Perasaan.

Tuesday, 20 September 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

์•ˆ๋…•...

Salam Selasa, aih kejap benar sudah ari Selasa, inilah akibatnya suka benar menunggu hari Isnin dan Selasa sejak terkena demam Scarlet Heart, ye ye drama Korea again, usahlah awak semua menyampah ye kerana dengan menonton drama Korea merupakan salah satu medium untuk aku menghiburkan diri sendiri apabila terperap dalam rumah 24jam/7hari. Rileks, aku ambil sejam hingga dua jam sahaja melepak depan tv, selebihnya tv on just for Arrizqi. Dia pun tidak kisah kalau tv off. 

Hold on and stay strong... better things are coming. - My Dear Valentine.

Lately, perasaan aku ni rapuh sangat. Lagi-lagi bila part throwback kisah Aidiladha yang lepas, bila yang dirancang tidak jadi kenyataan, apalagi terus patah hati dibuatnya. #sya2kids usah ditanya, mereka seronok sahaja bila loceng akhir waktu persekolahan berakhir pada hari terakhir bersekolah, mulut potpetpotpet merancang percutian sendiri. Aku menanti jadual cuti daripada Erwandi, harapan menggunung pabila rancangan untuk bercuti di Johor kelihatan agak cerah. Pada emak Aidil sudah aku khabarkan mahu bercuti satu minggu, clear. Tetapi...

Dua hari sebelum Aidiladha, aku khabarkan berita duka pada mom bahawa tidak jadi pulang ke Johor dan Aidiladha kali ini hanya di Selangor. Terasa bagaikan ada batu menghempap kepala semasa hendak menaip berita tersebut, apatah lagi selang beberapa minit isteri adik aku pula menghantar khabar duka kedua, juga tidak dapat bersama, haaa mahu tidak meraung orang tua tu? Sudahla tidak terbendung menanggung rindu anak cucu, sudahla anak hanya dua orang, sudahla kali terakhir berjumpa Aidilfitri tempohari itu pun belum puas bersama sudah di ajak pulang oleh Erwandi, apa boleh buat... bak kata kawan aku, sudah itu syurga kau, kena taat pada dia sahajalah walaupun dia lupa kau pun ada hati dan perasaan. Iyalah, jika aku tidak sabar, sudah pastilah aku tidak susah-susah menahan rasa sedih yang bukan calang-calang.

Sejak mesej itu aku hantar, mom terus sepi. Aku menghubungi kedua-dua nombor telefonnya, juga menghubungi papa, tidak berangkat. Pagi-petang-malam selama dua hari sebelum Aidiladha, mom tidak respon, aku yang sebal-jengkel lagi rasa menyirap dan sakit hati, mengemas baju juga rasa habis semua hendak aku hamun. Perasaan mana satu yang harus aku jaga ni? Erwandi usah katalah, dia memang tidak ambil port pun, dia tahu aku sedih tapi dia bukan buat apa-apapun, dia tahu aku akan turut saja katanya, that's why he don't care pun. Mom? Ye, dia juga patut faham, aku anak perempuan, argh! susahnya hendak menguruskan part hati dan perasaan begini. Ini kali pertama aku laluinya. Bila semua sudah keras hati, aku juga patut keraskan hati.

Aku keraskan hati? hendak sangatkah? hrmmm... let's follow the flow, tidak payah penat-penat fikir perasaan orang. Hendak merajuk sangatkan? hah, merajuklah. Bukan mom tidak pernah lalui pun apa yang aku lalui sekarang? dedulu arwah nenek sebelah papa aku masih ada, begini jugalah keadaannya. Mom hanya ikut papa balik rumah papa sahaja setiap kali Aidilfitri. Jangankan mom, aku dengan adik yang follow ni pun boring, pasal semedang kitorang kena buli. Bila cakap dengan mom masatu, muka dia usah katalah memang pakai topeng, aku selalu dengan mom bila balik rumah nenek, yang biasa menguruskan dapur rumah nenek ialah aku and mom. Yang biasa uruskan rumah nenek, yang biasa melayan tetamu-tetamu nenek ialah aku and mom, sampai satu tahap aku buat-buat tidur daripada tetamu datang sampai tetamu sudah balik, aku penat. Bila balik rumah mom, papa buat hal, sekejap je. Kalau ikut adil dan tidak adil, memang tidak adil langsung. 

