin, twehehe. Siapalah yang tidak jatuh hati dengan perangai tigaaskar yang serba peramah tu.


puan Dyla and I.


Balik sahaja semua tetamu, hujan mula turun, renyai dan akhirnya mencurah-curah bagaikan membalas dendam tidak dapat turun tengah hari tadi, syukur hujan tatkala majlis sudah selesai. Aku, kakDila dan sepupu tuan Erwandi, tuan Erwandi serta pengantin yang masih tinggal lekas sahaja berkemas, kerusi, meja, sampah sarap. Adli dan Arrizqi leka bermain berdua sambil diperhatikan ahli keluarga terdekat, mereka sudah pun basah lencun daripada atas hingga ke bawah. Apabila hujan agak reda aku berlari masuk ke rumah, mengendalikan Adli dan Arrizqi. Mereka ketiduran sebaik sahaja dimandikan dan diberi milo suam. Keletihan setelah seharian tenggelam dalam keseronokkan. Mana tidak seronoknya, bebas makan aiskrim goyang hampir 10 batang seorang. Demam esok lusa, memang bersiaplah emak.


Aiskrim goyang sempoi yang menjadi perhatian.


Malam itu, aku tidak sempat makan pun, seharian itu juga aku hanya menghabiskan nasi Adli tengah hari dan mujur makUda menyuapkan aku nasi goreng pagi tadi jika tidak sudah awal-awal lagi aku tumbang. Aku juga masuk tidur awal, petah lagi melihatkan tidur tuan Erwandi bagaikan tidak sedar diri. Esok yang berbaki satu hari lagi, tuan Erwandi lekas-lekas ajak aku mengemas untuk segera pulang ke Sg. Buloh. Aku flet, suara pun sudah hilang, kepala memberat bercakap pun tidak larat.

Geram aku tengok kek yang super besar, malangnya tekak sangat perit untuk disumbat macam-macam. Habis bersarapan, tuan Erwandi bangun dia mengajak mandi sungai. Bersama pengantin baru dan sepupunya kami ke Sg. Congkak. Terpaksa pergi kerana perlu menjaga 3 plus 3 kidos. Tigaaskar dan juga anak kakDila. juga tiga orang. Bebas bercerita di tengah sungai, duduk atas batu berlantaikan air mengalir, indah wei apabila hilang segala beban di kepala. Selalunya memang begini kan? harus ada acara selepas berpenat lelah berlengas seusai sesuatu majlis tamat. Aku menghabiskan masa dengan berbual topik-topik ringan dengan makItam, ikutkan hati malas hendak bercakap, kepala masih belum betul sepenuhnya. Aku melepaskan ketawa besar apabila sepupu tuan Erwandi diusik anak sepupu, hahaha. Mereka bermulut lepas belaka, cakap yang lepas bebas namun tidak satu pun disimpan dalam hati, seronok.

Masing-masing menggelakkan seorang sepupu tigaaskar, waktu kecilnya di panggil Atan, kekal hingga besar, adik-adiknya sendiri menggelarnya Pak Atan, aduhaiii melekek ketawa bila melihatkan Atan yang berumur 11 tahun naik marah. Hendak marah lebih-lebih khuatir dirinya ditinggalkan, suka benar kami semua mengusiknya. Atan yang berhati baik. Aku segera berkemas sebaik sahaja tiba di rumah, tuan Erwandi sudah mengajak pulang sebaik sahaja ummi selesai masak tengah hari. Aku masih kenyang lagi dengan nasi goreng lekas mandi, bersiap dan packing our bagasi. Sampai pula abang ipar dan keluarganya, tidak sempat untuk aku beramah mesra berikutan mood aku betul-betul berada di tahap paling minima. KakDila mahu menumpang, mujurla tobotW ni besar, cukup untuk memuatkan kami berlima serta kakDila dan 4 orang anaknya. Pack jugala, tapi seronok balik sekaligus begini, tinggalla rumah abah, tinggalla pengantin baru, tinggalla hal-hal yang membuatkan hati kecil dan kita jumpa lagi pada masa mendatang, inshaaAllah.


Pengantin.


Selamat pengantin baru Shahidi dan Wanizati, tahniah atas perkahwinan anda berdua, semoga bahagia kekal hingga hujung nyawa. Semoga tabah dalam menongkah arus hidup berkeluarga. Ok, cerita tamat di sini, akan datang kita cerita hal anak-anak pula ok. Jumpa lagi, daaa.

Missing you is my hobby, caring for you is my job, making you happy is my duty and loving you is my life. - immycreations.tumblr

Notahijau: Cuba menggigih update bloghijau ni. 

