Hospital.

Tuesday, 16 August 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pagi Sabtu, yang aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar dan teratur mengikut program yang telah Erwandi aturkan. Biasalah, ini wilayah dia maka aku hanya seorang isteri yang sentiasa patuh dengan dedikasi hanya menurut perintah. Hari ini aku perlu ke sekolah Adli terlebih dahulu sebelum ke hospital. Kelengkapan dan keperluan juga sudah siap disediakan supaya aku tidak menjadi orang yang akhir bersiap.

Hrmmm, sama je. Sediakan la awal macam mana pun, aku still stay yang paling akhir juga keluar daripada rumah, entah mengapa jadi begitu aku pun tidak tahu. Tema hari ini ialah, merah. Comel sangat Adli berbaju melayu, hari ini kami semua dijemput ke sekolahnya untuk jamuan hari raya 2016. Menu aku ialah macaroni bersama kuah spegetti, yang pertama kali aku buat, muehehe. Melihat abang dengan baju raya, Arrizqi mahu juga makanya kedua hero itu berbaju melayu raya, merahnya makNgah!

Aku? jubah merah tu ler, cuba menyesuaikan diri dengan cuaca panas berdenting ting ting! Erwandi memandu tobotZ, aku memandu tobotW, huiii! ini kali jauh hendak pergi. From Sg. Buloh to Ampang. Dua kereta berikutan, hendak menghantar tobotW ke bengkel di Ampang dek penyaman udara yang tidak berfungsi. Majlis di sekolah Adli aku tinggalkan sebaik sahaja mengisi perut masing-masing, tidak seperti kebiasaannya aku yang terakhir. Kali ini tukar, Erwandi dengan tobotW manakala aku and the kids dengan tobotZ. Huih! mencabar.

Aku tahu ada hikmah si Erwandi menyuruh aku memandu tobotZ berbanding dengan tobotW. Mudah nampak tobotW di hadapan berbanding tobotZ. Lagi pula, aku lebih mudah mengawal tigaaskar berikutan ruangnya tidak luas. Setelah berusaha keras mengejar tobotW, kami tiba di bengkel terletak di Ampang. Aku menarik nafas lega dan sebebas-bebasnya, hahaaa. Memandu tadi rasa macam separa nafas terbang melayang. TobotW kami tinggalkan di bengkel dan menyambung perjalanan dengan tobotZ ke Hospital Ampang untuk melawat ummi mertua yang telah mendaftar masuk bagi menjalani pembedahan usus besarnya.

Berjalan daripada tempat letak kereta dan wad ummi, Adli dan Arrizqi paling mendapat perhatian, mahu tidaknya mereka berdua masih kekal berbaju melayu bersama dengan mulut riuh. Adli dan Arrizqi memang suka berkepit. Lagi-lagi bila mereka berdua berpimpin dengan Erwandi, owh! sangatlah manis.

Wad ummi kami tuju, hanya ada abah sahaja sedang menunggu, bila melawat orang sakit ini... aku selalu buntu. Aku buntu sebenarnya, sebab aku datang dengan tangan kosong. Hendak melawat orang sakit sepatutnya bawalah buah tangan, ini tidak... aku hanya berlenggang dengan anak-anak sahaja. Bad me! But tebalkan sahajalah muka, biar Erwandi beli buah tangan kejap lagi. Berjumpalah aku dan ummi. Berbual, berborak. Jujurnya, aku terasa janggal. Aku bukanlah peramah over bila di hospital. Hospital bukan tempat yang boleh kita gelak besar-besar, cakap kuat-kuat, kita perlu menghormati hak-hak orang lain atau pesakit-pesakit lain. Lama juga kami di hospital dan tiba masa untuk berpisah. Esok kami datang lagi. Kami bertolak ke rumah abah, bermalam di sana.