Ini karma mom, tiba masa sampai pada aku pula, maka aku lalui sahajalah pasal sendiri pilih duduk jauh-jauh daripada mom, sendiri pilih insan terpilih untuk sehidup semati- inshaaAllah. Aku lupakan mom, lupakan papa sekejap. Ye, berhadapan dengan ibu bapa Erwandi, anggap je la ibu bapa kita juga, aku membantu mana yang boleh sahaja, Mira pun ada, sista Dila pun ada.

Tepat takbir pagi Aidiladha sebelum bersolat Aidiladha, my papa call. Alhamdulillah, dapat aku bercakap dengan dia. Betul my mom merajuk dan tidak mahu bercakap dengan anak-anak, my papa said "biarlah dulu, nanti da ok dia call awak". "ok pa, i'll be waiting". Dan sepanjang hari itu, aku di rumah mengerjakan cadar, pasal Arrizqi tidur kencing atas tilam. Semua orang sudah keluar daripada rumah, tinggal aku dan ummi sahaja, karang aku tinggal cadar belum habis cuci ni, dia berbunyi. Alangkan cadar ini bergulung pun tengah tunggu turn hendak masuk mesin, dia berbunyi. Aih! sabar-sabar. Setel sahaja mengerjakan cadar, aku start tobot w keluar daripada rumah. Hoye!

Petang Aidiladha, bersiap untuk balik Sg. Buloh dan melalui seminggu tanpa Auni. Seminggu lepas itu my mom call, yeay! kebetulan aku sedang berkemas untuk balik Selangor lagi. Hah! panas telinga aku kena sindir. "memang tiap-tiap minggu kena balik sana ke?" Adoih! itu belum part dia membebel pasal mil aku kat hospital hari tu. Rasa hendak tercabut telinga mendengar rintihan dia, dia sakit tiada anak yang balik tengok apatah lagi jaga. "ooomak aih!" acani, I hendak lari poie Sabah ke, Sarawak ke, biar adil terus. Doraemon, tolong pinjamkan pintu sesuka hati.


 Cousins.

 Brotherhood.


 Feeling selfie.

 Feeling fresh.

Feeling siblings... muahaha!

Balik Selangor pun sebab hendak ambil Auni, minggu persekolahan hendak mula. Balik kali ini, banyak pula aktiviti bebudak ini, mandi sungai, hantar mak usu dan ikut tokki poie kenduri, makan-makan, terima kasih tokki. Selesai semua urusan, kami balik Sg. Buloh lepas makan tengah hari, jalan-jalan pergi beli barang dapur dan dapat pengisar baru, sudah jom balik rumah, mahu layan Runningman, twehehe. Isnin dan Selasa merupakan hari yang aku tunggu-tunggu, mahu dating sama Lee Joon Ki sambil menanti-nanti drama/filem baru kawan baik dia Joo Ji Hoon. Kawan aku kata, taste actor aku ialah yang matanya sepet-sepet, hahahaha whatever, udah Erwandi aku pun sepet, hendak watguaner? Ok, dah let's masak tengah hari, menu hari ni ayam goreng saje. Request by Auni. Sekian. Daaa...

4 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Rasa nak nangis lak akak baca..
Bertabahlah wahai hati..
Muahxxxx!!

Nad MamaZN said...

aduhhh... ditelan mati mak, diluah mati bapak. kita plak yg kat tgh2 xtau mana nak pilih.. sabar ye cha, kak nad mcm dpt rasa apa yg cha rasa tu. huhu... sabar mu sgt tggi

mom n papa, pasni raya la selangor. sesekali ubah angin temankan anak dara mu ini :)

takpun, cha je la balik dgn kids, hehe.. adventure la sket. tp kids baik. in shaa Allah mendengar kata. cuba la skali heeee... pandai2 je bg idea :P

Jue said...

tue biasakan ditelan mati mak diluah mati bapak...
nasib baik akak mmg tak hadap situasi mcm cha...
tapi akak pun sama tak balik raya...
farisyah tak sihat..kami bertapa di hospital PUTRAJAYA seminggu....
menangis kami di katil hospital

ch@ said...

ibuAqil: kan. bertabah je la.

sistaNad: kita boleh je balik ngn kids, slow2 sampai punya. tapi papa and erwandi tu takkan percaya dan tak bagi punya, anak dara seorang ni je yg dorg ada kak. hiii.

sistaJue: kita kental2kan hati je. emak2 ni gagah biasanya. get well soon farisya. smg kekal sihat hingga besar nanti, inshaaAllah.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in