Big boss eh, big day!

Friday, 13 May 2016

안녕하세요! Tadaaa, May was coming. Please May 2016 be nice to me, that's all. Nice la sangat, bila mana bulan cuti sekolah penuh dengan minggu peperiksaan untuk Auni, minggu sibuk juga untuk Adli, tabahla anak-anak oi! Dedulu, emak bernasib yang sama juga. Ok, shoot to the entry...

Aku mengemas rumah, hujung ke hujung, atas ke bawah, sambil Auni, Adli dan Aidil ke sekolah. Arrizqi dengan aktiviti rutinnya, semakin besar semuanya mahu dibuat sendiri. Love you la Arrizqi even masa baby-babynya emak merupakan bantal busuk sebagaimana Adli mengepit bantal busuk sehingga kini. Selesai mengemas rumah, punggah almari pula untuk memilih, memadan, mendondon sut tnErwandi dan anak-anak bila pulang ke kampung, bila namanya keluar daripada rumah secara automatik aku akan memilih baju untuk mereka sekalian. Redha sahajala mereka memakainya berikutan emak telah susah payah berkeluh kesah mengemaskan semua kelengkapan dan peralatan. Mereka memang tahu bertanya sahaja... emakkan bagai poket doraemon, macam-macam ada!

Aku mengambil anak-anak balik sekolah, Jumaat perlu ambil Auni, Aidil dahulu kerana mereka akan keluar sekolah sebelum Adli di tabika, kebetulan emak Aidil, kakWan ambil MC makanya aku hantar Aidil ke rumah kakWan terus tidak seperti biasa pabila kakWan keluar berkerja, Aidil akan transit di rumah aku.

Auni, tnErwandi cutikan untuk pulang ke Hulu Langat. Perjalanan ke kampung amatlah mencabar, sekejap hujan, sekejap reda, aku pun mulala sekejap sedar sekejap hanyut terkena aircond yang sendu-sendu sejuknya. Aku biar sahaja tnErwandi memacu tobotW, setengah hari aku sahaja berulang alik dengan tobotW ni.

Halaman rumah abah sudah penuh dengan khemah, wah bakal pengantin sudah get ready untuk majlis sambut menantu baru di rumah abah, gittew! Owh, lamanya tidak mengalami perasaan seronok seperti ini. Berkumpul adik-beradik tnErwandi yang berlima itu, berkumpul pakcik makcik sebelah arwah emak, pakcik makcik sebelah abah, pakcik makcik sebelah madam abah, besarnya keluarga tnErwandi sungguh jauh beza dengan keluarga aku sendiri, owh i miss my biological family, sobs! (icon nangis-icon nangis).

Aku mengheret bagasi besar, erm... sederhana besar, dengan sebelah tangan lagi mencebet beg dan handbag. Rumah abah sudah pun riuh dengan suara riang anak-anak, juga beberapa orang makcik tnErwandi. Tigaaskar aku sudah hilang sekelip mata, sebaik sahaja tobotW sampai tadi meninggalkan aku yang terkial-kial mengheret bagasi. Masuk sahaja rumah abah, aku bersalaman dengan biras, kakak ipar, makcik, dan... dan... dan... selebihnya. Bagi aku bagasi sederhana besar ini, cukup untuk memuatkan 5 orang punya keperluan pakaian. Termasukla, tuala, telekung, baju tigaaskar untuk 3 hari 2 malam di mana semua aku pulun dalam satu bagasi. Senang. PakAnjang bersuara...
"Ni hendak lari daripada rumah ke?" 
"Ok la ni, baju 4 pasang untuk 5 orang" aku menjawab, dalam kepala otak mujurlah aku tidak bawa satu lagi bagasi yang paling besar, baru sahaja dibeli tnErwandi. Bertembung pula dengan abang ipar. 
"Ini hendak duduk sini terus ke?" Aku sengih je, udahla beg lebih besar daripada aku, membantunya tidak malah kena perli pula. Tidak mengapa, aku tidak mahu susahkan orang, terus sahaja aku memilih bilik Myra, adik perempuan tnErwandi. Sedang bersepah dengan art.
"Elok kakSyasya balik, tolong Myra fikir idea buat photobooth" ujar Myra sambil tangannya lincah mengemas barang-barang art, mengelak daripada anak-anak saudara yang datang mengacau. Masuk pula biras aku yang baru, yang bakal dirai esok, Wani.
"KakSya kretif, tolong-tolong" Wani mengemas sambil menyuai padankan huruf-huruf yang masih bersepah.
"Malasla hendak fikir" aku menjawab dengan muka derk, hehe. Mi'an korang. Aku bergegas keluar bilik menunaikan Asar.