Esoknya, kami melawat ummi lagi selepas Zohor dan terus balik ke Sg. Buloh. Pagi itu, aku menjelajah dapur rumah abah mencari bahan untuk buat nasi goreng. Malam tadi Erwandi tapau nasi, aku minta kuey tiaw goreng. Jujur diakui, aku ialah manusia yang tidak suka dengan klinik atau pun hospital. Aku fobia. Aku stres dengan bau-bau hospital. Bila berada di hospital, aku hanya blank, bercakap pun bukan daripada hati. Kalau boleh, aku mahu diam sahaja. Entah, jadi begitu secara automatik, aku akan teringat betapa peritnya bersalinkan Auni. Aku akan teringat, air mata mama yang tidak berhenti sewaktu dia memandikan aku dalam tempoh berpantang, menuam lebam-lebam kesan suntikan di seluruh badan, memakaikan aku stokin sewaktu kaki aku membengkak. Air matanya laju bercerita dengan papa apabila tiba part aku balik rumah dengan tiub kencing. Aku akan terkenang semua tu, sampai mati.

Ummi selamat menjalani pembedahan pada pagi Isnin, Erwandi sahaja yang pergi. Aku menguruskan anak-anak di rumah. Lagi pula, anak-anak tidak dibenarkan masuk, jadi biar dia sahajalah yang temankan abah, lebih mudah. Kami hanya menunggu berita daripada rumah sahaja.

Seminggu kemudian, kami melawat ummi lagi selepas pembedahan menghantar usus pergi, alhamdulillah... semuanya beransur baik. Ramai kawan-kawan dan saudara maranya datang melawat. Ada hikmah semua yang terjadi, pada masa beginilah kita dapat melihat, yang mana kawan dan yang mana lawan. Kita tidak perlu judge orang membuta tuli, menuduh yang tidak-tidak. Kadang-kadang, orang yang kita tidak sangka itulah yang akan ada dengan kita. Perancangan Allah tu yang terbaik.

Balik kali ini, aku ada kawan. Biras baru, Wani. Dapatlah aku geng berbual sambil layan Korea. Thanks Astro sebab bagi channel Oh!K dan channel tvN percuma. Sempatlah aku throwback drama yang aku sudah ketinggalan. Abah tapaukan nasi lemak, Shahidi balik kerja tapaukan roti canai. Syukur. Esoknya, melawat ummi lagi sebelum balik Sg. Buloh dan menjalani rutin harian seperti biasa.






Bila ummi keluar daripada hospital, wassapp keluarga kembali busy. Berbalas-balas wassapp adik beradik Erwandi, termasuk ipar duai. Aku tidak berani mahu menyampuk beria-ia sangat, aku teringatkan mama jauh daripada aku. Aku teringatkan di mana aku masa mama sakit setahun yang lepas. Aku jadi sedih bila aku hanya sekejap sahaja di sisinya. Bila kenangkan, aku terasa diri aku ialah seorang yang teruk, bila aku mengadu pada Erwandi, he just say... don't think it too much. Think positive je. Aku? sedikit tenang dan hanya mendoakan mereka-mereka kesayangan aku agar sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan, inshaaAllah. 

At some point, I've gotten scared of people's eyes. I'm sick of crying so I tried smiling but no one recognizes me... - LOSER, BigBang.

Time to go, aku perlu bersedia untuk mengambil anak-anak pulang daripada sekolah, minggu ini minggu peperiksaan. Jumpa lagi di lain entry. jaga diri, jaga kesihatan semua. Daaa......

4 pasang kaki:

sal ya said...

Biasa la tu... Wassap family sblh husben mmg x join. Baca je. Kalau ada info nk smpkan bertolak2 dgn husben ptt gune hp siapa. Sdhnya x anto juge. Pemalas dua2 org ni nk join. Kah3... Kalau grp fmly snd husben x join. So blh la over2 skt.

eima said...

fuh seriau teringat kisah auni dulu tu ....

semoga ummi mentua cepat sembuh ....
,esti sedihkan bila kita tidak dpt berbakti pd ibu bapa kerana jarak .... tak pa Ch@ inshaaAllah doa anak-anak pun mengiringi mereka ....

Nad MamaZN said...

kak nad pun klu dtg ziarah kat hospital takde bawak buah tangan. tak sempat beli 1 hal. taktau nak beli apa ye jugak, haha! takpela, yg penting kita mendoakan kesembuhan si pesakit n buatkan dorang hepi tgk ada yg dtg melawat di kala dorang kesakitan
chill bebeh! :)

fiza lokman said...

Teringat kisah abah sendri yang sakit tpi jauh tak dpt balik.. sedih, Beginilah bila diperantau ikut suami keluarga ditinggalkan. Moga ada peluang untuk kembali disisi keluarga. Doakan saya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in