Rebas di Pantai Port Diskson.

Wednesday, 23 November 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rumah aku tinggalkan begitu sahaja, abi Erwandi memulakan perjalanan sebaik sahaja aku bersiap, berkemas, campak sana-campak sini apa yang patut dan tidak. Aku sudah capek melihat keadaan rumah, juga mahu lekas-lekas menempatkan diri di dalam kereta, aku mahu tidur. Yang pasti penat aku masih belum berganti minggu ini, sobs!

Perjalanan sunyi sahaja, hanya kedengaran lagu daripada stesen radio Era rentak muzik terkini. Awal-awal tadi, ada juga sesi soal jawab antara sya2kids dan abi Erwandi, berkesudahan dengan mesing-masing lena. Aku yang selaku co-pilot juga tidak dapat menahan kelopak mata daripada merapat, terlelap, berharap agar pilot disebelah memahami keadaan aku yang memang tidak berada dalam keadaan baik sejak seminggu yang lalu ditambah tidur yang benar-benar kurang. Badan dan fikiran aku sangat penat!

Kami tiba di destinasi, jam telah melewati 12.00 tengah hari, oh perut aku benar-benar lapar, berkeroncong tapi demi sya2kids yang tidak sabar-sabar untuk terjun kolam, kutahan sahaja la Jebat! Auni yang busy berlari di sekolah pagi tadi bukan main teruja untuk terjun kolam, makanya aku coba bertahan, aku hadiahkan senyuman dan bersalaman untuk biras aku dan isteri kepada sepupu tnErwandi yang namanya hampir sama dengan aku, melabuh duduk sambil memerhati sya2kids yang sudah bergembira ria dalam kolam kanak-kanak. Banyak betul tenaga dorang ni, cer bahagikan pada emak sedikit. 

Cuacanya agak kurang baik, angin pantai bertiup kencang sesekali membawa titis gerimis halus namun tidak menghalang anak-anak dan bapa kepada anak-anak juga pakcik makcik untuk terus berendam di kolam. Untuk mengurangkan kesejukkan, daripada kolam mereka beralih pula kepada air laut. Ayuh! kita ke pantai. Macam biasa, sya2kids mendahului, inilah harapan mereka, inilah yang mereka impi-impikan, aku pun ambil kesempatan yang sama. Ombak kuat membawa sekali pasir-pasir ke gigi pantai, warna air di tepi pantai jauh benar bezanya dengan tengah lautan, apa ada hal, janji dapat bermain dengan laut. 

Puas bermain air, perut aku kian ke dalam... lapar tahap maksima dah namanya ni, selesai membilas badan, mandi dengan air bersih di bilik penginapan dan bersiap, kami keluar untuk minum petang. Minum petang bagi yang sudah pun makan tengah hari, inilah yang aku nantikan makan berat untuk hari ini, sebelum ada acara bakar membakar malam nanti. Kami hanya berjalan daripada bilik penginapan ke kedai di tepi pantai. Lekas-lekas order, lekas-lekas makan dan lekas-lekas balik bilik untuk berehat. Bila sudah kenyang, mata pun hendak tertutuplah. Anak-anak masih juga aktif, main-main-main dan main. Bila entah bateri dorang hendak lemah ni. 

Malamnya, sebaik sahaja Maghrib berlalu kami turun ke bahagian bakar membakar pula, ber BBQ la kami dalam keadaan gerimis reda gerimis balik semula reda, angin pantai bukan lagi sepoi-sepoi bahasa bahkan kencang terus namun tidak mematahkan semangatnya para-para lelaki ini untuk berbual sambil bergurau sambil membakar ayam dan jagung. Simple, tapi meriah... itu yang aku dapat simpulkan. Aku? memang hanya duduk tepi sambil main handphone, mata tetap mengawasi sya2kids yang sangatlah tidak reti duduk diamnya. Selesai sahaja aku merasa ayam seketui aku membawa sya2kids naik ke bilik penginapan. Mereka sudah mengeluarkan seribu satu macam skill menandakan waktu untuk tidur kian menghampiri. Aku bentang sahaja tilam di bawa daripada rumah, mereka terus lelap tanpa apa-apa bunyi pun. Sekian cerita untuk sehari.

Hari kedua, awal pagi sya2kids yang membangkitkan aku mengajak mandi kolam, oh my sya2kids! sudah siap dengan pakaian mandinya, malas-malas aku bangun juga bersiap simple turun ke pantai. mandi laut lagi. Layankan-layan, aku sudah tidak sanggup untuk bermain ombak jadi hanya menjadi penunggu barang-barang peribadi mereka, malas hendak berbasah-basah sebab apabila mereka naik sekejap lagi, perkhidmatan aku diperlukan. So, baik aku get ready. Habis bergambar dengan perut masih lagi sebu-sebu tidak makan, beralih ke kolam pula. Tidak seperti semalam, kolam hari ini telah penuh dengan orang yang datang meraikan hari keluarga. Peduli apa, cebur! Ini yang terakhir so kasi  kecut semua jari jemari. Aku? duduk tepi makan jajan, kelaparan.
Selesai bersiap, kami berkemas semua sekali untuk checkout terus. Mencari gerai untuk makan tengahari, berjalan sambil cuci mata dan bershopping. Hari masih awal kami ke Extreme Go Kart, Teluk Kemang. Dapatlah sya2kids merasa naik go kart dengan abi Erwandi dan acik Nina (sepupu abi Erwandi). Hahaaa comel dan teruja je memasing, aku jadi camera woman, di tengah panas, pakai baju hitam, huh! terbakau rasa. Selesai sahaja mereka bermain, kami bersalaman untuk berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Singkat sahaja percutian kami ini, tapi seronok. Sebab hanya melibatkan sepupu-sepupu sahaja, walaupun tidak ramai namun kami puas hati. Terima kasih kepada abi Erwandi yang sudi membawa kami sekali ke percutian kali ini. Sekian terima kasih. 



 Sista and brother...


 Upah that sista membuat kutipan sebelasAstret plus enamAstret (sekolah agama).


 D'cousin aka #sepupuhavoc.


  Brotherhood and abi Erwandi, GoKart!


 Brotherhood.


 My happiness.


 Ada sama tak? hahahahaaa... sudah gemuk kenala ada skill kuruskan badan, muahaha!

Notahijau: Uish! panjangnya entry, 2 minggu baru habis taip entry ni, hahaha. Perenggan terakhir yang bagaikan tidak sabar-sabar untuk menamatkan taipan, muahaha... Jeosonghamnida!

1 pasang kaki:

eima said...

kat mana ni ...pergi cuti atau join family ke .. siap bbq ...

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in