Sebelum majlis tahlil bermula, aku menyiapkan tigaaskar lebih dahulu, kena pandai-pandai bawa diri bilamana tnErwandi entah di mana kejap nampak, kejap tidak. Aku, Myra dan Wani mencari nasi untuk makan malam, ahaaa macam tiga dara pinggitan tak? Emak dara dan adik-adik, hahaha. Kami makan bertiga berhadapan dengan abang ipar, isterinya serta mertuanya. Makan sahaja tanpa banyak bunyi, kadang-kadang berselang dengan ketawa kecil. Sila bersopan santun.

Acara tahlil bermula jam sudah pun melepasi angka 9 malam. Aku menempatkan diri di kelompok, makcik dan kakak tnErwandi, kakDila sedang mengepit anak bongsunya yang kurang sihat. Sesekali terkeluar suara agak kuat memarahi anak-anak yang berlari dan bermain di tengah ramai orang. Sesekali berjumpa, riuh dengan suara 10 orang cucu tokki. Majlis tahlil disertai dengan anak-anak daripda tahfiz juga orang surau bersurai dengan jayanya, alhamdulillah. Diteruskan pula dengan aktiviti membungkus kerepek untuk kudapan tetamu. Aku sudah mengambil port cantik-cantik, baru sahaja siap dua tipuware. Adik ipar, Miza dan anak saudaranya datang...
"KakSyasya, abangWandi ajak potong kek kat luar" suaranya kuat mengundang makAndak2, makUde2, makLong2, makAnjang bertanyakan sempena apa diikuti umur aku. 
"Besday kau Syasya?, yang ke berapa?" Tanya makUde2 yang bersandar di sofa dengan sengihnya.
"23" aku menjawab selamba. Aku terbalikkan sahaja nombornya, ngehehe.

Aku bangun juga, terpaksa rela. Jujurnya aku jadi segan yang tersangat, sebelum aku nikah tnErwandi memang rajin celebrate birthday aku secara tiba-tiba begitu, dia merancang secara senyap dengan kawan-kawan aku. Pernah sekali aku demam teruk sewaktu ulangtahun, dia ajak juga aku potong kek yang telah dirancang dengan teman-temannya di sebuah kedai makan. Bila aku nikah, aku lebih suka merai dengan ahli keluarga sahaja. Jadi, bila ramai-ramai begini, semua anak-anak saudara mengelilingi aku, dengan makItam dan makAnjang juga makUde yang ada sama, perasaan sebak datang tanpa dipinta. Aku terharu. Arrizqi yang aku pangku, Adli di kiri, Auni di kanan, aku terasa sangat disayangi, teringat kad birthday dalam paint karya Auni bertulis "selamat hari jadi umi". " terima kasih umi". Penuh dengan gambar hati berwarna hijau. Teringat bagaimana Adli memberikan empat 'main kiss' sebelum dia ke tabika pagi tadi. Teringat Arrizqi menyanyikan lagu happy birthday tanpa segan silunya dalam kereta tadi. Dengan pesanan "abi jangan lupa belikan kek harijadi umi ye!" Arrizqi sangat petah bercakap.

Cukupla, itu pun sudah madai bagi aku. Bila ada pula acara potong kek begini, aduhaiii mahu sahaja air mata luruh. Namun, perasaan terharu tu belum lagi sampai auranya terhalang dengan satu suara...
"Harijadi siapa?" Empunya bertanya sebaik sahaja alunan doa Allah selamatkan kamu tamat.
"Harijadi kakSyasya" entah aku tidak pasti siapa yang menjawab, aku sedang bertingkah dengan perasaan emosional tidak bertepi. TnErwandi galak dengan hp kameranya. 
"Aiii da tua-tua pun tiup lilin lagi?" 
"Dia baru 23 tahun, muda lagi" jawab makItam selamba. 
"Dia da segan la tadi, suruh anak-anaknya tiup" makItam menyambung ayatnya lagi, melihat senyuman aku sudah hilang seri. Aku sudahpun laju memotong kek sepotong demi sepotong dengan muka rela dan tidak. Hati aku jadi rawan, aku berterima kasih pada tnErwandi yang sudi merai hari ulangtahun kelahiran aku, sebagai tanda menghargai isterinya. Damn it!
"Bukan selalu dapat makan kek ramai-ramai macam ni, tak apalah tanda menghargai" jawab makAnjang dengan penuh ketenangan, disokong makUde yang bersembang di meja sebelah. Menikmati kek juga. Selesai semua kek, aku kembali ke dalam rumah dengan hati yang masih sebal, ini hari istimewa aku, kenapa harus aku ambil hati dengan apa kata orang? bila soal tentang emosi hati, ia sungguh rumit.
"Syasya terus hilang" ujar makAndak2, disela degan ketawanya, bergurau. Dia tahu aku berada di luar tadi, dia tahu hari ini hari istimewa untuk aku. Acara membahagi kerepek sudah pun habis.

"Selamat harijadi Syasya" sambung makAndak2 lagi lekas memancing mood aku.
"Last la ni sambut beday, kita da tua" aku selamba.
"Alaaa, kan Syasya da merajuk" ujar makUde2 dengan gelak-gelaknya.
"Syasya berusaha!" Bisik makUde2 sambil bersalaman dengan aku. Mereka sudah mahu pulang. Apatah lagi melihatkan abang ipar aku juga sudah mahu angkat kaki. Aku berbunyi lagi...
"Tengok-tengok-tengok? Muka ni juga yang sudahnya masih tinggal" 
"Alalalalaaaaaa... cemana ni Ann, dah merajuk ni. Syasya kan baik" pujuk makUde2 lagi. Hahahaaa...
"Haaa kan-kan-kan!, nak balik jugakla macam ni" makAndak2 dan makUde2 juga kakDila gelakkan aku secara berjemaah. Aku tidak kisah pun, how do I care? Whats ever...

Berikutan aku dan tnErwandi yang free tigaaskar pun entah hilang ke mana, maka kami berjemaah cuci pinggan. Mulanya aku agak terkejut bila tengok tnErwandi yang disingki, itu adalah tempat aku daripada zaman dating dengan dia lagi, kuikuikui... 
"Eh, cemana ayang boleh cuci dengan laju ni?" Aku bertanya digelakkan makItam yang masih setia meneman di sebelahnya.
"Hahaha... tu la skill saje taknak tunjuk" tnErwandi menjawab, aku balas dengan jelingan.
"Kena belajar tu Sya" ujar makItam lagi, masuk pula makUde, da riuh dapur jadinya.
"Aduh sakit pinggang, ganti orang" keluh tnErwandi bila sudah nampak aku menyingsing lengan baju kurung.
"Cis, baru sikit da sakit pinggang, apa ni Wandi!" usik makItam. 
"Hahahaaa... tapi dia kat rumah memang rajin cuci pinggan pun" aku menjawab dan menyelesaikan hingga habis. Selesai berkemas dengan kakDila, aku bersihkan diri. Adli dan Arrizqi sudah pun tidur keletihan. Kisah bersambung keesokkan harinya. Sekian kisah satu hari, seorang pengurus rumahtangga menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 32 pada 6 Mei lepas. 

Terima kasih kepada Arbayiah, yang saban tahun tidak pernah lupa untuk mengucapkan ucapan hari ulangtahun kepada aku. Terima kasih kepada rakan-rakan sekolah yang masih mengingati tarikh hari ulangtahun aku tanpa reminder daripada facebook aku. Terima kasih kepada kakak-kakak aku yang tersayang, terima kasih kawan-kawan instagram dan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong serta mendoakan aku. Hanya Allah swt jua membalasnya, inshaaAllah. Sekian sahaja untuk entry hari ini, jumpa lagi di lain entry. Daaa...

Notahijau 1: MakAndak dan makAndak2 ialah orang yang berbeza. Begitu juga dengan panggilan lain.
Notahijau 2: TnErwandi anak nombor 3 daripada 6 orang adik beradik. Kakak. Abang. TnErwandi. Adik lelaki (majlis untuknya). Adik perempuan dan adik perempuan.
Notahijau 3: Cerita ni bersambung...

Teaser: Gambar daripada DSLR sebelum bateri nya kong. Gambar di bawah tiada kaitan dengan hari kejadian entry di atas. Gambar ialah pada hari majlis pernikahan adik tnErwandi, Didy dan Wani seminggu sebelum entry di atas.

 Berbunga hati tengok karya di situ.

 D'cousins.

 D'aunties and d'cousins. Seketul makcik hijau yang telah bertukar sama dengan karpet.

 D'uncles and d'cousins. 

 Feeling younger with d'cousin and makLong and makItam.

Welcome to family Wani. Tahniah pasangan pengantin. Aku, yang mewakili biras-biras yang lain.

My love family. Tak apalah sama dengan karpet, janji happy!

Look for something positive in each day, even in some days you have to look a little harder. - recoveryexperts.com  

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in